Pilihlah pakaian yang sesuai dan sopan pada bulan Ramadan ini. 4 tip fesyen ini boleh membantu anda tampil selesa dan trendy walaupun sedang berpuasa. Sederhana tapi tetap berseri.

4 Tip Fesyen Untuk Kekal Selesa Dan Trendy Sepanjang Bulan Ramadan

PILIH RONA LEMBUT
Pilih pakaian yang terdiri daripada rona-rona lembut dan pastel agar anda kelihatan lebih bersahaja. Selain itu rona lembut juga mengurangkan penyerapan haba berbanding dengan rona gelap.

4 Tip Fesyen Untuk Kekal Selesa Dan Trendy Sepanjang Bulan Ramadan

Rona-rona yang boleh anda pilih seperti rona merah jambu lembut, biru lembut, krim, hijau lembut dan lain-lain lagi. Rona pastel juga membuatkan penampilan anda lebih segar dan harmoni.

PAKAIAN YANG LONGGAR
Cuaca yang panas mungkin mengakibatkan anda berasa kurang selesa. Oleh itu, anda disarankan untuk memakai pakaian yang lebih longgar.

4 Tip Fesyen Untuk Kekal Selesa Dan Trendy Sepanjang Bulan Ramadan

Ini dapat membantu pengudaraan semasa anda berpakaian dan membolehkan anda bergerak dengan lebih mudah. Untuk mengelakkan anda cepat berpeluh, elakkan memakai pakaian yang berlapis dan terlalu tebal.

FABRIK YANG SELESA
Salah satu faktor yang membantu anda kekal nyaman dan selesa adalah pemilihan fabrik. Fabrik yang digunakan buat pakaian anda memainkan peranan yang penting bagi memastikan penampilan anda kelihatan selesa dan berkeyakinan.

4 Tip Fesyen Untuk Kekal Selesa Dan Trendy Sepanjang Bulan Ramadan

Sebaiknya, di bulan Ramadhan, pilihlah fabrik yang ringan dan lembut seperti cotton,satin dan sifon. Fabrik ini mampu memberi keselesaan yang optimum buat anda sepanjang hari.

AKSESORI
Bagi mereka yang gemar mengenakan aksesori saat keluar rumah, perkara ini tidak menjadi satu kesalahan.

4 Tip Fesyen Untuk Kekal Selesa Dan Trendy Sepanjang Bulan Ramadan

Namun, sekiranya penggunaan aksesori lebih minimum, gaya anda pasti lebih santai dan tidak terlalu sarat.

4 Tip Fesyen Untuk Kekal Selesa Dan Trendy Sepanjang Bulan Ramadan

Pemakaian aksesori seperti barang kemas dan perhiasan mewah sebaiknya dikurangkan ketika bulan Ramadan agar anda tampil ringkas dan tidak menjadi perhatian umum.

Kredit Foto: www.pexels.com

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI