Rambut yang kering lama-kelamaan tidak dapat mengekalkan kelembapannya sehingga mengakibatkan rapuh dan bercabang. Banyak faktor yang menyebabkan keadaan ini antaranya ialah penyakit, kurang zat, menggunakan produk rambut yang terlalu tinggi bahan kimia, berlebihan mencuci rambut dan kerap terdedah dengan air yang berklorin.

Rambut kering boleh juga disebabkan oleh pewarnaan rambut yang terlalu kerap. Untuk mengatasi masalah rambut kering anda boleh mengamalkan 5 cara semula jadi ini. Bukan saja selamat dan menjimatkan kos malah ia juga mudah untuk didapati.

IKLAN

MINYAK ZAITUN

Salah satu penyelesaian paling mudah untuk mengatasi rambut kering. Zaitun mengandungi vitamin E dan antioksidan yang tinggi selain bermanfaat untuk menambahkan semula zat bagi rambut yang rosak agar kembali lembap.

Caranya, tuang minyak zaitun ke dalam cawan atau mangkuk. Hangatkannya dalam ketuhar beberapa saat. Sapu ke seluruh kepala dan rambut lalu diurut lembut. Biarkan beberapa minit atau semalaman, bilas dan keringkan. Amalkan sekali seminggu.

5 Bahan Semula Jadi Ini Penawar RAMBUT KERING! No 2 Tu Macam Tak Sanggup Nak Buat

TELUR

Kaya protein dan lesitin yang membantu menguatkan dan membaiki rambut yang rosak dan kering agar kembali lembap dan berkilau. Caranya, campurkan 3 biji telur bersama 2 sudu makan minyak zaitun dan 1 sudu makan madu.

Gaul rata lalu sapukan ke kulit kepala dan rambut yang sebelumnya sudah dibasahkan sedikit. Tutup kepala dengan shower cap selama 30 minit kemudian syampu sehingga bersih. Amalkan sekali seminggu.

AVOKADO

IKLAN

Mengandungi vitamin A dan E, protein dan berbagai mineral yang dapat membaiki rambut rosak dengan melembapkan dan menguatkan akar rambut. Caranya, kupas dan lumatkan avokado dan tambahkan dua sudu makan minyak zaitun.

Gaul rata lalu sapukan campuran itu ke rambut yang sebelumnya sudah dicuci bersih. Biarkan selama 20 minit dan bilas rambut sehingga bersih. Amalkan cara ini sekali seminggu.

5 Bahan Semula Jadi Ini Penawar RAMBUT KERING! No 2 Tu Macam Tak Sanggup Nak Buat

IKLAN

DAUN LIDAH BUAYA

Kombinasi unik antara vitamin, mineral dan asid amino yang terkandung dalam daun lidah buaya sangat bermanfaat untuk rambut yang kering dan rosak. Caranya, campurkan setengah cawan gel lidah buaya bersama dua sudu teh minyak kelapa.

Campurkan semua bahan tersebut dan sapu rata ke seluruh rambut bermula dari kulit kepala sehingga hujung rambut. Tutup rambut dengan menggunakan shower cap dan biarkan semalaman. Keesokannya, syampu rambut sehingga bersih. Amalkan sekali seminggu agar hasilnya dapat dilihat dalam satu ke dua bulan.

MINYAK KELAPA

Caranya mudah, gosok minyak kelapa pada rambut yang kering. Biarkan selama 20-30 minit kemudian bilas dengan syampu sehingga bersih. Amalkan secara rutin untuk hasil yang maksimum.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI