Seriously, mewah dan indah sangat pemandangan di enam bilik hotel di dunia yang menghidangkan panorama unik di dasar laut ini! Kalau kumpul duit bertahun-tahun sekalipun rasanya tidak akan mampu merasai penginapan eksklusif seumpama ini. Mana tidaknya, harga penginapan untuk satu malam pun sudah mencecah puluhan ribu ringgit!

Yang pasti, selebriti terkenal negara iaitu Noor Neelofa Mohd Noor menjadi antara individu paling bertuah kerana mendapat penghargaan daripada sebuah hotel mewah di Maldives yang menyajikan servis penginapan di dasar laut sambil bertemankan pelbagai spesies hidupan laut kepulauan terkemuka dunia tersebut.

IKLAN
  1. The Muraka, Maldives

Jika anda bercita rasa tinggi dan mewah, The Muraka adalah pilihan yang paling tepat. Setiap bilik hotel yang tersedia di Conrad Maldives ini mementingkan elemen mewah dan moden. Suite dua tingkat di sini dilengkapi dengan tiga bilik tidur yang berdinding dan beratapkan hidupan laut. Begitu juga bilik mandinya.

5 Bilik Hotel DASAR LAUT Paling Indah Di Dunia, TIDUR & MAKAN Pun Bertemankan Ikan!
Ithaa Undersea Restaurant

5 Bilik Hotel DASAR LAUT Paling Indah Di Dunia, TIDUR & MAKAN Pun Bertemankan Ikan!
5 Bilik Hotel DASAR LAUT Paling Indah Di Dunia, TIDUR & MAKAN Pun Bertemankan Ikan! Selain memiliki kolam renang privasi dan laut yang bersih dan terpelihara daripada pencemaran… The Muraka juga mempunyai private jungle untuk kemudahan tetamu hotel meneroka alam semula jadi. Lebih menarik, Ithaa Undersea Restaurant di sini berada pada kedalaman 5 meter di paras laut.

2. Intercontinental Shanghai Wonderland, China

Struktur hotel Intercontinental Shanghai Wonderland ini merupakan antara binaan yang cukup dikagumi ramai selain menjadi hotel pertama di dunia yang dibina di bawah tanah. Merupakan bekas tapak kuari terbiar di Songjiang, ia diusahakan oleh arkitek sama yang membina bangunan ikonik Dubai, Burj Al-Arab. Intercontinental Shanghai Wonderland mempunyai 18 tingkat dan hanya dua tingkat yang dibina khas dengan berlatarkan keindahan laut dalam.

5 Bilik Hotel DASAR LAUT Paling Indah Di Dunia, TIDUR & MAKAN Pun Bertemankan Ikan!

5 Bilik Hotel DASAR LAUT Paling Indah Di Dunia, TIDUR & MAKAN Pun Bertemankan Ikan!5 Bilik Hotel DASAR LAUT Paling Indah Di Dunia, TIDUR & MAKAN Pun Bertemankan Ikan!

Memandangkan ia adalah tapak kuari terbiar, bahagian dasarnya telah dinaik taraf seperti akuarium dan diisi dengan pelbagai hidupan marin untuk mencetuskan suasana berada di dasar laut apabila anda menempah Underwater Suite di sini.

Sama seperti di The Muraka, hotel ini juga mempunyai sebuah restoran yang berdindingkan suasana di dalam laut yang dinamakan Mr Fisher. Intercontinental Shanghai Wonderland mengambil masa 10 tahun untuk siap dibina yang turut dilengkapi dengan kemudahan riadah seperti bungee jumping dan rock climbing. 

3. Manta Underwater Room, Pemba Island, Tanzania

Ini memang betul-betul privasi! Hotel yang dibina di Timur Afrika iaitu Manta Resort menghidangkan pemandangan laut terbentang tanpa sebarang gangguan. Underwater Room dibina dalam sebuah banglo terapung yang memiliki tiga tingkat. Dua tingkat di atas air dan satu lagi di bawah yang terletak di Blue Hole… kawasan persendirian dan konservasi yang menghimpunkan bermacam-macam spesis unik yang jarang ditemui.

5 Bilik Hotel DASAR LAUT Paling Indah Di Dunia, TIDUR & MAKAN Pun Bertemankan Ikan!

5 Bilik Hotel DASAR LAUT Paling Indah Di Dunia, TIDUR & MAKAN Pun Bertemankan Ikan!

Kemuncak percutian indah di Manta Underwater Room menjelma pada waktu malam apabila cahaya yang menyinari di setiap penjuru banglo ini menarik perhatian hidupan laut di Pulau Pemba. Jika bertuah, anda berpeluang melihat spesies sotong octopus yang seakan-akan ‘menari’ dan melekap di tingkap kaca bilik serta beberapa hidupan laut liar yang berlegar-legar di bilik penginapan anda.

4. Atlantis The Palm, Dubai

Hotel ternama dan sering dikunjungi golongan jutawan di Dubai ini memiliki lebih 1, 500 bilik yang dua daripadanya cukup eksklusif kerana direka indah bertemakan keunikan dasar laut menerusi suite mewah Atlantis the Palm, Underwater Suite.

5 Bilik Hotel DASAR LAUT Paling Indah Di Dunia, TIDUR & MAKAN Pun Bertemankan Ikan!

5 Bilik Hotel DASAR LAUT Paling Indah Di Dunia, TIDUR & MAKAN Pun Bertemankan Ikan!

Disebabkan pemandangan luar biasa dan tarikan eksklusif… dua suite ini dinamakan Poseidon dan Neptune simbolik kepada nama jolokan Tuhan Di Laut mengikut kepercayaan masyarakat Greek dan Roman.

Tetamu hotel bukan hanya terpukau dengan rekaan di dalam hotel bahkan dari luaran juga bangunan Atlantis the Palm ini amat mengagumkan dan tersergam indah di bumi Dubai. Kaya dengan hidupan laut yang pelbagai… kawasan di Atlantis the Palm juga dikunjungi ribuan pencinta alam yang ingin menyelam dan berenang Bersama spesis ikan di sini. Khabarnya terdapat lebih 65 ribu hidupan marin di sini termasuklah ikan jerung!

5. Deep’s Lover Submarine, St Lucia

IKLAN

Bawa cinta anda ‘belayar’ bersama hingga ke laut dalam! Yang ini sememangnya pengalaman percutian yang sangat berbeza daripada penginapan di hotel. Melalui pakej percutian mewah yang ditawarkan Oliver’s Travel ini, anda tidak perlu menginap di bilik sebaliknya menyewa sebuah kapal selam!

5 Bilik Hotel DASAR LAUT Paling Indah Di Dunia, TIDUR & MAKAN Pun Bertemankan Ikan!

5 Bilik Hotel DASAR LAUT Paling Indah Di Dunia, TIDUR & MAKAN Pun Bertemankan Ikan!

5 Bilik Hotel DASAR LAUT Paling Indah Di Dunia, TIDUR & MAKAN Pun Bertemankan Ikan!

Diberi nama Deep’s Lover Submarine, anda dan pasangan akan dilayan sepanjang malam lengkap dengan seorang cef, kapten kapal dan pembantu peribadi. Dilaporkan untuk merasai pengalaman berbeza ini, bayaran bernilai 223.5 ribu pound sterling diperlukan hanya untuk penginapan satu malam!

 

 

Sumber: Exploring

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI