Merancang kehamilan bukan seperti rancangan kehidupan biasa. Walaupun langkah-langkah boleh diambil untuk meningkatkan kesuburan anda, kadangkala kehamilan tidak mengikut perancangan yang sepatutnya. Usah melengah-lengahkan waktu kerana kadar kesuburan boleh menurun apabila usia meningkat.

IKLAN

Statistik menunjukkan bahawa kadar kehamilan di kalangan pasangan Malaysia telah merosot semenjak beberapa tahun ini. Fenomena ini  turut berlaku di seluruh dunia kerana terdapat peningkatan masalah fertiliti. Anda hendaklah berjumpa doktor sekiranya:

  • Bagi wanita yang berumur 35 tahun ke bawah bolehlah menunggu sekurang-kurangnya 1 tahun selepas mencuba.
  • Bagi wanita yang berumur 35 -39 tahun boleh menunggu 6 bulan selepas mencuba.
  • Bagi wanita 40 tahun dan ke atas perlu berjumpa doktor secepat mungkin untuk nasihat selanjutnya.
  • Wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur atau menghidapi masalah perubatan seperti endometriosis atau polycystic ovarian syndrome bolehlah berjumpa dengan doktor untuk berbincang secepat mungkin.

5 Makanan Yang Meningkatkan Kesuburan

(1) Beri terutamanya beri biru dan raspberi. Kumpulan beri ini adalah sumber antioksidan yang penting untuk kualiti sperma dan telur.

IKLAN

(2) Pisang adalah sumber vitamin B6. Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan haid tidak teratur dan menjejaskan perkembangan telur serta sperma.

(3) Kacang walnat kaya dengan omega-3 yang penting untuk pembentukan sperma berkualiti. Ia juga boleh mengurangkan inflamasi di dalam badan.

IKLAN

(4) Kacang hazel mengandungi vitamin E yang diperlukan untuk telur dan sperma yang elok. Ia membantu menstabilkan paras gula dalam darah dan juga mengurangkan hormon insulin tinggi yang kerap dilihat di dalam wanita yang menghidapi PCOS.

(5) Buah sitrus seperti oren dan kiwi mengandungi vitamin C yang tinggi. Setiap hari kita memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg vitamin C untuk kesihatan sperma dan juga memastikan hormon seimbang di dalam wanita. Hamizatul Maizan Mohamed