Setiap kali perkahwinan yang melibatkan kerabat diraja, pastinya seluruh dunia menantikan saat tersebut. Bukan saja dari segi kemeriahan dan upacara majlis perkahwinan saja yang dinanti-nantikan, malah termasuk gaun atau busana yang bakal disarungkan oleh kaum kerabat tersebut terutama sekali si mempelai.

IKLAN

Jom Nona kongsikan 5 Gaun paling menjadi fenomena dan evergreen dalam sejarah perkahwinan diraja dunia!

1. KATE MIDDLETON

5 Gaun Paling Evergreen Dalam Sejarah Perkahwinan Diraja Dunia!

Ditonton oleh seluruh dunia, pada 29 April 2011, Kate Middleton berkahwin dengan Prince William dalam pakaian Alexander McQueen yang direka oleh Sarah Burton. Gaun satin berenda ringkas itu telah mendapat pujian dari pengkritik fesyen untuk reka bentuknya yang menggabungkan elemen tradisi dan kemodenan.

2. PUTERI DIANA

5 Gaun Paling Evergreen Dalam Sejarah Perkahwinan Diraja Dunia!

Untuk majlis perkahwinannya kepada Putera Charles pada 29 Julai 1981, Lady Diana mengenakan gaun yang mengagumkan dengan rekaan lengan beropol, ribuan mutiara dan mantel labuh lebih dari tujuh meter panjang yang direka oleh David dan Elizabeth Emanuel.

3. PUTERI SOPHIA

IKLAN

5 Gaun Paling Evergreen Dalam Sejarah Perkahwinan Diraja Dunia!

Pereka Jean Desses ditugaskan untuk mencipta gaun organza perak untuk Princess Sophia dari Greece untuk perkahwinannya kepada Putera Juan Carlos dari Sepanyol pada 14 Mei 1962. Gaun satin sutera dengan mantel berenda itu dianggarkan bernilai lebih daripada $ 100,000 dalam piawaian harga Haute Couture abad ke-21.

4. GRACE KELLY

IKLAN

5 Gaun Paling Evergreen Dalam Sejarah Perkahwinan Diraja Dunia!

Gaun yang dipakai oleh Grace Kelly ketika majlis perkahwinannya dengan Prince Rainier III pada 19 April 1956, dibuat oleh pereka pakaian Helen Rose, dan diberikan sebagai hadiah oleh MGM Studios. Kesempurnaan gaun berkenaan menjadikannya pakaian bintang Hollywood sebenar!

5. PUTERI ELIZABETH

5 Gaun Paling Evergreen Dalam Sejarah Perkahwinan Diraja Dunia!

Pada 20 November 1947, Puteri Elizabeth berkahwin dengan Prince Philip, Duke of Edinburgh, dalam pakaian yang direka oleh Norman Hartnell. Dihiasi dengan 10,000 sulaman mutiara, ia mempunyai mantel sepanjang empat meter dengan motif sulaman bunga yang bertaburan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI