Penampilan mencerminkan keyakinan diri. Tidak hairanlah ramai wanita tercari-cari rujukan fesyen yang bukan sahaja menarik, malah memberi kesan mantap dan berkelas.
Luna Maya, dengan gayanya yang sentiasa mencuri perhatian sering muncul di pelbagai majlis dengan pakaian menawan serta solekan yang berani lagi elegan.
Menariknya, gaya Luna tidak selalu terhad kepada satu konsep. Dia berani meneroka segala-galanya daripada kesan glamor klasik kepada gaya 90-an yang edgy namun tetap fashionable!
Setiap perincian pilihannya bermula daripada pakaian, aksesori, gaya rambut sehinggalah ke solekan.
Bagi mereka yang tercari-cari inspirasi gaya untuk acara penting atau momen istimewa, beberapa gaya glam look ala Luna Maya ini boleh dijadikan rujukan. Anggun, berkeyakinan dan fashionable dengan sentuhan unik yang tak luput dek waktu.
Anggun Dalam Balutan Nuansa Nude
Dalam salah satu penampilannya, Luna Maya memilih gaun nude rekaan pereka fesyen Sapto Djojokartiko. Gaun ini digabungkan dengan selendang yang tergantung lembut di lengannya, menyerlahkan sisi feminin dan elegan isteri tercinta Maxime Bouttier ini.
Rambutnya digayakan bergelombang, manakala solekannya pula lebih berani dengan pemerah pipi yang menyerlahkan bentuk wajahnya yang sempurna.
Monokrom Dengan Sentuhan Mewah
Gaun hitam labuh yang berjuntai ke lantai ini menjadi pilihan Luna. Penampilan ini dilengkapkan dengan tas tangan kecil dan anting-anting glamor yang memaniskan rupa.
Ads
Solekan mata kelihatan dramatik dengan rona gelap, menekankan aura keyakinan yang terpancar daripada gaya keseluruhan.
Gaya 90-an Yang Edgy, Tetap Chic!
Membawakan aura nostalgia, Luna tampil dengan jaket kulit yang digabungkan dengan mini skirt merah terang dan crop top hitam. Kasut sukan hitam menambah kesan kasual namun bergaya.
Ads
Gincu merah terang dan rambut berombak adalah sentuhan penamat yang melengkapkan gaya Luna ini.
Serba Hitam, Paduan Klasik & Moden
Gaya serba hitam tidak pernah gagal. Luna menggabungkan gaun hitam ringkas dengan jaket kulit yang menambah kesan edgy. Rambutnya digayakan stail ekor kuda kasual manakala poni panjang dibiarkan tergantung di bahagian depan bagi kesan dramatik.
Solekan semula jadi dengan aksen berani menjadikan penampilan Luna kelihatan mudah tetapi masih menawan.
Gaya Formal Tetap Fashionable!
Untuk penampilan formal yang lebih kasual, Luna memakai blazer kotak hitam putih digabungkan dengan seluar berwarna gelap. Gaya ini sesuai untuk menghadiri acara yang memerlukan kesan kemas tetapi masih tersendiri.
Potongan blazer yang tajam meningkatkan postur tubuh manakala warna neutral memberikan kesan timeless.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wow, macam kerengga! Kelu dibuatnya bila dapat tahu pelakon cantik, Fatin Afeefa miliki ukuran pinggang sekecil 24 inci. Dah macam ukuran pinggang anak dara sedangkan dia sebenarnya dah bergelar seorang ibu.
Afeefa yang mula dikenali ketika membintangi filem kanak-kanak popular, Tentang Bulan ini berusia 24 tahun dan merupakan ibu kepada dua orang anak. Anak sulung lelakinya iaitu Adam Aisy Arrian kini berusia 7 tahun. Manakala anak perempuan Ivy Herra Sophia berumur 4 tahun.
Kalau tengok susuk tubuh langsing Afeefa ni, mesti tak percaya statusnya yang sudah beranak dua.
Mungkin ramai berpendapat usia Afeefa yang masih muda membuatkan ibu ini mudah memiliki bentuk tubuh menawan dan cantik. Hakikatnya, tanpa usaha dan gaya hidup sihat pasti yang muda pun terdedah kepada obesiti dan masalah berat badan.
Terbuka berkongsi amalan yang dipraktikkan untuk mendapat ukuran pinggang ideal, ini jawapan Afeefa yang ditulis di laman Instagram miliknya.
“I finally hit 24 inch waist today. Baby pooch is still there but I am working on it. Fa punya routine everyday is lots of oblique and abs workout. Planking too! And of course pakai Sexy Curve 8 jam sehari. Mostly time tidur.”
Jadi lepas ni, sesiapa yang berniat untuk kembali ramping lepas bersalin… bolehlah tiru petua cantik Afeefa. Yang penting, kena rajin bersenam dan jaga pemakanan. Barulah minda dan fizikal tenang!
Kredit: Instagram Fatin Afeefa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rambut adalah mahkota wanita. Tapi jika kutu sudah mula bersarang di kepala, hati-hatilah takut ‘berjangkit’ dengan orang lain pula.
‘Bertarung’ sebelum menang!
Jangan fikir jika anda sudah menyingkirkan kutu dewasa, masalah kutu akan selesai. Anda salah kerana kutu dewasa akan bertelur pada helaian rambut dan ia akan mula membiak. Anda sebenarnya baharu saja masuk gelanggang pertarungan untuk memecahkan telur-telur kutu yang melekat pada rambut.
Rawatan kutu
Segera dapatkan rawatan di salun. Boleh juga dapatkan ubat kutu atau pediculicide di farmasi berdekatan. Baca dengan teliti arahan pada kotak ubat dan ikuti langkah ini:
Sarung kemeja-T lama dan duduk di dalam bilik air. Minta tolong daripada suami atau rakan supaya kerja-kerja ‘pembersihan’ dijalankan dengan lebih mudah.
Sapukan ubat pada rambut dan kulit kepala mengikut arahan pada botol.
Biarkan ubat meresap pada keseluruhan rambut dan biarkan seketika, lebih kurang satu jam. Jangan biarkan terlalu lama.
Kemudian, basuh rambut menggunakan air, BUKAN syampu! Jangan gunakan syampu selama dua hari selepas melakukan rawatan ini.
Sikat kutu
Jika anda membuat rawatan kutu sendiri di rumah, gunakan sikat kutu yang berfungsi menarik telur dari rambut dengan lebih baik.
Bahagikan rambut kepada dua bahagian.
Bermula dengan kulit kepala, sisir rambut dari akar sehingga ke bahagian hujungnya.
Celupkan sikat ke dalam air suam bersama sabun untuk menanggalkan kotoran pada sikat dan membunuhnya serta merta.
Teruskan menyisir di setiap bahagian rambut dan bersihkan sikat setiap kali selesai menyisir satu bahagian. Kutu dan telurnya boleh dimatikan dengan air bersuhu 128 darjah Celsius. Rendamkan selama lima minit sahaja.
Bersihkan persekitaran
Setelah selesai dengan rawatan, bersihkan pakaian, cadar, sarung bantal, patung mainan dan pelbagai jenis fabrik yang digunakan dengan air panas. Kemudian keringkan dengan pengering panas.
Kutu mudah berjangkit. Bagi barangan yang tak boleh direndam dalam air panas seperti berus sikat dan perhiasan rambut, masukkan ke dalam beg plastik dan biarkan selama dua minggu. Kutu akan mati tanpa udara dan makanan.
Cuka epal
Anda boleh juga menggunakan cuka epal. Campurkan ½ cawan air dan ½ cawan cuka epal. Tuangkan pada rambut dan kulit kepala yang berkutu. Gunakan sikat kutu untuk memudahkan kerja anda.
Semburan minyak
Beberapa jenis minyak dari bahan semula jadi membantu menghilangkan kutu dengan lebih mudah. Bancuhkan lima titis minyak essential bersama 1 aun air. Antara minyak yang boleh digunakan:
Minyak tea tree
Lavender
Oregano
Peppermint
Thyme
Eucalyptus
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini, berlangsungnya majlis resepsi perkahwinan MK K-Clique bersama pasangannya, Siti Hajaar di sebah hotel terkemuka di Klang selepas pemilik nama Muhammad Hairi Bin Hamdan sah bergelar suami kepada Siti Hajaar Syeikh Nordin dengan sekali lafaz.
Diadakan di Hotel Wydham Acmar pada sabtu lepas, majlis resepsi yang dilihat cukup meriah sekali itu turut dihadiri rakan-rakan artis serta kaum kerabat dan keluarga di kedua-dua belah pihak.
Kredit foto: Instagram @rizmanruzainiKredit foto: Instagram @rizmanruzaini
Turut mendapat perharian umum ialah persalinan yang disarung oleh kedua-dua mempelai terutama sekali Siti Hajaar yang dilihat anggun mengenakan busana berona putih yang cukup cantik dan menawan sekali.
Menariknya, persalinan tersebut cukup simple namun masih mengekalkan ciri-ciri classy, elegan dan mewah sehinggakan ramai yang terpesona melihat kecantikan Siti Hajaar. Siapa menyangka, rupa-rupanya busana indah itu adalah hasil ciptaan pereka fesyen duo tempatan berbakat Rizman Ruzaini.
Sering kali menjadi pilihan utama ramai selebriti, hasil magis Rizman Ruzaini itu sememangnya cukup cantik sekali. Meninjau akaun Instagram Rizman Ruzaini, pereka duo tersebut telah berkongsikan secara ekslusif rekaan persalinan disarung Siti Hajaar.
Kredit foto: Instagram @rizmanruzaini
Menurut Rizman Ruzaini, MK mengayakan Classic Black Tux dan Hajaar tampil berseri di dalam ball gown lace dengan tatahan sulaman signature Rizman Ruzaini.
Tatahan kristalnya yang difokuskan pada bahagian pinggang tersebut sangat bersesuaian dengan imej Hajaar yang berhijab. Rekaan tersebut juga nampak lebih ringkas namun masih mengekalkan keanggunan Siti Hajaar tanpa perlu berlebihan. Malah Siti Hajaar juga langsung tidak menyarung barangan kemas seperti mahkota di kepala dan sebagainya.
Kredit foto: Instagram @rizmanruzaini
Meninjau di ruangan komen rata-rata memuji hasil kreativiti Rizman Ruzaini yang mengayakan pengantin baru dengan persalinan yang sopan, tidak ketat dan longgar namun masih anggun dan nampak eksklusif dan meweah.
Walaupun berkahwin dengan seorang selebriti terkenal, namun NONA mengagumi kedua-dua mempelai ini yang nyata dilihat cukup beserdahana.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.