Denim sering kali menjadi pilihan ketika anda ingin tampil dengan gaya kasual. Denim umumnya bertekstur tebal daripada bahan dasar denim yang permukaannya ketat. Dek kerana itulah ramai wanita dengan tubuh berisi berasa kurang yakin saat mengenakan denim. Alasannya adalah kerana takut lekuk bahagian kakinya terlihat besar. Namun dengan berkembangnya dunia fesyen, ‘ketakutan’ itu boleh disingkirkan jauh-jauh. Berikut jenis-jenis denim yang boleh digayakan oleh wanita dengan tubuh yang berisi.

OVERSIZED JEANS

Tidak ada salahnya mengenakan denim yang besar (oversized). Fesyen denim jenis ini sudah ada sejak 90-an lagi. Dahulu, semua orang lebih banyak memiliki oversized jeans kerana modelnya yang ringkas. Kini trend itu kembali booming. Pilih oversized jeans ini, agar lekukan tubuh tidak ketara terlihat. Selain itu, pastinya anda akan merasa lebih selesa mengenakannya.

MOM JEANS

Denim jenis mom jeans adalah denim yang memiliki sisi baggy (longgar) pada bahagian pinggangnya. Mom jeans yang sesuai untuk wanita bertubuh berisi ini sekilas hampir sama dengan model high waist jeans. Namun dari segi potongan, wanita yang bertubuh berisi akan lebih sesuai mengenakan jenis mom jeans kerana potongannya yang lebih baggy jika dibandingkan dengan high waist jeans. Selain itu ciri daripada mom jeans ialah modelnya yang lebih vintaj.

BLACK DENIM

Warna denim akan mempengaruhi bentuk kaki anda. Maka warna denim yang sesuai buat wanita dengan tubuh berisi tentunya hitam. Warna hitam mampu memberikan ilusi langsing pada tubuh si pemakai. Warna gelap akan memberikan kesan bentuk kaki yang kelihatan lebih kecil. Warna hitam juga  akan memudahkan anda untuk memadu padankan denim dengan apa jua jenis baju. Ini kerana warna hitam pada dasarnya adalah warna yang natural.

STRAIGHT CUT JEANS

Denim dengan potongan straight cut jeans  sangat sesuai untuk wanita dengan tubuh berisi. Sesuai dengan namanya, denim jenis ini memiliki potongan lurus dan rata. Sebab itulah denim ini sangat sesuai untuk mereka yang berisi. Denim dengan potongan yang lurus mampu melindungi bentuk kaki yang besar dan lekukan pada kaki pun tidak begitu jelas kelihatan. Cara untuk tetap terlihat stylish ketika mengenakannya ialah dengan memadankan denim ini dengan crop blazer ataupun layer shirt.

MID-RISE JEANS

Salah satu kesalahan ketika mengenakan denim ialah dengan memperlihatkan bahagian pinggang. Maka sebab itulah denim yang tidak terlalu high waist namun tidak low-rise amat sesuai untuk anda. Potongan denim yang paling tepat ialah jenis mid-rise jeans. Denim jenis ini memang diperuntukkan buat wanita berpinggang besar. Ini kerana denim jenis ini ‘dicipta’ dengan potongan bahagian punggung yang lebih lebar bagi menghadirkan keselesaan.

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI