Kebanyakan wanita memang suka bercuti di pantai. Selain terpikat dengan keindahan laut membiru dan alam yang terbentang luas, hembusan anginnya juga mampu menerbitkan mood mendamaikan. Alangkah seronoknya kalau dapat menghirup udara segar dan bersih pantai setiap hari!

Sebenarnya, di rumah pun anda boleh menikmati suasana tenang seperti berada di tepi pantai. Lakukan lima tip mudah ini di ruang kediaman dan anda pasti kagum dengan hasilnya. Bukan saja anak-anak bahkan jiran, mentua dan saudara mara pun mesti memuji rumah anda yang kemas dan berbau harum.

IKLAN

5 Tip Mudah Menjadikan Ruang Kediaman TENANG Seperti Berada Di Pantai!

  1. Hiasan bunga-bungaan segar

Untuk menghidupkan bau semula jadi dan dekat dengan alam adalah dengan bantuan bunga-bungaan segar. Sebagai pilihan, anda boleh meletakkan bunga yang mempunyai aroma kuat seperti frangipani atau chamomile di sudut kediaman. Di samping mencipta situasi nyaman, rumah juga nampak lebih cantik.

5 Tip Mudah Menjadikan Ruang Kediaman TENANG Seperti Berada Di Pantai!

2. Pemilihan warna

  • Biru Laut: Warna biru biasanya menggambarkan ketenangan. Untuk menjadikan kediaman kelihatan lebih tenang, aplikasikan warna biru lembut atau aqua blue. Sementara warna electric blue pula menyerlahkan dekorasi elegan dan moden.

 

  • Putih: Menjadikan ruang rumah lebih luas, bersih dan sesuai diserikan dengan apa jua kombinasi warna. Namun harus ingat, anda memerlukan penjagaan yang lebih rapi sekiranya memilih perabot atau dinding berwarna putih.

 

  • Hijau Akua: Hijau melambangkan alam sekitar dan rasa harmoni. Gabungan warna hijau di dalam dekorasi rumah dipercayai mampu menyejukkan pandangan mata.

3. Pemilihan perabot, dinding dan aksesori

Bereksperimen dengan rona putih, biru dan hijau dalam dekorasi ruang kediaman. Sebagai contoh, anda boleh menghias ruang tamu dengan cat dinding berwarna biru muda, sofa putih bersih dan hiasan tumbuh-tumbuhan yang menyerlahkan elemen rona hijau. Untuk kesan dramatik, pilih langsir yang memiliki corak abstrak seperti yang menggambarkan sentuhan ombak atau sebagainya.

5 Tip Mudah Menjadikan Ruang Kediaman TENANG Seperti Berada Di Pantai!

4. Perhiasan rumah

IKLAN

Selain menata indah kediaman dengan tumbuh-tumbuhan menghijau, anda juga boleh mewujudkan suasana pantai dengan memilih perhiasan seperti bingkai cermin yang diperbuat daripada kerang-kerangan, lilin aromaterapi dan corak karpet yang berunsurkan hidupan laut.

5 Tip Mudah Menjadikan Ruang Kediaman TENANG Seperti Berada Di Pantai!

5. Clorox Scentiva

Satu lagi cara mudah untuk memastikan rumah anda bersih serta wangi sepanjang masa adalah dengan menggunakan Clorox Scentiva Pacific Breeze and Coconut. Rumah anda bukan sahaja bersih tetapi segar dan tenang seperti berada di pantai. Mana tidaknya, agen pembersih rumah ini mampu membunuh 99.9 % virus dan bakteria sekaligus menjadikan kediaman selesa, bersih dan selamat daripada jangkitan kotoran berbahaya. Mudah, bukan?

IKLAN

Lagi berita baik! Sempena kedatangan tahun baru, Clorox Malaysia turut mengadakan peraduan menarik di Facebook Clorox Malaysia http://bit.ly/ScentivaContest

Caranya sangat mudah! Anda hanya perlu meneka berapa banyakkah kelopak bunga lavender dalam foto kemudian sertakan cara-cara terbaik untuk memastikan kediaman anda berbau wangi dalam 25 patah perkataan.

Tiga pemenang terbaik akan memenangi produk Clorox Scentiva bernilai RM100.

Peraduan ini bermula dari 13 Disember hingga 23 Disember sahaja manakala pemenang akan diumumkan pada 5 Januari 2019. Selamat mencuba!

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI