Hidup ini umpama ‘drama’ yang penuh dengan bermacam-macam senario. Kadangkala ianya sangat membahagiakan tetapi adakalanya juga kita terpaksa berdepan dengan situasi yang penuh dengan dugaan dan kepahitan.

IKLAN

Kita tidak mungkin akan selamanya berada dalam zon bahagia kerana hidup ini ada pasang surutnya. Contonya, ketika dalam keadaan tersepit kadangkala sukar seseorang itu untuk bersikap jujur.

Lebih banyak mengeluh, memberontak, menyalahkan keadaan, marah dan kecewa. Hakikatnya, menerima hakikat itu bukan mudah. Sedarlah, ia bukan sebuah pengakhiran. Berikut adalah caranya agar kita sentiasa jujur saat berhadapan dengan kenyataan pahit itu.

BERSYUKUR

Walau sedang dalam keadaan berduka mahupun tertindas namun kita masih boleh mengucapkan syukur. Bersyukur atas apa yang diterima dalam hidup sekalipun ianya pahit, sedikit sebanyak ia menjadi penawar kepada kesedihan.

USAH MENGELUH

Mengeluh, memprotes mahupun bersungut tetap tidak akan mengubah situasi untuk menjadi lebih baik. Sebaliknya, beban yang dirasakan semakin berat. Seseorang yang suka mengeluh lama kelamaan akan menjadikan dirinya mudah rapuh dan pesimis.

6 Cara Bersikap JUJUR Walaupun Hakikatnya Pahit!

BELAJAR MENYESUAIKAN DIRI

IKLAN

Orang yang bijak menghadapi situasi yang menyedihkan akan belajar untuk menyesuaikan diri. Jika di luar kemampuan, kita seharusnya berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang sedang berlaku. Tidak perlu bersedih, tetap berusaha memperbaiki diri.

TETAP TENANG DAN KUAT

Keadaan yang berlaku amat mempengaruhi sikap dan reaksi kita. Lebih-lebih lagi dalam keadaan yang sangat pahit memang sukar untuk tenang. Namun sedarlah, dalam hidup ini kita perlu sentiasa tenang dan kuat kerana itulah yang membuatkan kita tegar dalam menghadapi setiap masalah hidup.

IKLAN

AMBIL HIKMAH

Ingatlah setiap yang berlaku adalah ketentuan Tuhan yang mendatangkan kebaikan. Situasi yang pahit memberi pengajaran dan pengalaman berharga yang dapat diambil hikmahnya. Ia mengajar kita agar sentiasa bersyukur atas segala keadaan.

PEKA TERHADAP KEHIDUPAN ORANG LAIN

Setiap hidup manusia telah diaturkan oleh Tuhan. Begitu juga dengan beban kehidupan masing-masing, tidak sama. Jangan membanding-bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Hakikatnya, di luar sana masih ramai yang lebih menderita berbanding kita.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI