
Kalau di Malaysia kita ada Aina Abdul yang sering tampil dengan gaya uniknya. Manakala di Indonesia pula, inilah ikon fesyen yang sering tampil dengan gayanya yang tersendiri. Kalau tak unik bukanlah Melly Goeslaw, kan. Dari gaya hijab sampailah kepada keseluruhan penampilan, ternyata Melly tak pernah lekang dengan fashion statement yang menjadi trademark tersendiri.
Sejak berhijab, penyanyi serta pencipta lagu terkenal ini kelihatan semakin cantik dan muda!
Antara penyanyi tersohor yang pernah menyanyikan lagu-lagu ciptaan Melly ialah Krisdayanti, Rossa, Agnez Mo dan Dato’Seri Siti Nurhaliza.
Melly Goeslaw pernah memenangi anugerah antaranya anugerah Anugerah Planet Muzik dalam kategori Anugerah Khas Planet Muzik pada 2011 dan kategori Pengeluaran Tarian/Tari Elektronik Terbaik bagi lagu Let’s Dance Together pada tahun 2008.
Lagi koleksi gaya unik Melly Goeslaw yang sangat rare tapi anggun!
Kredit Foto: Instagram Melly Goeslaw
Debaran Semasa TEMUDUGA Pasti Hilang Jika Anda Sediakan 8 Item Penting Ini!

Sebelum melayari alam pekerjaan, pastinya anda melalui sesi temuduga terlebih dahulu. Persiapan diri perlu dititikberatkan agar proses temuduga berjalan dengan lancar. Namun ada hal lain juga mustahak. Perkara yang dimaksudkan ialan item yang perlu dibawa semasa sesi temuduga. Persediaan ini harus diutamakan supaya anda tampak lebih bersedia. Nak tahu apa item-item yang dimaksudkan? Jom semak artikel di bawah!
1. SALINAN CV
Meskipun mudah untuk membuat kesimpulan penemuduga telah memiliki CV Anda saat temuduga, namun bukan bererti anda tidak perlu membawanya. Anda perlu proaktif dan membuat salinan jika penemuduga anda lupa untuk membawanya. Persiapan dalam level ini juga dapat menunjukkan pada penemuduga bahawa anda telah membuat persiapan untuk mengatasi masalah yang mungkin timbul.
2. TAS ATAU FOLDER UNTUK MENYIMPAN DOKUMEN
Membawa salinan CV tidak mungkin dibawa begitu saja. Untuk kelihatan kemas dan teratur, anda boleh menyimpannya dalam tas atau folder untuk menampakkan ia terlihat ringkas, rapi, dan tersusun. Sikap seperti ini juga dapat menjadikan anda tampak cukup proffesioal.
3. PEN DAN BUKU CATATAN
Adalah penting dan sangat bermanfaat untuk membawa pen dan buku catatan kerana selama sesi temuduga, mungkin anda dan penemuduga akan melakukan perbincangan menarik dan anda perlu membuat catatan untuk mengingatinya. Selain itu, proses penemuduga juga menjadi salah satu gerbang untuk mengetahui informasi dari ‘orang dalam’ perusahaan, iaitu penemuduga sehingga saat anda mengirimkan email ucapan terima kasih atas undangan temuduga kerja, anda dapat menekankan butiran-butiran penting yang telah anda bincangkan.
4. SIAPKAN BEBERAPA SOALAN
Sebahagian besar penemuduga mengharapkan anda untuk memiliki pertanyaan tentang peranan kerja dan perusahaan. Untuk itu, persiapkanlah beberapa pertanyaan relevan yang dapat anda ajukan saat sesi temuduga kerja. Mempersiapkan beberapa pertanyaan sebelum meneruskan sesi temuduga dapat membantu anda untuk selalu ingat apa yang harus dilakukan.
5. JOB DESCRIPTION
Untuk meyakinkan diri bahawa anda telah memenuhi syarat kelayakan kerja dan syarat-syarat yang diminta, buatlah beberapa catatan pada job description dan bawalah saat melakukan sesi temuduga kerja. Dan pada hari kejadian, datanglah lebih awal 5 – 10 minit sebelum jadual temuduga sehingga anda memiliki waktu untuk ‘bernafas’ dan mengurangi ketegangan.
6. CATAT DETAIL TEMUDUGA
Terdapat ramai kandidat karyawan yang menggunakan akses internet untuk mengetahui detail temuduga kerja. Namun, tidak selalunya akses internet berjalan dengan sempurna. Oleh itu, catatlah semua detail tentang temuduga kerja, mulai dari alamat untuk temuduga, nama penemuduga, dan tarikh serta waktu temuduga untuk menghindari sebarang perkara yang tidak diingini.
7. BAWA SIJIL YANG RELEVAN
Bila syarat-syarat yang dituliskan dalam job description mewajibkan anda untuk memenuhi satu kualiti atau lebih, anda perlu membawa sijil yang diperlukan saat melakui temuduga kerja, atau salinan dari sijil asli. Barangkali anda tidak akan diminta untuk menunjukannya, namun akan jauh lebih baik jika anda tetap membawa item tersebut untuk persediaan jika berlaku sebarang kesulitan.
8. CONTOH HASIL KERJA
Untuk jawatan kreatif profesional, seperti pereka, anda boleh membawa portfolio hasil kerja serta pencapaian yang telah anda raih. Namun jika Anda tidak memohon kerja dalam bidang kreatif, anda boleh membawa testimoni klien atau foto-foto yang berkaitan dengan profesion anda terdahulu sebagai contoh hasil kerja yang ada buat.
Dengan membawa item-item tersebut di atas saat melakukan sesi temuduga kerja, Anda akan lebih berkeyakinan dan percaya diri menghadapi temuduga. Semoga berhasil.
Sebelum Memilih GELANG TANGAN, Ketahui Ukuran Tangan Terlebih Dahulu!

Gelang merupakan aksesori pelengkap yang mampu memberi penampilan yang lebih menawan buat wanita. Terdapat banyak jenis atau model unik dan menarik yang boleh dijadikan pilihan hati. Namun, ada sesetengah wanita hanya mementingkan kecantikan gelang itu tanpa memikirkan ia sesuai dengan bentuk tangan mahupun personaliti. Berikut merupakan tip untuk memilih gelang yang tepat dan sempurna!
UKURAN TANGAN
Perkara paling utama dalam memilih gelang yang sesuai ialah memperhatikan ukuran tangan anda terlebih dahulu. Pilihlah gelang yang sesuai dengan bentuk pergelangan tangan. Anda perlu mencuba gelang tersebut agar ia tampak sesuai dan padan dengan bentuk tangan dan personaliti. Jangan memilih gelang yang terlalu longgar atau terlalu ketat buat tangan anda.
GAYA HIDUP
Sesuaikan gelang yang dipilih dengan gaya hidup anda. Contohnya, jika aktiviti harian anda lebih santai dan menenangkan, anda boleh menggayakan gelang yang diberi sentuhan feminin seperti gelang yang diperbuat daripada manik ataupun mutiara. Sekiranya aktiviti anda lebih aktif dan lasak, gelang yang diperbuat daripada metal mahupun kulit cukup sempurna buat anda.
MATERIAL PILIHAN
Gelang boelh didapati dalam pelbagai jenis bahan dan material. Anda boleh memilih gelang mengikut citarasa anda samada gelang yang diperbuat daripada emas, perak, manik, kristal, mutiara dan lain-lain lagi. Jika anda sukakan gaya mewah, anda boleh memilih gelang yang diperbuat daripada emas dan perak. Selain menunjang penampilan yang lebih menawan, gelang yang diperbuat daripada bahan ini mempunyai nilai yang cukup tinggi.
HARGA
Gelang yang mahal tidak bererti ia mempunyai kualiti yang tinggi. Anda dinasihatkan memilih gelang yang mempunyai kualiti yang tinggi agar mendapat kepuasan saat memakainya. Selain itu, pilih harga gelang mengikut kemampuan anda. Jangan membeli gelang keranai trend semata-mata. Apa yang lebih utama ialah ia tampak sesuai dan sempurnadi pergelangan tangan anda.
Pelengkap Gaya Seorang Wanita. PILIH Beg Jangan Membuta Tuli. Ini 6 TIP Berguna Untuk Anda.

Memilih beg jangan membuta tuli, apabila membelinya pastikan anda mengambil kira kesesuaian, kegunaan dan juga rekaan. Beli beg bukan berdasarkan kecantikan, harga yang murah ataupun trend semata-mata, ikuti tip yang disediakan mengenai pembelian beg yang berkualiti dan mungkin boleh diperturunkan kepada generasi yang akan datang.

- KUALITI TINGGI
Apabila mencari beg pastikan anda melihat kepada kualiti yang ditawarkan. Kualiti disini bermaksud anda menilai jenis bahan yang digunakan untuk membuat beg, jahitan dan juga keteguhan beg tersebut. Membeli beg yang berkualiti membuatkan anda mudah memadankannya ke apa sahaja acara yang dihadiri, sebagai contoh jika anda membeli sebuah statement bag, anda boleh memadankannya ke acara apa sekalipun berlainan dengan baju statement yang agak susah untuk di pakai berulang kali.
- PILIH KULIT
Kulit adalah fabrik yang cukup sempurna untuk menghasilkan beg kerana ia bertahan bertahun lamanya. Dan kalai nak tahu, kulit semakin lama ia akan nampak semakin cantik. Oleh itu membeli beg yang dihasilkan menggunakan fabrik kulit merupakan satu pelaburan yang tepat, sudahlah boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang bahkan ia menjadi sekain cantik seiring peredaran masa.

- WARNA NEUTRAL
Jika anda membeli beg untuk dipakai bagi jangka masa yang lama, sebaiknya pilih warna-warna neutral seperti rona nude, kelabu, coklat dan jug hitam. Rona ini sesuai dipadankan dengan apa juga busana dari gaya kasual sehinggalah gaya formal, tidak seperti warna-warna lain yang lebih menonjol yang hanya boleh digayakan dengan stail yang tertentu.
- ELAK LOGO BESAR
Dalam dunia fesyen kita tahu yang trend datang dan pergi, ia tidak kekal selamanya. Ia sama juga boleh diaplikasikan kepada pemilihan beg, penulis menyarankan agar anda tidak membeli beg yang memiliki corak cetakan logo ataupun memiliki logo yang besar. Sebaliknya pilih beg yang nampak ‘bersih’ tanpa logo keterlaluan untuk menampakkan rekaan yang lebih profesional tanpa perlu menunjukkan logo jenama beg.

- STUKTUR TEGAP
Mengapa struktur sangat penting? Ini bagi memastikan ia senang dibawa tanpa anda pelu membetulkan beg tersebut. Lagipun pemilihan beg berstruktur menonjokkan gaya yang lebih kemas, anggun dan sesuai di gayakan ke tempat kerja, mesyuarat mahupun kala bersantai bersama teman-teman.
- ELAK BESI MENONJOL
Memang tidak dinafikan yang banyak beg-beg yang ditonjolkan dari pentas fesyen antarabangsa menonjolkan beg-beg dengan rekaan besi yang jelas kelihatan. Mungkin ia akan menampakkan anda cukup trendy dan juga manrik perhatian orang, namun untuk jangka masa panjang ia tidak praktikal. Sebagai contoh beg yang memiliki terlalu banyak perincian stud tidak sesuai digayakan dengan semua gaya bahkan untuk menjaganya juga tidak mudah kerana besi mudah tercalar.
*Gambar utama paling atas – Dari kiri beg Salvatorre Ferragamo, Fendi & Hermes