Pemakaian denim tidak terhad sekadar seluar jean sahaja. Seiring dengan kemodenan fesyen, denim kini telah dipelbagaikan cara pemakaiannya.
IKLAN
Selain tampak lebih trendy dan bersahaja, gaya pemakaian denim yang sempurna mampu memberikan penampilan yang lebih moden dan terkini.
Nona berkongsi tip agar anda nampak relevan di abad ini dengan padanan denim tepat dan sempurna.
(1) Denim cukup sesuai untuk gaya kasual dan juga semi formal. Bagi gaya semi formal, elakkan dari memilih rona lusuh dan koyak. Untuk penampilan yang kemas dan sempurna, padankan denim biru bersama aksesori yang tidak terlalu menonjol.
(2) Pemakaian kemeja denim masih lagi in, namun anda dinasihatkan untuk memilih perincian atau rona yang berbeza. Untuk kelihatan lebih menarik, padankan dengan baju atau seluar berpotongan unik agar tampil lebih bersahaja dan relaks.
(3) Tahukan anda bahawasanya denim yang berusia lebih lama memberikan nilai estetika yang lebih tinggi? Jadi, untuk memulakan musim baru, gandingkan denim musim lepas bersama aksesori yang bakal menjadi pilihan musim hadapan seperti pepaku, kulit dan rona hitam.
IKLAN
(4) Untuk gaya yang lebih klasik dan santai, cukup sekadar dengan memadankan seluar denim dan kemeja-T. Anda boleh menggayakannya bersama pointed heels untuk menyuntik elemen seksi tanpa perlu mendedahkan bahagian tubuh anda.
IKLAN
(5) Berikan perhatian pada labuh jeans yang anda pilih. Sekiranya ia terlalu labuh, penampilan anda akan kelihatan tidak kemas. Jika ia terlalu pendek, penampilan anda kelihatan terlalu santai dan kurang kemas. Jadi, pastikan panjang denim yang dipilih bersesuaian dengan anda.
(6) Jika anda memakai denim berwarna putih, padankan bahagian atas atau bawah yang berlainan seperti warna hitam, biru navy atau kelabu. Ia akan lebih menyenangkan gaya dan penampilan anda. Elakkan pamakaian warna seakan seperti kuning dan hijau.
Puteri Deena Aljuhani Abdulaziz menjadi ahli keluarga kerajaan Arab Saudi setelah berkahwin dengan Putera Sultan bin Nasser bin Abdulaziz.
Puteri Deena yang berusia 48 tahun ini merupakan seorang usahawan fesyen. Ibu kepada tiga anak ini juga pernah bergelar ketua pengarang pertama bagi majalah fesyen tersohor Vogue Arabia.
Puteri Deena dilahirkan di California dan dibesarkan di antara negara Timur Tengah dan Amerika Syarikat.
ANAK BEKAS MENTERI
Walaupun berasal dari golongan kebanyakan namun keluarga Puteri Deena bukan calang-calang.
Bapanya merupakan mantan menteri komunikasi dalam kabinet kerajaan Arab Saudi. Selain itu, bapanya juga seorang ahli ekonomi yang sering mengajar di universiti Amerika Syarikat.
Pada 1998, Puteri Deena berkahwin dengan Putera Sultan bin Nasser bin Abdulaziz. Sejak itu beliau bergelar Puteri Deena Aljuhani Abdulaziz. Mereka mempunyai 3 orang anak.
Kemudian, pada 2006 beliau membuka butik fesyen bernama D’NA di Riyadh, dan turut memiliki cawangan di Doha, Qatar. Beliau turut melancarkan e-dagang fesyen dnachic.com.
Pun begitu, Puteri Deena terpaksa meninggalkan perniagaan fesyennya itu apabila dilantik sebagai Editor Vogue Arabia. Ketika itu, Vogue pertama kali menerbitkan edisi Arab dan Timur Tengah pada Mac 2017.
IKON FESYEN
Puteri Deena terkenal dengan personalitinya yang menyerlah dalam dunia fesyen. Gayanya sentiasa mempesona dengan penampilan fesyen hi-end yang elegan namun tetap sopan.
Beliau turut menjadi bintang street style kerana kebolehannya tampil edgy, anggun serta glamor di pelbagai acara.
3 Fakta Menarik Tentang Aljuhani Abdulaziz:
Namanya Digunakan Oleh Christian Louboutin
Namanya diabadikan sebagai salah satu nama pereka terkenal Christian Louboutin. Namanya ialah “The Deena Shoe, oleh Christian Louboutin”.
Mempunyai Butik D’NA
Kecintaan terhadap fesyen mendorongnya untuk membina perniagaan butik D’NA merangkumi pelbagai jenama fesyen seperti Miu Miu, Haider Ackermann, M2Malletier dan Maison Martin Margiela.
Mengimbangi Budaya
Puteri Deena bukan sekadar pakar fesyen. Di Vouge Arabia, beliau juga menekankan ini adalah peluang media untuk mencipta editorial yang inovatif, dan meraikan cara wanita Arab bertindak balas terhadap Barat dan Timur.
Kredit Foto: Instagram Deena Al-Juhani Abdulaziz
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Penelope Cruz merupakan seorang pelakon dan juga pemenang Anugerah Oscar serta terkenal sebagai ikon glamor Hollywood yang mempunyai karisma tersendiri dalam bidang lakonan.
Aktress tersebut merupakan seorang pelakon berkebolehan dan versatile sering diraikan oleh pengkritik dan penonton sebagai sumber inspirasi kepada pengarah filem yang disegani.
Pelbagai watak yang berkarisma dan elegan, Penelope Cruz kini menjadi wajah kepada kempen pengiklanan global untuk jenama GEOX dan terbahagi kepada dua fasa. Fasa pertama sejajar dengan pelancaran koleksi wanita untuk musim Luruh/Sejuk 23/24 dan fasa kedua didedikasikan khas untuk koleksi musim Bunga/Panas 2024.
Menurut Pengasas dan Pengerusi GEOX, Mario Moretti Polegato, jenama Itali tersebut sungguh teruja menantikan babak baharu yang menarik ini, mengiktiraf Penelope Cruz sebagai duta yang ideal untuk menyampaikan falsafah utama jenama GEOX.
“Syarikat kami telah mengalami pertumbuhan besar sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan kami sangat teruja kerana Penélope Cruz menjadi duta GEOX yang pertama. Beliau akan membawa jenama GEOX ke persada antarabangsa kerana dirinya mempunyai evolusi stail yang mengaburkan kecantikan, kesejahteraan dan keselesaan – satu falsafah kemenangan yang sentiasa menyokong rekaan kami,” kata Mario Moretti Polegato, Pengasas dan Pengerusi GEOX.
Kerjasama strategik bersama Penelope Cruz adalah bersesuaian dengan imej beliau yang berkredibiliti dan profesional adalah penting kepada strategi pemasaran berterusan jenama Geox. Beliau dipenuhi kualiti seperti profesionalisma, kesederhanaan, kekuatan, keanggunan dan perwatakan—merupakan nilai yang sejajar dengan semangat dan aspirasi jenama GEOX.
Kerjasama ini menjanjikan pulangan nilai yang besar kepada usaha penjenamaan komunikasi global, kerana ia bakal melakar perjalanan yang menarik ke arah masa depan yang lebih cerah.
“Perlantikan Penelope Cruz dengan imej yang berkreadibiliti mampu membawa nilai yang besar kepada komunikasi kami. Kualiti yang ada pada Penelope seperti Penelope melambangkan Wanita profesional, sederhana, kuat, anggun dan perwatakan yang lengkap menjadi nilai yang kami percaya dan ingin sampaikan”, ujar Livio Libralesso, Ketua Pegawai Eksekutif GEOX.
Penélope Cruz dan kakaknya, Mónica Cruz, seorang ballerina dan pelakon yang berbakat, bersama-sama mencipta satu koleksi kapsul menawan yang dijadualkan keluar pada musim Bunga-Panas 2024. Koleksi eksklusif ini direka dengan bijak untuk memenuhi keperluan wanita moden yang mendambakan gabungan praktikal dan imaginasi, menggabungkan keanggunan dengan keselesaan bersama.
“Lebih dari dua (2) dekad, saya dan Monica telah menceburi pelbagai kolaborasi dalam dunia fesyen. Minat kami pada fesyen dan kegembiraan bekerja bersama telah mendorong kami untuk memulakannya kerjasama ini sekali lagi,” kata Penelope.
“Untuk projek ini, kami mendapat inspirasi daripada falsafah jenama GEOX, yang memerlukan bahan dan teknologi yang terbaik, tanpa sambil mengekalkan aura yang bergaya.”
Visi yang dikongsi bersama berfungsi sebagai asas sebuah konsep yang mengetengahkan busana yg utuh, yang meraikan unsur seni reka Geox dan komitmen terhadap keberadaan sedia ada. Dengan menggunakan sifat unik jenama GEOX, adik-beradik Cruz ini telah memperkenalkan pelbagai cadangan yang menarik, bersedia untuk menghiasi almari pakaian individu yang bergaya.
GEOX by Penélope and Mónica Cruz mempamerkan palet yang rancak, membangkitkan semangat Mediterranean dan kehidupan. Warna jingga, merah dan merah jambu menaikkan warna “technicolor” tali kasut, menghiasi kasut “Mocassins” lembut yang sesuai untuk dipakai setiap hari, dan menyelitkan semangat pada sandal bertumit dan bertali, sesuai untuk ke majlis istimewa tersebut.
Antara koleksi pakaian luar, terdapat jaket “trench” yang kalis air, terutamanya diperbuat daripada bahan kitar semula dan fabrik yang mampan, mewujudkan komitmen fesyen terhadap alam sekitar.
Jaket Anorak bergaya “urban-chic” memenuhi keperluan wanita dan gadis sentiasa aktif, mencari keselesaan sepanjang hari. Jaket ringan direka bentuk untuk menahan hujan pada musim bunga, terima kasih kepada fabrik teknikal terbaik dari GEOX,menjanjikan keselesaan tanpa kompromi. Koleksi GEOX by Penélope dan Mónica Cruz boleh didapati di semua butik Geox utama seluruh dunia dan dalam talian melalui GEOX.COM mulai Februari 2024.
Terbongkarnya skandal keganasan seksual yang dilakukan oleh mogul filem terkenal Harvey Weisten menjadi titik tolak kepada gelombang menentang keganasan terhadap wanita yang berlaku dalam dunia fefileman, nyanyian, fesyen, penerbitan dan juga bidang lain.
Dalam membawa kesedaran kepada masyarakat tentang kempen Time’s Up dan #Me Too yang mana selebriti-selebriti Hollywood akan memakai pin kecil tertulis perkataan Time’s Up sebagai sokongan kepada wanita yang menjadi objek serangan dan gangguan seksual supaya bercakap, mempertahankan diri dan jangan berdiam diri apabila diri menjadi mangsa.
Angelina Jolie kelihatan anggun dalam persalinan gaun perincian bulu pelepah dramatik.
Membawa kempen ini ke satu tahap yang lebih tinggi, selebriti popular semua bersepakat mengenakan busana rona hitam. Jom kita lihat antara yang anggun dalam persalinan serba hitam. Ramai yang selesa mengenakan gaun labuh namun ada juga yang menggayakan gaun pendek serta gaya seluar yang sangat chic.