Namanya cukup masyhur di Sarawak sebagai tokoh amal kebajikan, pengilang kasut kulit dan kasut keselamatan, pereka kasut serta terkini, pengasas kosmetik Samara Beauty.

IKLAN

Saban hari menatap #OOTD Dato’ Emma Ibrahim di media sosial, seperti menjadi satu kemestian pula. Wanita berkulit putih gebu dan berusia 47 tahun ini sememangnya pandai bergaya, malah baju-baju yang dikenakan cantik dan berjenama terkenal.

Antaranya jenama Gucci yang menjadi kegemaran Dato’ Emma. Menurut Pengarah Urusan Red Profile Sdn Bhd itu, Gucci sentiasa menjadi pilihan untuk ke acara kasual dan semi formal kerana ia sesuai dengan jiwanya. Nampak elegan dan class!

Sebagai seorang usahawan di Kuching, beliau selalu terikat dengan pelbagai temu janji dan mesyuarat klien. Kerana itulah fesyen begitu dekat di hatinya, tambahan pula Dato’ Emma turut mereka dan mempunyai butik kasut sendiri bernama Emma Daniel di sana.

Malah sewaktu sesi fotografi Nona, Dato’ Emma turut berkongsi khabar perniagaan yang baru diterokainya iaitu Samara Beauty. Jangan terkejut, beliaulah pengasas produk Samara Matte Lipstick yang sedang viral sekarang!

Menjadikan Queen Rania sebagai sumber inspirasi, ibu kepada Fikri, Haris, Daniel dan Isaac itu jelas tertarik dengan karakter Baginda yang regal, bergaya dan suka membuat kerja-kerja kebajikan.

“Saya memang penggemar jenama Gucci dan Emilio Pucci. Untuk jenama tempatan pula, saya sukakan Albert King kerana baju buatannya terletak sempurna pada badan saya. Nah, wanita mana yang tak sukakan fesyen?” celoteh Dato’ Emma yang merupakan isteri kepada Dato’ Haji Mohd Zainuddin Dawi.

Bagi yang belum puas menatap gaya anggun Dato’ Emma Ibrahim dalam majalah Nona, ayuh semak 7 gaya wanita VIP ini dalam persalinan Gucci. Aduh, melting! Cantik sangatkan? Norzalina Mohd Alias

7 Gaya Dato’ Emma Ibrahim Dalam PERSALINAN GUCCI, Serius Tak Puas Tengok!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI