Terlihat ‘lebih muda’ berbanding usia sebenar adalah impian semua orang terutamanya wanita. Sebab itulah, kita disarankan agar mengamalkan gaya hdup sihat untuk mendapatkan kulit yang segar, cantik dan sihat. Begitu juga dengan kecantikan dalaman harus seimbang. Bagi yang berkemampuan boleh mendapatkan rawatan kulit yang sesuai namun pastikan ia tidak memudaratkan.
Siti Saida, Raja Azura dan Shiera antara artis wanita yang awet muda. (Kredit Foto: Instagram @sitinorsaidatarudin @raja_azura @shieraijoy)
Antara selebriti wanita yang kekal awet muda ialah Shiera Ijoy, Raja Azura, Saida Tarudin dan Datin Maria Arshad. Rahsia dan gaya hidup mereka sentiasa menjadi inspirasi buat wanita agar sentiasa menjaga kecantikan luar dan dalam.
Datin Maria Arshad yang kini berusia 60an pun masih kekal anggun.
Nona kongsikan beberapa cara yang boleh dilakukan agar terlihat awet muda:
AMALKAN MAKANAN ANTIOKSIDAN Antioksidan membantu melindungi kulit dari radikel bebas yang boleh merosakkan kulit. Antioksidan memiliki kemampuan dalam merangsang penghasilan kolagen kulit. Kolagen merupakan bahagian penting dari struktur dan proses keremajaan kulit. Salah satu cara untuk tetap awet muda adalah dengan membanyakkan pengambilan sumber makanan yang mengandungi antioksidan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, ikan dan lain-lain.
SUMBER PROTEIN Selain antioksidan, pengambilan sumber protein juga dapat membantu badan menguatkan otot. Makanan yang mengandungi protein tinggi bermanfaat untuk menghasilkan kolagen pada kulit. Beberapa makanan yang mengandungi protein tinggi antaranya ialah salmon, telur, tahu dan lain-lain.
Ads
KAWAL STRES Kajian menunjukkan, sel-sel kulit orang yang mengalami depresi akan lebih nampak berusia berbanding mereka yang tidak atau kurang depresi. Tekanan yang melampau dapat mempercepatkan proses penuaan awal. Jadi, jika anda ingin mencegah penuaan awal maka haruslah dapat mengawal tekanan yang dialami. Beberapa cara yang boleh dilakukan ialah berjalan-jalan, bersenam, atau melakukan perkara yang digemari.
Ads
CUCI MUKA SEBELUM TIDUR Penat macam mana pun pastikan anda mencuci muka dahulu sebelum tidur. Ia membantu kulit lebih bertenaga ketika tidur. Jadi, jangan sampai terlupa atau sengaja tidak mencuci muka sebelum tidur ya terutama selepas melakukan kegiatan luar atau bersolek.
KRIM PELINDUNG MATAHARI Jangan lupa untuk calit krim pelindung matahari utnuk melindungi kulit daripada sinaran suria di siang hari. Kajian yang dilakukan pada tahun 2013 di Annals of Internal Medicine membuktikan mereka yang menggunakan krim pelindung matahari 3-4 hari seminggu cenderung untuk tidak mengalami penuaan kulit berbanding mereka yang tidak menggunakannya.
Ads
BANYAK MINUM AIR PUTIH Minum air putih secukupnya dapat membantu menjaga keanjalan kulit dan tetap terhidrasi. Hilangnya hidrasi kulit boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan berkedut. Selain itu, air juga penting dalam menjaga kelembapan kulit kerana ia dapat memberikan nutrisi penting ke sel-sel kulit badan.
TIDUR YANG CUKUP Rawatan kulit sederhana yang boleh dilakukan namun sering diabaikan ialah tidur yang cukup. Sekurang-kurangnya, disarankan tidur 6 jam per hari bagi memudahkan proses regenerasi kulit. Tidur yang cukup juga dapat mencegah munculnya lingkaran bawah mata.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kagum komitmen pemain tenis, Elina Svitolina terhadap kerjaya. Mana tidaknya, baru enam bulan bersalin anak sulung dia dikhabarkan sudah kembali aktif ke gelanggang dan menyertai kejohanan dunia.
Lebih mengagumkan, penampilan pemain tenis profesional kelahiran Ukraine ini meraih pujian peminat sukan apabila dia kembali langsing selepas melahirkan anak.
Melihat susuk tubuh Elina, pasti ada yang tak percaya jaguh sukan ini sudah pun bergelar ibu. Sebagai atlet pastinya dia lebih memahami cara untuk menurunkan berat badan dan kekal berstamina.
Elina selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Skai Monflis pada Oktober 2022 hasil perkahwinannya bersama Gael Monfils yang juga pemain tenis profesional kelahiran Perancis.
Wanita ini juga mendedahkan suaminya melakukan tugas mengurus anak mereka apabila dia menyertai kejohanan. Ini selepas Gael mengalami kecederaan kaki ketika Canadian Open dan direhatkan selama tujuh bulan.
Kemunculan Elina bukan hanya dinanti-nantikan bahkan pada 11 Julai lepas dia berjaya menewaskan pemain tenis wanita nombor satu dunia, Iga Swiatek dalam misi memburu kemenangan Wimbledon.
Memetik kenyataan Elina dalam portal Inquirer Sports, perjuangannya di gelanggang kali ini membawa maksud lebih besar untuk anak tersayang dan juga negara tercinta, Ukraine yang dilanda perang dengan Rusia sejak Februari 2022 hingga sekarang.
Dia sebelum ini pernah menduduki ranking ketiga kini berada di tangga ke-76 selepas berehat untuk berkahwin dan hamil.
Berjalan kaki banyak faedahnya! Selain itu, berjalan kami juga merupakan terapi kesihatan asas yang penting bagi manusia. Namun, satu kajian baru-baru ini mendedahkan rakyat Malaysia berada di tangga ketiga di dunia yang malas untuk berjalan kaki. Seriuslah!
Kajian dari Universiti Stanford dibuat berdasarkan maklum balas 717,527 responden yang memberikan gambaran tentang gaya hidup penduduk di 111 negara di seluruh dunia. Menariknya, kajian ini juga mendedahkan negara pertama di dunia yang paling malas berjalan kaki ialah Indonesia.
Berdasarkan laman web tempo.co, kajian itu turut menyatakan bahawa purata orang Indonesia berjalan hanya 3,513 langkah sehari. Manakala Malaysia pula berada di tempat ketiga dengan purata 3,963 langkah sehari.
Dalam penelitian tersebut juga turut mendedahkan negara yang rakatnya paling rajin berjalan kaki adalah Hong Kong dengan 6.880 langkah sehari. Selepas Hong Kong, negara yang rakyatnya rajin berjalan kaki adalah China dengan rata-rata 6.189 langkah per hari. Di tempat ketiga ialah Ukraine (6,107), keempat Jepun (6,010) dan kelima ialah Rusia (5,969).
Menurut KOSMO Online, berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), purata jumlah berjalan kaki bagi setiap individu seperti mana yang disarankan oleh global adalah sekurang-kurangnya 5,000 langkah sehari. Dalam pada itu, kajian yang sama berkata, negara dengan masalah obesiti rendah adalah merujuk kepada sikap rakyatnya gemar melakukan aktiviti berjalan kaki setiap hari.
Untuk rekod, jalan kaki ternyata banyak manfaatnya. Antara kelebihanya adalah ia mampu mencegah penyakit jantung, mengurangkan risiko alzheimer, mencegah diabetes, menurunkan risiko terkena strok dan mencegah osteoporosis.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Simple je orangnya Fasha Sandha! Walau berstatus selebriti terkenal namun dia bijak menyesuaikan diri ketika beraya di kampung baru-baru ini. Ternyata penampilan sederhana Fasha sewaktu pulang ke kampung halaman suami tercinta di Rembau, Negeri Sembilan menarik perhatian peminat.
Tidak mengenakan pakaian glamor, isteri Aidil Aziz ini kelihatan cukup selesa dengan gaya ringkas di samping keluarga. Apatah lagi dia pandai bergaul dengan ahli keluarga mentua dan bawa diri.
Ucap Fasha, “Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan Batin buat semua followers kesayanganku.”
Bahkan foto perkongsian Fasha yang tampil tanpa secalit mekap, bertudung dan T-shirt saja turut menjadi bualan ramai. Rata-rata peminat memuji sikap aktres jelita ini yang tidak memilih pangkat dan status.
Tak ramai selebriti yang berani tampil dengan wajah polos macam Fasha!
Malah sepanjang berada di kampung, ibu tiga cahaya mata ini tidak kekok mengenakan tudung. Terserlah keayuan kakak Elisya Sandha ini.
Kongsi Fasha di Instagram, “Raya raya raya. Kisah semalam, makan gelak makan gelak. Memang gila. Balik KL je tengok berat badan dah naik 2.5kg apakah??? Nak turun bukan main seksa, nak naik laju je kan.”
Ramai juga yang terpegun dengan penampilan pelakon ini yang makin ramping. Kalau dulu, nampak tubuhnya berisi sekarang Fasha makin slim. Tak hairan pun sebab dia memang rajin bersenam.
Pada 28 Mac lalu, Fasha genap berusia 39 tahun. Walau sudah meningkat umur lewat 30an, wajah cantiknya sentiasa menjadi bualan peminat.
Fasha Sandha bergelar isteri kepada Aidil Aziz pada 30 Mac 2019. Sebelum ini aktres filem Anak Mami Kembali ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada tahun 2016.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Fasha dikurniakan dua anak iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma. Hasil perkongsian hidup bersama Aidil, mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Aisha Amaira.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setinggi-tinggi ucapan tahniah buat Yang Amat Mulia (YAM) Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas kejayaan cemerlang memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian Kelas Pertama) dalam bidang ...