
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Hi-Tea Bersama Seri Paduka yang diadakan di Istana Negara hari ini.

Keberangkatan tiba Tunku Azizah pada 4 petang turut diiringi Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah; Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin Abdul Rahman; Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim; Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
Turut mengiringi isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Ruziah Mohd Tahir.

Pada majlis santapan itu, seramai 350 tetamu hadir terdiri daripada pereka fesyen tempatan, ahli politik, selebriti dan pempengaruh.

Acara petang itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian serta pertunjukan busana tradisional termasuk songket dan Tenun Pahang yang dikendalikan oleh pereka fesyen Datuk Radzuan Radziwill.


“Kombinasi tradisional fabrik empat hingga lima jenis ini tidak dipotong mahupun dijahit bagi memastikan fabrik yang ditenun oleh penghuni penjara dan ibu tunggal ini dapat dijual terus kepada pembeli yang berminat sekali gus memberi pendapatan kepada mereka yang terlibat,” katanya.

Selain itu sebanyak 70 busana peribadi Tunku Azizah turut dipamerkan di hadapan dewan santapan bagi memberi peluang tetamu melihat dengan lebih dekat koleksi diraja itu.
Foto: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
UNICEF Beri Galakan Kanak-Kanak Ambil Gambar Realiti Kehidupan

Baru-baru ini, UNICEF Malaysia melancarkan kempen Picture My Rights #aShotatLife bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai hak kanak-kanak dan cabaran yang memberi kesan kepada mereka.

Peraduan ini merupakan platform buat golongan muda berkongsi kreativiti, keberanian dan keyakinan dalam membantu mengubah dunia di sekeliling mereka. Menurut Ketua Komunikasi dan Advokasi Awam UNICEF Malaysia Marc Vegara, dengan adanya kemajuan teknologi, ini bermakna golongan muda mempunyai peralatan serta sokongan dalam menyuarakan isu-isu yang dipercayai.

“Kami ingin mereka mengembangkan kreativiti, supaya mereka boleh menunjukkan gambaran yang menarik dan menceritakan bagaimana golongan muda melihat hak-hak mereka di Malaysia hari ini. Kami ingin mereka mengambil gambar demi kehidupan,” ujarnya.
Perkara 13 dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak menyatakan bahawa mereka berhak mempunyai kebebasan bersuara melalui apa-apa yang dipilih oleh kanak-kanak itu.

‘Picture My Rights’ mengajak golongan muda untuk menyuarakan pandangan mereka mengenai hak kanak-kanak dan isu-isu yang penting kepada mereka melalui saluran media dalam bentuk gambar/foto. Golongan muda yang berumur 13 hingga 24 tahun dan menetap di Malaysia dijemput untuk menghantar gambar yang menunjukkan salah satu daripada lima tema berbeza.
- Peluang yang adil & Martabat: Kanak-kanak mempunyai hak untuk dilayan dengan hormat tanpa mengira jantina, bangsa, agama atau kerakyatan, mahupun jika mereka kekurangan anggota badan atau mental. Mereka berhak menjalani kehidupan dengan bermaruah.
- Pembangunan & Daya tahan: Tempat perlindungan, makanan berkhasiat, air yang bersih, rawatan perubatan dan penjagaan kesihatan adalah keperluan asas kepada setiap kanak-kanak untuk teruskan kehidupan dan berkembang maju. Mereka mempunyai hak untuk membesar dalam keadaan bersih, selamat dan sihat.
- Pendidikan: Kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti – bukan hanya merujuk di sekolah sahaja. Pendidikan kanak-kanak perlu merangkumi pembentukan personaliti dan kebolehan serta membantu mereka dalam menghormati sesama insan, budaya dan persekitaran alam.
- Perlindungan daripada keganasan: Kanak-kanak tidak sepatutnya mengalami penderaan, buli, keganasan seksual, eksploitasi atau pengabaian – sama ada di rumah, di sekolah, di institusi ataupun di dalam talian. Semua kanak-kanak mempunyai hak untuk dilindungi daripada kecederaan atau dilayan dengan teruk dalam apa jua cara.
- Penyertaan: Kanak-kanak berhak untuk menyuarakan pendapat secara terbuka, terutama isu yang memberi kesan kepada mereka. Mereka berhak untuk berkongsikan pendapat melalui saluran media seperti fotografi, lukisan, penulisan atau apa-apa cara sekalipun, melainkan ia mencederakan orang lain.

Marc Vergara juga berkata, “Penglibatan kanak-kanak merupakan prinsip utama kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak. Penyertaan kanak-kanak dalam kempen ini membuka peluang untuk mereka bersuara mengenai isu dan keputusan yang mempengaruhi kehidupan mereka, mempelajari skil baru sambil berseronok, serta mendekatkan jalinan hubungan kepada komuniti. Melalui ‘Picture My Rights’, kami ingin memupuk golongan muda Malaysia untuk berkongsikan idea mereka secara terbuka, serta tunjukkan kami kehidupan anda melalui lensa kamera.”
Kempen ini berlangsung selama dua (2) bulan, bermula dari 17 Julai hingga 20 September 2023, dan mengajak golongan muda serta kanak-kanak untuk menyiarkan gambar yang terbaik di platform Instagram sendiri beserta kapsyen yang mengandungi hastag #PictureMyRights dan #AShotatLife. Buat mereka yang tidak mempunyai akaun Instagram, atau akaun Instagram dalam tetapan privasi, sila hantar gambar melalui e-mel mediakl@unicef.org.

Gambar dan kapsyen terbaik berpeluang untuk memenangi empat (4) buah iPhone 14s, dengan dua (2) pemenang diberikan kepada setiap kategori umur (13-17 tahun dan 18-24 tahun). Penyertaan yang menang juga akan dipaparkan dalam pameran maya khas Hari Kanak-Kanak Sedunia pada November 2023.
Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut pada 20 November bagi memperingati penerimaan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC). Sebagai perjanjian hak asasi manusia yang paling banyak disahkan dalam sejarah, CRC adalah perjanjian antarabangsa yang menggariskan pelbagai hak yang harus dinikmati oleh kanak-kanak seperti, berkembang, belajar, bermain, dan capai potensi penuh mereka. Malaysia meratifikasi CRC pada tahun 1995, dengan tempahan kekal kepada lima (5) perkara. Ini merupakan peraduan gambar kanak-kanak ‘Picture My Rights’ yang ketiga. Yang pertama adalah pada tahun 2014, manakala yang kedua pada tahun 2017.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Misi Tingkatkan Kesejahteraan & Kesihatan, PUAN SRI NISA BAKRI Jalin Kolaborasi Dengan Klinik Estetika Terkemuka

Penjagaan kesihatan secara holistik sememangnya menjadi keutamaan setiap individu kerana kesihatan dan kecantikan seharusnya berjalan seiringan. Faktor pemakanan dan kecantikan menjadi elemen penting untuk mengekalkan gaya hidup yang berkualiti dari segi luaran dan dalaman.

Menyedari hakikat ini, Puan Sri Nisa Bakri, pengasas terkemuka jenama makanan ternama Nisa Bakri, dan Dr. Jest Wong, pengasas berwawasan Klinik Westwood, bergabung dalam sebuah perkongsian baharu untuk meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan di Malaysia.
Kolaborasi unik ini mewakili penyatuan dua usahawan terkemuka dari latar belakang yang berbeza, menjana formula baharu dalam dunia perniagaan, dan menjadi contoh cemerlang bagaimana produk kesihatan buatan Malaysia boleh menandingi standard antarabangsa.

Klinik Westwood menyediakan pelanggan dengan penyelesaian klinikal yang selamat dan disesuaikan untuk keperluan estetika mereka. Dr. Jest Wong sendiri merupakan pakar dengan lebih dari 15 tahun pengalaman latihan dan pengedaran dalam industri estetika.

Semangat dan penguasaan Puan Sri Nisa Bakri terhadap masakan sihat di rumah telah melahirkan jenama makanan Nisa Bakri dan dua buah buku masak, “I Am Not A Chef” dan “Simply Malaysian”, selain pelbagai pengiktirafan dan penghormatan atas usahanya dalam membawa masakan Malaysia ke dunia.

Tujuan kolaborasi ini melebihi promosi produk semata-mata. Ia menjadi contoh inspirasi bahawa masa depan perusahaan yang berjaya terletak pada sokongan bakat dan perspektif yang pelbagai, mendorong inovasi dan pertumbuhan. Puan Sri Nisa Bakri dan Dr. Jest Wong membayangkan ekosistem perniagaan yang dinamik dan inklusif yang merangkul kerjasama dan memberdayakan usahawan lain untuk berganding bahu dalam mengubah sektor kebahagiaan dan kesihatan. Bersama-sama, mereka melambangkan misi untuk meningkatkan kesejahteraan dan meningkatkan reputasi produk kesihatan buatan Malaysia di pentas global.
JUGA BACA: https://www.nona.my/hobi-menjadi-peluang-perniagaan-masakan-puan-sri-nisa-bakri-sampai-ke-london/

Puncak kolaborasi ini adalah pelancaran “Belisimo” di Klinik Westwood, satu penambah tenaga super vitamin Malaysia yang inovatif yang dibentuk dalam bentuk jeli yang mudah. Produk terkini ini merupakan bukti gabungan kepakaran kuliner untuk kehidupan sihat dan pengetahuan klinikal, mencerminkan nilai yang dikongsi oleh Nisa Bakri Gourmet dan Klinik Westwood.

Selain daripada formulasi yang inovatif, Belisimo menggambarkan inisiatif proaktif yang menyelaraskan kesejahteraan dan pusat estetika. Bebas dari gluten dan kafein, tanpa gula tambahan, Belisimo sesuai untuk pelbagai individu yang mencari penambah tenaga semulajadi. Melalui penyelidikan dan pembangunan yang menyeluruh, produk ini menjanjikan keberkesanan dan keselamatan, menawarkan penyelesaian kebahagiaan yang boleh dipercayai kepada pengguna.

Satu sorotan utama dalam kolaborasi ini adalah integrasi harmoni dua pasaran yang berbeza. Dengan menyatupadukan kekuatan mereka, perkongsian ini mencipta kesedaran yang lebih besar bahawa perniagaan yang berjaya berkembang melalui pemanfaatan kemahiran dan kepakaran masing-masing. Puan Sri Nisa Bakri dan Dr. Jest Wong percaya bahawa usaha-usaha kerjasama seperti ini menjamin masa depan yang cerah dalam landskap perniagaan yang sentiasa berkembang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
‘Seorang Sekupang…’ Jawapan Lucu & Bersahaja TUN M Bila Diminta Ambil Gambar Bersama!

Di sebalik sifat tegasnya, Tun Dr Mahathir juga sebenarnya seorang yang lucu. Selain kerap dilihat bergurau senda bersama isteri tersayang, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.. telatah Perdana Menteri Ketujuh Malaysia ini juga sering menjadi perhatian rakyat. Meskipun tanpa mengungkapkan kata-kata yang mencuit perasaan, namun mimik muka Tun M sudah cukup menggeletek hati ramai.
Terbaru, menerusi video kempen Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) sempena Aidilfitri yang menampilkan Tun M bersama Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Anthony Loke Siew Fook berjaya mencetuskan reaksi pelbagai daripada segenap lapisan masyarakat. Dengan jumlah tontonan mencecah hampir 1 juta di laman Facebook Dr Mahathir bin Mohamad, jelas terserlah sense of humour yang dimiliki pemimpin kesayangan ramai ini.
VIDEO Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Aidilfitri YAB PM dan Menteri Pengangkutan
Posted by Dr. Mahathir bin Mohamad on Saturday, 9 June 2018
Usai membicarakan fokus utama tentang keselamatan jalan raya menjelang Syawal yang bakal tiba, jenaka Tun M pada akhir babak video tersebut bersama team produksi JKJR nyata menghiburkan. Lebih-lebih lagi apabila mereka mahu bergambar bersama.
Tun M: Did you vote for me?
Team JKJR: (Ketawa) Satu lagi soalan.. ambil gambar boleh?
Tun M: (Ketawa) Seorang sekupang
Pun begitu, misi utama video kempen keselamatan ini dihasilkan adalah sebagai panduan buat orang ramai untuk pulang berhari raya di kampung halaman kelak. Malah, ia turut mengetengahkan beberapa isu berkaitan kemudahan lalu lintas dan peraturan jalan raya.


Menjelas lanjut tentang pemanduan ketika berada di jalan raya, ini pesanan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. “Kalau mengantuk semasa memandu, berhenti. Pergi je tepi jalan, berhenti, tidur. Iyalah, sesetengah orang bila dah umur macam umur saya ini, kurang tenaga.
Biasanya orang 90 tahun tu usah bawa lah… Keseronokan saya ialah membawa kereta. Tapi saya dapat bawa kereta hujung minggu saja. Itu pun ada driver di tepi.”
Sementara itu, ketika mengulas tentang pembayaran saman, ini jawapan Tun M. “Kalau kita kena saman, kita kena bayarlah. Sebabnya kita kena bayar, sebagai satu tekanan ke atas kita supaya selalu ingat bahawa apabila kita buat sesuatu yang salah dalam memandu kereta, maka kita perlu membayar saman. Tapi kalau saman boleh diskaun, saya ingat dia tak jadi amaran kepada kita.”


Ini pula penjelasan Menteri Pengangkutan. “Tujuan kerajaan bukan nak menyaman orang. Bukan nak menyusahkan orang. Umpamanya baru-baru ini saya telah mengeluarkan perintah memperingatkan semua orang yang kena tukar air bag dalam kereta yang telah recall, mereka kena tukar. Kalau mereka tak tukar, kena saman.
Bagi saya yang pentingnya apabila kita memandu untuk balik kampung dalam fikiran kita kena ingat, kita nak balik berseronok dengan keluarga. Memandu tu kena berhati-hati. Kena bersabar,” ujar YB Anthony Loke.
Jadi, sebelum berangkat ke kampung nanti ingat pesanan Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan ini. Usah terburu-buru dan sentiasa berhati-hati di jalan raya serta lakukan pemeriksaan kenderaan sebelum bertolak untuk mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


