
Besarnya kasih sayang seorang ibu, sampai nyawa pun sanggup dipertaruhkan. Sebagai anak, tiada satu perkara pun yang dapat membalas pengorbanan itu kecuali menghadiahkannya kebahagiaan yang berterusan. Buatkan ibumu tersenyum, bangga dan lega melihat kehidupan anak-anak yang kini sempurna.
Amat susah untuk melihat seorang anak memanjakan ibunya selepas dia membesar dan berkeluarga. Mengingati ibu hanya sebatas mengirim wang belanja. Sedangkan kalau untuk pasangan, boleh pula kita memberi masa dan perhatian, bunga, kereta, barangan kemas segala.
Untuk sekali ini, renungkan semua senyuman dan gelak tawa yang pernah ibu berikan kepada kita. Yang nyata pasti ada sesuatu yang ibu idamkan, tak kiralah apa pun, kita usahakanlah tunaikan.
Kempen Fendi Peekaboo yang mengetengahkan selebriti Catherine Zeta Jones dan anak gadisnya, Carys Zeta Douglas menyerlahkan kasih sayang seorang ibu serta bagaimana stail elegan boleh diwarisi. Tengoklah ni, mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi!
Kecantikan dua beranak ini memang tak perlu dipertikaikan. Memang tepat sekali pemilihan Fendi untuk koleksi Peekaboo tahun lalu, dimana karakter Catherine dan Carys jelas melambangkan gaya wanita berkarisma tanpa mengira usia. Beg tangan ikonik itu, pelengkapnya.
So nak tahu koleksi Fendi mana yang sesuai dihadiahkan untuk ibu anda? Jom semak pilihan Nona untuk hadiah Hari Ibu nanti.
Nano Baguette Charm
Fendi Nano Baguette
By The Way
Mini Montresor
Peekaboo Mini
Peekaboo Mini Knot
Peekaboo Rafia Tote
Peekaboo Tote In Canvas
Rambang Mata Tengok Koleksi Lebaran Petals By HATTA DOLMAT, Cantik-Cantik Semuanya!

Jenama Hatta Dolmat tidak perlu diperkenalkan lagi dengan karya fesyen agung yang sering diperkatakan oleh penggemar fesyen. Saban hari, pereka yang berasal dari Melaka sering melahirkan idea kreatif dan inovatif dalam memartabatkan seni fesyen tanah air. Ketika berbicara mengenai koleksi lebarannya, beliau mencetuskan kelainan yang bakal menjanjikan kepuasan buat penggemar jenama terkemuka ini.
Jika dilihat tahun sebelumya, rekaan lebaran Hatta Dolmat bertemakan Vintaj Inggeris dimana beliau menzahirkan bakat seni melukis ke atas fabrik lalu digarap indah dalam siluet warisan melayu tradisi. Untuk koleksi lebaran 2018, pereka fesyen terkenal ini mengilhamkan sesuatu yang lebih segar dan tentunya relevan untuk digayakan pada abad ini. Potongan ringkas dan minimalis menjadi tunjang buat koleksi lebaran beliau dengan memperlihatkan penampilan wanita yang ringan dalam suatu rekaan yang cukup elegan.
TREND FESYEN YANG HANGAT PADA TAHUN INI?
Pada saya, Penggunaan fabrik sheer ataupun fabrik yang bersifat ringan bakal hangat pada tahun ini. Ia lebih dikenali sebagai fabrik Organdi dan sudah memasuki pasaran tempatan. Fabrik ini kelihatan seperti organza tetapi ia tidak begitu berkilat dan sedikit tebal daripada Organza. Ia amat cantik apabila dipakai dan memberi ilusi lembut buat si pemakai. Selain itu, potongan dan jatuhan fabrik menampakkan sesuatu rekaan labih menarik. Fabrik ini sering digunakan oleh pereka fesyen terkenal seperti Zuhair Murad dan Elie Saab dimana fabrik ini digunakan sebagai lapisan dalam sesuatu busana untuk menampakkan rekaan tersebut tidak terlalu berkilat.
CERITAKAN SEDIKIT MENGENAI KOLEKSI LEBARAN HATTA DOLMAT TAHUN INI
Untuk tahun ini saya membuat kesinambungan daripada koleksi RTW Petals by Hatta Dolmat. Ia merupakan koleksi kedua Petals dan saya memberikan suntikan eksklusif untuk koleksi ini dimana saya memberi penekanan pada potongan dan teknik jatuhan kain agar ia memberi efek yang lebih ringan. Berbeza dengan tahun lepas, saya menggunakan motif-motif yang saya lukis sendiri tetapi pada tahun ini saya lebih selesa untuk mereka sesuatu yang lebih ringkas dan minimalis.
APAKAH KELAINAN REKAAN LEBARAN HATTA DOLMAT PADA TAHUN INI?
Rekaan kali ini lebih terhad di mana saya hanya menghasilkan enam ke lapan helai sahaja. Ia tampil cukup eksklusif dimana saya fokus dengan penggunaan fabrik Organdi dan mula jatuh cinta untuk bereksperimen dengan fabrik tersebut. Saya melihat fabrik ini jarang digunakan dan mengambil langkah berani dengan menghasilkan koleksi lebaran menggunakan fabrik Organdi. Saya menterjemahkan sifat petals atau kelopak dalam setiap rekaan dengan menekankan potongan yang sedikit berbeza seperti teknik layering, flair dan lain-lain lagi. Namun saya masih mengekalkan ciri-ciri tradisional seperti kebaya yang diberi nafas baharu.
SILUET, PILIHAN FABRIK DAN PILIHAN RONA BUAT KOLEKSI LEBARAN
Selain fabrik Organdi, saya juga banyak menggunakan fabrik tulle dan juga broked. Saya mengilhamkan teknik potongan berlapis yang diinspirasikan dari kelopak bunga (petals). Dari segi pemilihan rona, seperti kita tahu bunga bersifat lembut dan disukai wanita. Jadi, saya memilih rona-rona pastel seperti biru cair, teal, pic, bloom, champagne, lavender dan juga putih.
KONGSIKAN SEDIKIT TIP FESYEN SEMPENA AIDILFITRI YANG BAKAL MENJELMA TIDAK LAMA LAGI
Saya sarankan untuk semua wanita di luar sana untuk mengembalikan busana klasik untuk disarungkan di hari lebaran seperti baju kurung dan baju kebaya. Walaupun kini terdapat pelbagai busana klasik yang mendapat sentuhan moden namun harus diingatkan ia janganlah terlalu tersasar dengan rekaan asal busana. Apa yang boleh dikatakan di sini ialah fesyen raya sesuatu yang minimal dan ringkas. Paling penting ia cukup selesa untuk digayakan dan bukan bersandar pada fesyen semata-mata.
APAKAH PERSEDIAAN PALING PENTING UNTUK MENYAMBUT HARI LEBARAN?
Persediaan paling penting ialah dari segi bajet dan perbelanjaan. Sebaiknya, senaraikan terlebih dahulu kos-kos penting yang perlu diberi keutamaan. Dengan keadaan ekonomi yang kurang baik kebelakangan ini, saya nasihatkan supaya anda bijak memilih fesyen busana raya. Seperti kita tahu, mungkin ada sesetengah busana raya yang dijual di luar sana dengan harga agak mahal. Sekiranya suka dengan busana tersebut, cukup sekadar membeli satu atau dua pasang sahaja. Tidak perlu bazirkan duit dengan membeli busana raya terlalu banyak dan akhirnya tidak pakai. Hari raya adalah momen untuk berhimpun bersama keluarga dan bukan medium untuk anda bergaya hingga boleh menyebabkan pembaziran.
PESANAN HATTA DOLMAT BUAT MEREKA DI LUAR SANA DALAM MENCARI BUSANA LEBARAN YANG TEPAT DAN SEMPURNA
Memilih pakaian yang tepat dengan potongan bentuk badan ialah dengan cara menempah baju dan bukan membeli koleksi RTW yang berada di pasaran. Ini kerana koleksi RTW adalah satu himpunan fesyen yang mempunyai basic saiz seperti saiz S,M,L,XL dan sebagainya. Tetapi proportion bentuk badan wanita Malaysia tidak sama. Contohnya saiz S mungkin mempunyai bentuk pinggul yang besar dan sebaliknya sekaligus menjadikan siluet dan potongan tidak sama. Sebaik-baik potongan ialah potongan busana yang ditempah dan betul-betul mengikut saiz badan anda. Namun, persediaan yang lebih awal perlu dibuat sekiranya anda ingin menempah baju dan elak menempah di saat-saat akhir.
‘Ini Baru Fesyen!’ 10 Gaya Selebriti Popular Di Kuala Lumpur Fashion Week 2022

Acara meraikan kegemilangan fesyen tanahair baru saja melabuhkan tirainya ahad lepas, namun kemeriahannya masih lagi diperkatakan sehingga kini. Dalam meraikan industri seni reka fesyen, turut menyaksikan kelebihan setiap pereka fesyen yang tampil dengan keunikan koleksi masing-masing.
Namun, yang pasti apa yang menarik perhatian sudah tentunya penampilan istimewa para selebriti yang hadir meraikan pereka fesyen kegemaran mereka, di samping memberi sokongan kepada koleksi yang dipersembahkan.
Setiap seorang dari mereka tampil dengan gaya dan ‘look’ tersendiri. Tanpa membuang masa, NONA senaraikan antara 10 selebriti yang menonjol di mata kami ketika acara tersebut.
IZARA AISHAH
Izara Aishah tampil menyarung busana berona hitam dengan fur coat berwarna merah jambu hasil ciptaan pereka fesyen duo terkenal Rizman Ruzaini.
UMMI NAZEERA
Hadir merayakan malam persembahan fesyen Rizman Ruzaini, Ummi Nazeera turut hadir memeriahkan dengan suntikan boyish look, memakai set penuh blazer berwarna ungu, dengan inner bewarna merah jambu hasil ciptaan Rizman Ruzaini.
AZIRA SHAFINAZ
Persis lollypop, Azira Shafinaz hadir memberikan sokongan untuk jenama Innai Red, tampil dengan busana rekaan jenama tersebut yang menyerlahkan penampilan Azira pada malam itu.
AINA ABDUL
Bukan Aina Abdul lah jika tidak tampil ekstravagan dan lain dari yang lain. Pada persembahan fesyen jenama Behati, Aina menyarung persalinan berona hitam yang berat dan ‘fluffy’ ciptaan Behati. Walau agak sedikit berlebihan, well its Aina Abdul!
EYKA FARHANA
Eyka Farhana tampil mewah dan elegan menyarung busana labuci meleret dan berlengan hasil ciptaan Rizman Ruzaini. Warna merah garang menyerlahkan lagi look Eyka pada malam itu.
KAVITHA SIDHU
Persis bidadari! Itulah gambaran yang dapat diberikan pada Kavitha yang hadir menyarung busana merah anggun hasil ciptaan Alia Bustamam.
KILAFAIRY
Siapa cakap tak boleh nak bergaya sakan walau menyarung hijab! Kilafairy membuktikan ‘you can look like a boss’ menyarung busana tuksedo hasil ciptaan Rizman Ruzaini
AMELIA HENDERSON
Anggun dan menawan!! Amelia Handerson tidak terkecuali hadir memberikan sokongan pada Rizman Ruzaini menyarung persalinan 2-piece merah dengan sarung tangan yang sangat elegan.
SCHA AL YAHYA
Its not KLFW without Scha of course! Scha tampil sofistikated dan elegan menyarung busana hijau zamrud hasil kreatif Alia Bastamam.
MARION COUNTER
Walaupun Marion Counter tidak dapat memenuhi kerusi barisan hadapan KLFW untuk show Rizman Ruzaini akibat kesihatan yang tidak mengizinkan, Marion sempat memuatnaik persalinan yang dipakainya. Busana mewah berona hitam dengan perincian di belah bahu hasil ciptaan Rizman ini memang on-point!
Bunga Tangan Hari Perkahwinan Jadi Inspirasi Hanis Zalikha Dalam Mereka Tudung Cakenis Lily Cake

Seperti kita sedia tahu pelakon dan juga pengacara ini telah sekian lama menghasilkan koleksi tudung sebagai salah satu cabang perniagaannya. Namun begitu dia tidak pernah mengadakan majlis khas dalam memperkenalkan rekaannya sehinggalah kelmarin dia mengambil keputusan untuk menyambut ulangtahun kedua jenama ini sekaligus melancarkan koleksi terbaru Cakenis Lily Cake.
Sebenarnya ada cerita di sebalik penghasilan tudung Cakenis ini. Pada permulaan berhijab semua tudung-tudung hanis dihasilkan sendiri menggunakan jenis sifon kegemarannya. Ketika itu hairul yang bertanggungjawab menghantar dan mengambil tudung-tudung Hanis dari tukang jahit. Dari situ, Hairul mencadangkan kepada Hanis agar menghasilkan rekaan ini dalam kuantiti yang lebih banyak agar boleh dibeli oleh peminat-peminat setia yang selalu bertanya tentang tudung yang digayakan Hanis. Dari permulaan itu sehingga kini Cakenis telah dihasilkan dalam 14 koleksi secara keseluruhan.

Akhirnya setelah dua tahun, jenama ini telah mengadakan pameran fesyen secara rasmi dan semestinya dengan koleksi terbaru yang dikenali dengan nama Lilycake. Koleksi tudung bercetak flora ini diinspirasikan dari bunga tangan perkahwinan Hanis iaitu bunga Calla Lily. Menariknya rekaan ini direka sendiri oleh Hanis dan direalisasikan oleh pereka dalaman jenama ini. Hadir dalam warna-warna menarik seperti jingga, kelabu, merah jambu dan putih semestinya koleksi terbaru ini sesuai buat wanita berhijab yang suka satil yang eksklusif dan ceria.