
Selebriti wanita Malaysia yang bertemu jodoh dengan golongan kenamaan atau VIP bukan perkara baharu. Ada yang menerima gelaran tersebut pada usia muda.
NONA kongsikan 8 selebriti wanita yang kini hidup bahagia bersama pasangan masing-masing. Biarpun mempunyai gelaran sebagai Che Puan, Datin Seri, Datin Paduka mahupun Datin mereka masih mengekalkan sikap merendah diri.
Malah kini ada yang berjaya sebagai seorang usahawan setelah tidak lagi aktif dalam bidang seni. Semoga mereka kekal bahagia dan sukses dalam apa jua yang mereka lakukan.
- Datin Seri Nur Heliza Helmi, 35 Tahun


2. Che Puan Juliana Evans, 32 Tahun


3. Datin Paduka Eina Azman, 27 Tahun


4. Datin Elvina Mohamad, 27 Tahun


5. Datin Anne Ngasri, 37 Tahun


6. Datin Lisa Surihani, 36 Tahun


7. Datin Fouziah Gous, 39 Tahun


8. Datin Niena Baharun, 28 Tahun


Hilang Sebelah Kaki 3 Tahun Lepas, Semangat Juang Ratu Cantik Colombia Ini Cetus Inspirasi!

Kagum semangat bekas Ratu Cantik Columbia, Daniella Alvarez mengharungi ujian hidup. Daripada seorang wanita yang dilahirkan sempurna dan mempunyai rupa paras menawan, kini dia terpaksa menerima hakikat ‘kekurangan’ yang dialaminya hari ini.
Tanggal 14 Jun 2020 pasti menjadi detik paling tidak dapat dilupakan Daniella apabila sebahagian kaki kirinya terpaksa dipotong akibat ischemia iaitu keadaan aliran darah yang tersekat untuk sampai ke bahagian organ badan.
Biarpun menjalani hidup dengan sebelah kaki sejak hampir tiga tahun tapi ia sedikit pun tidak menjejaskan rutin harian Daniella.
Malah, dia yang sebelum ini disifatkan seorang wanita ceria, suka menari dan melakukan aktiviti lasak tidak menjadikan kekurangan itu sebagai halangan untuk terus hidup bahagia seperti kebiasaan.
Paling mengejutkan, hanya selepas tiga minggu menyesuaikan diri dengan ketiadaan kaki kiri, Daniella membuat kejutan kepada lebih 4 juta pengikutnya di Instagram dengan memuat naik video tarian di samping adik lelaki tersayang, Ricki Alvarez. Memang kuat semangat wanita ini!
“Difficulties don’t matter! We must be resilient in life!”
Daniella dilaporkan kembali menari selepas kaki kirinya terpaksa dipotong disebabkan komplikasi pembedahan di bahagian perut. Pada Mei 2020, Daniella dikehendaki menjalani pembedahan membuang ketulan yang terdapat di bahagian perut.
Menurut laporan media antarabangsa Hola!, operasi pembedahan itu bagaimanapun berlaku komplikasi apabila doktor mendiagnos dirinya mengalami ischemia.
Rentetan itu, separuh bahagian kaki kiri hingga ke lutut terpaksa dibuang. Perkara itu didedahkan Daniella sendiri yang terbuka berkongsi keadaan kesihatan dirinya. Sepanjang berada di hospital, dia menerima sokongan padu daripada ahli keluarga. Pastinya inilah ‘kekuatan’ sebenar Daniella dalam menempuh cabaran tersebut.
Difahamkan selain membuang sebahagian kaki kiri, pemenang mahkota Ratu Cantik Columbia 2011 dan mewakili negaranya untuk Miss Universe 2012 menjelaskan kaki kanannya ketika itu turut terjejas.
“Kaki kanan saya tidak berfungsi buat masa ini. Saya tak tahu bila ia akan kembali pulih agar saya dapat bergerak aktif semula.
Sebagai permulaan, kaki saya perlu dirangsang sensitiviti dan saya perlu belajar berjalan semula. Proses ini dianggarkan mengambil masa enam bulan dan keseluruhannya saya perlukan masa setahun untuk kembali pulih.”
Selain bergelar seorang peragawati, jelitawan berketinggian 174 sentimeter dan berusia 34 tahun ini juga merupakan personaliti televisyen.
Diuji hidup sebelah kaki, Daniella dilihat kembali aktif dengan pelbagai aktiviti. Misalnya, selain sudah berjaya jalan seperti biasa, menari, berenang dan menunggang basikal. Inspirasi!
Hijrah Jiwa Di Ambang Muharram 1447H, Saat Terindah Untuk Memulakan Diri Yang Baharu!

Bukan sekadar tahun baharu, tapi hijrah jiwa di ambang Muharram 1447H, inilah saat terindah untuk tetapkan azam dan memulakan diri yang baharu.
Benar, ada sesuatu yang sunyi, tenang namun menggetarkan tentang hadirnya 1 Muharram. Ia bukan sekadar angka baharu dalam kalendar Hijrah, tetapi satu bisikan lembut kepada jiwa-jiwa yang ingin kembali… kepada fitrah.
Untuk anda yang sentiasa mencari makna lebih mendalam dalam setiap hela nafas kehidupan, Awal Muharram adalah pelabuhan rohani. Di sinilah detik menyusun semula langkah, menenangkan gelora hati dan menghidupkan niat yang hampir padam.
Bagi seorang wanita yang setiap harinya adalah perjuangan antara rasa dan reda, inilah masanya untuk menyucikan hati, menata hidup dan membuka lembaran baru dengan keberkatan.
BULAN HIJRAH
Muharram adalah bulan yang dipilih Allah sebagai salah satu daripada empat bulan haram. Bukan haram dalam erti larangan semata-mata, tetapi bulan yang dimuliakan, dilimpahi ganjaran bagi setiap amal soleh yang dilakukan dengan ikhlas.
Firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah, ayat 36:
“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram…”
Dalam ketenangan bulan ini, wanita diajak untuk memperlahankan langkah. Untuk melihat ke dalam, bukan ke luar. Untuk menginsafi bahawa hidup ini bukan perlumbaan, tetapi perjalanan kembali ke asal.

AMALAN PUASA
Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Puasa yang paling afdal selepas Ramadan ialah puasa di bulan Allah, iaitu Muharram.”(Hadis Riwayat Muslim)
Di antara hari-hari dalam bulan ini, dua tarikh sangat istimewa:
- 9 Muharram – Hari Tasu’a
Satu hari sebelum Asyura. Rasulullah SAW berpuasa pada hari ini sebagai satu bentuk persediaan dan keseimbangan dalam ibadah.
- 10 Muharram – Hari Asyura
Hari agung di mana Nabi Musa AS diselamatkan daripada kezaliman Firaun. Rasulullah SAW bersabda:
“Berpuasa pada hari Asyura, aku berharap kepada Allah agar ia menghapuskan dosa setahun yang lalu.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Berikut adalah tarikh penting untuk catatan peribadi anda:
- 1 Muharram 1447H: Rabu, 27 Jun 2025
- 9 Muharram 1447H (Hari Tasu’a): Khamis, 5 Julai 2025
- 10 Muharram 1447H (Hari Asyura): Jumaat, 6 Julai 2025

Mengapa Wanita Harus Merebut Peluang Ini
- Menghapus dosa-dosa lalu – kerana jiwa wanita sering menyimpan rasa bersalah yang tidak terucap, ini adalah ruang keampunan yang tenang dan tulus.
- Melatih keikhlasan dan kesabaran – saat berpuasa dalam diam, tanpa perhatian sesiapa, hanya antara anda dan Tuhan.
- Memulakan tahun dengan tenang – kerana kehidupan yang indah bermula dengan hati yang bersih.
- Meneladani para Nabi dan salafussoleh – wanita yang mencintai kebenaran akan menelusuri jejak langkah mereka dengan lembut namun yakin.
Bukan sekadar tahun baharu, tapi hijrah jiwa di ambang Muharram 1447H, inilah saat terindah untuk tetapkan azam dan memulakan diri yang baharu.
Puasa sunat pada awal Muharram bukan beban, ia bukan juga syarat, tetapi satu peluang untuk memulakan tahun dengan langkah yang lebih jernih. Walaupun hanya sunat, amalan ini adalah cahaya bagi yang benar-benar ingin berubah.
Mulakan tahun hijrah ini dengan menundukkan hati, menyusun niat dan mendekat pada yang Esa. Kerana seorang wanita yang beriman, tidak menunggu hari sempurna untuk berubah. Dia mencipta kesempurnaan itu, perlahan-lahan… dari dalam.
Semoga tahun baharu ini menjadi tahun di mana anda lebih mengenali diri, dan lebih dekat dengan Ilahi.
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/buka-kedai-bakeri-di-seri-kembangan-kini-zahnita-bahagia-jadi-usahawan-pai-sepenuh-masa/
Hargai Jasa Suami Jaga Anak Waktu Sambung PhD, Lebih 4 Dekad Kahwin Datin Dr Siti Hawa Bahagia Jadi Isteri Usahawan Mydin!

Meskipun sudah lebih empat dekad berkahwin namun kemesraan Datin Wira Dr Siti Hawa Mohd dan suami tercinta, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin tidak pernah pudar. Ke mana saja pergi pasti kelibat suami yang juga usahawan Mydin berkenaan setia berada di sisi suri hati. Pendek kata, macam kekasih sedang hangat bercinta!
Kesederhanaan Datuk Wira Dr Siti dan Datuk Wira Dr Ameer dari segi penampilan dan gaya hidup sememangnya menjadi inspirasi ramai. Walau sudah bergelar usahawan berjaya dan memiliki 68 cawangan Mydin di seluruh negara namun pasangan ini selesa dengan gaya hidup santai.
Artikel https://www.nona.my/suami-penyayang-humble-prihatin-datuk-dr-ameer-ali-optimis-bangunkan-mydin/
Bahkan figura korporat tanah air tersebut tidak kisah menggayakan koleksi baju Mydin walaupun berharga RM30. Yang penting, selesa dan cantik dipakai.
Tahun ini usia perkahwinan Datin Wira Dr Siti dan Datuk Wira Dr Ameer mencecah 45 tahun. Pasangan ini dilaporkan mendirikan rumah tangga pada tahun 1979 selepas berkenalan ketika menuntut di Western Michigan University, Amerika Syarikat.



Sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-44 tahun lalu, Datin Wira Dr Siti berkongsi momen indah di samping suami dan menitipkan ucapan romantis.
“Spending time with you will always be top of my bucket list! Thank you so much for your thoughtfulness, kindness and countless little things you do for me and our families! Happy 44 years wedding anniversary dear.”
Memetik laporan laman web In Real Life, Datin Wira Dr Siti sewaktu kecil gemar meluangkan masa dengan persekitaran kampung di rumah datuk dan neneknya di Melaka. Datuknya ialah pengusaha padi yang juga imam.
Datin Wira Dr Siti melanjutkan pengajian ke luar negara dan menghabiskan masa selama lima tahun di Amerika Syarikat. Ketika masih bergelar pelajar, dia turut membuat kerja sambilan seperti menjaga budak dan kerja kerani.




Selepas tamat pengajian, dia kembali pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai pensyarah di universiti tempatan.
Pada akhir tahun 70an, Datin Wira Dr Siti bertemu suaminya yang ketika itu merupakan presiden Malaysian Student Organisation. Akui wanita bijak ini, dia terpikat dengan bakat kepimpinan suami selain sikap baik hatinya.
Sejurus menamatkan pengajian ijazah, mereka pulang ke Malaysia dan berkahwin pada 1979. Sah bergelar suami isteri, kedua-duanya meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana di Amerika Syarikat.
Mereka menerima kehadiran anak sulung pada tahun 1982 di Kuching, Sarawak dan anak kedua lahir pada tahun 1986.
Sewaktu menimang cahaya mata kedua, suami sudah pun membuka cawangan ketiga Mydin di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
Akui Datin Wira Dr Siti Hawa, dia bersyukur dikurniakan suami yang memahami dan bertanggungjawab. Ketika dia melanjutkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD), Datuk Wira Dr Ameer banyak tugas mengurus rumah dan menjaga anak.




Pernah rasa putus asa untuk menamatkan pengajian, dia bagaimana pun bertuah kerana sokongan tidak berbelah bahagi suami tercinta yang menjadi kekuatan buat dirinya.
Datin Wira Dr Siti Hawa juga pernah menulis buku pertamanya ‘Strategi Belajar’ dan buku ‘Pengantar Psikologi’. Dia turut meraih anugerah The Best General Book Award, kategori Biografi Korporat di National Book Awards 2014.
Menelusuri perkembangan empayar niaga syarikat pemborong dan peruncit ternama Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) sudah pun 67 tahun bertapak kukuh di pasaran.