Terus dipercayai masyarakat, Astro AWANI sekali lagi dinobatkan Jenama Berita Paling Dipercayai di Malaysia, 8 tahun berturut-turut.
Dengan kepesatan maklumat palsu dan gangguan tumpuan yang sebahagiannya berpunca daripada ledakan Kecerdasan Buatan (AI), masih ada satu nilai yang terus menjadi tonggak kewartawanan yang berkualiti iaitu kepercayaan.
Dan itulah yang terus menjadi milik Astro AWANI, jenama berita yang saban tahun memahat namanya di hati rakyat Malaysia sebagai sumber yang dipercayai, tulus dan telus.
Buat tahun kelapan berturut-turut, Astro AWANI sekali lagi diiktiraf sebagai jenama berita paling dipercayai di Malaysia, menurut Reuters Institute Digital News Report 2025 yang diumumkan bulan lalu.
Pengiktirafan ini bukan sekadar angka dalam statistik, tetapi gema harapan masyarakat terhadap kewartawanan yang bebas, berintegriti dan berjiwa rakyat.
Ads
Di sebalik segala hiruk-pikuk teknologi, kecerdasan buatan dan ‘clickbait’ yang menggoda jari, rakyat Malaysia masih memilih untuk percaya pada suara yang berpaksikan kebenaran.
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail, menyifatkan pencapaian ini bukan hanya satu penghormatan, malah amanah yang besar.
“Apabila rakyat Malaysia mempercayai kami selama lapan tahun berturut-turut, ia membawa makna yang besar. Ini mengingatkan kami bahawa teras kewartawanan adalah khidmat kepada masyarakat dan kepercayaan ialah mata wang paling bernilai,” ujar beliau.
Terus dipercayai masyarakat, Astro AWANI sekali lagi dinobatkan Jenama Berita Paling Dipercayai di Malaysia, 8 tahun berturut-turut.
Astro AWANI dengan pendekatan kewartawanan berperikemanusiaan, berikrar untuk terus menyampaikan berita bukan hanya dengan ketepatan, tetapi dengan hati. Di saat teknologi berevolusi, AWANI memilih untuk berevolusi dengan nilai.
Menurut laporan tersebut, 66 peratus responden di Malaysia menyatakan mereka mempercayai Astro AWANI berbanding organisasi berita lain di negara ini. Gelaran ini mula dikecapi sejak tahun 2018 dan kekal utuh hingga kini.
Ads
Sebagai sebuah kajian antarabangsa yang diterbitkan setiap tahun oleh Reuters Institute dengan kerjasama Universiti Oxford, laporan ini merangkumi 47 negara, menyelami corak pembacaan berita, tahap kepercayaan dan tanggapan umum terhadap media dalam era digital yang serba kompleks.
Apa yang dicapai oleh Astro AWANI bukan sekadar hasil usaha bilik berita, tetapi pantulan komitmen lebih besar oleh Astro Malaysia Holdings Berhad terhadap integriti editorial dan kewartawanan berkepentingan awam.
Ia juga memperlihatkan keupayaan organisasi ini untuk menyatukan masyarakat melalui naratif yang seimbang, berwibawa dan dipercayai.
Dalam dunia yang semakin ragu-ragu, kepercayaan bukan sesuatu yang diminta tapi ia diperoleh, dijaga dan dibayar dengan kejujuran setiap hari. Dan di medan ini, Astro AWANI terus unggul, membuktikan bahawa suara yang jujur akan sentiasa didengar, dihargai dan diingati. Syabas!
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, nampaknya banyak kemahiran seni yang bakal tumpul kalau lama tak diasah. Antaranya kemahiran mekap. Maklumlah nak mekap siapa, muka sendiri pun pucat sebab duduk di rumah.
Memandangkan tempoh PKP dilanjutkan hingga 14 April ini, majalah Nona melancarkan sebuah peraduan online buat penggemar mekap di Malaysia iaitu Fabulous MUA Beat My Look.
Peraduan ini berlangsung menggunakan platform Instagram dan Facebook sepenuhnya, bermula tarikh 1 hingga 14 April ini. Ia dibahagikan kepada dua cabaran (Week 1 dan Week 2) dengan tawaran hadiah bernilai RM200 setiap minggu untuk dua orang pemenang.
“Demi menyahut seruan #dudukrumah dan #stayathome ni, sedar tak sedar kita di rumah, muka dah lama tak berpupuk bedak, jauh sekali bercelak dan bergincu. Kini dah tiba masanya untuk anda unzip semula beg mekap tu sebagai tanda sokongan terhadap Nona.
Cabaran Fabulous MUA Beat My Look bukan saja simple, tapi menjadi medan berkarya buat para penggemar mekap, tak kira yang baru atau lama untuk mengasah semula kemahiran mereka,” kata Editor Pengurusan Majalah Nona, Kiffy Razak.
Cabaran Week 1
Berlangsung dari 1 hingga 7 April 2020, tema ‘FIGHT CORONA!’ dipilih sebagai cabaran peserta. Anda bebas mengekspresi mesej melalui mekap yang dihasilkan. Antaranya seperti karya Bella (@muabellaz) dan Albin Hassan (@albinhassan_official) ni.
https://www.instagram.com/p/B-BGWJEJhPa/
https://www.instagram.com/p/B-C5pZHpX7n/
Cara Penyertaan:
Muat naik video tutorial mekap bertemakan ‘FIGHT CORONA!’ di akaun Instagram anda. Boleh mekap wajah sendiri atau sesiapa di rumah.
Video tutorial paling kreatif dengan mekap paling cantik, mendapat likes dan markah tertinggi bakal membawa pulang wang tunai. Penyertaan akan dinilai melalui 70% views tertinggi dan 30% oleh juri.
Jangan lupa tag @majalahnona dan hashtags #fabulousmua #fabulousmua2020 untuk penyertaan. Pastikan tetapan akaun Public.
Tarikh tutup penyertaan pada 7 April 2020.
Jangan lupa mulakan misi ‘FIGHT CORONA!’ bermula 1 April nanti. Selamat mencuba!
#fabulousmua
#fabulousmua2020
#dudukrumah
#stayathome
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ingin lari daripada kebiasaan, pereka duo terkenal Rizman Ruzaini memilih untuk merayakan sambutan ulang tahun kedua jenama tudung mereka iaitu RR Mono Scarves yang dibuat secara berperingkat.
Rizman, 39, atau nama sebenarnya Rizman Nordin berkata, antara yang menarik perhatian adalah pembukaan ‘pop-up store’ jenama RR yang terletak di KL East Mall, Kuala Lumpur.
“Bulan ini adalah ulang tahun kedua untuk RR Mono Scarves daripada Rizman Ruzaini. Seperti tahun lalu, kami adakan sambutan secara besar-besar bagi meraikan pencinta skaf kami. Cuma, kali ini kami akan buat lain sedikit iaitu secara berperingkat. Peringkat pertama, kami buat ‘pop-up’ di KL East Mall yang mana kami akan melancarkan tudung terbaharu iaitu RR Geometrik.
“Kemudian kami juga akan menjalankan beberapa aktiviti termasuk diskaun khas untuk semua skaf dan baju yang boleh dipadankan dengan skaf itu.
“Acara kemuncak pula adalah sambutan ulang tahun skaf Rizman Ruzaini pada 29 Julai ini. Kami menjemput mereka yang sudah memiliki RR Mono Scarves dan istimewa untuk 200 yang pertama akan dapat tudung edisi khas Rizman Ruzaini secara percuma. Mereka hanya perlu pakai RR Mono Scarves ke acara tersebut” katanya.
Menurut Ruzaini pula, pihaknya berasa sangat gembira kerana jenama RR ini mendapat sokongan daripada peminat skaf.
“Sambutan baik diberikan kepada jenama kami membuatkan kami jadi lebih seronok. Kami di Rizman Ruzaini memang sangat mementingkan kualiti. Disebabkan itu, kebanyakan pembeli terus setia dengan jenama ini.
“Selain itu, kami sangat aktif mengeluarkan skaf dan boleh dikatakan, setiap bulan ada keluaran baharu. Apa yang kami lakukan ini supaya pelanggan dapat mengumpul pelbagai jenis skaf keluaran kami,” katanya.
Mengulas mengenai persaingan daripada jenama tudung lain, Ruzaini berkata RR Mono Scarves mempunyai pengikut tersendiri.
“Untuk persaingan, kalau di Malaysia ini adalah sihat sebab tiada berlawan antara satu sama lain. Saya fikir, jenama kami ada pengikut yang sangat kuat dan apa yang kami hasilkan ini adalah khas untuk mereka.
“Memang kami mengharapkan sokongan berterusan daripada pembeli. Kalau diikutkan skaf ini hanya dipasarkan secara dalam talian dan tidak lama lagi akan dijual di butik kami seluruh Malaysia. Hujung tahun ini kami akan buka sekali gus di lima tempat. Jadi, pembeli boleh lihat dan rasai secara dekat kualitinya.,” katanya.
Acara sambutan ulang tahun kedua RR Mono Scarves di KL East Mall turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada dua penyanyi terkenal tanah air iaitu Ziana Zain dan Ernie Zakri.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahukah anda, untuk berjaya dalam sesebuah perniagaan, asas dalam pengurusan organisasi merupakan antara perkara utama yang perlu dititikberatkan. Atas kesedaran tersebut, seramai 300 usahawan muda dan pemimpin organisasi bakal dilahirkan melalui inisiatif Innovative School of Management (ISM) di mana mereka bakal dibekalkan dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperlukan untuk memimpin.
Gambar hiasan
Menurut Presidennya, Amir Faisal Ahamed Latfi, program Usahawan Jutawan Muda yang diperkenalkan memenuhi kehendak semasa dan dalam masa sama dapat membantu usaha kerajaan memastikan tiada pelajar tercicir dalam pembelajaran akademik ditambah dengan penerapan aspek kepimpinan.
“Melalui program Usahawan Jutawan Muda, kami dapat membantu anak-anak muda ini terutama dalam aspek pembangunan jati diri, kepimpinan dan pengurusan yang merupakan elemen penting bagi sesebuah perniagaan berkembang termasuk dalam sesebuah organisasi jika mereka bekerja nanti.
Presiden ISM, Amir Faisal Ahamed Latfi (dua dari kanan) bersama Ahli Lembaga Pengarah Innovative Capital Berhad, Shahawati Umar (dua dari kiri), Naib Canselor Innovative University College, Prof. Dr. Mohd Zaher Mohd Zain (kiri) dan General Manager Perdana University, Associate Professor Dr. Fairol Halim ketika sidang media selepas pelancaran Program Usahawan Jutawan Muda di pejabat ISM hari ini.
“ISM mensasarkan untuk melahirkan 300 usahawan muda bermula tahun ini yang direka bentuk untuk memberi inspirasi dan memperkasakan pelajar dengan menerapkan semangat keusahawanan dalam membangunkan generasi pemimpin sesebuah organisasi yang berdaya saing dan berkaliber di masa akan datang.
“Mereka ini bukan sahaja mempelajari teori sebaliknya secara praktikal melalui perniagaan di mana setiap pelajar bukan saja ada pensijilan akademik nanti bahkan ada perniagaan masing-masing ketika belajar di sini. Ia memastikan pelajar bersedia mengharungi cabaran dunia alam kerjaya sebenar sama ada sebagai usahawan mahupun pemimpin sesebuah organisasi,” katanya ketika pelancaran program Usahawan Jutawan Muda oleh ISM, di sini hari ini.
Gambar hiasan
ISM sebagai institusi pendidikan yang inovatif yang berbeza daripada yang lain, bukan sahaja menyampaikan pengetahuan akademik tetapi juga menyediakan pelajar-pelajar dengan pengalaman dan kemahiran sebenar sebagai seorang pemimpin masa depan.
“Landskap ekonomi yang turun naik, polikrisis dunia memerlukan penyelesaian inovatif dan program ini dapat memperkasa usahawan muda menyumbang idea transformatif yang boleh memacu pertumbuhan dan kemakmuran ekonomi.
“Selaras dasar Malaysia untuk mewujudkan lebih ramai usahawan, kami juga mengguna pakai dunia digitalisasi dan teknologi terkini supaya kekal berdaya saing dalam ekonomi global,” jelasnya.
Dalam pada itu, Amir Faisal memberitahu, antara objektif teras Usahawan Jutawan Muda ialah membantu diri, keluarga dan masyarakat dengan melahirkan pelajar dengan nilai kepimpinan sebenar, integriti termasuk amalan kemampanan, alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
“Program ini juga bertujuan untuk mewujudkan impak positif kepada keluarga dan komuniti serta menyediakan laluan untuk kemajuan sosioekonomi dan mobiliti,” ujarnya.
Sementara itu, Amir Faisal menyatakan program Usahawan Jutawan Muda itu sebenarnya terinspirasi daripada RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) yang berpengalaman dalam 15 tahun melahirkan usahawan jutawan dan berjaya di negara ini.
Jelasnya, daripada situ kami membangunkan suatu model yang komprehensif dalam usaha membangunkan pelajar-pelajar yang berkompetensi dan bersedia untuk memimpin bila tamat pengajian.
Program Usahawan Jutawan Muda kini menerima permohonan daripada pelajar yang bersemangat dan bercita-cita untuk menjadi usahawan mahupun bakal pemimpin masa depan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!