Kagum semangat bekas Ratu Cantik Columbia, Daniella Alvarez mengharungi ujian hidup. Daripada seorang wanita yang dilahirkan sempurna dan mempunyai rupa paras menawan, kini dia terpaksa menerima hakikat ‘kekurangan’ yang dialaminya hari ini.
Tanggal 14 Jun 2020 pasti menjadi detik paling tidak dapat dilupakan Daniella apabila sebahagian kaki kirinya terpaksa dipotong akibat ischemia iaitu keadaan aliran darah yang tersekat untuk sampai ke bahagian organ badan.
Biarpun menjalani hidup dengan sebelah kaki sejak hampir tiga tahun tapi ia sedikit pun tidak menjejaskan rutin harian Daniella.
Malah, dia yang sebelum ini disifatkan seorang wanita ceria, suka menari dan melakukan aktiviti lasak tidak menjadikan kekurangan itu sebagai halangan untuk terus hidup bahagia seperti kebiasaan.
Ads
Paling mengejutkan, hanya selepas tiga minggu menyesuaikan diri dengan ketiadaan kaki kiri, Daniella membuat kejutan kepada lebih 4 juta pengikutnya di Instagram dengan memuat naik video tarian di samping adik lelaki tersayang, Ricki Alvarez. Memang kuat semangat wanita ini!
“Difficulties don’t matter! We must be resilient in life!”
Daniella dilaporkan kembali menari selepas kaki kirinya terpaksa dipotong disebabkan komplikasi pembedahan di bahagian perut. Pada Mei 2020, Daniella dikehendaki menjalani pembedahan membuang ketulan yang terdapat di bahagian perut.
Ads
Menurut laporan media antarabangsa Hola!, operasi pembedahan itu bagaimanapun berlaku komplikasi apabila doktor mendiagnos dirinya mengalami ischemia.
Rentetan itu, separuh bahagian kaki kiri hingga ke lutut terpaksa dibuang. Perkara itu didedahkan Daniella sendiri yang terbuka berkongsi keadaan kesihatan dirinya. Sepanjang berada di hospital, dia menerima sokongan padu daripada ahli keluarga. Pastinya inilah ‘kekuatan’ sebenar Daniella dalam menempuh cabaran tersebut.
Difahamkan selain membuang sebahagian kaki kiri, pemenang mahkota Ratu Cantik Columbia 2011 dan mewakili negaranya untuk Miss Universe 2012 menjelaskan kaki kanannya ketika itu turut terjejas.
Ads
“Kaki kanan saya tidak berfungsi buat masa ini. Saya tak tahu bila ia akan kembali pulih agar saya dapat bergerak aktif semula.
Sebagai permulaan, kaki saya perlu dirangsang sensitiviti dan saya perlu belajar berjalan semula. Proses ini dianggarkan mengambil masa enam bulan dan keseluruhannya saya perlukan masa setahun untuk kembali pulih.”
Selain bergelar seorang peragawati, jelitawan berketinggian 174 sentimeter dan berusia 34 tahun ini juga merupakan personaliti televisyen.
Diuji hidup sebelah kaki, Daniella dilihat kembali aktif dengan pelbagai aktiviti. Misalnya, selain sudah berjaya jalan seperti biasa, menari, berenang dan menunggang basikal. Inspirasi!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila menyebut tentang masalah berat badan berlebihan, ramai di kalangan wanita berhadapan dengan masalah tersebut. Bagi penyanyi Datuk Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 58 tahun, keputusannya untuk melakukan pembedahan bariatrik kira-kira lima tahun yang lalu merupakan keputusan yang baik untuk kesihatan dirinya.
Mana tidaknya, selepas lebih lima tahun menjalani pembedahan bariatrik, pelantun lagu Janji Manismu ini berjaya menurunkan berat badan sehingga 52 kilogram. Malah Aishah berkata pembedahan tersebut merupakan langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan dirinya daripada makan secara berlebihan.
Meskipun melakukan pembedahan, ia bukanlah asbab untuk tidak menjaga kesihatan tetapi apa yang paling utama ia telah banyak mengubah gaya hidupnya menjadi lebih sihat.
“Ramai yang tahu perjalanan bariatrik saya sudah berjalan lebih lima tahun. Alhamdulillah saya berjaya mengurangkan berat badan sehingga 50-52 kilogram.
“Pengecilan perut sebagai satu cara untuk menyekat kita daripada terlebih makan..tetapi pada akhirnya anda perlu menukar gaya hidup dan cara pemakanan,” kongsi Aishah di laman Instagram miliknya.
Tambahnya lagi, apa yang menjadi keutamaan dirinya adalah tentang kesihatan dan aspek pengambilan makanan serta melakukan aktiviti fizikal untuk mengekalkan stamina dan berat badan ideal. Aishah turut berkongsi sehingga kini dirinya boleh memakai pakaian saiz S.
“Kesihatan adalah satu rezeki yang amat berharga. Jangan ambil mudah perkara ini”.
Memilih untuk mengamalkan pengambilan makanan secara sederhana dan melakukan senaman setiap hari, Aishah berharap pengalaman yang dilaluinya dapat memberi inspirasi dan motivasi terhadap individu-individu di luar sana.
Selain sibuk memenuhi undangan persembahan, umum sedia maklum artis ini terkenal dengan kerja kraftangan yang cantik dan halus pembuatannya. Dek kerana minat mendalam dalam bidang perhiasan, Aishah turut memasuki kelas-kelas pembuatan aksesori untuk mempelajari teknik-teknik terkini membuat aksesori seperti gelang tangan dan sebagainya.
“Never too old to learn something of interest,” ujarnya seraya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sedar tak sedar sudah 9 tahun Siti Azwani Abu Bakar mengusahakan perniagaan kereta mewah ini bersama-sama suaminya. Seronok melihat kejayaan yang dikecap oleh wanita cantik ini bila berkecimpung dalam perniagaan kereta mewah. Sememangnya tak ramai wanita yang menceburi bidang ini.
Bermula dengan sikap suaminya suka tukar beli kereta jadi pencetus kepada pasangan sama cantik sama padan ini memulakan perniagaan ini.”Bisnes kereta ni saya usahakan bersama-sama dengan dengan suami. Kami berdua terjebak dalam perniagaan ini secara tak sengaja. Dulu suami dan mentua suka sangat tukar dan beli kereta. Jadi boleh dikatakan tiap tahun nak beli kereta baru.
Waktu tu saya dan suami sama-sama masih bekerja di syarikat keluarga mentua. Jadi bila dah minat kereta, suami terfikir untuk mengusahakan sendiri perniagaan kereta. Akibat asyik beli kereta, jadi lebih jimat kalau boleh beli sendiri,” bicara wanita yang berusia 37 tahun ini.
CABARAN
Membina syarikat sendiri sudah tentu banyak cabaran yang terpaksa diharungi oleh wanita yang berasal dari Batu Pahat, Johor ini. “Ketika di awal-awal dahulu memang banyak cabarannya. Dengan tak ada ilmu, modal dan Approved Permit (AP) pun tak ada, terpaksa guna orang lain punya. Kami memang bermula dari zero,” terang wanita yang mesra disapa Meme Wani ini tentang cabaran awal memulakan perniagaannya dahulu.
Walaupun sudah berjaya dalam bidang yang diceburi namun wanita ini tetap merendah diri. “Masih banyak perkara yang saya kena belajar lagi. Saya banyak belajar melalui pengalaman. Saya belajar sendiri, sambil buat kerja tu sambil belajar,” ujar Meme yang gembira apabila berjaya mendapat AP sendiri pada tahun 2019.
Sebagaimana ahli perniagaan lain, Meme juga tidak terkecuali terkesan dek pandemik COVID-19 ini. “Serangan pandemik COVID-19 ini menyebabkan usahawan termasuk saya melalui saat sukar. Ini disebabkan tiada jualan,” katanya.
KECANTIKAN
Melihat kecantikan milik ibu kepada 4 orang anak ini, terlintas untuk bertanya petua kecantikannya. “Saya percaya kecantikan itu bermula dari dalam diri. Saya amalkan minda positif. Kena sentiasa fikir positif tentang apa sahaja. Sebab bila minda negatif akan membuatkan aura tak bagus untuk diri. Kemudian akan timbul stres, tak boleh tidur malam dan sebagainya.
Selain itu saya wajib cuci muka, 2 kali sehari. Saya tak pernah lupa pakai sunblock dan krim pelembap. Kalau nak kulit wajah yang cantik kena rajin belai kulit. Produk memang membantu tapi pokok pangkal berbalik pada diri. Bagus macam mana sekali pun produk itu kalau tak amalkan takkan bagi hasil yang baik,” terang ibu kepada Natasya, 18 tahun, Qistina, 15 tahun, Haseev, 10 tahun dan Hazeeq, 3 tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selamat Hari Jadi Tun Dr Mahathir Mohamad yang ke 94. Semoga Tun Mahathir panjang umur, dimurahkan rezeki dan mendapat rahmatNya.
Nama Tun Dr Mahathir Mohamad telah terpahat dalam sejarag dunia apabila muncul sebagai Perdana Menteri Tertua di dunia. Lebih istimewa apabila Tun Dr Mahathir Mohamad telah dua kali menjadi Perdana Menteri.
Tun Dr Mahathir Mohamad dipilih semula menjadi Perdana Menteri Malaysia ketujuh pada 10 Mei tahun lalu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sangat disegani pemimpin negara dunia pertama, negara maju mahupun negara membangun. Ramai pemimpin dunia menghormati kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad ini.
Gambar pertama dikongsikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di laman Instagram miliknya, Mac tahun lalu.
Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilahirkan pada 10 Julai 1925 namun tarikh kelahiran rasminya direkodkan pada 20 Disember 1925 di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
Ibu bapa Tun Dr Mahathir Mohamad ialah Mohamad Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanafi dan beliau merupakan anak bongsu daripada sembilan orang adik-beradik.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkahwin dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pada tahun 1956 dan mereka dikurniakan tujuh orang anak iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.
Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri yang keempat Malaysia pada 16 Julai 1981, menyandang jawatan itu untuk tempoh yang paling lama dalam sejarah Malaysia dan Asia Tenggara, iaitu selama 22 tahun.
Dikenali sebagai Bapa Pemodenan di atas kejayaan beliau menukarkan Malaysia dari sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian moden.
Selepas meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003, Dr Mahathir muncul kembali di arena politik apabila menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menentang kerajaan Barisan Nasional.
Pemergian Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi atau mesra dikenali sebagai Pak Lah pastinya satu kehilangan besar buat negara. Disifatkan negarawan terbilang dan disegani di mata dunia, kembalinya Pak Lah ke rahmatullah baru-baru ini nyata memberi kesan mendalam terhadap keluarga allahyarham terutamanya anak sulung iaitu Tan Sri Kamaluddin Abdullah ...