Diam tak diam usia perkahwinan Aidil Zafuan Abdul Razak dan isteri tercinta iaitu Zarema Zainal sudah pun menjangkau usia sembilan tahun. Pastinya pasangan ini telah melalui bermacam-macam dugaan sepanjang bergelar suami isteri namun kedua-duanya dilihat tampil ‘low profile’ dan bahagia dengan cara tersendiri.
Walau hampir sedekad berkongsi kisah suka dan duka bersama-sama, bintang bola sepak popular dan Zarema tetap romantis seperti pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta.
Apatah lagi dengan kehadiran tiga cahaya mata comel yang menyerikan lagi rumah tangga mereka. Tiada ungkapan lain yang mampu menggambarkan kegembiraan seisi keluarga ini
melainkan dengan memanjat kesyukuran ke hadrat ilahi atas segala kurniaan yang telah diberikan.
14 Mac lepas genap sembilan tahun perkahwinan Zarema dan Aidil. Masih segar lagi majlis perkahwinan pasangan tersebut yang serba mewah dan eksklusif!
Ads
Ternyata, Aidil cukup bertuah kerana dikurniakan seorang isteri yang bukan saja penyayang. Bahkan memiliki raut wajah cantik dan lembut yang membuatkan sesiapa saja tertawan dengan personaliti Zarema.
Lebih istimewa, Zarema menjadi tulang belakang dan setia menyokong kerjaya sukan suami tercinta. Suri hati Aidil juga bukan calang-calang wanita kerana dia merupakan seorang anak kenamaan di Klang, Selangor.
Sebelum ini Zarema Zainal pernah mendedahkan di media sosial mengenai perkenalan dia dan suami selepas diajukan pertanyaan daripada peminat.
Kata ibu anggun ini, mereka bertemu di rumah kakak iparnya ketika majlis cukur jambul anak saudara. Zarema terharu dengan kesungguhan Aidil yang berani berjumpa abang-abangnya yang disifatkan garang.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga orang zuriat iaitu Ayres Zachary, Ayden Zeeyad dan Ayzeza Zelyca. Semoga rumah tangga Zarema dan Aidil berkekalan hingga ke syurga.
Terdahulu Aidil pernah berkahwin dengan aktres Rita Rudaini dan dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Baru minggu lepas, Dr Amalina selamat melahirkan seorang anak perempuan di St Thomas’ Hospital. Bayi yang diberinama Arabella Mia itu nyata cukup mengujakan baik keluarga Dr Amalina mahupun rakyat Malaysia yang sentiasa menantikan perkembangan terkininya.
Dan baru-baru ini, selepas hampir 5 hari bersalin, Dr Amalina dikhabarkan sudah ‘keluar rumah’ dan membawa puterinya itu bersiar-siar di kota London walau dalam keadaan dirinya masih dalam pantang. Yang pasti, ramai yang kagum dengan keadaan kesihatan dan kecergasannya.
Oleh itu, rata-rata pengikutnya meminta petua tentang amalan yang dilakukannya supaya memiliki tenaga dalaman yang kuat selain penjagaan merawat luka bersalin dengan cepat.
Lantas menerusi hantaran di Instagramnya baru-baru ini, Dr. Amalina berkongsi tip-tip berkaitan atas permintaan ramai yang bertanya tentang penjagaan diri yang diamalkannya selepas bersalin. Berikut adalah petua, tip serta saranannya.
1. Amalkan makanan sihat & seimbang seumur hidup. Makan sayur-sayuran & buah. Kurang garam, gula & minyak. Makan secara bersederhana utk mengekalkan berat yg ideal. Tidak perlu pantang telur/ayam jika tiada alahan.
2. Minum air kosong 2-3 liter sehari, kurangkan minum air manis e.g air boba, milo.
3. Tingkatkan intensiti aktiviti seharian secara beransur-ansur. Jangan angkat barang yg lebih berat drp bayi anda selama 6 minggu.
4. Jika anda bersalin secara normal tanpa komplikasi, anda boleh mulakan senaman ringan sebaik sahaja anda berasa bersedia. Ini termasuk berjalan kaki (utk elak blood clots), kegel (pelvic floor exercise) & senaman perut. Anda digalakkan utk menunggu 6 minggu sebelum memulakan senaman berimpak tinggi, seperti aerobik atau berlari. Jika pendarahan (lochia) anda bertambah berat atau bertukar warna (menjadi merah jambu atau merah) selepas melakukan aktiviti, anda mungkin melakukan aktiviti secara berlebihan. Kurangkan aktiviti dan pastikan anda mendapat byk rehat. (Baca link di IG story ttg senaman). Pakai compression TED stockings utk elak blood clots.
5. Jaga bahagian perineum. Basuh dengan air dari depan ke belakang & lap sehingga kering setiap hari. Tukar maternity pad every 3-4 hours. Jika bersalin melalui C-section, bersihkan & lap luka sehingga kering setiap hari, pakai pakaian longgar & seluar dalam cotton & ambil ubat penahan sakit (paracetamol/ibuprofen selamat utk breastfeeding). Jaga kebersihan & mandi setiap hari. Ambil laxatives jika perlu utk elak constipation.
6. Buat kegel exercise utk menguatkan otot pelvis.
7. Elak hubungan seks sehingga darah lochia berhenti atau selama 6 minggu selepas bersalin.
8. Jaga kesihatan mental, jangan stress & enjoy your motherhood. Dapatkan sokongan drp suami & keluarga.
Gaya hidup sihat perlulah dilakukan seumur hidup, bukan hanya dalam tempoh 44 hari selepas bersalin. Itulah tips mudah utk jadi sihat sepanjang hayat.
Semoga perkongsian Dr Amalina ini bermanfaat buat semua.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika wanita 70-an lain lebih senang menghabiskan masa bermain dengan cucu, berbeza pula ceritanya dengan pereka fesyen terkemuka, Vera Wang.
Pada usia senja, Vera Ellen Wang yang berusia 72 tahun ini masih aktif mengayuh basikal, bermain golf dan menghadiri majlis fesyen antarabangsa.
Tubuhnya yang kurus serta masih tegang, suka bergaya dengan baju sukan dan kasut tumit tinggi, menjadikan wanita berdarah Cina kelahiran New York itu begitu awet muda dan memukau mata.
Apa tidaknya, tatkala rakan sebaya lain kian uzur, Vera Wang pula terlihat bersahaja mempamerkan body yang masih kencang.
TENTANG VERA WANG
Meskipun baru menyambut hari jadi ke-72 pada 27 Jun lepas, Vera Wang membuktikan bahawa usia hanya sekadar angka kerana jiwa fesyen ‘memudakan’ dirinya. Terpegun betul tengok foto-foto beliau berbusana streetwear, apa agaknya rahsia langsing dan rambut hitam lebat tu?
1. Pereka Fesyen Gaun Pengantin
Vera Wang adalah seorang pereka gaun pengantin yang terkenal. Beliau mula meneroka perniagaan fesyen sendiri pada tahun 1989. Ketika itu, beliau merancang gaun pernikahannya sendiri.
Vera Wang kemudian terus belajar mengenai teknik dan rekaan gaun pengantin, hingga akhirnya mewujudkan Vera Wang Bridal House.
2. Anak Jati New York
Vera Ellen Wang lahir pada 27 Jun 1949, tahun ini usianya memasuki 72. Meskipun sudah memasuki golden age, tapi penampilannya tetap segar bagai wanita 40-an.
3. Ibu Dua Anak
Vera Wang telah mendirikan rumah tangga dengan Arthur P Becker pada tahun 1989. Sayangnya pernikahan itu berakhir dengan perceraian pada Julai 2012. Mereka memiliki dua orang anak yang diberi nama Cecilia Becker dan Josephine Becker.
4. Raih Banyak Pengiktirafan
Sebagai seorang pereka terkenal Amerika, karier Vera Wang juga cemerlang. Ramai selebriti kelas A mengidamkan sentuhannya, malah beliau juga pernah mendapat penghargaan CFDA’s Womenswear Designer of The Year di tahun 2005.
Selain itu, Vera juga pernah mendapat penghargaan Lifetime Achievement Award dari Persatuan Pereka Fesyen Amerika.
RAHSIA AWET MUDA
Cukup tidur
Dalam sebuah wawancara bersama Harper’s Bazaar 2012, Vera pernah memberitahu tentang rutin hariannya. Beliau ternyata bukan seorang morning person atau seseorang yang biasa bangun pagi.
Namun demikian, Vera merupakan orang yang disiplin menerapkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam setiap malam. Demi tidur yang nyenyak, Vera selalu berusaha menciptakan suasana yang nyaman dengan suhu rendah.
Pemakanan sihat
Lazimnya beliau makan yogurt, buah-buahan segar, telur atau sosej ayam. Salmon panggang dengan beras perang dan lemon serta minum kopi juga antara kegemarannya.
Beberapa menu yang biasa diambil ketika makan tengah hari adalah sashimi dengan beras perang dan sayur-sayuran, brokoli kukus Cina dengan ayam dan nasi, salad artichoke atau ikan dari Sant Ambroeus.
Menjaga pola makan sihat membuatnya bisa mengambil jajan kesukaannya di sela waktu makan, tetapi tentunya tidak setiap hari.
Vera Wang berusaha menghindari minuman soda dan jarang melewatkan waktu makan, termasuk makan malam, malah tegas membatasinya tidak lebih dari pukul 7.30 malam.
Kebiasaannya pereka hebat ini gemar makan malam di luar rumah, dengan pesanan menu-menu sihat.
Sementara pada hari minggu ia biasa mengundang teman-temannya ke rumah dan menghidangkan menu masakan Cina.
Berolahraga dan meditasi
Vera juga biasa meluangkan sedikit waktunya untuk belajar meditasi dan berolahraga di pagi hari. Bukan aktiviti fizikal berat, tetapi dijalaninya secara rutin.
“Saya biasa berlatih mengangkat beban, tidak berat, hanya sekitar 1kg – 1.3 kg dalam tempoh 5 minit,” terangnya.
Membahagiakan diri
Vera mungkin merupakan seorang pereka fesyen ternama yang sibuk, tetapi beliau tidak pernah culas membahagiakan dirinya sendiri. Pada pagi hari setelah berolahraga dan meditasi, beliau akan berendam dan merawat rambut serta kulitnya.
Ketika bekerja pula, beliau sangat jarang menggunakan pakaian formal. Sebaliknya Vera senang memakai t-shirt dan legging dari jenama Balenciaga, Givenchy, Danskin, atau jenama miliknya, Kohl’s.
Selain itu, Vera juga gemar membaca dan menyimpan banyak koleksi buku.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Maia Estianty agak asing dalam kalangan peminat di Malaysia namun di negara jiran, Maia antara selebriti popular Indonesia dan merupakan bekas anggota Kumpulan Ratu bersama Mulan Jameela.
Dia pernah menjadi bualan ramai menerusi lagu hit Teman Tapi Mesra sebelum kisah penceraiannya bersama Ahmad Dhani tersebar luas.
Sah berpisah dengan vokalis kumpulan Dewa itu pada tahun 2008, Maia kini bahagia melayari alam rumah tangga di samping suami tercinta yang juga usahawan ternama Indonesia iaitu Irwan Mussry.
Dia kembali menjadi isteri pada tanggal 29 Oktober 2018 selepas dilaporkan mengambil masa selama 10 tahun untuk ‘pulih’ daripada penceraian.
Pada hari bahagia itu, kedua-dua ibu bapa Maia iaitu Harjono Sigit dan Kusthini hadir memberikan restu. Malah personaliti ini mendedahkan bapa tersayang tidak dapat menahan sebak ketika majlis berkenaan.
“Pada saat ijab kabul, tangisan ayahku sebelum selesai membaca bacaan ijab, pecah seada-adanya sampai kira-kira 10 minit, sehingga proses ijab kabul harus diulang oleh ayah yang akhirnya tenang.
Aku pikir ayahku adalah lelaki terkuat yang pernah ada, karena aku tidak pernah melihat beliau menangis, ternyata mengantar melepas anak perempuannya, beliau tidak sanggup menahan tangis harunya, diikuti kemudian tangisan ibuku dan ketiga anakku serta saudara-saudara yang datang.”
Maia berpisah dengan Ahmad Dhani selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga dan kini selesa menguruskan kerjaya seni ketiga-tiga anak lelaki mereka yang dikenali sebagai kumpulan The Lucky Laki.
Hasil perkahwinan terdahulu, Maia dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Al Ghazali, Ahmad El Jallaludin dan Abdul Qodir Jaelani.
Meniti usia 47 tahun, Maia Estianty yang juga seorang penerbit gemar beriadah dan bercuti bersama suami ke luar negara. Lebih bermakna, suami menerima dan menganggap ketiga-tiga anak Maia seperti anak sendiri.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak puas mata memandang kejelitaan wajah anak perempuan Azura Abdul Karim. Ternyata, Sarah Amanda Sahruddin mewarisi kecantikan ibunda tersayang yang merupakan bekas personaliti televisyen popular era 90an ...