Pengarah Urusan Alhumaira Worldwide, Hani Elia Rousli berpendapat apa pun cabaran yang datang pelu ditempuh dengan sabar. Dalam usia 33 tahun Hani sudah mampu memiliki sebuah kehidupan yang sempurna termasuk kerjaya yang stabil sebagai usahawan sukses.
JATUH BANGUN
“Sepanjang lapan tahun penubuhan Alhumaira, pernah jugalah beberapa kali saya mengalami fasa kejatuhan sehingga merasa hampir putus asa. Namun saya sentiasa ingatkan diri, mengapa saya bermula dulu. Saya juga sentiasa berfikiran positif. Jangan sesekali lari daripada masalah.
Paling penting juga ialah fokus kepada kekuatan bisnes,” luah graduan Diploma Graphic & Digital Media UiTM Sri Iskandar, Perak ini. Terdahulu, ibu kepada dua cahayamata ini pernah bekerja sebagai wakil khidmat pelanggan di salah sebuah syarikat telekomunikasi di ibu negara.
Ads
TERSENDIRI
“2019 genaplah usia Alhumaira yang ke-9 tahun dan kami masih diterima. Selaku Head Designer saya juga berperanan bagi memastikan pengeluaran tudung Alhumaira sentiasa mengikut trend semasa.Pada masa sama masih mengekalkan ciri-ciri signature tulen Alhumaira.
Ads
Bagi saya, untuk terus relevan usah bersaing untuk berada di depan atau di belakang sesiapa, tetapi bersainglah di sisi mereka. Cari kekuatan sendiri dan bergerak di landasan sendiri. Sentiasa fahami kehendak pelanggan, rajin buat kajian mengenai trend semasa. Elak meniru hasil usaha orang lain.
Cipta keunikan tersendiri sehingga pelanggan mengenali jenama kita tanpa terkait dengan mana-mana jenama. Reputasi jenama dan kepercayaan pelanggan amat penting untuk kekal lama dalam perniagaan. Sentiasa menjadi yang original,” kongsi Hani yang menjadikan suaminya, Humaidi Fadzil serta anak-anak dan keluarga sebagai pencetus semangat.
Ads
NASIHAT
“Wanita perlu lebih progresif dalam menjana pendapatan sendiri agar dapat melengkapi keperluan diri dan isi rumah. Berusaha mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada kaum lelaki. Lakukan sesuatu yang kita minat dahulu, duit akan datang selepas itu. Keluarga adalah faktor terbaik mengapa kita bekerja atau berniaga.
Superwoman ialah wanita yang mampu menjadi diri sendiri, kuat dan memberikan yang terbaik dalam apa jua dilakukan di samping memberi inspirasi kepada wanita lain mengiut versi masing-masing,” akhiri Hani yang berhasrat untuk membawa jenama Alhumaira ke persada antarabangsa. Setakat ini Alhumaira hanya mempunyai reseller di Thailand,Singapura dan Brunei. Impian seterusnya ingin menembusi pasaran Asia dan juga Eropah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Malam Gala NONA SUPERWOMAN 2020 yang diadakan pada 18 Disember lalu merupakan kemuncak perjalanan siri NONA SUPERWOMAN yang dianjurkan oleh majalah NONA bagi meraikan wanita dalam pelbagai bidang yang menunjukkan kecemerlangan dan sumbangan yang diberikan kepada komuniti dan negara sepanjang tahun 2020.
Seramai 47 individu dari pelbagai bidang diraikan dalam satu majlis secara virtual yang diadakan di Shah Alam Convention centre (SACC) jumaat lalu. Majlis turut dihadiri tetamu VIP antaranya termasuklah Yang Berbahagia Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, keluarga & Masyarakat serta isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Syamil Fahim Mohd Fahim.
YABhg Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah merupakan di antara penerima anugerah utama di majlis malam pengiktirafan Nona Superwoman Award 2020.
Menurut Editor Pengurusan Nona, Kiffy Razak dalam ucapan beliau berkata, majlis pengiktirafan yang diadakan buat kali kedua ini cukup berbeza berbanding sebelumnya. “Saya bersyukur kerana majlis pengiktirafan ini akhirnya dapat dilaksanakan, meskipun secara maya memandangkan situasi pandemik COVID-19. Disebabkan itu juga, majalah Nona keluar dari norma sebelumnya dan memberikan satu penghargaan yang cukup besar kepada wira negara.
”Majlis bertemakan ‘New Normal Glam’ ini ditaja sepenuhnya oleh jenama produk penjagaan rambut, Faith Fleur. Berlokasi di Shah Alam Convention Centre (SACC), ia distrimkan secara langsung melalui YouTube Live dan Facebook Live saluran Majalah Nona. Dengan pematuhan SOP yang ketat, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial sepanjang majlis berlangsung, malam pengiktirafan dengan kehadiran tetamu seramai 100 orang ini turut diserikan persembahan artis terkemuka Malaysia, Noryn Aziz dan Ernie Zakri. Malam majlis akan dihoskan oleh Daphne Iking.
Berikut adalah senarai lengkap penerima anugerah NONA SUPERWOMAN 2020:
1.Nona Superwoman Award – Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
2.Nona Frontliner Award – Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah
3.Nona Royal Award – Che Puan Sofie Louise Johansson
4.Nona VIP Award – Puan Sri Nisa Bakri
5.Nona Fashion Moghul Award – Dato’ Seri Dr Farah Khan
6.Nona Homegrown Award – Dato’ Sri Siti Nurhaliza
7.Nona Motivator Award – Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa
8.Nona Legend Award – Ella
9.Nona Health Influencer Award – Dr Nur Amalina Che Bakri
10. Nona Educated Celebrity Award – Dr Soo Wincci
11. Nona Business Icon Award – Neelofa
12. Nona Fashion Designer Award – Alia Bastamam
13. Nona Most Promising Entrepreneur Award – Tya Arifin
14..Nona Active Award – Farah Ann Abdul Hadi
15. Nona Fashionista Award – Scha Alyahya
16.Nona Charity Award – Heidy Quah
17. Nona Influencer Award – Mira Filzah
18. Nona Best Young Entrepreneur Award – Nabella Anuar, Kayman Beauty
19. Nona Best Beauty Entrepreneur Award – Datin Fatin Amyera Zainal Abidin, Amyera Empire
20. Nona Best Networking Business Award – Siti Noor Sabrina Soobri, Mamasab International
21. Nona Best Aesthetic Award – Nur Izzati Aqilah Lokman Hakim & Mohammad Syafiq Lokman Hakim, Beaux Aesthetic
22. Nona Best Emerging Founder Award – Dato’ Sri Anis Romli, Imorice
23. Nona Best Charity Award – Kolonel Bersekutu (PA) Datuk Hajjah Rozzanamoon Dato’ Haji Rahmat
24 Nona Best Islamic Education Award – Ustazah Siti Khadijah Mohni, Hatimurni Islamic Private School
25. Nona Best Medical Footwear Award – Nur Diana Dzulkiply, MEDSHOE
26. Nona Best Halal Beauty Award – Norazimah Abd Jalil, HAUS Cosmetics
27. Nona Best Hair Care Product Award – Siti Mariam Abdul Samad & Mohamad Abdul Halim Bahadorisam, Faith Fleur
28. Nona Best Accomplishment Business Award – Siti Mariam Abdul Samad & Mohamad Abdul Halim Bahadorisam, Faith Fleur
29. Nona Best Image Consultant Award – Debby Yunus
30. Nona Best Online Supplement Award – Nurul Diana Mohd Pudzi, Dianz Cosmetics
31. Nona Best Birdnest Skin Benefit Award – Norshahila Ahmad, Birdnest Beauty
32. Nona Best Businesswoman Award – Zurin Zakaria, Carrisa Cosmetics
33. Nona Best Influencer Skincare Brand Award – Nursyafiqah Aina Abdul Wahab, Ainaa Beauty
34. Nona Best Duo Entrepreneur Award – Datin Ayu Roslan, Bokitta
35. Nona Best Entrepreneur Cosmetics Award – Afzalizah Nizam Azizan, Cubre Mi
36. Nona Top Rising Entrepreneur Award – Norashima Edi, Snowhitee Beauty
37. Nona Excellence Entrepreneur Award – Yaya Suhaimi, Nufiya
38. Nona Best Collaboration Founder Award – Nadjua Zailani & Izzat Roslan, Bungaa X AnissaFaizul
39. Nona Excellence Bird’s Nest Brand Award – Amy Yusuff & Norelissa Idayu, Sahi Sarang Burung
40. Nona Best Emerging Hijab Brand Award – Nurul Fareha Anuar, Fareha
41. Nona Best Textile Entrepreneur Award – Siti Zaharah Ismail, Fyzara
42. Nona Early Edupreneur Award – Nor Fadilah Alias, Al Khauthar Eduqids
43. Nona Best Uprising Hijab Brand Award – Siti Zaleha Hamzah, Hijab by Hanami
44.Nona Best Beauty Brand Award – Ladybossrafa, K-Colly
45. Nona Best Strategic Business Thinker Award – Datin Adzliana Dato’ Sri Dr Hasan
46. Nona Best Premium Bird Nest Health & Beauty Brand Award – Nurlyana Darwesh, Eve Essentials
47.Nona Best Safe Use & Dermatologist Tested Skincare Award – Nur Bashirah Hussin, Charms Malaysia
Tahniah kepada semua penerima anugerah NONA SUPERWOMAN 2020. Di harap kejayaan anda menjadi inspirasi kepada usahawan di luar sana untuk berjaya!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada perkataan yang dapat menggambarkan betapa setianya wanita bernama Wan Azizah Wan Ismail ini. Hatinya yang perkasa tidak hanya tergambar dari kata-kata, tapi melalui perbuatan dan gaya fesyen yang tidak pernah berubah. Buktinya, gambar baju kurung yang dipakainya pada 2015 masih kemas tersarung di tubuhnya ketika pertemuan kami pada tahun 2022.
Dalam hantaran Facebook beliau bertarikh 11 Februari 2015, Dr Wan Azizah yang kini merupakan ahli Parlimen Bandar Tun Razak pernah memuat naik gambar beliau bersalam dengan suaminya memakai sepasang baju kurung hitam dan tudung bawal putih.
Menariknya ketika Majalah Nona bertemu beliau di rumah pada 21 September 2022, wanita hebat ini tetap memakai baju kurung dan tudung yang sama dipakainya tujuh tahun lepas!
Hebatnya Dr Wan Azizah, sering membuat sesiapa pun selesa bertemu. Selain suka tersenyum, ayat-ayat zikrullah juga selalu basah di bibir wanita berusia 70 tahun itu. Ketenangan adalah kekuatan utama beliau yang tidak mudah terdapat pada mana-mana wanita pun.
“Sebenarnya dulu saya lebih fokus pada kerjaya saya sendiri. Saya jarang ambil peduli, apatah lagi nak masuk campur hal-hal kementerian. Anwar pernah cakap pada saya, ‘You bukan Menteri, I Menteri. You jangan campur…’ Jadi mungkin sebab itu saya lebih bahagia dengan kerjaya saya dalam bidang perubatan.” Dr Wan Azizah
Menyentuh pengalaman paling pahit Dr Wan Azizah selaku ketua keluarga sepanjang tempoh suaminya dipenjarakan, siapa sangka dalam keterpaksaan itu melahirkan seorang wanita hebat yang menjadi pemimpin politik, ketua parti dan gagasan pembangkang, malah beliau turut menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri wanita pertama di Malaysia.
**************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
**************
Rentetan peristiwa pemecatan dan penahanan Dato’ Seri Dr Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah mula bangkit melalui gerakan reformasi. Beliau bertanggungjawab membantu menubuhkan Parti Keadilan Nasional digabungkan dengan Parti Rakyat Malaysia pada April 1999 yang kemudian menjadi Parti Keadilan Rakyat dan bertindak selaku Presiden PKR.
“Saya kira hidup saya tidaklah berliku sangat. Ada ramai lagi yang terpaksa menghadapi cabaran yang lebih hebat dari saya dan suami dengan berkesudahan tidak mendapat apa-apa pulangan pun.
Saya boleh tahan mulut orang, katalah apa-apa pun. Yang saya cari hanyalah reda Allah. Itu saja yang membuatkan saya kuat menerima ujian-Nya.” Dr Wan Azizah
Pada pilihan raya 2018, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tetapi hanya bertahan selama dua tahun.
Ditanya tentang kenangan termanisnya sewaktu memegang jawatan tersebut, Dr Wan Azizah berulang-kali melahirkan rasa syukur.
“Ya, saya kira itu satu pengiktirafan kepada kaum wanita. Dan sebagai wanita, saya percaya kita boleh menunaikan tanggungjawab hakiki sambil memperbaiki negara dan pentadbirannya.
Ketika menjadi TPM, saya banyak membantu dari aspek pentadbiran. Banyak yang boleh digabungkan kerana saya kira kementerian ini kadang-kadang berjalan membuat tugasan-tugasan mereka secara berasingan. Dan bila digabungkan, kesinambungan pentadbiran itu jadi lebih komprehensif serta memberi solusi yang dimahukan.”
Ditanya siapakah wanita hebat yang menjadi inspirasinya, ini jawapan beliau yang kini semakin sibuk dengan tanggungjawab sebagai isteri Perdana Menteri, selepas pelantikan rasmi Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 24 November 2022.
“Penghuni wanita di syurga majoritinya wanita solehah yang kuat bersabar. Merekalah inspirasi saya. Dari kisah mereka saya belajar agar janganlah terlalu berkeras, kalau diuji kita kena sabar, reda dan bersyukur. Yakinlah jika ada satu hal yang diuji, kita masih ada banyak benda lagi yang lain untuk disyukuri.
Hidup ini adalah perjalanan. Sampai penghujungnya yang kita cari tetaplah keredaan Allah Taala. Kena reda dengan ketentuan-Nya supaya kita jadi tenang dan anggap ujian atau yang lain-lain tu hanyalah sekadar sampingan atau persinggahan dalam hidup ini saja,” pesan beliau mengakhiri pertemuan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mengimbas kembali detik permulaan Momentum Internet Sdn Bhd, jelas Najib Asaddok, “Pada 2006 saya memulakan perjalanan kerjaya dalam bidang jualan. Keadaan waktu itu agak sukar, bila kita perlu pergi membuat jualan dari satu tempat ke satu tempat. Jumpa seorang demi seorang untuk membuat jualan secara langsung bagi meyakinkan mereka tentang produk penapis air yang saya jual waktu itu.
Saya kagum dengan mereka yang berbangsa Cina, tinggal di kampung tetapi mampu membuat perniagaan yang maju dengan hanya menggunakan saluran Internet. Daripada situ, saya penuhkan diri dengan ilmu digital. Saya beli buku, belajar membuat blog dan website, berulang alik dari Segamat ke Kuala Lumpur untuk mengambil kursus intensif dalam
bidang jualan secara online. 2009, saya semakin serius dalam dunia pemasaran secara online dan hanya dengan sebiji komputer saya telah berjaya membuat pendapatan secara online antara RM20 ribu hingga RM30 ribu.
Saya menggunakan saluran E-bay, jual pelbagai barang daripada pembekal negara China. Nyata, lubuk jutaan peluang perniagaan ada di situ. Kita hanya perlu bijak menjadi orang tengah dalam proses permintaan dan penghantaran barang, waktu itulah saya pernah dikenali sebagai ‘Pakar Dropship’,” jelas Najib Asaddok yang semangat bercerita tentang permulaan perniagaannya.
Selaku Pengurus besar, Momentum Internet Sdn Bhd, Nurul Iyzah pastinya memainkan peranan yang besar dalam kejayaan empayar ini. “Saya merupakan bekas seorang cikgu pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Kahang Timur Tengah dan Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang, Labis Segamat, Johor. Bila saya pergi belajar suami akan bekerja di rumah.
Waktu itu, keluarga saya menerima pandangan yang negatif dari orang kampung menyatakan, suami duduk di rumah makan hasil duit isteri. Waktu itu, keluarga saya menerima pandangan yang negatif dari segelintir orang sekeliling menyatakan suami duduk di rumah makan hasil duit isteri.
Mereka tidak tahu yang suami bekerja di rumah berniaga secara online. Dan bila pendapatan suami semakin bertambah, ada pula ‘suara nakal’ yang beranggapan suami duduk di rumah jual dadah kerana tiba-tiba boleh jadi mewah kerana pada usia 28 tahun, suami telah tukar daripada sebuah kereta kancil kepada Mercedes.
Itu antara prasangka buruk segelintir orang sekeliling waktu itu, kami tidak peduli dengan apa orang kata. Saya sentiasa memberi semangat untuk suami berusaha fokus dengan perniagaan yang telah diceburinya, jangan hiraukan segala kata negatif di sekeliling. Saya pernah lihat dia tersungkur dan gagal sebelum ini, bukan mudah juga sebenarnya untuk melaksanakan perniagaan online.
Ada masa naik ada masa menurun, tapi saya percaya dan selalu berkata dalam hati, dia boleh berjaya dalam bidang perniagaan dan saya hanya berserah antara cepat dan lambat untuk rezeki itu datang. Nyata, Allah telah merancang yang terbaik dalam perjalanan hidup kita dan alhamdulillah dengan doa ibu bapa kami telah berjaya hingga ke tahap sekarang.
Saya sendiri tidak sangka suami yang dulunya seorang yang pemalu dan senyap, kini berdiri dengan yakin mengusahakan empayar Momentum Internet Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada tahun 2014, ” ujar Nurul Iyzah yang sentiasa menjadi tulang rusuk paling hebat buat suaminya. Beliau telah berhenti berkhidmat sebagai seorang guru pada penghujung tahun 2015 untuk fokus pada keluarga dan membantu suami dalam bidang perniagaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.