Pasti kebanyakan wanita buntu memikirkan menu yang hendak disediakan sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Peregarakan yang kini dilanjutkan sehingga 14 April 2020 ini kan. Mana tidaknya, perlu difikirkan menu untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam sekiranya tidak gemar membuat pembelian makanan siap atau takeout yang disediakan. Apatah lagi sekiranya anda mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai, adalah lebih jimat untuk menyediakan sendiri hidangan.
Chef Su Arukin
Perkongsian dari Suwarsi M Arukin penulis buku masakan yang sememangnya terkenal sebagai seorang chef serta ibu kepada 4 cahayamata ini boleh dijadikan panduan berguna untuk anda ‘beraksi’ di dapur. Apa yang penting, pastikan dapur anda mempunyai 5 bahan wajib ini iaitu:
1.Beras: Bukan setakat untuk memasak nasi dan dinikmati bersama sajian lauk pauk, beras boleh dibuat bubur nasi, boleh direndam dan kisar dijadikan tepung beras segar untuk salut gorengan ikan atau pisang. Selain itu, ia boleh direndam semalaman dan kisar, untuk menyediakan hidangan seperti tosei atau lempeng.
2. Tepung gandum. Terlalu banyak yang boleh dibuat dari tepung gandum. Selain boleh menyediakan cucur, lempeng dan kuih-muih, tepung gandum mempunyai sifat versatile kerana ia merupakan bahan yang digunakan untuk membuat roti, pizza doh, pau, donut, mi dan banyak lagi. Sekilo tepung gandum boleh dibahagikan kepada tiga bahagian untuk membuat roti, cucur dan kuih.
3. Telur. Selain digunakan sebagai bahan penting dalam pembikinan pelbagai kuih atauroti, telur boleh dijadikan lauk yang pelbagai seperti sambal, kari, masak lemak, goreng atau rebus. Jika tidak mempunyai minyak, boleh sahaja dikukus atau direbus.
4. Ubi kentang. Banyak yg boleh dibuat dengan ubi kentang. Selain jadi Bahan sampingan dalam masakan seperti kari, masak lemak cilipadi atau sambal, kentang boleh dijadikan bahan ganti kepada beras/nasi bagi mereka yg tak mengambil nasi sebagai makanan ruji. Boleh diolah menjadi kentang putar, kentang rebus, kentang bakar dan banyak lagi.
5. Ikan Bilis. Selain bertindak sebagai perencah masakan, ikan bilis juga boleh dijadikan ‘lauk penyelamat’ dikala kehabisan sumber makanan basah dalam peti sejuk.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebiasaannya, apabila menyebut tentang restoran fine dining, penggunaan alkohol seakan tidak dapat dipisahkan. Mana tidaknya, ia menjadi sebahagian dari bahan yang digunakan di dalam penyediaan makanan terutamanya hidangan berasaskan makanan barat.
Restoran Casa De Madani yang terletak di Malakat Mall Cyberjaya merupakan restoran fine dining pertama yang diiktiraf halal di Malaysia yang menyajikan sajian bertaraf dunia yang unik dan membawakan konsep Eropah moden dengan citarasa Asia! Selaras dengan konsep Eropah moden yang cuba ditampilkan, segala aspek diberi perhatian khusus antaranya termasuklah membawa sepasukan chef hebat sebagai sebahagian daripada jenama Casa De Madani.Salah seorang chef yang menjadi ‘tulang belakang’ Casa De Madani ialah Chef Mohd Azizan Shukri yang berperanan sebagai Master Chef Casa De Madani yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam dunia masakan.
Chef Mohd Azizan merupakan seorang pakar dalam bidang masakan Eropah moden dan telah mendapat pengiktirafan dari beberapa negara antaranya termasuklah Turki, Cyprus, Jerman dan Bulgaria. Chef Mohd Azizan juga bertindak sebagai Pengarah Kulinari di Malakat Mall. Beliau sememangnya mempunyai reputasi terbaik dalam bidang kulinari di mana beliau merupakan antara 500 ranking chef terbaik di dunia! Selain itu, beliau dibantu oleh Chef Mohd Shahrul Nizam selaku Eksekutif Chef Kumpulan Malakat Mall.
Casa De Madani tampil dengan konsep Eropah moden menyediakan sajian yang berkualiti tinggi, halal dan menepati konsep syariah compliance tanpa penggunaan alkohol di dalam setiap hidangannya. Casa De Madani telah membuka pintu restoran secara rasmi pada 15 Ogos lalu di mana para tetamu jemputan berpeluang mencuba set menu yang istimewa antaranya termasuklah Melon and Crumble Feta Cheese Charcoal Tuiles and Mint Mill untuk pembuka selera, Roasted Thyme of Pumpkin Soup, Crouton Burn, Emulsion Foam Cappucino untuk hidangan sup. Manakala dua pilihan hidangan utama disediakan untuk dipilih oleh para jemputan iaitu Lobster Thermido with Spaghetti Aglio Olio Extra Virgin Olive Oil and Crispy Garlic atau Rack of Lamb with Mint Capers Finishing Cream and Herb Overnight Egg Plant.
Mengakhiri perjalanan hidangan fine dining semasa majlis pembukaan rasmi, para tetamu jemputan khas dijamu dengan hidangan pencuci mulut Chocolate Indulgence, Freshing Passion Fruit Green Sugar Garnishing Caviar Gold. Kesemua set menu yang dipersembahkan sememangnya menepati standard restoran fine dining terkemuka dan semestinya penulis tumpang bangga apabila hidangan ini mematuhi syariah dan bermutu tinggi!
Casa De Madani terletak di Malakat Mall ini merangkumi bangunan dua tingkat turut dilengkapi tiga buah bilik persendirian yang mempunyai saiz yang berbeza untuk disesuaikan dengan majlis dan jumlah tetamu yang bakal diraikan. Ruang atas restoran boleh memuatkan 60 orang dalam satu masa manakala ruang bawah pula boleh menempatkan 30 orang tetamu untuk menikmati hidangan. Dekorasi yang elegan serta menerapkan elemen eksklusif menjadi daya tarikan utama Casa De Madani yang menggunakan hasil kerja anak tempatan bagi menghasilkan gaya dekorasi mewah namun masih mengekalkan ciri unik Islamik nan mempersona.
Lebih istimewa, setiap makanan yang dihidangkan di Casa De Madani menggunakan barangan segar dari seluruh dunia antaranya termasuklah daging Wagyu A5 (gred tertinggi dalam keluarga daging Wagyu) dan udang kara dari tiga buah negara pengeluar udang kara terkenal di dunia. Penulis amat tertarik dengan konsep hidangan tailor made di mana para pelanggan boleh minta apa sahaja yang tiada di dalam menu! Hebat bukan! Mungkin ada di antara para pelanggan yang mempunyai citarasa berbeza boleh menguji kreativiti chef menghasilkan hidangan gastronomi yang hebat dan menyelerakan.
Kebiasaannya, menikmati hidangan di restoran fine dining sememangnya terikat dengan protokol pemakaian formal bersesuaian dengan peraturan yang telah ditetapkan. Etika berpakaian di Casa De Madani setaraf dengan restoran dan hotel mewah bertaraf lima bintang. Malah, kakitangan Casa De Madani juga bukan calang-calang pengalaman dalam bidang F&B apatah lagi kebanyakannya merupakan bekas kakitangan syarikat penerbangan yang sememangnya pakar dalam bidang hospitaliti.
Untuk menikmati hidangan yang istimewa di Casa De Madani, para pelanggan perlu membuat tempahan terlebih dahulu untuk menikmati makan tengah hari ataupun makan malam bagi menjamin kepuasan dalam melayari pengalaman menikmati hidangan secara fine dining ini dengan memori indah bersama tersayang. Kejayaan sekumpulan anak Melayu membangunkan jenama fine dining mengikut lunas syariah sememangnya wajar diberikan pujian apatah lagi dalam merealisasikan ekonomi Islam ke peringkat yang lebih tinggi.
Jadi, untuk anda yang ingin mencuba pelbagai menu Eropah moden dalam kelas tersendiri, Casa De Madani adalah jawapannya!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sudahlah cantik, pandai memasak pula tu. Yang tak reti memasak, boleh cuba resipi yang dikongsikan Datin Belina ini. Bahan-bahan yang digunakan senang hendak dapat dan cara penyediaan pun mudah. Selamat mencuba!
APA PETUA MASAKAN YANG DIAMALKAN OLEH DATIN SEHINGGA KINI?
Hati mesti tenang dan fokus. Memasak juga memerlukan ketelitian. Jika dilakukan dalam tergopoh gapah kita akan kecewa dengan hasilnya. Memasaklah dengan ikhlas, kasih sayang dan sepenuh hati. Saya juga amalkan selawat agar lebih berkat.
BAGAIMANA DATIN MENDAPAT ILHAM SETIAP KALI HENDAK MEMASAK?
Mood dan keadaan mempengaruhi ilham untuk memasak. Kalau datangnya ilham, saya akan mencuba resipi baru atau menyediakan menu istimewa. Kalau buntu hendak masak apa, selalunya saya akan hubungi ibu dan tanya pendapatnya. Ibulah sumber inspirasi saya kerana beliau pandai memasak.
KONGSIKAN MENU TRADISI KELUARGA SETIAP KALI MENJELANG SYAWAL?
Semestinya Rendang Hitam Negeri Sembilan yang merupakan menu tradisi arwah ibu mertua. Setiap kali Hari Raya menu ini mesti ada.
RENDANG HITAM NEGERI SEMBILAN
Bahan-bahan:
Bahan-bahan sanggang:
Cara Membuat:
Masukkan santan dalam kuali, kacau bersama cili yang dikisar sehingga menjadi separuh daripada sukatan. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan bawang yang dihiris, teruskan mengacau dengan api perlahan. Kacau sehingga dua jam kemudian masukkan pula bahan-bahan rempah sanggang bersama kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Perasa dengan garam dan teruskan mengacau sehingga ia bertukar warna kehitaman dan kering
LONTONG
Bahan-bahan A:
Bahan-bahan B (dikisar):
Cara Membuat:
Masukkan bahan kisar bersama santan cair dan serai ke dalam periuk lalu panaskan sehingga hampir mendidih. Kemudian masukkan udang diikuti sayur-sayuran. Masukkan pula santan pekat dan tauhu kering diikuti cili merah. Perasa dengan garam, sesuaikan rasa dan kepekatannya. Hidangkan bersama nasi impit, sambal tumis atau kuah kacang serta telur rebus.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak perlu memandu jauh untuk menikmati hidangan laut segera apabila restoran Uncle Ali The Fishmonger mampu memenuhi selera besar peminat hidangan itu.
Membuka pintu perniagaan di Bukit Jelutong, Shah Alam, konsep hidangan panas makanan laut dan servis menjual makanan laut segar pada kualiti terbaik mampu membuatkan peminat hidangan itu terpaut dengan menu di restoran berkenaan.
Variasi hidangan yang pelbagai seolah-olah garapan ‘fusion’ kerana ada cita rasa Asia serta Barat digabungkan membuatkan ia sesuai dikunjungi pelbagai golongan daripada anak kecil sehinggalah kepada majlis korporat.
Malah tidak keterlaluan jika dikategorikan restoran ini sebagai sebuah restoran keluarga menghidangkan makanan laut segar daripada kuali.
Konsep Uncle Ali The Fishmonger ialah menyajikan hidangan laut segar dalam setiap hidangan yang terdapat di dalam menu. Sebenarnya ia adalah tradisi nelayan yang mana mereka menangkap ikan dan dimasak serta-merta bagi mengekalkan kesegarannya. Selain itu, ia juga turut dikenali sebagai pasar produk premium dari laut.
Sesuai dengan perasaan seperti berada di tengah lautan, dekorasi hidangan diberi sentuhan yang sinonim dengan jenis hidangan yang disajikan. Malah tidak salah jika dikatakan bahawa konsep hidangan di restoran sememangnya mempunyai hubung kait yang amat rapat dengan menu yang disediakan.. Dekorasi dalam restoran,menggunakan tema kapal serta lautan agar pengunjung dapat merasai kehangatan selain keenakan hidangan itu sendiri.
Biarpun menampilkan pelbagai pilihan menu serta sos, rasa kesegaran laut itu tidak terjejas.Aspek penyediaan menu pula, setiap hidangan laut mengekalkan keenakan bahan utama iaitu rasa kesegaran ikan mahupun hidangan laut itu sendiri.
“Perlu berhati-hati mengendalikan herba tertentu serta resipi bersesuaian dengan rasa lembut, manis dan lemak hidangan laut, kami turut lakukan sedikit penambahbaikan agar cita rasa bersesuaian dengan lidah serta tekak tempatan,” ujar Encik Ali, pemilik Uncle Ali The Fishmonger.
“Sebagai contoh, peminat Salmon boleh mencuba Salmon Spicy Teriyaki. Hidangan ikan Salmon diimport dihidangkan dalam cita rasa Asian terkenal dengan ‘kick’ kepedasan, namun tidak menjejaskan rasa lemak dan manis ikan.
“Selain itu sesuai untuk mereka yang datang bersama keluarga serta kenalan ramai, pilihan ‘Platter’ membariskan pelbagai jenis makanan laut dalam satu ‘kuali’ antara popular dalam seleksi hidangan kami,” katanya.
“Kami sentiasa mengekalkan konsep mesra kerana kami ialah restoran keluarga. Jadi ada juga slot menu untuk kanak-kanak dengan saiz hidangan sesuai,” katanya seraya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.