Kebiasaannya, apabila menyebut tentang restoran fine dining, penggunaan alkohol seakan tidak dapat dipisahkan. Mana tidaknya, ia menjadi sebahagian dari bahan yang digunakan di dalam penyediaan makanan terutamanya hidangan berasaskan makanan barat.
Casa De Madani Lakar Sejarah. Restoran FINE DINING Pertama Di Malaysia Tanpa ARAk dan HalalRestoran Casa De Madani yang terletak di Malakat Mall Cyberjaya merupakan restoran fine dining pertama yang diiktiraf halal di Malaysia yang menyajikan sajian bertaraf dunia yang unik dan membawakan konsep Eropah moden dengan citarasa Asia! Selaras dengan konsep Eropah moden yang cuba ditampilkan, segala aspek diberi perhatian khusus antaranya termasuklah membawa sepasukan chef hebat sebagai sebahagian daripada jenama Casa De Madani.Salah seorang chef yang menjadi ‘tulang belakang’ Casa De Madani ialah Chef Mohd Azizan Shukri yang berperanan sebagai Master Chef Casa De Madani yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam dunia masakan.

IKLAN

Casa De Madani Lakar Sejarah. Restoran FINE DINING Pertama Di Malaysia Tanpa ARAk dan HalalChef Mohd Azizan merupakan seorang pakar dalam bidang masakan Eropah moden dan telah mendapat pengiktirafan dari beberapa negara antaranya termasuklah Turki, Cyprus, Jerman dan Bulgaria. Chef Mohd Azizan juga bertindak sebagai Pengarah Kulinari di Malakat Mall. Beliau sememangnya mempunyai reputasi terbaik dalam bidang kulinari di mana beliau merupakan antara 500 ranking chef terbaik di dunia! Selain itu, beliau dibantu oleh Chef Mohd Shahrul Nizam selaku Eksekutif Chef Kumpulan Malakat Mall.

Casa De Madani Lakar Sejarah. Restoran FINE DINING Pertama Di Malaysia Tanpa ARAk dan HalalCasa De Madani tampil dengan konsep Eropah moden menyediakan sajian yang berkualiti tinggi, halal dan menepati konsep syariah compliance tanpa penggunaan alkohol di dalam setiap hidangannya. Casa De Madani telah membuka pintu restoran secara rasmi pada 15 Ogos lalu di mana para tetamu jemputan berpeluang mencuba set menu yang istimewa antaranya termasuklah Melon and Crumble Feta Cheese Charcoal Tuiles and Mint Mill untuk pembuka selera, Roasted Thyme of Pumpkin Soup, Crouton Burn, Emulsion Foam Cappucino untuk hidangan sup. Manakala dua pilihan hidangan utama disediakan untuk dipilih oleh para jemputan iaitu Lobster Thermido with Spaghetti Aglio Olio Extra Virgin Olive Oil and Crispy Garlic atau Rack of Lamb with Mint Capers Finishing Cream and Herb Overnight Egg Plant.

Casa De Madani Lakar Sejarah. Restoran FINE DINING Pertama Di Malaysia Tanpa ARAk dan Halal

IKLAN

Mengakhiri perjalanan hidangan fine dining semasa majlis pembukaan rasmi, para tetamu jemputan khas dijamu dengan hidangan pencuci mulut Chocolate Indulgence, Freshing Passion Fruit Green Sugar Garnishing Caviar Gold. Kesemua set menu yang dipersembahkan sememangnya menepati standard restoran fine dining terkemuka dan semestinya penulis tumpang bangga apabila hidangan ini mematuhi syariah dan bermutu tinggi!
Casa De Madani Lakar Sejarah. Restoran FINE DINING Pertama Di Malaysia Tanpa ARAk dan Halal
Casa De Madani terletak di Malakat Mall ini merangkumi bangunan dua tingkat turut dilengkapi tiga buah bilik persendirian yang mempunyai saiz yang berbeza untuk disesuaikan dengan majlis dan jumlah tetamu yang bakal diraikan. Ruang atas restoran boleh memuatkan 60 orang dalam satu masa manakala ruang bawah pula boleh menempatkan 30 orang tetamu untuk menikmati hidangan. Dekorasi yang elegan serta menerapkan elemen eksklusif menjadi daya tarikan utama Casa De Madani yang menggunakan hasil kerja anak tempatan bagi menghasilkan gaya dekorasi mewah namun masih mengekalkan ciri unik Islamik nan mempersona.
Casa De Madani Lakar Sejarah. Restoran FINE DINING Pertama Di Malaysia Tanpa ARAk dan HalalLebih istimewa, setiap makanan yang dihidangkan di Casa De Madani menggunakan barangan segar dari seluruh dunia antaranya termasuklah daging Wagyu A5 (gred tertinggi dalam keluarga daging Wagyu) dan udang kara dari tiga buah negara pengeluar udang kara terkenal di dunia. Penulis amat tertarik dengan konsep hidangan tailor made di mana para pelanggan boleh minta apa sahaja yang tiada di dalam menu! Hebat bukan! Mungkin ada di antara para pelanggan yang mempunyai citarasa berbeza boleh menguji kreativiti chef menghasilkan hidangan gastronomi yang hebat dan menyelerakan.

IKLAN

Casa De Madani Lakar Sejarah. Restoran FINE DINING Pertama Di Malaysia Tanpa ARAk dan HalalKebiasaannya, menikmati hidangan di restoran fine dining sememangnya terikat dengan protokol pemakaian formal bersesuaian dengan peraturan yang telah ditetapkan. Etika berpakaian di Casa De Madani setaraf dengan restoran dan hotel mewah bertaraf lima bintang. Malah, kakitangan Casa De Madani juga bukan calang-calang pengalaman dalam bidang F&B apatah lagi kebanyakannya merupakan bekas kakitangan syarikat penerbangan yang sememangnya pakar dalam bidang hospitaliti.
Untuk menikmati hidangan yang istimewa di Casa De Madani, para pelanggan perlu membuat tempahan terlebih dahulu untuk menikmati makan tengah hari ataupun makan malam bagi menjamin kepuasan dalam melayari pengalaman menikmati hidangan secara fine dining ini dengan memori indah bersama tersayang. Kejayaan sekumpulan anak Melayu membangunkan jenama fine dining mengikut lunas syariah sememangnya wajar diberikan pujian apatah lagi dalam merealisasikan ekonomi Islam ke peringkat yang lebih tinggi.

Casa De Madani Lakar Sejarah. Restoran FINE DINING Pertama Di Malaysia Tanpa ARAk dan Halal
Jadi, untuk anda yang ingin mencuba pelbagai menu Eropah moden dalam kelas tersendiri, Casa De Madani adalah jawapannya!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI