
Ibarat munculnya pelangi selepas hujan. Begitulah kehidupan yang dilalui pempengaruh Cik Epal saat ini selepas dia diuji dengan penceraian pada Oktober 2024. Tidak pernah menyangka rumah tangga selama 10 tahun yang dibina berakhir dengan perpisahan, personaliti ini enggan mengalah dan kembali bangkit dengan semangat baharu.
Tidak mahu lagi menoleh ke masa lalu, Cik Epal yang sebelum ini dikenali sebagai blogger kini membawa namanya ke fasa lebih tinggi.
Selain bergelar pengasas produk Makaji dan Pizza Mendonia, pemilik nama Munirah Mahmud ini juga merupakan duta pelbagai produk terkenal tanah air.
Cik Epal ‘Mendonia’ Jadi Pempengaruh & Usahawan


Sejak berita penceraiannya menjadi bualan, satu persatu ‘rezeki’ diterima figura ini.
Sepanjang tempoh setahun menggalas status ibu tunggal, Cik Epal ditawarkan untuk menjalin kolaborasi bersama Pak Mat Western, dilantik sebagai Duta Jakel Textile dan bekerjasama dengan label kosmetik Cubre Mi termasuk mengeluarkan koleksi Perfume Cubre Mi x Cik Epal.
Lebih bermakna, impian ibu kepada dua cahaya mata ini untuk mempunyai perniagaan piza akhirnya dimakbulkan dan mendapat sambutan hangat penggemar makanan.
Kedai Pizza Mendonia yang diusahakan jelitawan ini dilapor mula beroperasi pada pertengahan Oktober lepas.
Berkongsi pencapaian itu di media sosial, personaliti ini meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada followers kesayangan yang tidak henti-henti menyokongnya.


View this post on Instagram
“Alhamdulillah kedai Pizza Mendonia dah siap dan korang boleh beli pizza wagyu tak lama lagi. Tak sabar nak jumpa korang!
Terima kasih semua yang sudi support Pizza Mendonia. Yang suka pizza wagyu Pizza Mendonia, alhamdulillah.
Untuk yang ada cadangan atau nak kami perbaiki, insyaAllah kami akan terus menambah baik kualiti dan servis kami dari semasa ke semasa.”
Tidak sampai sebulan beroperasi, piza wagyu buatan Pizza Mendonia laris di pasaran dengan jualan mencecah ratusan kotak sehari.
Cik Epal Menang Anugerah

Tidak cukup dengan kejayaan dalam bidang perniagaan dan branding, wanita ini turut menerima anugerah Selebriti Trending Terhangat Melodi 2025 dan menggondol dua anugerah di Shopee Superstar Awards 2025. Salah satunya bagi kategori Pencipta Kandungan Terbaik.
Semoga Cik Epal terus kuat semangat menempuh kehidupan di samping dua anak tersayang iaitu Han dan Yuki. Serta mencipta lebih banyak kejayaan sebagai dorongan dan sumber inspirasi kepada masyarakat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!




Menyambut Malam Sedekad Siti Khadijah di sebuah hotel terkemuka baru-baru ini, Padzilah turut melahirkan rasa syukur kerana selain masih diberi ilham dan kekuatan untuk terus berkarya mengangkat imej telekung di persada dunia, beliau juga berterima kasih atas sokongan padu pelanggan setia Siti Khadijah.
Padzilah amat bertuah kerana kejayaan Siti Khadijah ini turut diusahakan bersama suami tercinta, Aminuddin Mohd Nasir dan hampir semua anak lelaki mereka memegang jawatan dalam bahagian tersendiri. Lebih membanggakan, anak keduanya iaitu Mohammad Munzir Aminuddin dianugerahkan Ketua Pegawai Pemasaran 2018 dari Malaysian Chief Marketing Officer (CMO) Award tahun lalu.









