Dek populariti Dayang Anisha yang bakal bergelar suri hati Putera Mateen, abang kepada wanita cantik ini iaitu Daniel Deen Isa Kalebic turut terkena tempias populariti adik tersayang dan menjadi perhatian khalayak.
Difahamkan Daniel merupakan sahabat baik kepada Putera Mateen dan sudah mula mengenali sejak kecil lagi. Malah mereka bertiga juga pernah dirakam bermain bersama sewaktu kanak-kanak.
Berita perkahwinan diraja Brunei pada 11 Januari ini di antara Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dengan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam Isa Kalebic makin terasa bahangnya.
Sejak kisah penyatuan pasangan ini diumumkan Oktober 2023, ramai yang mula ingin mengetahui wanita yang berjaya menambat hati putera kacak berkenaan.
Sehingga kini Putera Mateen dan Dayang Anisha sudah pun menjalani beberapa upacara sebelum menjelangnya Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja pada Khamis nanti. 7 Januari lepas majlis dimulakan dengan Istiadat Bersuruh Diraja dan diikuti Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada 8 Januari.
9 Januari berlangsungnya Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan kemudian Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja pada 10 Januari. Sebelum diadakan Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja, 11 Januari.
Seperti Dayang Anisha yang memiliki raut wajah gadis kacukan yang menawan, wajah tampan Daniel juga menarik tumpuan.
Berusia 32 tahun, jejaka ini ialah cucu kepada penasihat Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Yang Berhormat Pehin Dato Awang Isa bin Awang Ibrahim yang diberi gelaran ‘Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja’.
Ads
Datuknya juga pengasas syarikat penerbangan Royal Brunei dan pernah berkhidmat sebagai pengerusi dari tahun 1974 hingga 1984.
Daniel Isa Kalebic merupakan suami kepada personaliti cantik Thailand, Janetira Attaskulchai.
Usahawan Brunei ini mendirikan rumah tangga dengan Janetira yang juga anak kepada pengusaha empayar perniagaan minuman Betagen dan pengasas Tira and Silk Collective.
Pasangan merpati dua sejoli ini dikhabarkan bertunang pada November 2020 dan melangsungkan pernikahan pada 1 Disember 2022.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebenarnya bukan mudah untuk tampil menarik di tempat kerja setiap hari terutamanya wanita. Biarpun latar karier berbeza, berpakaian formal dan sopan adalah sebaik-baik contoh etika berpakaian ke tempat kerja. Menurut seorang Pengurus Sumber Manusia di Negara Barat, “Kaedah berpakaian ke tempat kerja semakin membimbangkan dan berubah menjadi semakin kasual, tetapi harus ada had. Individu yang bekerja tidak boleh terlalu keterlaluan ke tempat kerja seperti menindik tubuh, atau mewarnakan rambut dengan rona yang terlalu terang.”
Faktor begini menyebabkan bukan sahaja anda dipandang serong tetapi menyekat peluang promosi.
Bagi wanita, keyakinan diri dan penampilan yang bersih dengan imej tersendiri adalah digalakkan. Style tidak salah, namun jangan menjadi mangsa fesyen dan memakai koleksi yang in-trend tetapi langsung tidak sesuai dengan diri dan tubuh.
Pakaian yang tak patut dipakai ke pejabat
Jika mengalami masalah dengan koleksi pakaian, periksa dan perbaikinya. Sekiranya anda mendapati koleksi pakaian anda tidak bersesuaian dengan diri anda dan keadaan semasa, anda berhak melontarnya. Tetapi awas jangan buang keseluruhannya kerana masih terdapat pakaian anda yang boleh dipelbagaikan daripada dibuang terus.
Pilihan yang tepat ke tempat kerja
Berpakaian seksi tidak salah namun haruslah yang tidak terlalu menjolok mata kerana menghormati rakan sekeliling dan menjaga imej ‘profesionalisme’. 15 cara berpakaian yang dilarang di tempat kerja seharusnya menjadi perhatian anda :
Pakaian dalam yang menjolok mata dan kelihatan dari luar seperti tali baju dalam yang jarang, kamisol atau pakaian dalam.
Pakaian sukan. Simpan ia untuk kegunaan ke gim dan jangan memakainya ke tempat kerja.
Baju yang berkedut, lembap atau basah. Kebersihan sebagai keutamaan dan lebih baik bagi anda memiliki pakaian yang kosnya agak murah agar ia mudah dicuci berbanding yang mahal, melainkan anda biasa melakukan cucian kering.
Seluar pendek. Sama ada Bermuda, seluar untuk aktiviti pantai atau kasual.
Tatoo atau inai berukir di jari. Ada baiknya sembunyikan daripada orang memerhati.
Warna rambut yang terlalu terang. Jika anda highlight rambut anda tidak mengapa tetapi jangan menggunakan warna yang terlalu terang seperti biru, magenta atau warna lain yang bukan natural.
Minyak wangi yang terlalu pekat baunya. Bau yang terlalu kuat membuat orang lain sesak nafas dan merasa terganggu.
Kuku yang panjang dan diwarnakan. Kuku seharusnya dibiarkan pendek dan bersih, elakkan pewarna kuku yang terlalu terang atau hitam.
Jambang tanpa dicukur. Secara amnya, kebanyakan pejabat lebih mengutamakan penampilan yang bersih dan jika anda memang keturunan banyak jambang, baik untuk anda mencukurnya setiap pagi atau selang sehari.
Mikro-miniskirt. Memakai sekurang-kurangnya 3 atau 4 inci daripada lutut dan lipatan bawah skirt, kerana yang terlalu pendek, membuatkan anda jadi bahan keji.
Pakaian yang tidak menutupi keseluruhan badan. Secara amnya buah dada, belakang badan dan lengan seharusnya ditutup. Elakkan pakaian yang terlalu ketat, sekurang-kurangnya ruang satu inci antara tubuh badan dan fabrik.
Stoking sukan di dalam kasut pergi membeli-belah. Lelaki harus mengelakkannya kerana membuatkan wanita merasa jelik.
Menindik tubuh. Kajian menunjukkan mereka yang menindik tubuh sebagai tidak profesional dan mereka yang memakai aksesori tubuh lebih jarang mendapat promosi atau kenaikan pangkat.
Pakaian atasan yang lebih panjang dan menutupi keseluruhan. Ruang antara kulit dan pakaian hendaklah kira-kira 1 inci dan sekurang-kurangnya menutupi keseluruhan bahagian atas badan. Jangan biarkan pakaian anda menampakkan perut anda yang menggeleber atau anjal sekalipun. Ia melambangkan mentaliti anda.
Seluar potongan rendah. Kategori sebagai menjolok mata dan tidak digalakkan, lagipun kebanyakan bentuk seluar begini adalah tidak formal.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alahai comel sangat Aafiyah! Pandai menari dan nampak ciri-ciri seorang entertainer persis ibunya penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Siti Aafiyah yang kini berusia empat tahun merupakan anak sulung kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Aafiyah dilihat membuat persembahan sempena hari graduasi tadikanya. Biarpun tidak dapat hadir kerana ada tugasan di Singapura namun DS Siti Nurhaliza berkongsi video persembahan anak kesayangannya itu di Instagram miliknya.
“Semalam anak ibu Aafiyah buat persembahan sempena graduation day. Aafiyah menghafaz dan menari. Ibu tidak dapat hadir kerana tugas yang perlu diselesaikan di Singapura.
“Alhamdullillah Aafiyah berikan yang terbaik. Bukan main dia menari ya. Terima kasih ayah temankan Aafiyah. Love you! Semoga terhibur menonton ya.”
Paling menarik perhatian ramai ialah Aafiyah mampu menari dengan baik mengikut rentak lagu. Langsung tidak nampak kekok di pentas. Ramai juga yang teruja dengan gelagat Aafiyah yang nampak sangat enjoy dengan persembahannya itu.
Paling membuat ramai yang teruja apabila melihat penampilan Aafiyah yang comel bertudung! Rata-rata para peminat dan pengikut DS Siti Nurhaliza memuji kecomelan Aafiyah.
“Masya-ALLAH macam ibunya.”
“Woww menari nampak ibu. Hebat Aafiyah.”
“Subahanallah comelnye Aafiyah, berbakat seperti ibu.”
“Wahh bergaya Aafiah di pentas seperti ibu. Like mom like daughter.”
“On point step tarian Aarifah. Bagus.”
Untuk info, Aafiyah dilahirkan pada Mac 2018. Keletah Aafiyah sentiasa menjadi perhatian warga maya. Baru-baru ini, DS Siti Nurhaliza yang terkenal dengan lagu ‘Cindai’ mendedahkan enggan Aafiyah menjadi penyanyi. Sebaliknya, beliau mahu anaknya itu bergelar usahawan dewasa kelak.
Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lebih kerap berjumpa, lebih mesra bercerita. Ya, kemajuan teknologi tidak seharusnya menjarakkan komunikasi tapi mendekatkan manusia. Biar jauh di mata, tapi kehebatan digital mampu membawa anak yang jauh, bagai disamping ibu bapanya.
Nona teruja melihat kehebatan telefon pintar terbaharu, HUAWEI P40 Pro+. Bukan puji sebarang puji, tapi model hebat ini langsung tidak mengecewakan. Bukan cantik pada panel luaran semata-mata tapi fungsinya memang buat kami terpesona!
Bertubuh ringan dengan rekaan modern sleek, HUAWEI P40 Pro+ pasti lebih kemas dalam genggaman. Ia juga tahan lasak dan anti-calar, jadi tak perlu bimbang bila disimpan dalam beg tangan.
Sejak pelancaran telefon pintar HUAWEI P40 di Malaysia, model hebat ini tidak pernah mengecewakan peminatnya.
Kaki foto tentu sekali teruja dengan kehebatan kamera yang terdapat pada telefon ini. Ia dilengkapi sistem kamera Ultra Vision Penta yang menawarkan hasil foto terbaik seperti seorang profesional.
Dikuasakan lagi dengan prosessor terbaru Kirin 990 5G dan pelbagai software hebat HUAWEI, pastinya telefon pintar P40 Pro+ ini menggegarkan dunia digital negara.
Nona paling suka feature 5G ready pada model ni, bayangkan belum ramai lagi yang mengalami kelajuan 5G dalam genggaman!
3 CIRI HEBAT
(1) Sistem Kamera Ultra Vision Leica Penta
Peminat fotografi boleh menjadikan HUAWEI P40 Pro+ sebagai alternatif kamera utama dengan fungsi kamera Penta di belakang. Sistem kamera belakang berlensa Penta ini merangkumi time-of-flight depth sensor dan efek bokeh yang dipermajui.
Kamera Penta ini juga merupakan jaguh utama dalam kelas telefon pintar berkamera yang pernah dihasilkan. Fungsi Ultra Wide Cine 40MP, Ultra Vision Wide 50MP, 10x Telefoto Optikal 8MP Periscope, 3x Telefoto Optikal 8MP, 100X Kamera Telefoto Optikal menerusi lensa periscope dan ToF membuatkan kualiti gambar sama ada autofokus, potret mahupun video yang diambil menyerlah hebat.
Semua ini digabungkan dalam satu telefon pintar hebat. Anda pasti kagum dengan video 4K yang sungguh jelas dengan framerates hingga 60fps serta prestasi rakaman di bawah cahaya suram (low light) membuatkan model P40 Pro+ terbaik untuk imej anda.
Ditambah fungsi kecerdasan buatan (AI) HUAWEI AI Golden Snap, anda tak perlu lagi menahan geram dengan ‘gangguan’ dalam imej, seperti orang yang lalu lalang atau pantulan refleksi cermin. Memang mengagumkan!
(2) Sambungan Telus Pada Peranti HUAWEI Dengan One-Tap Share
Bayangkan dengan hanya satu sentuhan, anda mampu mentransformasi HUAWEI P40 Pro+ dan HUAWEI Matebook menjadi ‘satu’ peranti dengan multiscreen collaboration. Bekerja dengan satu skrin! Mudahnya memindahkan fail, foto, video atau dokumen di antara dua peranti HUAWEI dengan fungsi ni!
Kelebihan Multi-Device Control Panels menawarkan platform lebih canggih apabila anda boleh melihat peranti berdekatan yang sesuai dihubungkan.
Contohnya jika anda sedang mendengar muzik melalui HUAWEI Music dan terdapat pengguna HUAWEI Sound X berdekatan, ia akan memaklumkan tentangnya supaya anda dapat ‘berhubung’ dengan smart speaker tersebut bagi mendengar kualiti audio terbaik. Satu tap saja untuk gunakan HUAWEI Sound X!
HUAWEI MeeTime pula adalah app panggilan video pertama di dunia yang menyokong ciri rakaman 1080p Full HD antara pengguna HUAWEI. Ia mengintegrasikan setiap software dan hardware HUAWEI untuk pengalaman panggilan video yang berkualiti tinggi.
(3) Petal Search Widget Untuk Akses Jutaan Apps
Berazam untuk memberi hanya yang terbaik untuk penggunanya, HUAWEI P40 Pro+ didatangkan dengan Petal Search Widget – Find Apps. Ini merupakan widget yang membantu anda mencari apps, kandungan atau berita yang diperlukan secara mudah.
Direka oleh HUAWEI, kemudahan ini memberikan akses kepada pengguna untuk memuat turun apps seperti yang tidak pernah dialami sebelum ini.
Bagaimana caranya?
Langkah 1 Untuk mencari apps yang diperlukan dalam peranti P40 anda, gunakan Petal Search Widget untuk membantu. Cuma klik bar ‘Find Apps’ pada homescreen anda untuk menggunakan.
Langkah 2 AppPetal Search Widget akan memaparkan apps terbaik yang mungkin ingin dimuat turun. Anda hanya perlu menaik nama apps yang dicari dalam bar carian.
Langkah 3 AppPetal Search Widget akan memaparkan hasil carian paling relevan. Ia juga akan mencadangkan apps yang sesuai dalam HUAWEI AppGallery, muat turun melalui link rasmi, versi web atau dari store pihak ketiga.
Nah, inilah 3 bukti HUAWEI P40 Pro+ jaguh dalam kelasnya. Dengan adanye One Tap Connectivity dengan HUAWEI Share, semuanya mudah. Jom tonton video ni untuk informasi HUAWEI Together 2020.
Jadi dah sedia untuk rasai kehebatan teknologi telefon pintar sehebat HUAWEI P40 Pro+ ni?
Nona dah tak sabar!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memiliki raut wajah persis ‘barbie’ bermata bundar serta pandai memasak dengan gaya bersahaja itulah keistimewaan dimiliki oleh pempengaruh dan Chef viral dari Lubnan, Abir El Saghir...