Bagus sangat idea Ustazah Asni Mansor ni. Setidak-tidaknya kita dapat mendisiplinkan diri untuk bersedekah setiap hari. Mudah saja caranya tetapi untuk konsisten itulah cabaran utamanya.

“Ajar Tangan Kita Agar Selalu Memberi” USTAZAH ASNI MANSOR Cetus Idea, Cipta Tabung Sedekah Subuh
Ustazah Asni Mansor.

Baca perkongsian bermanfaat daripada pendakwah terkenal yang berasal dari Felda Pasir Besar, Gemas, Negeri Sembilan ini bagaimana cara untuk konsisten dalam sedekah Subuh.

“Tercetusnya idea untuk mewujudkan tabung sedekah Subuh ini adalah ketika saya sedang mengisi hasil lukisan yang ditempah ke dalam bekasnya. Tiba-tiba terdetik di fikiran saya, selain lukisan alangkah baiknya kalau bekas itu juga dapat memberi manfaat kepada penerimanya. Lalu saya pun mendapat idea untuk mencipta tabung sedekah Subuh.

Tabung ini diperbuat daripada paip PVC yang dipotong kemudian dibersihkan, digosok dan dicat mengikut kreativiti. Pada awalnya saya mengikut warna asal buluh pada tabung ini sehingga ramai yang ingat itu adalah buluh lemang. Sekarang ini saya upgrade semula menjadi edisi istimewa atau premium.

“Ajar Tangan Kita Agar Selalu Memberi” USTAZAH ASNI MANSOR Cetus Idea, Cipta Tabung Sedekah Subuh
Tabung sedekah Subuh yang dicipta oleh Ustazah Asni Mansor. Kreatifnya!

Tujuan utama tabung sedekah ini ialah untuk menggalakan kita bersedekah pada setiap hari dan setiap pagi. Maka dengan adanya tabung sedekah Subuh ini pagi-pagi lagi kita boleh masukkan wang. Rasulullah SAW bersabda

“Bersegeralah bersedekah kerana bala bencana tidak pernah mampu mendahului sedekah. Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah. Ubatilah penyakitmu dengan sedekah. Sedekah itu sesuatu yang ajaib. Sedekah menolak 70 macam bala dan bencana, dan yang paling ringan ialah penyakit kusta dan sopak.” (Riwayat al-Baihaqi & al-Tabarani)

Caranya, selepas solat Subuh boleh masukkan wang ke dalam tabung. Ketika memasukkan wang niatkan untuk bersedekah. Dari segi berapa jumlah wang yang hendak dimasukkan tidak kisah asalkan ada niat untuk bersedekah pada pagi itu. Ajar juga anak-anak kita untuk menabung dengan niat hendak beramal sedekah.

“Ajar Tangan Kita Agar Selalu Memberi” USTAZAH ASNI MANSOR Cetus Idea, Cipta Tabung Sedekah SubuhBoleh keluarkan seminggu sekali atau sebulan sekali, terpulang. Yang pentingnya niat untuk bersedekah pada setiap hari telah pun terlaksana. Jika kita tidak tahu kepada siapa hendak bersedekah, boleh gunakan wang tersebut untuk belanja makan anak-anak, keluarga atau kawan-kawan. Itu juga dianggap bersedekah.

Kalau kita mampu menabung untuk pergi bercuti, kenapa tidak boleh menabung untuk sedekah Subuh? Sedangkan itu tanda bukti cinta kita kepada Allah SWT.

Ajar tangan kita untuk selalu memberi. Kita hendak ajar diri kita supaya ‘harta’ ada di tangan. Apabila ada di tangan senang untuk lepas. Tapi kalau harta ada di hati itu yang jadi bakhil (kedekut). Ini juga adalah training untuk mengajar keluarga dan anak-anak bahawa rezeki bukan untuk kita. Dalam hidup ini kita perlu belajar memberi. Barulah hidup kita akan bahagia.”

“Ajar Tangan Kita Agar Selalu Memberi” USTAZAH ASNI MANSOR Cetus Idea, Cipta Tabung Sedekah SubuhKredit Foto: Instagram Ustazah Asni Mansor

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI