Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakkan mulai esok kepada rakyat Malaysia. Ada yang terpaksa bekerja dari rumah dan ada juga yang tidak bekerja tetapi masih perlu berada di rumah masing-masing.

 

IKLAN

Bagi yang berkelapangan, bolehlah isikan masa bersama keluarga untuk menghias rumah. Seperti Doktor Fara Izzati Yusoff, rumah mewah jenis cluster di sebuah kawasan elit di Johor Bahru ini dimiliki dan disusun atur dengan begitu cantik.

Alang-alang Dah Kena Kuarantin, Apakata Kita Hias Rumah Bersama Keluarga

Nak hias rumah janganlah buat sekaligus. Gunakan bajet yang ada ataupun guna sahaja perabot lama dan ubah kedudukannya mengikut selera anda.

“Saya dan suami beli rumah ni kerana kami ditawarkan harga yang begitu baik dari pemaju. Zero down payment, free legal fees, diskaun unutk Bumiputera, rebat tunai, free 1 year maintenance fee dan baucar IKEA yang membolehkan saya mendekorasi rumah!” katanya.

Alang-alang Dah Kena Kuarantin, Apakata Kita Hias Rumah Bersama Keluarga

Bila melihat dekorasi rumah mewah ini juga, Dr. Fara banyak berkongsi tips untuk berbelanja dengan lebih bijak.

“Saya tak banyak menabung, tapi we had a really good deals. Dengan rebat tunai, kami belanjakan untuk renovasi rumah. Duit simpanan lama dan hasil dari locum di klinik saya gunakan untuk membeli barangan dekorasi dan perabot.” katanya.

Alang-alang Dah Kena Kuarantin, Apakata Kita Hias Rumah Bersama Keluarga

Dalam perkongsian di Instagramnya juga beliau tidak lokek dengan tips membeli barangan perabot mewah tetapi pada harga berpatutan.

IKLAN

Alang-alang Dah Kena Kuarantin, Apakata Kita Hias Rumah Bersama Keluarga

Begitu juga beliau berkongsi tips untuk dekorasi rumah. Walaupun beliau seorang doktor, tetapi taste dalam dekorasi ada class tersendiri!

Alang-alang Dah Kena Kuarantin, Apakata Kita Hias Rumah Bersama Keluarga

Memang tak puas tatap foto-foto kediaman milik Dr. Fara. Mungkin ada tips dan idea ini boleh anda gunakan untuk kediaman anda!

IKLAN

 

Tip untuk dekorasi rumah dengan anak kecil

“Paling susah nak maintain dekorasi rumah bila anak-anak masih kecil. Untuk anak saya yang berusia 4 tahun, memang tak ada masalah tetapi adiknya baru setahun lebih. Jadi, saya akan bawa si kecil ke tingkat 2 di mana tiada dekorasi barangan mudah pecah.

Walau apa pun, kids will be kids. Jika kita ajar mereka sedikit demi sedikit apa yang boleh dan apa yang tidak, mereka pasti akan tahu apa yang boleh di bawa bermain dan apa yang tidak!”ujar Dr Fara.

Alang-alang Dah Kena Kuarantin, Apakata Kita Hias Rumah Bersama Keluarga

Kredit foto: Instagram Dr Farah Izzati

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI