Ads

Aleeya Zailan Buktikan Suri Rumah Jana 6 Angka, Inspirasi Usahawan SME Malaysia

Aleeya Zailan
Aleeya Zailan

Aleeya Zailan membuktikan suri rumah mampu menjana pendapatan enam angka apabila berjaya membina empayar perniagaan bermula dari rumah. Kisah beliau kini menjadi inspirasi usahawan SME di Malaysia selepas mengembangkan perniagaan daripada menjual sambal kepada jenama dalam industri kecantikan dan barang kemas.

Meniti usia 40-an, Aleeya Zailan yang dilahirkan di Umbai, Melaka pada 18 Mei 1985 pernah melalui kehidupan yang cukup mencabar. Anak sulung daripada tiga beradik itu membesar dalam serba kekurangan, malah pernah hidup menumpang dan bergelut dengan kemiskinan sebelum berjaya mengubah nasib keluarganya.

Walaupun berasal daripada latar belakang sederhana, beliau tidak pernah berhenti mengejar ilmu. Aleeya melanjutkan pengajian dalam jurusan Pengajian Politik dan Perniagaan di Universiti Auckland, New Zealand.

Kini bergelar isteri kepada Mohd Azri Abdul Aziz dan ibu kepada tiga cahaya mata iaitu Eva Natasha, Aaron serta Alicia Aleena, beliau membuktikan wanita mampu mengimbangi tanggungjawab keluarga dan kerjaya dengan cemerlang.

Aleeya Zailan Buktikan Suri Rumah Jana 6 Angka, Inspirasi Usahawan SME Malaysia
Aleeya Zailan
Aleeya Zailan Buktikan Suri Rumah Jana 6 Angka, Inspirasi Usahawan SME Malaysia
Aleeya Zailan

Perjalanan Perniagaan Aleeya Zailan Bermula Dari Rumah

Perjalanan perniagaannya bermula dengan sesuatu yang cukup dekat di hati, iaitu memasak. Berbekalkan minat menyediakan hidangan untuk keluarga, beliau mengambil keputusan menjual sambal dari rumah menerusi jenama Aleeya’s Kitchen.

“Saya suka masak, itu yang buat saya mula bisnes dengan jual sambal,” kongsi beliau.

Produk pertamanya, Sambal Hitam Pedas Giler Masuk Hospital, menerima sambutan luar biasa daripada pelanggan. Kejayaan tersebut menjadi pemangkin untuk beliau mengembangkan perniagaan menggunakan wang nafkah sebanyak RM500 sebagai modal awal.

Jumlah itu mungkin kecil bagi sesetengah orang, namun bagi Aleeya, ia menjadi titik perubahan yang membuka jalan kepada perjalanan sebagai usahawan.

Sudah tentu perjalanan tersebut bukanlah mudah. Kekangan modal, persaingan pasaran serta tanggungjawab mengurus rumah tangga memerlukan kesabaran dan daya tahan yang tinggi. Namun beliau percaya kejayaan tidak datang dalam sekelip mata, sebaliknya dibina melalui usaha kecil yang dilakukan secara konsisten.

Aleeya Zailan Berjaya Kembangkan Empayar Perniagaan

Daripada sebuah perniagaan makanan berskala kecil, Aleeya mula melihat peluang lebih besar. Beliau berani keluar daripada zon selesa dan meneroka bidang baharu yang mempunyai potensi pertumbuhan lebih luas.

Ads

Keputusan itu membawanya ke industri kecantikan menerusi penubuhan Avenys, jenama penjagaan kulit yang kini semakin dikenali pengguna.

Fokus terhadap kualiti produk serta strategi pembangunan jenama yang jelas berjaya membina kepercayaan pelanggan dalam tempoh yang singkat. Jom saksikan temu bual bersama Aleeya Zailan di kediamannya dalam Nona Lifestyle…

Tidak terhenti di situ, Aleeya terus mengembangkan empayar perniagaannya apabila menceburi industri barang kemas dan permata menerusi Avenys & Co. Diversifikasi tersebut membuktikan pentingnya keberanian membaca peluang pasaran dan membina sumber pendapatan mencecah enam angka.

Kisah Aleeya menjadi contoh bahawa ramai usahawan bermula daripada rumah dengan modal yang terhad, namun mampu berkembang apabila memiliki ilmu, strategi dan kesungguhan untuk terus belajar.

Artikel berkaitan: Aleeya Zailan: Inspirasi Hebat Bina Empayar Avenys Tanpa Cheap Marketing

Ads

=======================================================

Aleeya Zailan Buktikan Suri Rumah Jana 6 Angka, Inspirasi Usahawan SME Malaysia

Iklan SeeNI Perkasa Komuniti SME Malaysia

Iklan SeeNI, sebuah inisiatif daripada Ideaktiv yang menghimpunkan komuniti SME untuk sama-sama mempelajari cara meningkatkan jenama serta jualan melalui kuasa media.

Sebagai usaha sama antara Astro dan Karangkraf, Ideaktiv merupakan rumah kepada pelbagai jenama media terkenal termasuk NONA, Mingguan Wanita, Pa&Ma, RASA, Remaja dan Media Hiburan.

Melalui Iklan SeeNI, para usahawan berpeluang mendapatkan pandangan mengenai strategi pemasaran, penjenamaan dan pengiklanan yang lebih efektif bagi membantu perniagaan berkembang dalam era digital.

Program ini turut mendapat sokongan rakan strategik yang komited memperkasakan komuniti SME.

Ads

Sokongan CTOS Kepada SME

CTOS memperkasakan SME melalui pemantapan celik kewangan dan solusi pengurusan kredit pintar bagi membina profil perniagaan yang sihat serta dipercayai. Inisiatif ini membantu usahawan membuat keputusan berpandukan data bagi mengurangkan risiko, sekali gus membuka akses pembiayaan yang lebih luas.

Agrobank Sedia Solusi Pembiayaan

Agrobank menawarkan solusi kewangan menyeluruh dan fleksibel yang direka khusus untuk memenuhi keperluan usahawan SME. Institusi kewangan itu turut menyokong pembangunan komuniti perniagaan dengan menyediakan pembiayaan yang bersesuaian untuk pertumbuhan jangka panjang.

Lokasi dan Tarikh Iklan SeeNI 2026

Bagi usahawan yang ingin memperkukuhkan jenama dan memperluaskan rangkaian perniagaan, Iklan SeeNI bakal berlangsung di dua lokasi iaitu pada 14 Julai 2026 di Hotel Sunway Seberang Jaya, Seberang Perai dan 16 Julai 2026 di Hotel Royale Signature, Alor Setar.

Peserta boleh memilih sama ada sesi pagi dari 10.00 pagi hingga 1.00 petang atau sesi petang dari 3.00 petang hingga 6.00 petang.

Lebih menarik, 100 pendaftar RSVP terawal akan menerima baucar bernilai RM50, selain peluang menikmati pakej pengiklanan terpilih dengan diskaun sehingga 90%.

Bagi mereka yang mahu mengembangkan perniagaan, peluang mendapatkan ilmu daripada pemain industri dan membina jaringan bersama komuniti usahawan mungkin menjadi langkah kecil yang mampu mencetuskan perubahan besar pada masa hadapan.

Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan https://www.ideaktiv.com/rsvp-iklan-seeni/ atau hubungi pasukan Ideaktiv menerusi e-mel advertising@ideaktiv.com untuk maklumat lanjut.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Foziya Abdullahi Garad

Foziya Abdullahi Garad Pecah Rekod, Calon Juruterbang Berhijab Pertama Dinobat Miss...

Foziya Abdullahi Garad mencipta sejarah sebagai calon juruterbang berhijab pertama yang dinobatkan Miss World Somalia 2026. Kisah keberanian, misi kemanusiaan dan impiannya untuk menjadi juruterbang menjadi inspirasi buat wanita Muslim di seluruh dunia.