Siapa yang tidak mengenali pendakwah terkemuka, Ebit Lew yang merupakan seorang usahawan dan pendakwah Islam Malaysia berbangsa Cina. Ebit Lew cukup terkenal dengan penampilan berjanggut, berkopiah dan berkurta serta pendekatannya menyantuni masyarakat fakir miskin, golongan terpinggir, remaja, dan mereka yang berada dalam kesusahan.

IKLAN

“Allah Uji Sebab Dia Sayang” Keguguran Anak Kelima, EBIT LEW Titip Penghargaan Atas Pengorbanan Isteri Tercinta

Baru-baru ini, menerusi hantaran di laman sosialnya, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan bin Ibrahim Lew ada berkongsikan bahawa isteri kesayangannya keguguran ketika hamil anak keempat. Kelihatan di dalam video yang dikongsikan, kelihatan Ebit Lew menolak isterinya yang duduk di atas kerusi roda di perkarangan hospital.

“Allah Uji Sebab Dia Sayang” Keguguran Anak Kelima, EBIT LEW Titip Penghargaan Atas Pengorbanan Isteri Tercinta

Di samping itu, Ebit Lew turut menitipkan kata-kata penghargaannya terhadap pengorbanan isterinya yang berhadapan dengan dugaan ini. Ebit berkata, “Doakan ya bidadari saya cepat sihat. Bidadari saya baru keguguran. InsyaAllah bidadariku sayang. Allah uji sebab dia sayang. Betapa mulia dan ketinggian seorang isteri. Hanya Allah yang layak membalas segala pengorbananmu. I love you bidadariku till jannnah.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Untuk makluman, Ebit Lew mendirikan rumahtangga bersama dengan isterinya pada 1 Ogos 2008 dan telah dikurniakan empat orang cahaya mata, antaranya Airis Safiyyah Lew (sulung), Uqashah Lew dan Qadeejah Lew.

IKLAN

“Allah Uji Sebab Dia Sayang” Keguguran Anak Kelima, EBIT LEW Titip Penghargaan Atas Pengorbanan Isteri Tercinta

Di ruangan Instagram, rata-rata ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Ebit dan isteri, dan turut mendoakan agar mereka tabah menghadapi dugaan ini. Salam takziah NONA ucapkan kepada Ebit Lew dan isteri. Semoga isteri beliau segera sembuh dan mereka sekeluarga bersabar dengan ujian daripada Allah S.W.T

IKLAN

“Allah Uji Sebab Dia Sayang” Keguguran Anak Kelima, EBIT LEW Titip Penghargaan Atas Pengorbanan Isteri Tercinta “Allah Uji Sebab Dia Sayang” Keguguran Anak Kelima, EBIT LEW Titip Penghargaan Atas Pengorbanan Isteri Tercinta

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI