Hubungan yang dijaga dengan baik pasti akan sentiasa subur dan mengharum. Sesebuah hubungan baik yang masih baru mahupun sudah menjangkau berpuluh puluh tahun haruslah dibaja oleh pasangan kerana masing-masing mempunyai peranan yang penting.

Praktikkan 8 cara ini agar hubungan anda akan sentiasa sempurna dan yang paling penting lakukannya pada setiap hari tanpa ada sedikit pun rasa bosan.

IKLAN

KUCUPAN TANDA SAYANG

Sebelum ke tempat kerja atau berpisah buat sementara waktu, cium tangan suami dengan penuh kasih sayang. Begitu juga suami, kucuplah dahi isteri sebagai tanda anda sayang pada si dia sepenuh jiwa dan raga.

UNGKAPAN I LOVE YOU

Walau sesibuk mana tugas seharian anda, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali hanya untuk bertanya apa yang sedang dilakukan, sudah makan atau belum.  Selain itu sentiasa hantarkan pesanan ringkas sama seperti waktu anda bercinta dulu. Cukup dengan ungkapan I Love You dapat membuatkan pasangan anda tersenyum simpul di sana.

Amalkan 8 Cara SWEET Ini Agar Kasih Sayang Sampai Ke Syurga!

JADI PENDENGAR & PENASIHAT

Amalkan bertanya tentang apa yang berlaku sepanjang hari padanya selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat kepada pasangan. Jika si dia mempunyai masalah sebaiknya berikan idea atau nasihat tentang apa yang perlu dilakukan.  Jangan berat sebelah dan memihak kepada sesiapa.

ANGGAP PASANGAN UMPAMA RAKAN KARIB

Ketika sedang bersantai berdua, bolehlah berbual tentang apa sahaja isu semasa atau masalah-masalah dalam rumahtangga seperti kewangan, politik dan sebagainya. Anggap pasangan seperti rakan karib dan kaunselor anda setiap hari.

Amalkan 8 Cara SWEET Ini Agar Kasih Sayang Sampai Ke Syurga!

IKLAN

BERALAH

Tidak ada pasangan yang tidak bertengkar. Tenangkan jiwa anda sebelum memujuk pasangan. Beralah dan jangan sesekali berpisah tempat tidur ketika sedang marah atau merasakan anda tidak bersalah kerana hanya memburukkan lagi keadaan. Sentiasalah berada di sisi pasangan anda.

BERTERUS-TERANG

Bersikap jujur dan berterus teranglah dengan pasangan kerana akan ada jalan penyelesaian terbaik.  Simpan tekad dan berjanji anda akan menjadi suami atau isteri yang baik demi keluarga serta sentiasa bersikap positif.

IKLAN

Amalkan 8 Cara SWEET Ini Agar Kasih Sayang Sampai Ke Syurga!

UNGKAPAN TERIMA KASIH

Hargai pasangan dengan mengucapkan terima kasih atas kebaikan mahupun bantuan yang diberikan.  Hargai pengorbanan dan layan pasangan penuh kasih sayang, fahami kesakitannya dan bantu membuat kerja-kerja rumah. Ssentiasa berada di sisi ketika susah mahupun senang.

GURAU SENDA

Bergurau senda dapat mengeratkan hubungan. Ajak pasangan untuk sama-sama menonton rancangan kegemaran atau luangkan masa menonton wayang jika berkesempatan agar perasaan seperti baru bercinta tidak pernah pudar dalam perhubungan anda berdua.

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI