Beberapa hari lepas, tular video atlet Muay Thai kebangaan negara berusia 16 tahun, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar ‘menghadiahkan’ pukulan KO kepada atlet Muay Thai dari Thailand dan sekaligus melakar kejayaan dengan meneruskan kecemerlangan dalam siri One Championship
Menerusi rakaman yang dikongsikan Beyond Kickboxing, Johan yang lebih dikenali sebagai Jojo bertarung dengan lawan dari Thailand, namun apa yang menarik perhatian dia tetap tenang walaupun sering kali diprovok oleh peninju Gajah Putih itu dengan menjelirkan lidah berkali-kali kepada Jojo.
Namun, Jojo yang mewakili Kelab Muay Thai Rentap kekal tenang dan membalas dengan tumbukan sebelum menumbangkannya dengan pukulan KO.
Ketika diwawancara selepas perlawanan, Jojo kelihatan dilihat sangat teruja dengan kejayaan yang diraihnya, sambil berkata kejayaaan pada hari itu adalah berkat sokongan ibu tercinta yang berada di stadium ketika itu, bersorak buat anak tercinta.
“Saya kuat kerana ada sokongan daripada ibu di stadium, bapa saya yang menonton di rumah selain rakan-rakan yang datang dari Malaysia, jadi tak adil kalau saya tidak berikan 100 peratus dalam pertarungan ini.
“Sasaran saya seterusnya untuk mendapatkan kontrak, saya rasa belt One Championship ini ditakdirkan buat saya. Saya adalah masa depan,” katanya dalam rakaman berkenaan.
Johan dilahirkan pada 11 November 2007 di Sarawak dan merupakan anak lelaki kedua kepada bapa Zulfikar dan ibu Jennana Johnson di Sarawak, Malaysia.
Zulfikar dan Jennana turut mempunyai dua lagi anak lelaki dan seorang anak perempuan, yang turut sama aktif dalam sukan Muay Thai. Kedua dua mereka juga dilihat cukup komited menumpukan kepada pembangunan sukan Muay Thai di Sarawak.
Johan Ghazali bersama ibu, bapa dan adik beradik.
Johan bersama ibu, Jonnana dan ayah, Zulfikar.
Ads
Menurut sumber The Borneo Post, ibunya Jennana, dilahirkan pada tahun 1979 kini berusia 44 tahun dia serta suami kedua-duanya cukup aktif dalam bidang Muay Thai semasa usia muda mereka. Jennana mula terlibat dalam sukan Muay Thai pada usia 16 tahun.
Jennana juga merupakan dorongan terbesar kepada Johan dan banyak menghabiskan masanya memberikan latihan dan memfokuskan kepada pembangunan sukan kanak-kanak lelaki Muay Thai sekaligus mendorong mereka untuk melakukan yang terbaik dalam sukan itu. Malah ibunya juga bertindak sebagai ‘trainer’ kepada Johan seperti apa yang dikongsikan Johan menerusi video di bawah.
“Muay Thai satu sukan yang mencabar fizikal, dan tidak semua orang boleh melakukannya. Saya bermula di usia 16 tahun, jadi saya tahu bagaimana rasanya. Saya faham pengorbanan mereka,” jelas Jennana dalam satu temubual.
Johan juga dilihat cukup rapat sekali dengan ibunya dan tak lokek berkongsi gambar bersama ibu di laman media sosial Facebooknya.
Malah setiap kali Hari Ibu, pasti Johan akan memuatnaik gambar ibunya. Semoga keakraban dan perhubungan istimewa antara anak dan ibu ini melahirkan banyak lagi kejayaan buat Johan Ghazali di masa hadapan. Tahniah sekali lagi NONA ucapkan kepada Johan, anda seorang anak muda yang hebat!
Beruntungnya pelakon, Saharul Ridzwan dikurniakan seorang wanita bergelar isteri yang taat dan sentiasa meletakkan keluarga sebagai keutamaan. Deena Emir yang namanya cukup dikenali sebagai salah seorang pengusaha busana muslimah berjaya kini akur untuk memperlahankan perjalanan kariernya demi menjaga suami dan anak mereka yang kini berusia dua tahun, Muhammad Luth Ali.
Sudahlah pandai cari duit sendiri, pemilik nama Qabila Deena Emir ini juga lambang wanita muslimah berjaya dan wajar dijadikan inspirasi. Walau ‘bertarung’ masa menguruskan keluarga, Deena tetap cekal mengusahakan perniagaan miliknya, Qaabila. Bahkan penampilan Deena yang cukup sopan dan menjaga aurat sebagai wanita juga membuatkan sejuk mata memandang. Alahai, bertuahnya suami!
Memasuki tahun ketiga melayari bahtera perkahwinan dan mula mengenali hati budi isteri tercinta, Saharul meluahkan rasa kagum dan syukur dengan bakat serta jasa baik Deena terhadap dirinya dan anak mereka. Memuat naik sebuah video di laman Instagramnya baru-baru ini… pelakon berusia 30 tahun tersebut turut berkongsi hasil kerja Deena lima tahun lalu ketika dia menjumpai sketch book isterinya.
Ujarnya, “Tadi saya mengemas bilik ni sebab nak jadikan small office untuk tahun ini. Dan saya jumpa something about my wife.”
Sambil membelek setiap helaian buku tersebut, dia dilihat tak henti-henti memuji kemahiran buah hati kesayangan. “Saya rasa macam … wow! Ini hasil kerja dia, minat dia, passion dia. Thank you sayang, love you.
Rasanya lama dah awak pendam dan simpankan. Berkahwin, pregnant, lepas tu jaga Ali dan suami. Awak korbankan cita-cita awak, impian awak demi kami. Terima kasih isteri. Saya doakan Jannah untuk awak. Saya tahu awak boleh. Saya tahu awak memang akan dapat apa yang awak cita-citakan. InShaaAllah. Jemputlah QAABILA tu ‘keluar’ dan temankan awak bersama-sama bina balik semuanya. InShaaAllah, doa saya akan sentiasa mengiringi awak.”
Mesti sejuk hati mana-mana isteri bila ada suami yang menghargai pengorbanan mereka. Siap Saharul sanggup nak bantu Deena bangunkan perniagaan. Benarlah, reda seorang suami itu mampu membawa isteri ke jalan yang lebih baik dan sesungguhnya syurga bagi seorang isteri juga terletak di bawah telapak kaki suami.
Meskipun Saharul sibuk dengan penggambaran drama, namun bila ada waktu terluang kedua-duanya akan memanfaatkan masa sebaik mungkin. “Bukan selalu dapat bermanja-manja laki bini macam ni. Ali tengah tidur. So lepas solat sama-sama tadi kami bercintalah kejap. Kalau tak Ali selalu marah saya, pegang tangan Deena pun dia marah.
Ya Allah, berikanlah aku masa dan peluang yang banyak untuk aku berjemaah dengan isteriku lagi. Inilah terapinya kalau tengah stres, bergaduh pasal nak makan apa ke, lepas solat mesti semuanya inshaAllah back to normal.”
Moga kebahagiaan yang dikecapi pasangan romantis ini dapat dijadikan inspirasi kepada semua pasangan suami isteri lain.
Kredit : Instagram Saharul Ridzwan & Deena Emir
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anugerah berprestij Oscars 2021 atau The Academy Awards ke-93 telah pun melabuhkan tirainya tiga hari lalu. Kemenangan Frances McDormand, bintang Hollywood berusia 63 tahun sebagai Aktres Terbaik jelas membuktikan bahawa bakat lakonan jauh lebih penting berbanding rupa paras semata.
Berbanding pelakon A-list lain di Hollywood, nama Frances Louise McDormand mungkin agak jarang diperkatakan. Namun bakat pelakon dan produser Amerika itu sebenarnya disanjung tinggi selepas memenangi pelbagai anugerah di Academy Awards, Golden Globe Awards, BAFTA Awards dan Emmy Awards.
“I have no words. My voice is in my sword. We know the sword is our work and I like work. Thank you for knowing that and thanks for this” – Frances McDormand, Oscars 2021
Begitu mendalam ucapan McDormand pada malam anugerah tersebut sebagai tanda ekspresinya terhadap dunia lakonan.
Berasal dari Gibson City, Illinois, McDormand mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Seni (Teater) 1979 dari Bethany College. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat Master of Fine Art dari Yale School of Drama pada tahun 1982, sebelum mendirikan rumah tangga dengan Joel Coen pada tahun 1984.
Meskipun berlangsung dalam suasana normal baharu, malam anugerah Oscars 2021 tetap menjadi tumpuan penggiat seni di seluruh dunia. Nona tertarik berkongsi perjalanan kerjaya Frances McDormand yang diangkat sebagai ‘Best Actress’ berkat penampilannya dalam filem Nomadland (2020).
Filem: Nomadland
Wanita berusia 63 tahun itu memulakan kerjaya sejak tahun 1984. Menerusi lakonan beliau dalam filem Mississippi Burning, McDormand menerima pencalonan Oscars pertama sebagai ‘Best Supporting Actress’ pada tahun 1989. Walaubagaimanapun, kemenangan tidak berpihak kepadanya.
Lapan tahun kemudian, McDormand berjaya menggenggam trofi ‘Best Actress’ Oscars pertama pada tahun 1997. Lakonan beliau dalam filem Fargo yang diarahkan oleh sutradara Joel Coen (suami McDormand) juga menerima pujian hebat.
19 tahun setelah kemenangan pertamanya di Oscars, McDormand sekali lagi memecah tradisi apabila diangkat sebagai ‘Best Actress’ menerusi filem Three Billboard Outside Ebbing, Missouri.
Pada tahun 2020, berkat lakonan McDormand sebagai Fern dalam filem Nomadland memberikan kemenangan ketiganya sebagai ‘Best Actress’ Oscars 2021.
Bakat McDormand membuktikan bahawa rupa paras dan usia seseorang bukanlah ukuran penting untuk berkarya dalam dunia lakonan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di sebalik kegembiraan Datin Aida melalui fasa baru dalam hidupnya hari ini, rupa-rupanya tersimpan sebuah kisah yang lebih mengusik emosi dan tak pernah diberitahunya kepada mana-mana pihak. “Kami dah berkahwin selama 14 tahun dan tak ada anak lagi. Tapi, jujurnya saya dah pernah buat IVF sebanyak 4 kali. Tiga kali mengandung kembar dan terakhir, triplet.”
Selama ni, dia ‘menutup’ kemas rahsia hati. 14 tahun melayari perkahwinan, tak pernah sekali pun Datin Aida Yusof menjaja kisah peribadi. Apatah lagi meraih simpati khalayak meskipun memegang status isteri kepada selebriti popular, Dato’ Adi Putra.
Hanya selepas 9 bulan bercerai, Datin Aida dan Dato’ Adi sepakat untuk kembali rujuk. 18 Januari 2018 menjadi detik manis buat mereka berdua kerana dapat mengikat semula ikatan yang terputus. Betullah orang kata, ‘Kalau dah jodoh takkan ke mana’.
“Insha Allah, next year saya akan cuba lagi sebab saya ada endometriosis dan baru selesai buat pembedahan tahun lepas. Berbulan jugalah saya ditahan di hospital. Alhamdulillah, sekarang tengah tunggu proses untuk sembuh,” dedah Datin Aida yang mengakui hanya sempat merasai nikmat hamil kira-kira tiga bulan.
“Saya tak rasa IVF tu membebankan walaupun terpaksa ambil injection setiap hari di kiri kanan perut. Sakitnya usah cakaplah. Pun begitu saya tetap tak putus asa sebab saya suka dengan kanak-kanak. Dapat seorang pun cukuplah. Selama 4 kali buat IVF ni suami memang banyak beri semangat. Selagi belum diberikan rezeki, selagi tu kami akan terus mencuba.”
Mengambil semangat dan kekuatan Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang menimang cahaya mata baru-baru ini, Pengarah Urusan syarikat pembinaan Mahligai Perkasa Sdn Bhd ini nyata mahu mengikut jejak langkah Dato’ Sri Siti menjalani rawatan IVF demi mempunyai zuriat sendiri.
“Dato’ Sri Siti seorang yang sangat-sangat kuat dan kental. Dia berusaha selama 11 tahun untuk dapatkan anak. Sebagai isteri, saya pun teringin ada anak sendiri tapi rezeki belum berpihak kepada saya lagi. Saya percaya kalau tak ada anak, saya tahu itu bukan hak saya. Kena percaya Qada dan Qadar. Allah kata je ‘Kun fa ya kun’ maka waktu itu ada rezeki kita. Mungkin kita tak diberi kelebihan ‘di situ’, tapi Dia beri kita rezeki lain.
Saya jenis yang reda. Saya tak mahu meletakkan syarat yang saya perlu ada anak. Kalau rezeki anak tak berpihak dengan saya, saya dah pun ada dua orang anak angkat iaitu Az Zahra dan Zara Adelia. Waktu mereka kecil lagi saya dah susukan kedua-duanya. Zahra dan Adelia masing-masing berusia 6 tahun cuma beza sebulan je.
Zahra yang sulung, normal seperti kanak-kanak lain cuma Adelia ni sebenarnya anak OKU. Dia anak istimewa, tak boleh bercakap dan dengar. Kami dapat tahu keistimewaan Adelia ni masa masih bayi lagi bila dia tak tunjukkan sebarang reaksi terkejut dan seumpamanya,” jelas Datin Aida yang merupakan anak sulung daripada 11 adik-beradik.
Apa yang pasti, pendedahan eksklusif ini hanya untuk dijadikan inspirasi… bukan mencipta kontroversi. “Seperti yang saya katakan awal tadi, semua wanita pun mesti nak anak. Tapi biarlah kita reda dulu dengan ketentuan Allah. Perlu ada keredaan dalam diri walaupun telah cuba buat yang terbaik ke arah itu. Moga-moga kita semua akan diberikan zuriat soleh dan solehah.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.