Alahai, manjanya cucu Datin Seri Rosmah Mansor. Ke mana saja pergi pasti ingin berada di sisi dan ‘melekat’ dengan nenek kesayangan. Isteri bekas Perdana Menteri ini juga dilihat mesra dan rajin melayan cucu tersayang. Apatah lagi dengan satu-satunya cucu perempuan yang merupakan anak kepada Yana Najib ini.
Berkongsi detik indah ibu tersayang bersama permata hatinya itu, pemilik nama Nooryana Najwa Najib Razak ini teruja menyaksikan dua insan kesayangannya tersebut saling menyayangi.
Amelia ‘BFF’ Datin Seri Rosmah Mansor
Menerusi foto yang dimuat naik pada awal Mac lalu, kelihatan Datin Seri Rosmah bersama cucunya iaitu Amelia berpimpin tangan dan mengenakan persalinan sedondon rona hijau.
Malah ketika Penaung program PERMATA itu ralit tadabbur Al-Quran, Amelia setia berada di pangkuan Datin Seri Rosmah.
Sebagai ibu, Yana Najib meluahkan rasa gembira melihat keakraban nenek dan cucu berkenaan.
Kongsinya, “Sementara mummy Amelia sibuk, Amelia dah jadi BFF (best friend forever) dengan grandma. And matchy-matchy pula tu.”
Ads
Puteri kesayangan Yana Najib ini selamat dilahirkan pada 23 Ogos 2023 dan bakal menginjak usia dua tahun tidak lama lagi.
Kredibiliti Yana Najib Anak Datin Seri Rosmah Mansor
Yana yang kini menyandang jawatan Exco Pergerakan Puteri UMNO dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai turut aktif membantu golongan memerlukan khususnya wanita.
8 Mac lalu, dia turun padang memeriahkan program ‘Empowering the Young Muslimah: Perjalanan Wanita Muda Dalam Dunia Moden’ dan memartabatkan kaum wanita sempena sambutan Hari Wanita Sedunia.
Ads
“Islam honours women in every way. A mother is a gateway for paradise, a daughter is a path to mercy, and a wife is a garment for love. In Islam a woman is honoured in every stage. Inspired, empowered, and rejuvenated.”
Tidak hanya aktif dalam dunia politik, Yana juga pada 15 Oktober 2024 dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah (ALP) MATRADE yang turut disaksikan pengerusi MATRADE, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Yana Najib baru menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-10 bersama suami tercinta yang berasal dari Kazakhstan, Daniyar Kessikbayev. Pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 19 Mac 2015.
Hasil perkongsian hidup selama sedekad, Yana dan Daniyar dikurniakan tiga orang anak iaitu Adam Razak berusia tujuh tahun, Aidan Najib Daniyar kini berumur tiga tahun dan Amelia Rahah Daniyar.
Selain Adam, Aidan dan Amelia, Datin Seri Rosmah Mansor turut menerima kehadiran cucu baharu iaitu Ardan Razak yang lahir pada 16 Januari lepas. Ardan ialah anak kepada Ashman Najib dan isteri, Nikola Mulyadi.
Allahuakbar! Sedari sejak dulu lagi hamparan sejadah berlatar kubah Hagia Sophia ini ‘familiar’ di mata kita. Tapi masa tu tentu sekali kita belum faham maksud tersirat di sebaliknya, cukup sekadar tahu itu mungkin sebuah masjid biasa.
Usia kita makin meningkat. Dan sejadah begini barangkali jika masih ada pun, sudah usang serta tidak dikeluarkan lagi di pasaran. Tapi bagi generasi kelahiran 80-an dan 90-an, bayang sejadah ini tetap menjadi lagenda.
Majoriti sejadah buatan Turki memang rata-ratanya memaparkan gambar yang sama. Kata Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan, Aya atau Hagia Sophia itu sudah lama diimpikan oleh umat Islam Turki agar mereka dapat kembali bersujud di masjid ini.
Masihkah anda ingat sejadah lagenda ni?
“Alhamdulilah selepas lebih 80 tahun, ia kembali menjadi tempat sujud yang diiktiraf dunia.”
Seperti sebuah doa, bayangan untuk melihat muzium Hagia Sophia kembali menjadi rumah ibadat kini termakbul. Begitulah hebatnya kuasa doa, kan?
Akhirnya terjawablah misteri gambar tersebut apabila Hagia Sophia akhirnya diisytiharkan sebagai sebuah masjid, selepas berpuluh tahun tersergam di Istanbul sebagai sebuah muzium.
Di bawah sayap pemimpin Presiden Recep Tayyip Erdogan, beliau dengan tegasnya mengubah Hagia Sophia kembali menjadi rumah ibadah umat Islam seperti yang pernah dilakukan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh atau Sultan Mehmed II, tahun 1453 lampau.
Pada tahun 1934, Hagia Sophia telah dijadikan muzium oleh pemerintah sekular Turki dan ia mula menjadi tempat tumpuan pelancong yang utama di Istanbul.
Sejak itu juga, umat Islam Turki bagai tenggelam ‘punca’ malah mereka pernah digelar sebagai ‘negara sakit di Eropah’.
Semoga kita terus berjihad memelihara kesucian agama Allah ini dan jangan lupa tentang satu lagi masjid bersejarah kita, Masjid Al-Aqsa yang masih dalam tawanan kafir. Tiada yang mengejutkan dengan doa, seperti doa-doa kita untuk Hagia Sophia!
Baru-baru ini tersebar wajah cantik adik-beradik perempuan Ratu Rock Malaysia, Ella Aminuddin. Keempat-empat adik-beradik kandung ini tampak cukup anggun berhijab dan menerusi gambar berkenaan juga jelas terserlah keayuan masing-masing. Sampai menjadi bualan peminat dan tular di media sosial kebelakangan ini.
Daripada perkongsian Ella di Instagram miliknya, foto tersebut diambil ketika mereka keluar makan tengah hari bersama-sama. Rata-rata peminat berpendapat anak kepada pasangan Allahyarham Aminuddin dan Yang Asmah Yong ini memiliki raut wajah yang hampir sama. Malah, ruangan komen di Instagram Ella dihujani dengan kata-kata pujian peminat dan rakan artis.
Dalam gambar viral itu, Ella memakai tudung berwarna biru sementara Jojie dan Datin Saidatulnisa mengenakan hijab merah jambu dan kelabu. Manakala seorang lagi kakak kesayangan Ella, Shahrizan yang duduk di sebelahnya memakai tudung rona hijau lembut.
Adik-beradik Ella AminuddinKakak Ella, Datin Saidatulnisa
Ella atau nama penuhnya Norzila Aminuddin merupakan anak kelima daripada enam beradik dan kini berusia 54 tahun. Kakak sulungnya, Datin Saidatulnisa Aminuddin ialah seorang jurusolek ternama dan solekan beliau sering menjadi buruan golongan VIP. Antara individu kenamaan yang pernah ditatarias Datin Saidatulnisa ialah DYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
Salah seorang kakak Ella yang dilihat sentiasa menemaninya ke mana saja ialah Jojie Aminuddin. Jojie atau nama sebenarnya Rozita Aminuddin kini berusia 55 tahun dan mempunyai seorang anak angkat comel dikenali sebagai Maryam.
Seorang lagi kakak Ella ialah Shahrizan Aminuddin. Berbanding Datin Saidatulnisa dan Jojie, Shahrizan seorang yang low profile. Ella juga mempunyai seorang adik lelaki bernama Azahari Aminuddin atau dikenali sebagai Korie yang turut bergelar penyanyi.
Pembabitan Ella dalam dunia hiburan bermula sejak tahun 1985 dan sehingga ke hari ini Ella berjaya mempertahankan gelarannya sebagai Ratu Rock Malaysia. Pada tahun 2012, Ella sah bergelar isteri kepada seorang juruterbang bernama Azhar Husaini Ghazali.
Disifatkan seorang selebriti yang manja dan lemah-lembut, penampilan Ella dikagumi ramai sejak dia memutuskan untuk berhijab pada tahun 2016. Pelantun lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah ini juga mempunyai seorang anak angkat, Shanome Az Zahra.
Indahnya Islam kerana ia merupakan agama yang bersifat universal atau ‘alamiyyah iaitu tidak membeza-bezakan antara lelaki dan wanita mahupun warna kulit. Islam juga tidak pernah mengajar kita menolak asal-usul keturunan, dimana seorang mualaf
perlu mengubah status bangsa sebaik memeluk Islam.
Menyedari pentingnya mempromosikan Islam sebagai agama sejagat, Pertubuhan Akademi
Al Bayan, Al Bayan Global Sdn Bhd dan HD Group Sdn Bhd mendahului trend apabila
mengadakan rumah terbuka bertemakan “Raya Dalam Budaya” yang memperlihatkan tetamu hadir memperagakan persalinan tradisi dan etnik masing-masing.
Menurut Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan, selaku Pengerusi Pertubuhan Akademi Al Bayan,
Raya Dalam Budaya bererti perayaan Aidilfitri disambut dengan tujuan meraikan hari
kebesaran Islam dengan kepelbagaian budaya dan bangsa.
“Hari Raya Aidilfitri ini bukan eksklusif hanya untuk satu kaum sahaja tetapi maknanya lebih daripada itu. Oleh yang demikian Islam dapat diterima dari semua peringkat masyarakat tidak kira warna kulit, bahasa dan budaya.
“Al Bayan mengangkat konsep Raya Dalam Budaya pada penganjuran rumah terbuka kali ini kerana kita mahu menyatakan kepada masyarakat diluar sana mengenai kesepaduan antara semua kaum itu dapat disatukan dengan kita saling hormat menghormati antara satu sama lain.
“Walaupun kita berbilang bangsa dan budaya tetapi dengan kita mengamalkan ajaran Islam yang sebenar maka kita tidak menjadi masalah dengan itu. Adapun sahabat-sahabat kita yang berlainan agama maka Islam mengajarkan kepada kita untuk memberikan kepada semua mereka hak yang telah ditetapkan dalam Islam seperti keamanan, kebebasan dalam beragama dan macam-macam lagi,” katanya.
Seramai 200 orang saudara baru Islam meliputi bangsa India, Cina, Kadazan, Dayak dan
warga Antarabangsa, hadir pada majlis yang berlangsung di Dewan Masjid Bandar Baru
Enstek baru-baru ini.
Pertubuhan Akademi Al Bayan, Al Bayan Global Sdn Bhd dan HD Group Sdn Bhd turut
memperuntukkan sejumlah RM14,000 duit raya untuk diberikan saudara mualaf dan asnaf.
“Ini semua hasil orang ramai yang menyalurkan zakat kepada Al Bayan dan kami hanya
bertindak sebagai perantara yang menjalankan amanah agar sumbangan ini sampai kepada golongan sasar.
“Terdahulu Al Bayan merencana pelbagai program, dengan melakukan kerja-kerja dakwah
dilapangan khususnya membantu mualaf yang susah berkat sumbangan orang ramai.
“Mewujudkan saudagar mualaf Al Bayan bagi meningkatkan ekonomi mereka sekali gus
dapat keluar dari kepompong kemiskinan, seterusnya dapat membantu mualaf yang lain.
Menyempurnakan keislaman mereka dengan melakukan khatan secara jemaah membabitkan peserta kanak-kanak dan dewasa.
“Selain itu mengangkat martabat mualaf di peringkat nasional dengan mengetengahkan
pelbagai rancangan televisyen seperti tangisan mualaf dan yang terbaru selera rasa mualaf,” katanya lagi.
Tidak hanya penglibatan di lapangan, demi memastikan kebajikan mualaf terjaga, Pertubuhan Akademi Al Bayan yang sudah beroperasi lebih 2 tahun juga dalam fasa membina Kompleks Pendidikan Islam Akademi Al Bayan yang berpengkalan di Pegoh, Melaka.
Pembangunan diwujudkan atas kesedaran bahawa kurangnya institusi pengajian yang
menempatkan golongan anak-anak mualaf.
Enggan bersandar kepada infaq orang ramai semata-mata, Al Bayan mengambil inisiatif
mengeluarkan produk makanan sendiri iaitu Sambal Bilis TERIaak yang berpontensi sebagai janaan ekosistem Al Bayan.
Serentak berjalan pada majlis rumah terbuka penuh kemeriahan itu, adalah majlis pelancaran program bersiri Selera Rasa Mualaf yang bakal bersiaran di saluran TV Alhijrah bermula 14 Mei 2023, setiap ahad jam 8.00 pagi.
Keunikan program ini kerana hidangan yang disajikan variasi sebagaimana majmuknya rakyat negara ini. Ia bertepatan dengan kecenderungan masyarakat kita yang gemar mencuba resipi baru.
“Kepelbagaian dan keunikan bumi Malaysia, mencetuskan ilham untuk kami mengetengahkan setiap masakan dari kepelbagaian bangsa dan budaya.
“Yang menariknya ia bukan hanya sekadar masakan tetapi didalamnya ada perkongsian
mualaf bagaimana mereka menerima hidayah Allah dan iltizam mereka dengan Islam,”
katanya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!