Tenang tengok kehidupan keluarga bahagia Johan dan isteri tersayang, Ozlyn. Walau kedua-duanya selebriti popular dan dikenali ramai namun mereka selesa hidup bersederhana. Yang penting bagi pasangan ini adalah anak-anak dan mendidik mereka sebaik mungkin.
IKLAN
Kalau amati perkongsian pelakon dan pelawak ini di media sosial, kebanyakan posting mereka berkaitan rutin harian bersama anak-anak. Seperti diketahui umum, penyampai radio dan pengacara iaitu Johan seorang bapa yang tegas.
Lebih-lebih lagi apabila berkaitan didikan agama.
Johan dan Ozlynn sering menjadi perhatian masyarakat dan sumber inspirasi kepada para ibu bapa kerana ketegasan mendidik anak-anak serta turut mengasuh mereka mengaji Al-Quran di rumah.
Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz dan Ozlyn berkahwin pada 25 Julai 2009 dan mereka dikurniakan enam anak iaitu Ahmad Ariq Hanania, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq.
Bersyukur atas anugerah terindah yang dikurniakan dalam perkahwinan ini, Ozlyn yang bakal berusia 42 tahun pada September nanti memuat naik gambar keenam-enam cahaya mata tersayang di media sosial.
Kongsinya, “Cukup la kan? Sudah la, banyak duit nak pakai woo bila anak dah besar ni. Education tak murah eh. 3 boys 3 girls. Kita kena bagi kasih sayang sama rata.
IKLAN
Bila ada anak kecil kadang yang besar makin terabai. Asyik kena beralah. So sekarang kita focus pada 6 ni je.
Harap papa and mama dapat berlaku adil pada korang. Semoga pada semua suami isteri yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat sendiri, saya doakan semoga kalian diberikan rezeki anak yang tidak disangka-sangka.”
IKLAN
Bintang filem Papadom 2 ini menambah, “Yang pada berusaha menjaga anak tak kira ibu or ayah tunggal, semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam membesarkan anak-anak, pada anak-anak yang kehilangan ibu atau ayah, jangan berputus asa.
Semoga kita semua disatukan di syurga bersama selamanya.”
Makin rancak Marian Rivera melebarkan empayar perniagaan miliknya. 12 Ogos lalu genap 39 tahun usia ibu dua anak ini. Dalam usia lewat 30an dan statusnya sebagai ibu, penampilan Marian Rivera Gracia Dantes kekal mempersona. Pendek kata, persis anak dara. Pandai isteri Dingdong Dantes ini jaga badan!
Tak dinafikan Marian memiliki raut wajah sempurna! Macam tak puas setiap kali tengok kejelitaannya. Bahkan sejak zaman kanak-kanak lagi, terserlah kecantikan asli aktres popular Filipina ini.
Bertuah empunya badan dikurniakan pakej lengkap. Patutlah sering menjadi buruan syarikat kosmetik dan kecantikan antarabangsa!
Lahir pada 12 Ogos 1984 di Madrid, Sepanyol, anak kepada Francisco Javier Gracia Alonso dan Amalia Revera ini bukan calang-calang wanita. Dia memiliki pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari De La Salle University Dasmarinas.
Kredit Instagram @marianriveraKredit Instagram @marianrivera
Bapa Marian merupakan warganegara Sepanyol manakala ibunya pula rakyat Filipina. Disebabkan perkahwinan campur tersebut, Marian mampu bertutur dalam tiga bahasa iaitu Sepanyol, Inggeris dan Tagalog.
Bakat Marian juga mula bersinar selepas kejayaan drama Marimar, Dyesebel, Amaya dan Temptation of Wife. Bahkan Marian juga ada bakat menyanyi. Sebelum ini Marian sudah menghasilkan dua album iaitu Marian Rivera Dance Hits dan Retro Crazy.
Beberapa tahun mencipta nama dalam industri seni Filipina, jelitawan ini memutuskan untuk berkahwin dengan aktor kacak Filipina, Dingdong Dantes pada 30 Disember 2014.
Berdasarkan populariti mereka berdua dan kejayaan masing-masing, perkahwinan mereka turut mendapat julukan The Royal Wedding di Filipina pada tahun berkenaan. Hampir setahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan romantis ini dikurniakan anak perempuan comel iaitu Maria Letizia pada 23 November 2015.
Empat tahun kemudian, rumah tangga mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata lelaki yang dinamakan Jose Sixto G. Dantes IV pada tanggal 16 April 2019.
Kredit Instagram @marianriveraKredit Instagram @marianriveraKredit Instagram @marianrivera
Selain aktif dengan aktiviti seni, Marian juga sebenarnya pengasas perniagaan bunga-bungaan segar Flora Vida by Marian. Ujarnya, bukan mudah untuk membahagikan masa di antara kerjaya dan keluarga namun kerana tanggungjawab terhadap peminat dan anak anak serta suami dia tetap akan memastikan semuanya berjalan lancar.
“Pada mulanya memang agak sukar menguruskan keluarga dan kerjaya dalam satu-satu masa. Tapi apabila anda sudah dapat membezakan masa satu yang menjadi keutamaan, ia akan menjadi mudah.
Di samping menjaga keluarga, dalam masa sama saya juga akan memantau perniagaan yang diusahakan kerana kedua-duanya adalah penting bagi saya. Walau ada ketikanya susah, tapi saya mampu uruskan keluarga dan perniagaan dengan baik.”
Kredit Instagram @marianriveraKredit Instagram @marianriveraKredit Instagram @marianrivera
Selain perniagaan bunga segar, Marian juga mengeluarkan koleksi fabrik dan dekorasi kediaman rumah serta melancarkan jenama pakaian miliknya sendiri pada Disember lepas.
Sememangnya aura Marian cukup berbisa. Apa sahaja yang dijual mahupun dipromosikan pasti laris di pasaran. Patutlah ramai pengusaha dan syarikat berskala besar berebut-rebut menjadikan jelitawan Filipina ini sebagai duta.
Menyusukan bayi bukan sahaja berfaedah untuk menguatkan imuniti tubuh si manja, tapi mengeratkan hubungan emosi di antara ibu dan anaknya.
Walau bagaimanapun, bagi ibu-ibu muda atau yang pertama kali menimang cahaya mata, perjalanan menyusukan anak ini terasa sangat mengecewakan. Kesannya, ramai yang berputus asa kalau tak dibantu dengan betul.
Sebagai tanda sokongan anda terhadap wanita tersayang yang sedang melalui fasa ini, cuba kenalkan 3 benda ini. Memang memudahkan mereka!
Ergobaby Natural Curve Nursing Pillow
Bantal penyusuan ini memberikan sokongan selesa sewaktu ibu menyusukan anak. Kontur melengkungnya yang unik membantu memposisikan si kecil secara perut ke perut untuk lekapan yang sihat. Didatangkan dalam 4 warna pada harga RM399.
CuddleCo Comfi-Mum Nursing Support & Feeding Pillow
Bantal sokongan ini membantu menyokong postur tubuh ibu untuk tidur malam yang selesa. Rekaan ergonomik dan lapisan span memori memberi keselesaan maksimum sewaktu ibu atau bayi beristirahat serta sesuai untuk ibu hamil. Hadir dalam 2 warna pada harga RM279.
Manakala Feeding Pillow direka untuk keselesaan di sekeliling pinggang si ibu sewaktu menyusukan bayi, bantal ini membantu meredakan tekanan di sekitar perut dan paha. Ia juga sesuai untuk ibu hamil bagi menyokong bahagian belakang dan lutut. Harga RM159.
Theraline Comfort Nursing Pillow
Memahami rungutan ibu-ibu yang sukar tidur, penggunaan bantal ini dapat memberi keselesaan yang dicari. Ia diisi dengan berjuta manik-manik mikro untuk menyokong bahagian belakang dan bahu demi keselesaan si ibu, selain mengekalkan posisi bayi di ketinggian yang betul sewaktu menyusu.
Apabila terkena hujan, pasti suhu badan akan meningkat dan hingus pun mula meleleh. Demam memang boleh mengganggu aktiviti seharian kerana tubuh terasa berat untuk digerakkan.
Ketika demam, daya tahan tubuh semakin berkurang dan virus senang menyerang. Bagi melawan virus tersebut, anda perlu memperkuatkan sistem pertahanan tubuh.
Beristirahat
Apabila demam melanda, yang terbaik untuk dilakukan adalah berehat dengan secukupnya. Berehat dapat memperkuatkan daya tahan tubuh dan menghilangkan demam daripada terus melarat.
Elak Demam Berjangkit
Sebaik-baiknya, elakkan daripada bertemu dengan orang ramai. Jika mempunyai mesyuarat yang sukar untuk ditunda tarikh, boleh cuba mesyuarat di alam maya seperti Skype atau Face Chat.
Biasanya apabila demam melanda pasti diikuti dengan selesema. Selesema yang baru hendak menjadi akan mengundang bersin. Walaupun tidak sihat, tetapi jangan bersin merata-rata. Bersin dengan menekup kedua-dua tangan ke mulut. Lebih baik kalau menggunakan sapu tangan yang bersih.
Cuba basuh tangan dengan air yang bersih bersama sabun selama 20 minit sekerap yang mungkin. Berjuta-juta bakteria melekat di tangan dan pasti mengundang jangkitan penyakit. Oleh itu, lap permukaan yang biasa disentuh seperti tombol pintu, gagang telefon dan paip sinki. Lebih baik kalau disemburkan dengan anti-bakteria.
Keperluan Bila Demam
Apa yang anda perlukan ketika sedang demam? Pastikan anda membawa banyak tisu untuk keperluan seperti bersin, hidung meleleh dan batuk. Jika perlu bawa termometer untuk mengetahui paras suhu badan. Pakai pakaian yang selesa dan bersih terutama kain kapas yang boleh membantu tubuh menyerap peluh.
Minum Ketika Demam
Ketika tidak sedap badan, minum teh hijau dapat memberi kesegaran. Ada juga yang mengatakan minum dua hingga tiga cawan teh hijau boleh menyembuhkan demam. Tetapi, jangan pula ditambah susu kerana boleh memekatkan lendir di hidung dan sudah pasti menyusahkan ketika bernafas.
Minum air putih adalah kunci kepada segala penjagaan diri. Minum air putih dengan banyak malah boleh dua kali ganda daripada biasa. Demam yang berpunca daripada virus boleh membuat badan cepat terhidrat.
Minum air yang berisotonik boleh membantu tubuh yang terhidrat akibat virus yang menyerang tubuh. Selain itu air kelapa yang bersifat elektrolit juga boleh membantu agar badan cepat sembuh.
Makanan Ketika Demam
Biasanya ketika demam selera untuk makan sudah tiada. Namun, makan adalah perlu agar tubuh bertenaga untuk melawan virus. Sup ayam sangat membantu ketika sedang demam.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Therapeutics, komponen yang bergelar karnosin dalam sup ayam boleh membantu meningkatkan daya tahan tubuh. Khasiat sup ayam lebih mudah diserap berbanding dengan makanan pejal yang lain.
RESIPI SUP AYAM KAMPUNG
Bahan-bahan:
1 batang lobak putih (dihiris bulat)
2 tangkai daun bawang (dihiris halus)
2 – 3 bahagian ayam
Daun sup (dihiris halus)
3 ulas bawang putih (dicencang)
1 kiub ayam
Garam secukup rasa
Lada sulah
Bawang goreng (hiasan)
Cara membuat:
Panaskan minyak terlebih dahulu. Kemudian, masukkan bawang putih. Biarkan seketika sebelum tuangkan air ke dalam periuk diikuti ayam, kiub ayam, garam dan lada sulah. Reneh atas api sehingga ayam empuk dan masukkan pula lobak putih. Kacau semua bahan hingga sebati dan masukkan daun bawang atau daun sup ikut cita rasa masing-masing. Apabila telah mendidih, padamkan api dan hidangkan. Jika mahu, taburkan bawang goreng ke atas hidangan.
Bila tubuh sudah beransur pulih, makanan pejal boleh mula dimakan. Mula dengan makanan yang ringkas seperti ubi dan telur dan hindari daripada mengambil gula yang tinggi. Ini kerana gula boleh menghalang tubuh untuk cepat sembuh.
Bersenam ketika demam
Tidak salah bersenam ketika demam jika tubuh mampu melakukannya. Bersenam seperti biasa terutama di dalam gim. Namun, jangan lupa lap semula peralatan yang digunakan untuk mengelak orang lain dijangkiti.
Selain itu, dengar kata tubuh. Jangan memaksa tubuh untuk melakukan sesuatu pergerakan yang tidak mampu. Turun intentisi aktiviti daripada biasa dan jika masih tidak mampu, cuba berhenti.
Bila badan beransur pulih jangan terus bersenam kerana tidak mustahil badan boleh dijangkiti semula. Oleh itu, buat regangan yang ringkas kerana tubuh memerlukan masa lebih kurang satu hingga dua minggu untuk benar-benar pulih.
Jika demam masih berpanjangan dengan diiringi batuk dan bersin tanpa henti jangan berlengah untuk mendapat bantuan daripada doktor. Bagi mengelak gejala yang lebih parah minta nasihat doktor apa yang perlu dilakukan. Hamizatul Maizan Mohamed
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...