Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Kelantan membenarkan anak bongsu pengasas kosmetik Dnars Skincare, Qaseh Khadija Ahmad Rizal Shah tinggal bersama kakak, nenek dan ibu saudara.
IKLAN
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Zaini Sulaiman, selepas Qaseh Khadija, 10, menerusi sesi pertanyaan di kamar memilih untuk tinggal bersama kakaknya, Irdiena Hakim Jasman, 20, nenek, Khatijah Mirdin, 71 serta ibu saudara, Faradilla Rohban Ahmad, 36.
Memetik Berita Harian Online, peguam yang mewakili plaintif, Naimah Saupi, berkata prosedur hari ini dibuat berdasarkan permohonan pihak plaintif yang memohon mahkamah memerintahkan defendan kemukakan Qaseh Khadija bagi pertanyaan di kamar hakim.
“Keputusan agak mengejutkan apabila Qaseh Khadija memilih untuk tinggal bersama kakak, nenek serta ibu saudaranya di kediaman ibunya, Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.
“Kediaman itu sudah serasi dengan Qaseh Khadija di mana mereka membesar sejak kecil di rumah berkenaan.
“Kini hak penjagaan Qaseh Khadija sudah berpindah kepada kakak, nenek serta ibu saudaranya dan kita akan mengadakan perbincangan dengan peguam defendan berhubung hak lawatan. Mereka masih boleh berjumpa seperti sedia kala dan kita tidak mahu silaturahim antara anak dan bapa terputus.
“Alhamdulillah keputusan hari ini satu rahmat buat keluarga plaintif,” katanya ketika dihubungi.
Media sebelum ini melaporkan, anak perempuan pengasas kosmetik Dnars Skincare memfailkan tuntutan hadhanah terhadap adik bongsunya di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Kelantan.
IKLAN
Tuntutan itu dibuat oleh Irdiena Hakim Jasman, Khatijah dan Faradilla Rohban sebagai plaintif yang diwakili peguam, Naimah dan Shaharuddin Mohamed, manakala Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 46, sebagai defendan.
Mereka memfailkan tuntutan hadhanah (hak lawatan, bermesra dan bermalam) terhadap Qaseh Khadija yang juga adik bongsu kepada Irdiena Hakim.
Sementara itu, Irdiena Hakim meluahkan rasa syukur apabila adiknya membuat keputusan untuk tinggal bersamanya.
IKLAN
“Tiada kata-kata yang dapat saya gambarkan apabila selepas beberapa tahun dipisahkan dengan adik, akhirnya Qaseh Khadija memilih untuk tinggal bersama saya.
“Sebaik Qaseh Khadija membuat keputusan, saya terus berlari memeluk Qaseh Khadija di kamar hakim kerana terlalu gembira,” katanya.
Sumber: Berita Harian Online
Peguam yang mewakili plaintif, Naimah Saupi, berkata prosedur hari ini dibuat berdasarkan permohonan pihak plaintif yang memohon mahkamah memerintahkan defendan kemukakan Qaseh Khadija bagi pertanyaan di kamar hakim.
“Keputusan agak mengejutkan apabila Qaseh Khadija memilih untuk tinggal bersama kakak, nenek serta ibu saudaranya di kediaman ibunya, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad di Pasir Pekan.
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba seluruh isi rumah dijangkiti cirit-birit. Bila difikirkan, semua makanan dimasak sempurna dan tiada pula yang sudah tamat tempoh. Hendak tak hendak, terpaksalah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan ubat.
Tahukah anda sebenarnya span basuh pinggan yang digunakan setiap hari itu boleh menyumbang kepada sakit perut atau food poisoning? Ya, kadang-kadang kita selalu ambil ringan tentang penjagaan span basuh pinggan. Mungkin tak ada masa nak tukar atau keadaannya masih elok lagi.
Tetapi, anda mungkin perlu berfikir beribu kali kerana terdapat 54 juta bakteria dalam setiap sentimeter kebanyakan span basuh pinggan yang lama!
Dalam laporan Journal Scientific Report, pengkaji dari Jerman telah menemui rumah berjuta-juta mikroorganisma bakteria yang menjadi punca keracunan makanan. Dalam laporan tersebut menemui span yang sering dibersihkan terdapat bakteria berbahaya seperti RG2, Chryseobacterium Hominis dan Moraxella Osloensis.
Lebih-lebih lagi apabila span basuh pinggan tersebut mempunyai tugas multifungsi. Bukan sekadar membasuh pinggan semata-mata malah sering digunakan sebagai alat untuk membersihkan singki, membersihkan permukaan dapur dan sebagainya.
Apakah yang perlu dibuat untuk mengelakkan pengumpulan bakteria di span basuh pinggan?
Para pengkaji menyarankan untuk menukar span basuh pinggan seminggu sekali. Kurangkan penggunaan span basuh pinggan sekadar hanya untuk mencuci pinggan mangkuk sahaja.
Jangan rendam span basuh pinggan dalam bekas pencuci pinggan. Jika telah selesai membasuh pinggan, jangan tinggalkan span di dalam bekas cecair pembersih. Sebaliknya letakkan di tempat yang kering dan bersih. Kalau dibiarkan dalam bekas, kuman dan bakteria akan makin membiak.
Rendam span dengan sabun dan air panas. Selepas membasuh pinggan, sebaik-baiknya span tersebut direndam dahulu dalam air panas dan sabun atau anti kuma selama lebih kurang 1 minit. Kemudian bilas sehingga bersih dan jangan dibiarkan begitu sahaja. Span tersebut perlu dikeringkan dan ditinggalkan di tempat yang bersih.
Alternatif rendam dengan cuba. Satu lagi cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan pembiakan kuman dan bakteria dengan merendam span basuh pinggan dalam larutan cuka. Cuci, kemudian bilas sehingga bersih. Keringkan terlebih dahulu dan simpan di tempat yang kering. Hamizatul Maizan Mohamed
Sama cantik sama padan! Selepas kejayaan Abdul Latif Romly di pentas Sukan Paralimpik, ramai yang mengikuti perkembangan atlet para negara ini. Tidak hanya mengambil tahu karier sukannya yang semakin bersinar, sisi kehidupan peribadi Latif Romly turut menarik perhatian.
Apatah lagi apabila jaguh sukan kelahiran Perlis tersebut mengumumkan pertunangan dengan gadis pilihan pada Oktober lepas. Secara tak langsung, tunangnya yang dikenali sebagai Nabila turut tidak terlepas tempias dunia glamor Abdul Latif Romly.
Tidak kekok dengan ‘perhatian’ khalayak sejak menjalin pertunangan dengan Latif Romly, Nabila atau nama penuhnya Nabila Farhana Musaidi ketika dihubungi Nona tenang menjawab soalan. Dia yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-24 pada 13 Disember lepas, Nabila dalam nada ceria terbuka berkongsi detik perkenalan mereka berdua.
“Saya mengenali Latif sejak dari sekolah menengah. Kenal dah lama tapi mula rapat waktu Tingkatan 5. Masa tu ada beberapa minggu lagi sebelum SPM. Latif balik semula ke Perlis untuk ambil SPM selepas pulang dari Incheon. Dari situ kami bertanya khabar dan mula rapat lebih daripada kawan.”
Ditanya keistimewaan pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 itu di matanya, dedah Nabila, “Latif ni seorang yang sangat bersemangat dan bermotivasi tinggi. Saya akui selepas jadi atlet kebangsaan, Latif banyak berubah jadi lelaki yang lebih matang. Kadang-kadang rasa macam dia ni tak ada kekurangan. Aura positif Latif ni lah membuatkan dia istimewa di mata saya.”
Tidak pernah menganggap keadaan tunang tersayang sebagai satu kekurangan, graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan ini bersyukur dan menerima Latif Romly seadanya. Malah, mereka berdua tidak menyangka akan bertunang dalam masa terdekat.
“Tak terdetik pun nak bertunang dan berkahwin seawal ini. Latif ada tanya bila boleh meminang tapi saya belum bersedia waktu itu. Ibu bapa kami berdua pun pernah tanya, tak nak kahwin lagi ke? Paling paling pun tunang lah dulu.
Long story short, lepas kerajaan umum dah boleh rentas negeri kami sepakat untuk bertunang. Plan very last minute in just 2 weeks. Dengan izin Allah alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. InshaAllah, kami rancang berkahwin pada Disember 2022.
Kalau tanya impian perkahwinan, saya menginginkan sebuah majlis bertemakan outdoor. Itu pun kalau majlis boleh dibuat. Takut tiba-tiba PKP semula, hanya buat yang mana wajib sahaja.”
Menjelas lanjut penerimaan kedua-dua belah keluarga, Nabila bersyukur hubungan mereka mendapat restu ibu bapa. “Alhamdulillah keluarga saya sangat berhati terbuka menerima Latif. Family kami berdua pun kalau boleh nak satukan kami berdua lebih cepat sebab dah terlalu lama berkawan.”
Sementara itu, Nabila yang bertugas sebagai guru sekolah turut berkongsi aktiviti harian. “Saya merupakan seorang guru Sejarah dan Muzik di sekolah rendah. Banyak masa saya habiskan di sekolah lah kalau hari bekerja. Rutin harian sama saja macam orang lain. Weekdays kerja, weekend pula dapatlah hang out dengan kawan-kawan. Kalau cuti panjang sikit, bolehlah nak balik ke kampung di Perlis.”
Meniti usia 24 tahun dan amat mementingkan penampilan diri, Nabila memberitahu dia cukup menitikberatkan soal kesihatan kulit kerana masalah yang dialami. “Saya mempunyai masalah kulit sensitif yang teruk di seluruh badan. Setiap bulan saya akan check up dan ebuat rawatan dengan dermatologist.
Untuk precaution saya hanya gunakan product-product recommended by the dermatologist sahaja. Cuma doktor nasihatkan kawal pemakanan, kurangkan makan manis dan minum air kosong secukupnya. Yang paling penting sentiasa lembabkan kulit bukan sahaja di muka tapi seluruh badan juga.”
Tambahnya lagi, dia turut mengamalkan gaya hidup sihat demi mendapatkan tubuh yang bukan hanya langsing tetapi juga cergas.
“Sejujurnya saya tiada masa untuk ke gym. Waktu terluang hanya ada pada hari minggu. Kerjaya saya memerlukan tenaga fizikal dan mental yang banyak. Selepas pulang bekerja saya hanya berehat dan sambung buat persiapan mengajar pada waktu malam.
Jadi waktu terluang yang ada saya akan berzumba sahaja di rumah sekurang-kurangnya 1 jam bagi satu sesi. Jangan lupa breakfast walaupun sekeping roti, minum air secukupnya dan makan secara on time,” akhirinya.
Bagi kaum wanita puasa bulan Ramadan memang jarang dapat berpuasa sehingga 30 hari. Walaupun telah diberikan ‘keistimewaan’ tetapi puasa yang ditinggalkan perlu diganti atau qada.
Berpuasa 6 di bulan Syawal dijanjikan pahala umpama berpuasa setahun. Jadi kaum wanita juga tidak mahu ketinggalan untuk merebut pahala berpuasa 6. Kena ganti puasa 12 hari, campur puasa 6 bersamaan dengan 18 hari. Belum sempat nak habiskan puasa ganti ‘uzur’ datang semula.
Adakah kaum wanita tidak mempunyai peluang untuk mendapat pahala puasa 6? Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan merungkaikan persoalan yang tiap-tiap tahu menghantui kaum wanita.
Firman Allah SWT: Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Surah al-Baqarah:183)
Sesiapa yang berbuka puasa pada bulan Ramadan tanpa sebarang keuzuran wajib ke atasnya menqadakannya serta merta selepas tamatnya Ramadan dan selepas selesai hari raya yang pertama. Seseorang itu tidak boleh mendahulukan puasa sunat enam pada bulan Syawal kemudian diekori dengan puasa qada.
Adapun sekiranya dia tidak berpuasa pada bulan Ramadan kerana ada keuzuran (yang dibenarkan syarak) maka harus baginya mendahulukan puasa enam pada bulan Syawal daripada puasa qada kerana qada waktu puasa qada adalah muwassa` (luas).
Imam as-Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani Rahimahullahu Taala menyebut: “ (Dan demikian lagi) orang yang tiada puasa dengan uzur sunat dia berpuasa enam hari sunat Syawal melainkan orang yang berbuka puasa Ramadan dengan tiada uzur maka wajib ke atasnya menyegerakan menqada Ramadan kerana makruh mengerjakan sunat orang yang ada padanya qada Ramadhan dengan tiada uzur maka wajib menyegerakan qada dahulu.” (Rujuk Kitab Bughyah at- Tullab, hlm. 128)
Isu Menggabungkan Dua Ibadat Dengan Satu Niat
Masalah ini dikenali di sisi para ulama sebagai masalah tasyrik (mengabungkan dua ibadat dengan menggunakan satu niat) hukumnya :
Sekiranya ia adalah termasuk dalam wasilah atau perkara yang bercampur maka hukumnya sah. Terhasil apa yang dihajatinya daripada kedua ibadat tersebut. Misalnya, jika seseorang itu mandi junub pada Hari Jumaat untuk melakukan Jumaat dan juga mengangkat junub.
Sesungguhnya junubnya terangkat dan pahala mandi jumaat tersebut pun terhasil. Walaupun salah satu daripada dua ibadat tersebut tidak diniatkan manakala yang lain pula diniatkan dengan zatnya maka sah himpunan atau gabungan tersebut dan tidak mencederakan ibadat tersebut misalnya solat tahiyyah masjid dilakukan berserta solat fardu atau solat sunat yang lain.
Adapun menghimpunkan atau gabung di antara dua ibadat yang diniatkan dengan zatnya seperti puasa qada atau kaffarah, atau nazar berserta puasa sunat seperti puasa sunat 6 hari pada Bulan Syawal maka tidak sah tasyrik tersebut mengikut pendapat yang muktamad kerana setiap ibadat itu berasingan daripada ibadat lain yang diniatkan dengan zatnya dan tidak pula berada di bawah ibadah yang lain.
Persoalannya, adakah berpuasa dengan niat qada bulan Ramadan dan niat puasa 6 pada bulan Syawal yang digabungkan sah keduanya? Atau salah satu sahaja sah? Jika dibuat secara ithlaq (Umum) berhasil keduanya atau salah satu sahaja?
Gabung Niat Puasa Qada Ramadan Dan Puasa 6 Syawal
Fuqaha dalam Mazhab Syafie berselisih pendapat tentang isu menggabungkan niat di antara puasa qada Ramadan dan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal.
Syaikul Islam Zakaria al-Ansari Rahimahullahu Taala: “Jika seseorang berpuasa pada Bulan Syawal untuk qada bagi puasa Ramadan, atau selainnya sama ada puasa nazar atau puasa sunat lain maka terhasil pahala sunatnya.
Kerana topik perbincangannya adalah tentang puasa pada 6 hari daripada bulan Syawal tetapi, dia tidak akan memperoleh pahala yang sempurna sebagaimana yang diinginkannya melainkan dengan hanya dia berniat puasa khusus untuk 6 hari pada bulan Syawal sahaja.
Terutamanya orang yang telah luput daripadanya puasa Ramadan kerana tidak sesuai dia berpuasa Ramadan dan seterusnya berpuasa 6 hari di bulan Syawal” (Rujuk Kitab Syarqawi ‘ala al-Tahrir)
Imam Ramli Rahimahullahu Taala menyebut bahawa dia pernah ditanya tentang puasa Ramadan dan qada di bulan Syawal, adakah berhasil qada puasa Ramadan dan pahala puasa 6 hari pada bulan Syawal, ada ke tidak dalam masalah ini sebarang nukilan?
Imam Ramli Rahimahullahu Taala menjawab: “Bahawa berhasil puasa qada Ramadannya walaupun dia gabung niat puasa qada Ramadannya dengan puasa yang lain. Dan berhasil pahala puasa 6 hari pada bulan Syawal. Masalah ini disebut oleh ramai ulama terkemudian (mutaakhirin).” (Rujuk Fatawa Imam Ramli, 2/339)
Imam Ibnu Hajar Al-Haitami Rahimahullahu Taala dalam mengenai orang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib: “Jika diniatkan keduanya (puasa sunat dan pusat wajib), dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya.” (Rujuk Kitab Al-Fatwa Al-Kubra, 2/75)
Kesimpulannya, mengikut pendapat yang muktamad, afdal seseorang itu menjadikan puasa qada berasingan dengan puasa 6 pada bulan Syawal. Namun begitu, menyatukan puasa qada dengan puasa enam itu tetap diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang daif. Namun begitu, menyegerakan qada puasa itu adalah sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak terutama kepada sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur yang dibenarkan syarak. Semoga kita termasuk bersama-sama dengan orang bertaqwa.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...