
Nama pempengaruh terkenal Malaysia, Sofea Shra sekali lagi menjadi perhatian apabila berjaya mencipta momen istimewa bersama pengasas Huda Beauty, Huda Kattan dalam sebuah acara eksklusif di London baru-baru ini.
Lebih membanggakan, Sofea Shra bukan sahaja hadir sebagai satu-satunya wakil Malaysia ke acara tersebut, malah turut memperkenalkan budaya tempatan apabila memakaikan Huda Kattan busana tradisional Baju Kebaya.
Momen itu pantas mencuri perhatian ramai di media sosial apabila Huda sendiri dilihat begitu teruja dan kagum dengan keindahan busana tradisional wanita Malaysia tersebut.
Sofea Shra Harumkan Nama Malaysia Di Pentas Antarabangsa
Dalam dunia kecantikan global yang penuh persaingan, bukan mudah untuk seorang pencipta kandungan dari Malaysia diberikan peluang eksklusif bersama jenama antarabangsa bertaraf dunia.
Namun bagi Sofea Shra, peluang tersebut menjadi salah satu pencapaian terbesar sepanjang bergelar beauty influencer. Menurut Sofea, dia sendiri tidak menyangka akan dipilih menghadiri acara eksklusif Huda Beauty bersama ratusan pencipta kandungan terkenal dari seluruh dunia.




“Saya sangat nervous dan teruja sejak dapat jemputan itu. Rasa macam tak percaya sebab peluang seperti ini biasanya diberikan kepada influencer antarabangsa lain,” katanya.
Sofea Shra turut mendedahkan hanya segelintir tetamu diberikan peluang bertemu secara eksklusif bersama Huda Kattan dan dirinya menjadi antara individu bertuah yang terpilih.
“Akan ada lebih 400 tetamu hadir, tetapi hanya 20 orang dipilih untuk sesi one-to-one bersama Huda Kattan dan saya salah seorang daripadanya,” ujarnya penuh syukur.
Huda Kattan Kagum Dengan Baju Kebaya Malaysia
Paling menarik perhatian sudah tentu apabila Sofea Shra memilih untuk memperkenalkan Baju Kebaya kepada Huda Kattan sebagai simbol budaya dan identiti wanita Malaysia.
Huda dilihat begitu anggun mengenakan busana tradisional tersebut sambil memuji keindahan dan keunikan fesyen wanita Malaysia.


Menurut Huda Kattan, wanita Malaysia mempunyai aura yang sangat elegan dan eksklusif sehingga membuatkan mereka kelihatan seperti golongan diraja.
“Saya rasa wanita Malaysia nampak sangat mahal dan elegan. Mereka semua nampak sangat eksklusif dan seperti royal,” kata Huda.
Pujian itu membuatkan ramai netizen Malaysia berasa bangga apabila budaya tempatan berjaya mendapat perhatian figura terkenal dunia.


Sofea Shra Buktikan Beauty Influencer Malaysia Mampu Pergi Jauh
Kejayaan Sofea Shra juga membuktikan bahawa pencipta kandungan dari Malaysia mampu berdiri sama tinggi dengan influencer antarabangsa lain.
Dikenali sebagai antara beauty influencer popular di TikTok, beliau sering berkongsi kandungan berkaitan solekan, kecantikan, gaya hidup dan fesyen yang dekat dengan jiwa wanita muda.
Menariknya, perjalanan gadis ini bermula hanya sebagai hobi sebelum berkembang menjadi kerjaya sepenuh masa yang berjaya.
Dengan personaliti yang mesra dan gaya penyampaian yang santai, Sofea berjaya membina komuniti pengikut yang besar di media sosial sehingga menjadi antara influencer wanita paling berpengaruh di Malaysia.
Kini, beliau memiliki lebih 1.1 juta pengikut di TikTok dan setiap kandungannya sering mendapat perhatian ramai.
Sofea Shra Jadi Inspirasi Wanita Malaysia
Di sebalik populariti yang dimiliki, Sofea Shra sebenarnya membawa mesej lebih besar kepada wanita muda di Malaysia.
Kejayaannya membuktikan bahawa wanita tempatan juga mampu menembusi industri antarabangsa tanpa perlu melupakan budaya sendiri.
Melalui momen anak Malaysia ini memakaikan Huda Kattan Baju Kebaya, ramai melihat ia sebagai simbol kebanggaan budaya Malaysia yang masih relevan dan dihargai di peringkat global.
Dalam era media sosial hari ini, pengaruh individu seperti Sofea Shra memainkan peranan besar dalam memperkenalkan identiti wanita Malaysia kepada dunia luar.
Keanggunan, keyakinan diri dan kecintaan terhadap budaya tempatan menjadi kekuatan utama yang membuatkan Sofea terus mendapat perhatian ramai.
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/haliza-hashim-pindah-bedford-tv3-hidup-tenang/
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!





