Kejayaan pemain beregu wanita negara, Pearly Tan semakin mendapat perhatian peminat sukan dalam dan luar negara. Kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan setiap kali berada di gelanggang mencetuskan gentar kepada pihak lawan. Ditambah pula dengan aksi tangkas dan lincah gandingan Pearly iaitu Thinaah Muralitharan.
Terbaharu, beregu wanita berkenaan mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya merangkul kejuaraan Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2024 mengalahkan beregu dari China iaitu Liu Shengshu dan Tan Ning.
Menelusuri latar belakang atlet berusia 24 tahun ini, Pearly atau nama sebenarnya Pearly Tan Koong Le dilahirkan pada 14 Mac 2000 di Alor Setar, Kedah. Dia merupakan anak kepada pasangan Tan Chai Ling dan Tan Seng Hoe.
Bapanya ialah jurulatih badminton dan dilapor mengurus Alor Setar Racquet Club (ASRC) yang pernah membimbing perseorangan negara, Lee Zii Jia sewaktu kecil.
Pearly mula aktif menceburi sukan badminton sejak tahun 2015 dan sepanjang sembilan tahun bergelar atlet selain menyertai pelbagai kejohanan, dia dan Thinaah kini menduduki ranking kelapan dunia.
Ads
Terdahulu, Pearly pernah berpasangan dengan Toh Ee Wei. Dia kemudian bergandingan Thinaah buat pertama kali pada tahun 2019 dan menyertai Kejohanan Badminton Terbuka Swiss 2021.
Gandingan hebat ini dikhabarkan mula mengenali ketika Pearly berusia 13 tahun dan mereka bersama-sama mendapat pendidikan di Sekolah Sukan Bukit Jalil.
Menariknya, Pearly Tan melakar rekod dunia apabila menjadi pemain badminton wanita yang mencatat pukulan terpantas 438 kilometer per jam.
Ads
Sekaligus menjadikan dia jaguh badminton wanita pertama memegang rekod berkenaan sehingga kini.
Mudahnya seorang wanita nak kumpulkan pahala. Sebab itu Ustazah Asma’ Harun menegaskan, gudang pahala adalah di rumah sendiri.
Bertepatan dengan sambutan Hari Wanita Sedunia, sesuai sungguh jika kita berkongsi informasi yang bermanfaat lebih-lebih lagi untuk menjadikan wanita itu sebagai penghuni syurga Allah. Melalui perkongsian ceramah dari Ustazah Asma’ Harun, keistimewaan wanita sungguh hebat sekali. Tetapi ada syarat-syaratnya.
Dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W:
“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).” (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Diringkaskan oleh Ustazah Asma’, terdapat empat syarat untuk seorang wanita masuk ke syurga Allah iaitu:
Menjaga solat
Menjaga puasa di bulan Ramadan
Menjaga maruah diri
Mentaati suami
Namun, syarat-syarat pertama hingga ketiga sangat mudah untuk dilaksanakan namun syarat keempat, memerlukan kesabaran paling tinggi.
“Diri kita istimewa apabila Allah jadikan kita wanita. Allah meletakkan kita boleh memasuki mana-mana pintu syurga Allah dan Allah ikat kita dengan suami kerana dari suamilah pahala kesabaran kita. Kita akan diuji dengan suami sehingga kita mati.”ujarnya.
Dalam perkongsian hadis lain pula, Nabi bersabda:
“Apabila hambaku diuji, aku akan sertakan bersamanya malaikat dan sekiranya hambaku terima dengan redha dan sabar, dia akan mendapat redhaku iaitu syurga Allah. Tetapi jika hambaku terima dengan marah, dia juga akan mendapat kemarahanku.”
TIP MENGHADAPI UJIAN
Ucaplah Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un yang bermaksud dari Allah ia datang, kepada Allah ia dikembalikan.
“Kalau ditimpa ujian, lagi cepat seseorang menyerahkannya kepada Allah, lebih cepat pertolongan Allah itu akan datang kepada kita.”katanya lagi.
Sumber video: YouTube, Audio Kuliah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Belum reda kisahnya mengharungi hari-hari mendatang tanpa lelaki tercinta, balu Allahyarham Ashraf Daniel Mohamad Sinclair ini terus melangkah lagi dengan melancarkan kutipan dana. Bukan untuk diri sendiri, tapi sebaliknya Bunga Citra Lestari tekad menyalurkan hasil kutipan itu nanti kepada wanita yang tertindas di Indonesia.
Genap seminggu selepas pelancaran single lagu terbaru berjudul ‘Selamanya Cinta’, Bunga menyambut hari lahir ke-38 pada 22 Mac lepas. Dalam hantaran terbaru beliau, Bunga dilihat meraikan hari bahagia tersebut di sisi anaknya, Noah Sinclair, serta beberapa orang kenalan serta ahli keluarga terdekat.
Berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya, sambutan itu diraikan secara sederhana malah Bunga sendiri hanya mengenakan t-shirt Gucci ringkas berwarna putih, berseluar pendek dan wajah polos tanpa solekan.
“38 years old Me” tulis Bunga Citra Lestari ringkas.
DARI PEREMPUAN UNTUK PEREMPUAN
Biarpun sudah setahun Allahyarham Ashraf Sinclair pulang menemui Ilahi, namun kisah cintanya dengan isteri, Bunga Citra Lestari masih kuat menyentuh hati masyarakat di Indonesia dan Malaysia.
Sebagai balu, kekuatan Bunga dalam mengharungi hidup bersendirian menjadi perhatian ramai. Mujurlah wanita ini selalu mendapat sokongan yang kuat daripada ibu bapa dan ibu bapa mertua, beliau kelihatan semakin cekal memajukan kerjaya dan terkini, bergiat aktif dalam kerja amal kebajikan.
Sempena bulan Mac juga, artis jelita itu memanfaatkan konsep Hari Wanita Sedunia dengan menginfakkan harta dan giat memperkasakan kaum Hawa agar terus kuat mendepani masa depan.
Salah satu yang menarik perhatian Nona adalah aktiviti birthday fundraising. Kutipan dana yang dilancarkan sempena sambutan hari lahir Bunga Citra Lestari itu merupakan salah satu usaha beliau dalam memperkasakan kaum wanita yang tertindas di Indonesia.
“Saya Bunga Citra Lestari. Saya seorang perempuan yang ingin mensupport sesama perempuan.
Di masa pandemi ini, ada satu hal yang sangat menyentuh hati saya, yaitu kondisi kekerasan terhadap perempuan yang terus meningkat.
Bertepatan dengan ulang tahun saya yang ke-38 tahun ini, saya ingin mengajak teman-teman untuk memberikan hadiah. Bukan untuk saya, tapi untuk para perempuan yang tengah berjuang dalam kondisi yang tidak menguntungkan, mereka yang tertatih untuk melangkah lagi.
Saya mengajak teman-teman semua untuk mengembalikan senyum mereka yang hilang, karena saya nggak mau para korban kekerasan berjuang sendirian.
Saya ingin melihat sesama perempuan bangkit, kuat, dan mandiri. Mari kita bersama membantu para korban kekerasan perempuan dalam gerakan #KawanPuan”
Yakin bahawa ramai lagi wanita di luar yang masih bertatih meneruskan kehidupan, tapi malangnya mengalami nasib yang lebih menyedihkan, Bunga mengambil inisiatif mengumpulkan dana ini untuk membantu mereka.
Kutipan itu diuruskan oleh #KawanPuan iaitu sebuah gerakan solidariti untuk membantu kaum wanita yang menjadi mangsa jenayah rumah tangga. Hasil dana akan digunakan untuk membiayai kerja-kerja pemulihan atau memberi advokasi guaman bagi wanita yang teraniaya.
Semoga segala usaha Bunga Citra Lestari dibalas dengan rezeki yang lebih baik dan dirahmati-Nya. Happy belated birthday BCL!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan mimpi, tapi sememangnya YouTuber No. 1 dunia, MrBeast benar-benar sewa satu Disneyland bernilai RM2.3 juta/malam untuk raikan tunang tercinta!
Malam itu, Disneyland bukan lagi sekadar taman tema. YouTuber No. 1 dunia dengan lebih 400 juta pengikut, MrBeast atau nama penuhnya James Stephen Donaldson, 27 tahun, membuat kejutan baru-baru ini.
Beliau menyewa keseluruhan taman tema Disneyland California untuk satu malam khas, semata-mata untuk mencipta kenangan manis buat tunangnya, Thea Booysen.
Dikatakan sebanyak US$500,000 bersamaan RM2.3 juta telah dibelanjakan untuk malam temu janji tersebut, menjadikan seluruh Disneyland ‘dikunci’ daripada pelawat asing selain mereka.
Thea Booysen, 27 tahun, bukan sekadar tunang kepada MrBeast. Beliau adalah seorang personaliti Internet yang cemerlang. Berasal dari Cape Town, Afrika Selatan, Thea merupakan seorang online gamer, pengulas e-sukan dan pemilik bersama organisasi e-sukan Nixuh.
Beliau juga memiliki ijazah sarjana dalam neuropsikologi dari University of Edinburgh, serta merupakan penulis novel remaja ‘The Marked Children’.
Malam Disneyland
Bukan mimpi, tapi sememangnya YouTuber No. 1 dunia, MrBeast benar-benar sewa satu Disneyland bernilai RM2.3 juta/malam untuk raikan tunang tercinta!
Langkah pertama membawa mereka ke alam galaksi jauh nun di Star Wars: Galaxy’s Edge. Tanpa sebarang barisan panjang yang biasa menjadi rutin, mereka bebas menjelajah dunia luar angkasa itu berdua.
Di situ, mereka mencipta momen penuh makna, bermain pedang lightsaber seakan-akan membentuk simbol ikrar hati yang mahu saling melindungi selamanya.
Dari galaksi ke langit, mereka kemudiannya menaiki ferris wheel yang perlahan-lahan berputar, membawa mereka ke puncak panorama malam Disneyland. Di saat dunia di bawah menjadi kecil, cinta mereka terasa besar, satu detik penuh bisu, namun sarat makna.
Ia bukan sekadar permainan, tapi nostalgia. Di situlah segalanya bermula, dan malam itu terasa seperti putaran penuh, satu full circle dalam naratif cinta mereka.
Mereka berjalan bergandingan, menyusuri taman yang kosong hanya dipenuhi hembusan angin malam dan bayangan istana yang bercahaya. Di tengah-tengah kesunyian itulah hadir rasa paling tulus, cinta yang tidak perlu ditonton ramai, cukup hanya dinikmati berdua… dan beberapa teman terdekat yang menjadi saksi bahagia.
Ketika waktu hampir menghampiri tengah malam, mereka melabuhkan rasa di hadapan istana Sleeping Beauty, sebuah lokasi agung yang kini bertukar menjadi ruang makan eksklusif mereka. Sebuah meja panjang dihiasi hamparan bunga, lilin, dan gelas kristal seakan-akan jamuan diraja tapi yang sebenar hanyalah dua hati yang saling menyulam harapan.
Di sinilah mereka menjamu selera, bukan hanya makanan, tetapi detik yang tidak akan kembali.
Namun MrBeast tidak berhenti di situ. Sebagai penutup kepada malam luar biasa itu, beliau menghadiahkan satu persembahan perarakan Disney, khas buat Thea dan para tamu mereka. Watak-watak dongeng yang selama ini hidup dalam layar kini muncul di depan mata, berarak megah dengan lampu berkelip, muzik memukau dan float yang membuai rasa.
Dalam gelap malam yang diterangi kelipan cahaya magis itu, Thea tersenyum. Dan MrBeast mengangkat gelas, lalu berkata, “Cheers untuk malam istimewa terbaik dalam sejarah.”
YouTube: MrBeast telah mencatat sejarah sebagai pencipta kandungan individu pertama yang melepasi 400 juta pelanggan di YouTube, menjadikannya saluran paling banyak diikuti di platform tersebut.
TikTok: Di TikTok, beliau mempunyai lebih daripada 115.3 juta pengikut, menjadikannya antara tiga akaun paling banyak diikuti di platform tersebut.
Instagram: Akaun Instagram @mrbeast kini mempunyai lebih daripada 73.8 juta pengikut, meletakkannya dalam kedudukan ke-41 di kalangan influencer global untuk Jun 2025.
X: Beliau mempunyai lebih daripada 32 juta pengikut, menunjukkan pengaruh yang signifikan di kalangan pengguna media sosial.
Dengan jumlah pengikut yang luar biasa di pelbagai platform, MrBeast bukan sahaja menjadi ikon dalam dunia digital tetapi juga menunjukkan bagaimana kandungan kreatif dan dermawan boleh menarik perhatian global.
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.