“Mama sayang sangat papa. Setiap malam saya tengok mama cium-cium papa… Tapi kadang-kadang ada bunyi macam, mama sakit tapi tak gaduh!” kata si kecil Juita pada rakannya.

IKLAN

Walaupun tiada had umur yang ditentukan untuk mengasingkan tempat tidur dengan anak-anak, tapi ibu bapa tidak seharusnya berterusan berkongsi bilik dengan mereka. Kebanyakan ibu bapa di Malaysia masih lagi mengamalkan tidur sekatil dengan anak-anak. Ini kerana ibu bapa merasakan anak-anak akan lebih selamat apabila tidur bersama mereka.

Namun begitu, apabila anak-anak sudah semakin besar dan semakin bijak, ibu bapa seharusnya tidak lagi tidur sebilik dengan anak-anak. Penting untuk asingkan bilik tidur dengan anak-anak kerana untuk menjaga keharmonian dan maruah ahli keluarga.

Islam itu agama yang syumul. Dalam isu mengasingkan tempat tidur anak ini ada hukumnya iaitu sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 58 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang beriman, hendaklah meminta izin kepada kamu hamba-hamba yang kamu miliki dan anak-anak yang belum baligh di kalangan kamu (sebelum mereka memasuki kamar-kamar kamu) pada tiga masa; masa sebelum solat subuh, masa ketika kamu menanggalkan pakaian pada waktu tengah hari dan masa selepas solat isyak. Itu adalah tiga masa berlaku pendedahan aurat pada kamu. Adapun lain dari tiga masa itu, tidaklah menjadi dosa ke atas kamu dan juga ke atas mereka (untuk masuk tanpa meminta izin terlebih dahulu) kerana mereka adalah orang-orang yang berlegar di sekitar kamu, yakni sebahagian kamu sentiasa bergaul dengan sebahagian yang lain. Begitulah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayatNya. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (ayat 58).

Anak-anak sekarang bijak dan sebaiknya jika sudah putus susu, sudah boleh diajar tidur asing. Tambahan pula jika anak sudah tahu bercakap dan bercerita kepada orang lain. Sebab anak sebegini, dia boleh cerita apa dia nampak kepada orang lain.

IKLAN

Jadi sebagai ibu bapa kena jaga akhlak, jaga tingkah laku depan anak-anak tetapi tidak bermakna tidak boleh bermesra antara suami isteri cuma perlukan batasannya terutama di depan anak-anak kerana takut anak mengikut. Anak-anak zaman sekarang pula, suka mengikut dan mempunyai keinginan ingin tahu dan mencuba yang kuat. Takut-takut apa yang dia nampak, dia nak cuba buat pula.

Hikmah Mengasingkan Tempat Tidur Ibu Bapa Dan Anak

IKLAN
  1. Anak lebih berdikari
  2. Adanya privasi suami isteri
  3. Anak akan lebih hormat ibu bapa kerana ibu bapa wajib mengajar anak adab masuk bilik seperti mengetuk pintu dan meminta izin untuk masuk terutama tiga waktu yang dinyatakan dalam ayat di atas.

Islam itu agama yang sempurna. Jadi, wajib asingkan anak dari tempat tidur. Anak perempuan dan anak lelaki juga perlu diasingkan. Suami perlu sediakan bilik yang berasingan antara anak lelaki dan perempuan. Jika semua ini dijaga, insyaAllah tiada timbul isu sumbang mahram.

Tip Pisahkan Tempat Tidur

  • Sediakan bilik yang kemas, cantik, bersih dan persekitaran yang menarik. Jika anak perempuan, mungkin boleh hias bilik dengan warna kegemarannya.
  • Beritahu anak secara slow talk kenapa dia kena tidur berasingan.
  • Lakukan aktiviti menarik bersama-sama sebelum tidur seperti bacakan cerita Nabi sebelum tidur.
  • Jadualkan waktu tidur yang tetap dan tidurkan dia di bilik yang berasingan. Bila dia dah terbiasa dengan bilik dan rutin tidur yang tetap, insyaAllah tiada masalah untuk asingkan tempat tidur.
  • Jangan momokkan dengan gelap atau hantu sedari kecil, sebab ini antara punca susah nak asingkan anak dari tempat tidur. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI