Kemampuan vokal Shila Amzah dalam arena seni suara tidak perlu dipertikai lagi. Pernah menjuarai beberapa anugerah besar di luar negara, nama Shila Amzah juga pernah jadi sebutan dan mempunyai peminat ramai di Negara Tembok Besar China suatu ketika dulu.

IKLAN

Apatah lagi, Shila mahir berkomunikasi dalam Bahasa Mandarin. Dengan penampilannya yang bertudung dan fasih berbahasa itu, tidak mustahillah dia diterima baik di sana.

Sejak menjuarai pertandingan muzik berprestij tidak lama dulu, nama Nurshahila Amir Amzah atau mesra disapa Shila Amzah kembali hangat. Nampaknya aura penyanyi bersuara lunak ini masih berbisa walau beberapa tahun lepas aktiviti seninya berjalan agak perlahan.

Anak Dato’ ND Lala, SHILA AMZAH Tak Tumpang Populariti Bapa & Berdiri Atas Kaki Sendiri!
Credit Instagram @shahilaamzah
Anak Dato’ ND Lala, SHILA AMZAH Tak Tumpang Populariti Bapa & Berdiri Atas Kaki Sendiri!
Credit Instagram @shahilaamzah
Anak Dato’ ND Lala, SHILA AMZAH Tak Tumpang Populariti Bapa & Berdiri Atas Kaki Sendiri!
Credit Instagram @shahilaamzah

Hadir dengan semangat baharu, Shila Amzah menjadikan kemenangan berkenaan sebagai pendorong untuk melakar lebih banyak kejayaan lagi pada masa akan datang.

Dia kini merupakan ibu tunggal kepada seorang anak lelaki selepas perkahwinannya dengan bekas suami, Haris Idraki Elias berakhir pada 8 Februari lepas.

Terus melangkah berani mendepani hari-hari mendatang, Shila menerusi media sosial meluahkan perasaan mengenai pandangan segelintir pihak dan peminat mengenai kehidupannya sekarang.

Kongsi Shila di platform media sosial miliknya, “Di kala muda, Sha selalu akan cepat terguris dengan negativiti. Benda yang orang cakap, benda yang orang tulis. Apa sahajalah yang berbaur negatif, Sha akan sangat cepat tersinggung.

But as the year goes by, I realised that it was the stupidest thing to do sebab people will keep the receipt, it will eventually hit you back harder even though you are not at fault.
Sha okay je tau. Tapi if kalian okay with me, please bagi Sha ruang. Selepas bercerai, Iddah pun belum habis lagi.”

Anak Dato’ ND Lala, SHILA AMZAH Tak Tumpang Populariti Bapa & Berdiri Atas Kaki Sendiri!
Credit Instagram @shahilaamzah
Anak Dato’ ND Lala, SHILA AMZAH Tak Tumpang Populariti Bapa & Berdiri Atas Kaki Sendiri!
Credit Instagram @shahilaamzah
Anak Dato’ ND Lala, SHILA AMZAH Tak Tumpang Populariti Bapa & Berdiri Atas Kaki Sendiri!
Credit Instagram @shahilaamzah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

IKLAN

Ujarnya, dia berharap agar peminat dapat memberikan ruang untuk dia kembali ‘sembuh’ daripada penceraian. Di samping mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak tersayang, Seth Uwais.

“This is the first time I get to focus in me. Seumur hidup memang I always give myself away to people. Sha sedang menikmati AJL 36, inshaAllah akan ada lebih lagi.

Sebagai seorang wanita, Sha bersyukur atas segala doa yang baik-baik. Kesediaan untuk memulai apa pun dengan siapa pun memang jauh lagi dan tiada.

IKLAN

Sha masih belum sembuh, fokus Sha satu-satunya adalah untuk menjadi ibu yang terbaik untuk Seth dan segala yang lain bukanlah priority untuk Sha.”

Shila mula berkecimpung dalam industri muzik sejak usia belasan tahun dan mengikut jejak langkah bapa tersayang yang merupakan penghibur terkenal negara, Dato’ ND Lala atau nama sebenarnya Dato’ Amir Amzah Salleh.

Juara Asean Wave 2012 ini pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada 19 April 2018 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Seth Uwais.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI