Lama tak dengar khabar pelantun lagu Cinta Tersimpul Rapi, Anis Suraya! Biarpun tidak lagi aktif mewarnai industri muzik tanah air namun lagu-lagu dendangan penyanyi ini masih segar di ingatan peminat.
IKLAN
Dihubungi Nona baru-baru ini, pemilik nama Tengku Ani Soraya Tengku Abdullah Sulaiman ini tetap mesra dan sudi berkongsi perkembangan peribadi. Bukan hanya dikagumi kerana bakat, Anis juga seorang wanita lemah-lembut dan merendah diri.
“Alhamdulillah saya sekarang masih lagi aktif dalam bidang seni. Tahun ni hati terbuka untuk aktif dalam bidang tarian dan puisi pula. Nyanyian tu masih melekat di hati.
Bulan Mei tahun ni, saya berkesempatan melatih tarian tradisional kepada pelajar-pelajar sekolah rendah bagi mewakili daerah ke Pertandingan Tarian Rampaian Sekolah Rendah Peringkat Negeri Terengganu dan alhamdulillah Kumpulan Tari Mahrani berjaya mendapat tempat ke-4 dari 51 buah sekolah seluruh negeri Terengganu.”
Jelas kedengaran nada teruja Anis apabila bercerita mengenai seni muzik warisan. “Pada Julai lalu, sekali lagi saya diberi peluang untuk melatih dan membimbing pelajar sekolah menengah pendidikan khas menyertai Pertandingan e-Karnival Kokurikulum Pendidikan Khas Sekolah Menengah Peringkat Negeri Terengganu dan mendapat Naib Johan.
Sekarang juga saya mula diberi kesempatan menjadi juri beberapa pertandingan kesenian peringkat kebangsaan dalam bidang seni suara, tarian dan peragaan.”
Anakanda kepada Almarhum Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah ini juga merupakan Pegawai Kebudayaan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).
Bersandarkan kecintaannya terhadap dunia seni, Anis turut memanfaatkan masa dengan pelbagai aktiviti kesenian di Terengganu.
“Tugas hakiki saya di UNISZA sebagai Pegawai Kebudayaan. Dalam masa sama, saya part time lecturer di UMT dan Ko Kurikulum Seni Suara.
IKLAN
Selagi saya ada kudrat ni, saya akan cuba laksanakan apa yang perlu dalam industri seni di Terengganu ni. Lagi-lagi industri pelancongan di Terengganu, kalau seni dan budaya tak diketengahkan, suram dan tak mesra bila pelancong datang.
Saya pun aktif berpersatuan dengan Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu (PPNT) dan Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian Daerah Kuala Nerus (PKKDKN). Demi seni agar ia berwaris.
Kumpulan Puisi Terengganu (KUMPUTER) juga saya turut serta sebab bidang terjun saya dalam Monolog Merdeka anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dua tahun lepas, Naib Johan Monolog Merdeka.
IKLAN
Semuanya bermula dari mencuba, faham dan belajar. Alhamdulillah saya lebih happy dengan apa yang saya lakukan sekarang,” ujarnya panjang lebar.
Bercerita perihal puteri sulung, Anis memberitahu Puteri Elisya Farzana mewarisi bakat nyanyian darinya. “Lisya, anak saya dah menjangkau 16 tahun.
Menyanyi masih menjadi hobinya dan sekarang sedang aktif dengan sukan Bola Tampar mewakili daerah. InsyaAllah ke peringkat negeri.”
Anis Suraya bergelar isteri Azmaimi Mohamad dan mereka turut dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhamad Fariz Putra, Muhamad Baihaqi Putra, Muhamad Adam dan Puteri Eryna Sofia.
Berjalan kaki banyak faedahnya! Selain itu, berjalan kami juga merupakan terapi kesihatan asas yang penting bagi manusia. Namun, satu kajian baru-baru ini mendedahkan rakyat Malaysia berada di tangga ketiga di dunia yang malas untuk berjalan kaki. Seriuslah!
Kajian dari Universiti Stanford dibuat berdasarkan maklum balas 717,527 responden yang memberikan gambaran tentang gaya hidup penduduk di 111 negara di seluruh dunia. Menariknya, kajian ini juga mendedahkan negara pertama di dunia yang paling malas berjalan kaki ialah Indonesia.
Berdasarkan laman web tempo.co, kajian itu turut menyatakan bahawa purata orang Indonesia berjalan hanya 3,513 langkah sehari. Manakala Malaysia pula berada di tempat ketiga dengan purata 3,963 langkah sehari.
Dalam penelitian tersebut juga turut mendedahkan negara yang rakatnya paling rajin berjalan kaki adalah Hong Kong dengan 6.880 langkah sehari. Selepas Hong Kong, negara yang rakyatnya rajin berjalan kaki adalah China dengan rata-rata 6.189 langkah per hari. Di tempat ketiga ialah Ukraine (6,107), keempat Jepun (6,010) dan kelima ialah Rusia (5,969).
Menurut KOSMO Online, berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), purata jumlah berjalan kaki bagi setiap individu seperti mana yang disarankan oleh global adalah sekurang-kurangnya 5,000 langkah sehari. Dalam pada itu, kajian yang sama berkata, negara dengan masalah obesiti rendah adalah merujuk kepada sikap rakyatnya gemar melakukan aktiviti berjalan kaki setiap hari.
Untuk rekod, jalan kaki ternyata banyak manfaatnya. Antara kelebihanya adalah ia mampu mencegah penyakit jantung, mengurangkan risiko alzheimer, mencegah diabetes, menurunkan risiko terkena strok dan mencegah osteoporosis.
PERKONGSIAN…. Masalah hilang kawalan pundi kencing seringkali melanda wanita dan juga lelaki di seluruh dunia. Akibat diserang rasa malu, ramai yang berdiam diri dan enggan tampil mendapatkan rawatan. Adakah masalah ini boleh berlarutan dan membahayakan nyawa?
Soalan kesihatan ini telah di jawab oleh Dr. Kamarulzzaman Ahmad, MD (HOM.INDIA) BHMS (MSIA) DHS (MSIA), BSc. Spec.Major EducRecs (SIUC.USA) yang juga merupakan konsultan perubatan Yayasan Kasih Sayang Selangor. (MAJALAH NONA, NOV 2008)
KERAP BUANG AIR KECIL
Saya seorang pesara dan pernah bertugas sebagai seorang guru serta aktif dalam sukan berbasikal. Suatu ketika dulu, saya pernah terlibat dalam kemalangan semasa bersukan sehingga terpaksa menjalani pembedahan. Syukur kerana masih dianugerahkan tiga cahaya mata meskipun setiap kali bersalin, saya terpaksa melalui kaedah Caesarean.
Apa yang merunsingkan saya adalah masalah kerap membuang air kecil yang saya alami sejak lima tahun lalu. Pada awalnya ia tidak ketara tetapi kini saya terpaksa ke tandas hingga 7-10 kali sehari. Ini mengehadkan aktiviti harian, selain amat memalukan diri saya. Apakah sebenarnya masalah yang berlaku serta bagaimanakah cara mengatasinya?
JAWAPAN
Masalah kerap kencing atau urinary incontinence bukannya satu penyakit tetapi merupakan petanda terdapatnya masalah yang amat memerlukan perhatian dan kajian oleh seorang doktor. Selalunya pundi kencing manusia akan dikosongkan setiap empat jam. Fungsi pundi kencing yang normal membabitkan perhubungan kompleks antara pundi kencing dengan otak.
Apabila pundi kencing perlu dikosongkan, otot dinding pundi kencing mengecut dan ‘sphincter urethra’ (otot pengawalan liang badan) akan berehat. Keadaan ini membenarkan air kencing dikeluarkan.
Kekerapan membuang air kecil pada setiap orang berbeza. Secara umum, keperluan anda ke tandas melebihi lapan kali dalam 24 jam dianggap tidak normal. Keinginan membuang air kecil meningkat apabila pundi kencing diisi kira-kira separuh penuh (250ml). Biasanya orang akan ke tandas pada tahap ini tetapi kapasiti normal pundi kencing adalah sekitar 400ml.
Jika Puan mengalami empat simptom berikut, bermakna Puan sedang mengalami sistem kawalan pundi kencing yang lemah:
Membuang air kecil melebihi lapan kali sehari
Kerap rasa keinginan yang kuat dan tiba-tiba untuk kencing
Kebocoran air kencing yang tidak terkawal
Kebocoran air kencing ketika batuk, ketawa, bersin, melompat atau berlari
Perkara ini bukanlah masalah asing bagi wanita yang telah meningkat usia, malah cabaran ini juga dialami oleh jutaan golongan wanita dan lelaki di seluruh dunia. Malangnya ramai pesakit seperti Puan tidak mahu atau bertangguh-tangguh mendapatkan rawatan kerana malu.
Punca-punca
Simptom kencing kerap boleh berpunca daripada pelbagai faktor, antaranya adalah:
(a) Jangkitan pada sistem kencing
(b) Sembelit
(c) Pemakanan, minuman dan ubatan
(d) Masalah fizikal atau fisiologi seperti :
Ibu mengandung dan kesan bersalin
Lanjut usia
Kesan sampingan dari Hysterectomy
Kesan interstitial cystitis
Masalah prostat seperti barah dan prostatitis
Masalah pundi kencing seperti barah dan batu karang
Masalah saraf yang berpunca daripada penyakit stroke, multiple schlerosis atau sebagainya
Obesiti
Rawatan
Memang tidak dinafikan bahawa hilang kawalan pundi kencing adalah satu keadaan yang merimaskan. Malah ia mungkin memalukan dan mengehadkan aktiviti harian. Perkara paling utama yang mesti diberi perhatian adalah memahami punca masalah. Berjumpalah dengan pakar untuk mengenalpasti punca masalah. Masalah yang dialami oleh jutaan populasi dunia boleh dirawat dengan berbagai kaedah seperti berikut:
(1) Behavioral techniques
Teknik seperti Pelvic Floor Muscle Exercise ini telah digunakan dengan jayanya bagi masalah yang berpunca daripada kelemahan otot pelvik.
(2) Gabungan Kaedah Alopathy dan Akupunktur – SANS (Stoller Afferent Nerve Stimulator) Device Untuk Masalah Berpunca daripada SARAF
SANS adalah satu alat hasil gabungan teknologi perubatan moden iaitu neuromodulation dan elektro akupuntur. Ia adalah hasil kajian Dr. Marshall Stoller, seorang profesor di UCSF. Teknik ini menurut penciptanya amat berguna dan bersesuaian dengan pesakit wanita yang tidak tahan dengan kesan sampingan ubat dan gagal dirawat secara ‘bladder training’.
Sebagaimana diketahui umum dalam rawatan akupuntur, jarum digunakan atau dicucuk pada titik akupuntur pada pergelangan kaki yang terus merangsang saraf pundi kencing dan saraf tunjang. Jarum tersebut pula disambung dengan rangsangan elektrik bersifat low frequency yang boleh dikawal oleh perawat. SANS digunakan sekali dalam seminggu. Setiap sesi rawatan mengambil masa selama 30 minit. Kekerapan rawatan pula bergantung kepada tindak balas dan keperluan pesakit. Keberkesanan kaedah ini masih dikaji secara klinikal.
(3) Pembedahan
Pembedahan seperti prosedur Sling dan Bladder Neck Suspension juga biasa digunakan bagi kes-kes tertentu.
(4) Penggunaan Ubatan
Bagi kes-kes yang berpunca daripada jangkitan seperti cystitis dan prostatis, doktor perubatan moden biasanya memberi antibiotik. Selain itu antispasmodic drugs dan antidepresant drug juga biasa digunakan bagi kes-kes yang bersesuaian.
(5) Penyembuhan dengan Kaedah Homeopati
Perubatan Homeopati merawat pesakit BUKAN penyakit. Kaedah ini amat mementingkan penelitian simptom fizik dan metafizik pada pesakit telah digunakan dengan jayanya untuk merawat pesakit seperti Puan. Sebelum diberi sebarang penawar, seorang doktor homeopathy akan menjalankan diagnosis untuk mendapatkan selengkap mungkin simptom pada diri puan. Ini termasuk sejarah diri dan keluarga Puan terutamanya yang menjurus kepada kesihatan. Sebagai contoh, saya nyatakan disini beberapa jenis penawar yang telah digunakan untuk merawat pesakit seperti Puan sehingga sembuh.
Apis Mellifica
Berberis Vulgaris
Cantharis
Causticum
Mercury Corr
Sepia
Menerusi pembacaan lanjut di internet, saya TIDAK menggalakkan Puan membeli ubatan sendiri kerana cara diagnosis ini hanya berdasarkan kes di internet dan amat TIDAK TEPAT dari sudut Homeopati. Oleh itu berjumpalah dengan seorang pengamal perubatan homeopati yang bertauliah.
PERINGATAN
Estrogen Therapy
Dalam kajian Dr. Jeanette Brown, pengarah UCSF Women’s Continence Center, didapati penggunaan ESTROGEN dalam postmenopausal hormone therapy telah mendatangkan masalah pada pesakit-pesakit terlibat. Oleh itu Puan diingatkan supaya berjumpa doktor pakar sebelum menjalani sebarang rawatan.
Kecederaan Akibat Jatuh
Keadaan tergesa-gesa dan tidak tertahan-tahan untuk kencing sebenarnya boleh mendatangkan kecelakaan kepada pesakit. Dalam kajian mengenai kencing kerap ini, terdapat banyak kes cedera dan patah akibat terjatuh dalam keadaan tergesa-gesa. Oleh itu jangan ambil mudah! Bertindak sekarang sebelum anda jadi begini.
Antara simptom yang ditunjukkan pesakit Covid-19 adalah demam, batuk dan selsema. Mungkin kita biasa alami perkara ini namun ia berubah lebih parah apabila kita mengalami kesukaran bernafas. Selain daripada mengikut saranan kerajaan untuk mengawal pergerakkan, kita juga boleh menjaga kesihatan dengan pengambilan vitamin semula jadi tertentu.
Air sangat penting untuk tubuh sentiasa dalam keadaan baik. Tapi anda juga perlu cuba membuat pemilihan makanan yang mempunyai sumber vitamin A, B dan C serta mineral yang hebat. Jangan panik dan terus buat keputusan untuk ke pasaraya sekarang. Anda boleh saja bermula dengan minum air lapan gelas sehari. Bila berkelapangan, cari buah-buahan dan sayur-sayuran yang sesuai ok!
Buah-buahan dan sayur-sayuran
Kekurangan buah dan sayur-sayuran boleh mengakibatkan anda mudah letih, lesu, lemah, dan wajah menjadi pucat. Buah dan sayur-sayuran adalah sumber pelbagai mineral dan vitamin bagi tubuh. Tubuh memerlukan 45 zat gizi setiap hari.
Semakin banyak buah-buahan dan sayuran yang di ambil, semakin kuat tubuh anda melawan penyakit kerana ia mengandungi segala vitamin yang diperlukan tubuh.
Epal
Epal mengandungi vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, B9 dan vitamin C. ia juga mengandungi kalsium, magnesium, potassium dan zat besi. Serat yang terkandung pada epal juga sesuai untuk anda yang sedang diet!
Pisang
Pisang banyak mengandungi vitamin A. Pisang yang mudah dicerna menjadi sumber tenaga yang cepat dan baik, sesuai untuk anda yang berasa lesu di saat-saat cuaca panas ini. Malah pisang juga membantu menghilangkan rasa letih selepas seharian bekerja.
Betik
Betik juga mempunyai vitamin A. Selain buah dan daunnya, biji betik juga membantu menyembuhkan masalah pencernaan. Kandungan antiseptiknya membantu menjaga sistem pencernaan dari bakteria.
Tomato
Tomato kaya dengan antioksidan dan vitamin C, dan ia mengandungi phytochemicals seperti lycopene.
Tembikai
Buah tembikai adalah hero untuk hidrasi. Cecair yang terkandung di dalam buah tembikai adalah sesuatu yang amat anda perlukan di saat terik matahari membakar kulit. Lycopene yang terkandung dalam buah tembikai melindungi sel kulit dari bahang matahari. Dan tembikai juga membuatkan anda berasa kenyang, berita baik untuk anda yang berdiet.
Oren
Oren kaya dengan potassium, nutrien yang penting ketika musim panas. Anda kehilangan potassium melalui peluh, sehingga merisikokan menderita kejang otot. Oren mengandungi 80% air, cukuplah untuk tubuh anda rasa terhidrat.
Saderi
Saderi bukan saja sesuai untuk dijadikan jus saat cuaca panas begini malah ia juga sesuai untuk anda yang ingin mengurunkan berat badan tanpa membiarkan anda rasa terhidrat.
Salad
Sayuran berdaun hijau sangat bagus untuk badan. Bayam mentah (pilihan organik) dan kale yang mana tubuh anda akan mengubahnya menjadi vitamin A, melindungi kulit dari pancaran matahari. Kulit anda akan kekal segar dan lembap.