Bukan saja cantik tapi langsing dan stamina kekal macam orang muda. Cemburu tengok tubuh ideal Jennifer Lopez! Siap ada ‘six-pack’. Kalau baru berusia 30an dan memiliki tubuh macam ini memang tiada apa yang menghairankan pun.
Maklumlah, masih muda dan bertenaga. Tapi bila umur sudah mencecah 52 tahun dan dikurniakan tubuh ramping seperti ini, masuk kategori luar biasa dah tu!
24 Julai depan, genap 53 tahun usia Jennifer Lopez atau terkenal dengan nama julukan JLo. Tidak hanya mempersonakan dari segi bentuk tubuh dan wajah awet muda malah stamina selebriti ternama Hollywood ini pun tidak kurang hebatnya.
Dalam usia lebih daripada separuh abad ini kecergasan JLo di atas pentas amat mengagumkan. Tidak keterlaluan kalau ramai yang berkata staminanya mampu mengalahkan penyanyi muda. Sangat lincah mengikut rentak muzik dan tarian yang rancak!
Memetik kenyataan JLo kepada Harpers Bazaar, stamina dan susuk tubuh yang dimiliki hari ini adalah hasil daripada pemakanan sihat dan rejim kecergasan yang sangat ketat. Malah, ibu kepada dua anak ini akui mengelak daripada pengambilan kafein, alkohol dan snek yang boleh merosakkan badan.
Ads
Jadi, demi memastikan bentuk tubuh kekal menawan JLo memilih snek berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan segar jika terasa lapar. Fuh, jiwa kena kental tu!
Kunci utama kepada kecantikan JLo ialah kekal hydrated. “Minum air yang banyak terutamanya sebelum work out, sebab ia bekalkan tenaga luar biasa ketika bersenam. Saya juga sudah bertahun-tahun tidak mengambil kafein dan berhenti minum alkohol sepenuhnya.”
Ads
Bukan itu saja, JLo juga sangat tegas dengan apa yang dinikmatinya setiap hari dan memastikan ia seimbang, penuh nutrisi serta tidak mengambil makanan siap diproses. Bahkan jika keluar makan ke restoran sekalipun dia memilih hidangan rendah kalori atau hanya hidangan salad.
“Saya sentiasa bawa bersama buah-buahan atau sayur sebagai snek di antara waktu makan. Jika masih terasa lapar, saya akan nikmati protein kerana ia mengenyangkan dan bagus untuk pembentukan otot.”
22 Februari lepas, anak kembar kesayangan JLo yang popular dengan nama panggilan mereka ‘Coconut’ kini mencecah usia remaja, 14 tahun. Emma Maribel Muniz dan Maximilian David Muniz dilahirkan pada 22 Februari 2008 di Long Island ketika JLo merupakan isteri kepada penyanyi Marc Anthony.
Bagaimana pun pasangan ini dilaporkan berpisah selepas tiga tahun menimang cahaya mata.
Meskipun anak-anak makin meningkat usia namun figura popular ini ‘maintain’ awet muda dan menawan. Malah kerjaya seninya juga masih berada di puncak dan drama lakonannya, Marry Me baru saja disiarkan Januari lalu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Media sosial dan netizen sememangnya tidak boleh dipisahkan. Setiap kata-kata yang ditulis boleh melukakan hati seseorang. Baru-baru ini, tular penampilan Selena Gomez yang dilihat sedikit berisi ketika menghadiri anugerah Golden Globes hangat diperkatakan.
Walaupun Selena membalas bahawa dirinya kini baik-baik saja, tetapi ramai peminat mula berspekulasi yang Selena sedikit sebanyak cukup terkesan dengan komen dan kritikan netizen pada tubuh badannya.
Terbaru, Selena ada membuat hantaran di media sosial Tiktoknya yang kini mempunyai sebanyak 47.6 juta pengikut tersebut, memuji kecantikan supermodel Bella Hadid dan mula membandingkan dirinya dengan adik kepada Gigi Hadid tersebut.
Dalam klip tersebut, penyanyi dan pelakon kesayangan ramai itu merakam menggunakan filter dengan bunyi viral suara Bella Hadid dengan tertera ayat, “Saya harap saya cantik seperti Bella Hadid.”
Sejurus selepas itu, tanpa membuang masa Lady Gaga menulis di ruangan komen dengan kata-kata semangat buat penyanyi Love You Like A Song itu “Awak sudah sedia cantik luar dan dalam, dan ada salah seorang wanita tercantik yang masih hidup!”
Peminat khususnya peminat Lady Gaga terus menggunakan medium Twitter teruja dan memuji sikap saling menyokong yang ditampilkan Lady Gaga buat Selena Gomez. “Seorang ratu menyokong ratu yang lain”.
Seronokkan bila tengok mana-mana wanita saling menyokong tanpa ada rasa iri hati, hasad dengki dan benci lihat orang lain lebih berjaya!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi anda yang membesar menonton drama Cili Padi, sudah pasti anda cukup mengenali susuk wanita ini. Anne Ngasri, dahulunya pelakon cilik yang cukup dikenali dengan teletah dan gayanya yang bersahaja. Kini berusia 39 tahun, sudah pastinya ramai merindui untuk menyaksikan beliau kembali beraksi di kaca TV.
Namun, dari karier seni ke dunia politik, Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri kini semakin ligat mengalas amanah diberikan sebagai Exco Wanita UMNO Malaysia.
Mengakui minat berlakon masih menebal, namun buat masa sekarang, baru-baru ini beliau menerbitkan sebuah karya, filem hasil kerjasama syarikatnya dengan Darling Ngasri. Diarahkan oleh pengarah Amor Rizan, filem ini sedang hangat ditayangkan.
Menurut sumber Sinar Plus ketika ditemui ketika pelancaran filem Jemputan Ke Neraka, Anne Ngasri sempat ditanya rahsia awet muda malahan wajah Anne yang seakan tidak langung dimamah usia.
“Sembilan bulan tak ambik nasi!” Itu respon ibu kepada enam cahaya mata ini bila ditanya rahsia kecantikannya. Malah menurut sumber tersebut lagi, Anne mendedahkan telah mengurangkan pengambilan nasi dan lebihkan minum air putih selain protein seperti ambil ayam, ikan dan sayur.
Hasilnya, Anne Ngasri kelihatan tak tumpah seperti anak dara malah beliau berjaya menurunkan berat badannya lebih kurang 11 kilogram. Di ruangan kepsyen setiap kali dia membuat hantaran, warga maya pasti akan memuji kecantikan dan wajah muda dirinya.
Bukan kulit sahaja yang mengalami kedutan malah bibir juga. Biasanya kedutan terjadi pada bahagian bibir atas atau bibir bawah. Kedutan pada bibir dikatakan berlaku disebabkan ada kaitan antara saraf bibir dan otot yang mengawalnya.
5 faktor berikut menjadi punca bibir mudah berkedut.
BERLEBIHAN KAFEIN
Hati-hati dengan pengambilan kafein, jangan berlebihan. Kandungan kafein contohnya pada kopi merangsang sistem saraf utama untuk melepaskan hormon serotonin dan noradrenalin. Kedua-dua hormon itu menyebabkan otot memberikan reaksi berlebihan terhadap isyarat saraf motorik. Jadi, jangan hairan jika bibir anda mudah berkedut setelah meminum 2-3 cawan kopi sehari.
KEKURANGAN KALIUM
Salah satu tanda-tanda kekurangan kalium ialah kedutan pada bibir. Kalium berfungsi untuk meneruskan isyarat saraf dari otak ke seluruh badan.
PENGAMBILAN UBAT TERTENTU
Beberapa jenis ubat sememangnya mempunyai kesan sampingan antaranya ialah kedutan pada otot. Ini termasuklah ubat steroid, diuretik dan hormon estrogen sintetis.
TRAUMA
Seperti juga kecederaan di kepala yang mengenai batang otak yang boleh merosakkan saraf wajah sehingga menyebabkan otot bibir berkedut.
STRES
Stres, cemas dan keletihan yang melampau juga boleh menyebabkan kedutan di bibir. Tingginya paras hormon stres kortisol boleh menjadikan otot wajah kaku serta mudah berkedut.
PARKINSON
Merupakan penyakit saraf yang menyebabkan pesakitnya lama kelamaan sukar untuk bergerak. Otot yang kaku di bahagian tangan atau kaki semakin hari semakin parah. Ia juga boleh berlaku di daerah bibir bawah serta sekitar dagu. Umumnya, lelaki berusia lebih 50 tahun lebih berisiko diserang Parkinson.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penampilan mencerminkan keyakinan diri. Tidak hairanlah ramai wanita tercari-cari rujukan fesyen yang bukan sahaja menarik, malah memberi kesan mantap dan berkelas.
Luna Maya, dengan gayanya...