Menjadi anak perempuan bongsu lelaki terkaya di Malaysia, Tan Sri Robert Kuok yang juga digelar ‘Raja Gula Asia’, pasti ramai beranggapan serba-serbinya indah bagaikan puteri kayangan. Hakikatnya hidup Yen Kuok tidak begitu. Kekayaan keluarga mereka tidak menjamin ketenangan fikiran kerana separuh hidup beliau dilalui dengan tekanan dan gangguan pemakanan.

Nama Tan Sri Robert Kuok Hock Nien kekal di tangga teratas dalam senarai Individu Terkaya Forbes Malaysia 2022 dengan nilai bersih kekayaan AS$11 bilion (RM49 bilion).

Lelaki berusia 99 tahun yang menetap di Hong Kong ini merupakan pengilang gula, tycoon hartanah, pemilik rangkaian Shangri-La Hotels & Resorts, pelabur serta konglomerat perkapalan yang cukup disegani di rantau ini.

IKLAN

Berasal dari Johor Bahru, Tan Sri Robert Kuok dan isteri dikurniakan lapan cahaya mata. Sebagai hartawan, pasti ramai beranggapan anak-anak mereka dibesarkan dengan limpahan wang ringgit dan kesenangan seperti turun dari langit.

Anak Kesayangan Lelaki Terkaya Malaysia 2022, Robert Kuok Dedah Alami Depresi & Gangguan Pemakanan

 

Anak Kesayangan Lelaki Terkaya Malaysia 2022, Robert Kuok Dedah Alami Depresi & Gangguan Pemakanan

 

Anak Kesayangan Lelaki Terkaya Malaysia 2022, Robert Kuok Dedah Alami Depresi & Gangguan Pemakanan

 

Tapi benarkah generasi anak-anak Tan Sri Robert Kuok dibesarkan dalam suasana serba mewah, tidak perlu belajar tinggi dan hanya menunggu masa menjadi pewaris harta kekayaan bapa mereka?

Tambahan pula melihatkan gaya hidup anak perempuan bongsunya yang cukup mencintai dunia fesyen dan kecantikan. Alangkah bahagianya Yen Kuok dibaluti pakaian berjenama, memandu kereta mewah dan melancong ke sana sini… Kehidupan beliau adalah impian ramai wanita!

Anak Kesayangan Lelaki Terkaya Malaysia 2022, Robert Kuok Dedah Alami Depresi & Gangguan Pemakanan

 

Anak Kesayangan Lelaki Terkaya Malaysia 2022, Robert Kuok Dedah Alami Depresi & Gangguan Pemakanan

Anak Kesayangan Lelaki Terkaya Malaysia 2022, Robert Kuok Dedah Alami Depresi & Gangguan Pemakanan

 

Anak Kesayangan Lelaki Terkaya Malaysia 2022, Robert Kuok Dedah Alami Depresi & Gangguan Pemakanan

 

Namun hakikatnya tidak seindah yang difikirkan.

Berusia 32 tahun, wanita cantik lulusan Ijazah Perhubungan Antarabangsa dari Universiti Stanford California tersebut pernah mengakui bahawa beliau membesar seperti orang lain, malah dalam suasana persekitaran yang ketat serta wang poket yang terhad.

Dalam satu temu bual bersama Yen Kuok oleh media Hong Kong, beliau berkongsi realiti sebenar yang dilaluinya.

“Saya dibesarkan dalam keluarga yang tegas. Malah tidak diberi wang poket yang banyak pun, seperti yang disangka orang ramai. Kadang-kadang di sekolah, kawan-kawan saya membawa lebih banyak duit belanja daripada saya.” Yen Kuok

Menurut beliau, hal ini disebabkan ayahnya mengikut nasihat nenek agar tidak membesarkan anak-anak seperti seorang ‘puteri raja’ walaupun kaya-raya.

Walau bagaimanapun, Tan Sri Robert Kuok adalah seorang yang penyayang dan selalu memanjakan anak-anak.

“Ayah cakap pergi sekolah bukan tentang belajar dan dapatkan markah yang baik tapi pendidikan adalah cara kita meluaskan pemikiran. Dia juga tak pernah memaksa saya dapat A dalam setiap peperiksaan. Tak apa pun kalau dapat B.” Yen Kuok

Anak Kesayangan Lelaki Terkaya Malaysia 2022, Robert Kuok Dedah Alami Depresi & Gangguan Pemakanan

 

Meskipun tidak berminat mewarisi empayar perniagaan keluarga, Yen Kuok selesa menjalankan bisnes sendiri dalam bidang fesyen dan kecantikan.

Sebagai pempengaruh atau social media influencer, beliau juga dilantik sebagai penasihat kesihatan mental Mind Hong Kong serta berkongsi amalan positif dengan pengikutnya di media sosial.

IKLAN

“Saya belajar bahawa saya adalah orang yang berbeza sekarang berbanding saya 10 ke 20 tahun lalu. Dulu saya hampir tiada identiti sendiri, dari luaran saya sangat memikirkan standard yang penting pada masyarakat termasuk erti ‘berjaya’… mendapat markah terbaik, dikagumi, berstatus tinggi, cantik dan kurus.

Tapi sekarang, saya sedar bahawa semua perkara itu tidak menjanjikan kebahagiaan pun. Setidaknya bukan pada semua orang! Lagi kuat kita mengejar ‘standard’, lagi sakit fizikal dan mental kita.”

Anak Kesayangan Lelaki Terkaya Malaysia 2022, Robert Kuok Dedah Alami Depresi & Gangguan Pemakanan

 

Anak Kesayangan Lelaki Terkaya Malaysia 2022, Robert Kuok Dedah Alami Depresi & Gangguan Pemakanan

 

***************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)

***************

 

Sebagai seorang pencinta haiwan dan senaman, Yen Kuok sempat berbahagi tip untuk mengekalkan pemikiran yang sihat.

“Apabila melalui hari-hari yang suram, tubuh ini akan mengingatkan betapa banyaknya jasa yang ia sudah berikan. Sepasang kaki yang membawa saya ke pelbagai tempat, menaiki tangga dan memanjat gunung. Sepasang tangan untuk mensyukuri kehidupan dan menyayangi orang tersayang.

Senaman sangat membantu saya menjalani hidup ini dengan sepenuhnya dan rasa berkuasa terhadap diri sendiri.” Yen Kuok

IKLAN

Anak Kesayangan Lelaki Terkaya Malaysia 2022, Robert Kuok Dedah Alami Depresi & Gangguan Pemakanan

 

AKTIVITI SELF-CARE

Setiap kali melalui hari-hari yang sukar, Yen Kuok cuba untuk tidak terlalu menekan dirinya dan ‘berlembut’ dengan minda dan tubuh badan sendiri. Antara aktiviti self-care yang diamalkan:

(1) Manjakan diri sendiri, belai wajah dan makan makanan kesukaan

Anak Kesayangan Lelaki Terkaya Malaysia 2022, Robert Kuok Dedah Alami Depresi & Gangguan Pemakanan

(2) Bermain dengan haiwan peliharaan

Anak Kesayangan Lelaki Terkaya Malaysia 2022, Robert Kuok Dedah Alami Depresi & Gangguan Pemakanan

(3) Menonton YouTube

(4) Tinggalkan nota suara WhatsApp untuk kawan-kawan yang tinggal jauh

(5) Membuat aktiviti luar atau sertai kelas gimnasium

Anak Kesayangan Lelaki Terkaya Malaysia 2022, Robert Kuok Dedah Alami Depresi & Gangguan Pemakanan

 

Anak Kesayangan Lelaki Terkaya Malaysia 2022, Robert Kuok Dedah Alami Depresi & Gangguan Pemakanan
(6) Membuat projek kraf seperti menggubah bunga Lego atau charm good-luck!

Anak Kesayangan Lelaki Terkaya Malaysia 2022, Robert Kuok Dedah Alami Depresi & Gangguan Pemakanan

 

Suka sangat tengok Yen Kuok sekarang berbanding dirinya yang dahulu. Selepas menyepi agak lama daripada radar media, beliau kembali dengan semangat untuk membantu meningkatkan kesedaran kesihatan mental di kalangan masyarakat.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI