
Ibu mana yang tidak gembira jika anak yang menjadi permata hati cemerlang dalam bidang akademik. Itulah gambaran perasaan Mulan Jameela apabila puteranya, Muhammad Rafly Azis mendapat surat tawaran biasiswa di Tokyo International University.
Muhammad Rafly Azis atau mesra disapa Daffy merupakan anak Mulan Jameela dan mantan suaminya, Harry Nugraha. Memetik info dari detik.com, Daffy melanjutkan pelajarannya dalam jurusan Digital Business and Innovation. Pihak kampus juga memuji pencapaian akademik Daffy dalam surat permohonannya yang dikongsi oleh Mulan Jameela di laman instagram miliknya.
Pihak Tokyo International University memberikan penganugerahan biasiswa kepada Daffy memandangkan bakat dan pengalaman yang dimilikinya sepanjang menempuh fasa pendidikan yang dilaluinya.
“Alhamdulillahirabbilalamin, akhirnya tercapai cita-cita Daffy untuk transfer kuliah di Tokyo International University dan dapat biasiswa dengan usaha sendiri,” tulis Mulan Jameela dalam keterangan fotonya di laman Instagram.
Selain itu, isteri kepada Ahmad Dhani ini turut menitipkan ucapan istimewa untuk anak tersayang yang bakal melanjutkan pelajaran ke Jepun tidak lama lagi.
“Semoga Allah selalu menjaga, memberikan kemudahan dalam setiap ikhtiar dan cita-citanya ya. Sehingga kamu bisa merangkai kehidupan yang sukses di dunia dan di akhirat.
Bonda, ayah dan seluruh keluarga selalu mendukung dan berdoa buat kamu. Bonda titip satu pesan penting, jangan tinggal sholat ya sayang,” ungkap Mulan penuh pengharapan buat puteranya itu.
Anak Istimewa Edry Abdul Halim Dah 16 Tahun, Pandai Menulis & Iras Wajah Bapa!

Alhamdulillah, berkat pengorbanan dan kasih sayang tidak berbelah bagi anak istimewa Edry Abdul Halim dan isteri semakin menunjukkan perkembangan positif. Mengambil inisiatif berhijrah ke Manchester demi memberi pendidikan terbaik buat anak autismnya iaitu Emery, bekas penyanyi kumpulan KRU ini berkata usaha tersebut mula berhasil.
Jelas adik kepada Dato’ Norman dan Dato’ Yusry ini, anak ketiganya itu sudah mampu mengurus diri. Walau belum boleh bertutur, pasangan suami isteri tersebut bagaimana pun gembira dengan keadaan anak tersayang.
Memetik kenyataan Edry kepada media awal Mac lalu, “Sebaik berpindah ke Manchester, kami mula kurangkan jangkaan terhadap perkembangan Emery.
Kami tidak lagi tunggu bila cikgu akan mengajar dia bercakap. Sebaliknya, kami terima seadanya keadaan anak kami.
Lagipun, apa yang diajar sekolah di UK lebih kepada asas kehidupan seperti penggunaan tandas, keselamatan di dapur, melintas jalan dan lain-lain.”



Terbaharu, Edry berkongsi wajah terkini anak terunanya di media sosial. Ternyata ia mendapat banyak reaksi daripada peminat, rakan artis dan bapa saudara Emery iaitu Dato’ Norman Abdul Halim.
“My special boy Emery in style for Prom night sekolah dia. Looking forward summer holidays soon.
FYI, untuk yang tak mengenali, Emery anak istimewa Autism, non verbal tapi pandai menulis/mengeja. Itu salah satu cara nak faham dia. Umur dah 16 tahun this year.”



Selain Emery, Edry Abdul Halim dan Milia dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Emil berusia 23 tahun, Edylia, 20 tahun dan Elya, 13 tahun.
Mengulas pertanyaan jika dia mahu terus menetap di bumi UK, pemuzik ini bagaimana pun belum merancang untuk kembali ke Malaysia memandangkan Emery akan tamat sekolah dalam tempoh empat tahun.
“Saya tidak nafikan hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Jadi, lebih baik di negeri sendiri. Perancangan untuk pulang ke Malaysia ada, tetapi bukan pada waktu terdekat kerana Emery masih belajar.


Dua anak saya yang dewasa sudah bekerja dan belajar di kolej. Jika mereka ingin terus menetap di Manchester, saya tiada halangan kerana mereka sudah besar. Itu pilihan mereka.”
Moga kekuatan Edry dan Milia menjaga anak istimewa ini menjadi kekuatan semangat buat para ibu bapa yang turut mempunyai cahaya mata autism.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/datuk-amy-cecah-usia-65-masih-segak-bakal-buat-konsert-nabila-huda-titip-doa-bapa-tersayang/
9 Tip Pengalaman Pertama Umrah Bersama Si Kecil, Sharing Wanita Ini Gerenti Buat Ibu Ibu Teruja!

Leceh dan membazir! Itu mungkin tanggapan negatif segelintir orang tentang ibu bapa yang membawa anak kecil mengerjakan umrah. Namun apa yang dikongsi oleh Puan Rebecca Melessa Haji Romaini, 30, ini pasti menukar persepsi tersebut.
Bolehkah ibu bapa beribadah dengan sempurna jika membawa anak kecil? Tidakkah kesibukan menguruskan ragam mereka nanti bakal mengganggu kelancaran dan fokus kita di Tanah Suci?
Jujurnya Nona tertarik dengan sharing Puan Rebecca Melessa atau Cikka di akaun Facebook beliau. Keluarga kecil yang berasal dari Klang itu telah berlepas ke Mekah pada 24 November lalu dan pulang ke Malaysia pada 5 Disember, selepas 11 hari di sana.
Semoga tip-tip ini bermanfaat untuk anda yang bakal mengerjakan umrah dengan anak-anak suatu hari nanti.
=============================
Disebabkan ramai yang tanya, best ke bawak budak-budak time umrah? Cikka cuma cakap, “Jangan! Jangan tak bawak dorang! Ya walaupun ada dugaan kecil and ibadat agak terbatas, tapi hikmahnya bila time solat si kecik pun nak solat.
Cikka ke sana dengan dua anak kecil, Rayyan umur 1 tahun 10 bulan dan Juna pula berumur 3 tahun 5 bulan. Kami suami isteri memang lebih banyak bersabar kalau ada ujian. Yes! Banyak-banyak bersabar. So ini antara tip yang Cikka boleh share.
(1) Doa dan berfikiran positif
Dua minggu sebelum menunaikan umrah, Cikka sentiasa berdoa minta ibadah kami di sana dipermudahkan dengan anak-anak. Tak meragam masa nak solat, tak berak atau kencing masa kami tunaikan umrah. Sentiasa fikir positif and cakap baik-baik kat sana. Sebab apa yang kita niat and cakap semua akan termakbul tau. Tapi alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan.
Kat sana kalau meragam memang Cikka bacakan surah Al-Insyirah dan 3 Qul, kemudian hembus kat ubun-ubun mereka. Supaya tak terlalu hyper. Masa nak buat tawaf pun memang niat supaya tak buat sesuatu yang boleh batalkan umrah ibu bapa dia. So akhirnya masa nak tawaf, dorang tidur kat kerusi roda.
(2) Sentiasa bercakap tentang Mekah & Madinah
Seminggu sebelum pergi, Cikka suka tunjukkan anak-anak pasal Kaabah, pasal ibadat kat sana, bawak mereka ke masjid dan selalu cerita tentang situasi di sana. Cikka tunjukkan video tawaf supaya faham. Bila kami sampai kat hotel, bayangkan dorang punyalah teruja dan cakap, “Mama, Mama! Kaabah!”
(3) Permainan dan gajet
Memandangkan tempoh penerbangan yang agak lama, so kami dah bawak siap-siap toys and gadget untuk lekakan mereka. Kami naik flight MAS, apa yang bagusnya kalau bawak si kecil, tak payah beratur panjang. Ibu bapa dan anak-anak boleh terus masuk.
Memula cuak jugak bayangkan kalau kat flight nanti dorang cranky. Tapi rupanya dalam flight dah ada kartun kat TV. So dorang tengok itu je. Bila ngantuk, ada disediakan bassinet untuk si kecik tidur. Si abang pulak tidur kat pangkuan je.


Masa di Madinah dan Mekah, honestly permainan yang kami bawak pun tak banyak guna. Gajet pun cuma guna dalam bas je waktu dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah. Perjalanan bas tu saja 6 jam. Masa yang selebihnya, Cikka ajak dorang explore sendiri kat sana. Main dengan kawan kawan, berlari sana sini, bagi rangsangan minda.
Cuma si Rayyan ni memang terlebih aktif. Asal solat je dia hilang nak cari bapak dia. Tapi nasib jemaah lain faham. Asal nampak Cikka dok mencari, terus tunjuk arah Rayyan pergi. Even kami pun bercakap macam ayam dan itik.

(4) First aid kit
Luckily kami bawak ubat dari sini sebab dorang selesema dan batuk kat sana. Mungkin perubahan cuaca. Plus kat sana tak ada klinik dan ubat-ubatannya sangatlah mahal.
Cuma bila sampai di Mekah, Juna terus kena demam panas. Nak tak nak kena masukkan ubat cara rectum suppository. Dan kami kena bergilir-gilir buat tawaf serta ibadat kat sana. Memang agak mencabar sebab kami bawak sekali mak yang dah uzur.



(5) Kerjasama dan toleransi
Honestly bila sampai sana, kerjasama dua pihak jadi sangat penting. Sebab kita pun tak dapat jangka apa akan jadi kat dorang so kami cadang si abang ikut bapaknya dan si adik ikut maknya.
Peliknya masa kat sana, dorang berdua nak dengan Papanya. Mungkin Allah nak Cikka fokus kat mak kot. But alhamdulillah, husband super ohsem sebab sabar je layan kerenah anak-anak.
(6) Makanan
Kalau cakap pasal makanan, jangan risaulah! Orang sana sangat pemurah dan Rayyan yang paling untung sebab ikut maknya. Jemaah perempuan suka sangat bagi makanan.
Bila tanya kat Juna, dia tak dapat pun, hahaha… Kesian betul. Tapi kerjanya asyik makan coklat je la kan? Mama tak kisah pun time kat sini. bagi chanceeee... Setiap hari kami minum air zam zam je, free flow always! Memang heaven. Setiap kali minum niat je kat dorang. Alhamdulillah Juna dan Rayyan makin lancar bercakap lepas balik Malaysia.
(7) Pakaian
Sekarang memang musim sejuk. Kami pulak tak bawak baju tidur banyak. Sebab mostly spend time kat masjid. And kitorang beli jubah je kat sana sebab jubah budak murah. Dalam 10 riyal je.
Tapi stoking kena bawak sebab sejuk. Kalau di Madinah, ok sikit kawasannya. Cuma kalau kat Masjidil Haram, lantai agak kurang bersih, jadi kenalah pakai selalu. Satu lagi bawaklah selimut kecik dan bantal travel. Senang anak-anak nak tidur kalau pergi masjid waktu pagi dan malam.

(8) Stroller and baby carrier
Dua dua benda ni Cikka bawak. Penting untuk guna di airport dan kalau pergi ziarah. Tapi rasanya baby carrier lagi mudah. Si abang pula berjalan atau didukung ayahnya.
Cikka ada bawak harness tapi malangnya dorang taknak diikat. Menangis-nangis macam kena dera. Akhirnya reda jer mereka berjalan sana sini.
Kami kena tawaf di tingkat 1 masa buat tawaf qudum sebab ada orang tua yang berkerusi roda dan budak-budak. Jadi mutawwif buat keputusan untuk tawaf sama-sama kat atas terus. Di Mekah kita tak boleh bawak masuk stroller tau. Cikka terpaksa bawa dorang guna kerusi roda yang dipinjam dari hotel.



(9) Tawaf dengan anak-anak
Pasal si kecik dua orang ni sangat aktif so Cikka decide buat tawaf guna skuter je. Yeap, memang ada perkhidmatan tu kat tingkat 3. Kalau double seat dalam 100 riyal. Encik suami bawak mak tawaf kat Kaabah dan Cikka bawak dorang tawaf kat atas.

Anak-anak suka sangat bertawaf dan sampai tertidur kena angin. Sambil tu ajaklah berzikir sekali. Memang hubungan ibu-anak jadi lebih rapat kata orang.
But so far pengalaman bawak mereka sangat sangat berbaloi! Banyak rahmat dan barakah kita dapat. Sebab anak pun salah satu penyumbang rezeki kita. Jangan sesekali cakap menyusahkan, insyaAllah dipermudahkan. Norzalina Mohd Alias
Sumber: Rebecca Melessa
Demi Masa Depan Keluarga, FAUZI NAWAWI & LISDAWATI Buka Kafe Ketengah Resepi Semenanjung & Sabah

Gandingan pasangan selebriti popular Fauzi Nawawi dan isteri, Lisdawati seringkali menjadi tumpuan netizen terutamanya di laman sosial. Bukan sahaja disebabkan kerana kehebatan lakonan kedua-duanya, malah kemesraan kedua-dua pelakon hebat ini sebagai suami isteri antara sebab netizen suka melihat mereka.
Baru-baru ini, ketika ditemu bual oleh Harian Metro, Fauzi Nawawi atau nama sebenar Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 49, berhasrat untuk memulakan perniagaan makanan dalam masa terdekat. Hal ini disebabkan oleh dia dan juga isterinya berasa bimbang terhadap masa depan mereka sekeluarga.
Tambahan pula, saiz keluarga semakin membesar semenjak dikurniakan cucu, yang menjadikan mereka lebih peka untuk membina masa depan yang lebih terjamin.
Menurut Fauzi, apabila sudah bercucu, dia lebih kerap memikirkan mengenai peluang lain selain dari bidang lakonan.
Jujurnya, saya lebih banyak berfikir ke arah itu. Saiz keluarga yang semakin besar membuatkan saya bimbang mengenainya.
Fauzi turut menyatakan bahawa semenjak bercucu, dia lebih memilih tawaran berlakon terutamanya bagi watak jahat. Bagi dirinya, dia risau sekiranya watak jahat yang dilakonkan akan memberi kesan tidak baik kepada cucunya.
Tambah lagi jika nak berlakon sesuatu watak terutamanya watak jahat. Saya terfikir mendalam kerana ia akan bagi kesan dulu pada anak dan sekarang cucu. Watak yang dapat sekarang pun bapa-bapa dan yang baik-baik kerana watak jahat dah kurang. Tawaran begitu pun dah kurang yang datang.
Oleh kerana itu, dia dan isteri membuat persiapan awal dengan mencari peluang lain dan bakal membuka kafe di kawasan Bukit Bintang.
Akan dilancarkan pada hujung Disember ini atau awal Januari tahun depan, mereka memasang impian untuk mewujudkan konsep francais di seluruh negara. Kafe yang mengetengahkan masakan Semenanjung dan dari Sabah ini merupakan idea pasangan ini di mana resipi bagi makanan Semenanjung adalah daripada isterinya.
Kafe kami itu sudah 70 peratus siap dan akan ada empat cawangan di Kuala Lumpur dan Selangor yang akan dimiliki oleh kami. Manakala di seluruh Malaysia ada 26 francais.
Biarpun masih dalam proses pemilihan nama, Fauzi berasa teruja untuk memiliki kafe sendiri terutamanya apabila melihat kejayaan orang lain dalam perniagaan makanan.
“Jika tiada tawaran berlakon sekurang-kurangnya saya boleh buat sesi live Instagram dan TikTok dengan peminat. Pada masa yang sama, bila ada kedai makanan, kami boleh banyak bersedekah kepada golongan yang memerlukan,” katanya.
Sumber gambar: