Jarang terungkap, akhirnya kemunculan anak Presiden Rusia yang juga pakar sains perubatan menyerlahkan kecantikan asli Dr Maria Vorontsova, serta-merta jadi tumpuan dunia!
Identiti dan kehidupan peribadi ahli keluarga Presiden Rusia, Vladimir Putin, jarang-jarang dikongsi dengan masyarakat. Seorang yang tegas dan sangat menjaga privasi, kisah hidup sosok pemimpin Rusia dengan populasi rakyat mencecah 144 juta orang itu dianggap tabu.
Namun baru-baru ni, kemunculan anak sulung Putin, iaitu Dr Maria Vorontsova hangat diperkatakan. Hadir sebagai panelis sempena sebuah sidang forum antarabangsa, mengungkap keperibadian wanita pintar berusia 39 tahun tersebut yang hampir tidak pernah muncul di khalayak ramai.
Menurut laporan New York Post, Dr Maria hadir di Forum Ekonomi Antarabangsa St Petersburg pada Jumaat, 7 Jun 2024. Beliau dilihat menyampaikan gagasan isu inovasi bioteknologi dan bioproduksi.
Sebagai penyelidik di Pusat Penyelidikan Perubatan Endokrinologi, Kementerian Kesihatan Rusia, Dr Maria juga gigih menjalankan projek pengembangan teknologi genetik. Ini sekaligus mengangkat visi bapanya iaitu sains adalah masa depan.
Memiliki seorang adik perempuan bernama Katerina Tikhonova, kedua-dua adik-beradik dari zuriat Presiden Rusia itu telah diundang sebagai panelis dalam forum yang sama. Katerina terdahulu lebih dekat dan dikenali masyarakat kerana aktif menyertai pelbagai kegiatan sosial.
Kemunculan anak Presiden Rusia yang juga pakar sains perubatan itu turut menyerlahkan kecantikan asli Dr Maria Vorontsova yang diwarisi dari ibu bapanya.
Dr Maria dan Katerina merupakan anak kesayangan Putin daripada perkahwinannya dengan bekas isteri, Lyudmila. Pasangan tersebut berpisah pada tahun 2013 setelah 30 tahun hidup bersama.
Ads
Presiden Rusia itu pernah berkongsi bahawa kedua-dua anaknya bekerja dalam bidang sains dan pendidikan, tapi tidak menyebutkannya secara spesifik.
Seorang yang cantik jelita, akhirnya terungkap kerjaya Dr Maria sebagai seorang ahli paediatrik endokrinologi. Beliau menyertai pasukan tenaga perubatan yang khusus menangani masalah kesihatan berkaitan hormon.
Foto: Russia 24
Ads
Lapor Newsweek, wanita berambut perang itu memiliki kelulusan pendidikan kedoktoran dari Moscow State University. Beliau pernah menerbitkan sebuah jurnal ilmiah berjudul Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism pada tahun 2021. Maria menggunakan nama penuhnya iaitu Maria Vladimorovna Vorontsova dalam jurnal tersebut.
Bukan itu sahaja. Dr Maria juga mendirikan bisnes dalam bidang perkhidmatan kesihatan swasta iaitu Nomenko di Rusia. Sebagai pengasas bersama Nomenko, syarikat Dr Maria terlibat dalam projek pelaburan penjagaan kesihatan swasta terbesar di negara mereka.
Dr Maria juga merupakan anggota The Russian Association for the Promotion of Science, sekaligus diiktiraf sebagai salah seorang pakar sains perubatan yang berpengaruh.
Berdasarkan sumber Wikipedia, beliau telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan Belanda, Jorrit Faassen pada tahun 2008 sebelum berpisah sekitar 2015. Kini Dr Maria dikhabarkan bergelar isteri kepada Yevgeny Nagorny dan mempunyai dua cahaya mata.
Siapa yang tak kenal dan mengagumi legenda badminton tanah air, Datuk Wira Dr. Lee Chong Wei yang banyak kali membanggakan industri sukan tanahair menerusi sukan badminton. Pada 13 Jun 2019, Lee mengumumkan persaraannya daripada badminton profesional selepas 19 tahun berkhidmat pada negara.
Pencapaian demi pencapaian yang diperolehi Datuk Lee Chong Wei walaupun dirinya tidak lagi beraksi di gelanggang. Baru baru ini, beliau menjadi atlet badminton pertama negara yang mempunyai figura lilin yang ditempatkan di muzium lilin yang cukup terkenal, Madame Tussauds di Singapura.
Figura bekas pemain perseorangan lelaki No.1 dunia selama 348 minggu itu juga merupakan penambahan terbaru di muzim berkenaan di mana figuranya itu dipamerkan bersama-sama dengan atlet legenda dunia seperti Muhammad Ali, Cristiano Ronaldo, David Beckham, Serena Williams dan lain-lain lagi.
Majlis pelancaran dan memperkenalkan figura lilin dilihat berlangsung semalam menyaksikan Datuk Lee Chong Wei bergambar dengan figuranya yang cukup sempurna mengenakan jersi pada tahun 2016 yang disarungkan ketika beraksi di Sukan Olimpik Rio sambil memegang raket di tangan kanannya.
Nak melihat figura lilin Datuk Lee Chong Wei dengan lebih dekat? Anda boleh berbuat demikian dalam masa yang terdekat ini kerana patung lilin tersebut tidak akan berada lama di Madame Tussauds Singapura. Pada suku pertama 2023, ianya akan diterbangkan dan ditempatkan di Madame Tussauds Hong Kong secara kekal.
Untuk rekod, Madame Tussauds Hong Kong telah mengumumkan berkenaan pembuatan figura lilin Chong Wei sejak tahun 2020. Untuk pengetahuan, Madame Tussauds merupakan muzium lilin di London dengan cawangan di beberapa bandar-bandar utama. Ia diasaskan oleh pemahat lilin Marie Tussaud. Madame Tussauds merupakan salah satu tarikan pelancongan utama di London, memaparkan hasil kerja lilin orang terkenal.
Sumber: Sukanz.com
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekalung tahniah buat pasangan selebriti Khai dan Rosma atas kejayaan menubuhkan badan amal mereka semalam. Dalam diam, rupa-rupanya suami isteri yang lahir dari program realiti Akademi Fantasia ini aktif membuat kebajikan. Bukan dalam tempoh setahun dua, sebaliknya Khai dan Rosma sudah melakukan kerja murni ini sejak tujuh tahun lepas!
Lebih bermakna, berkat usaha gigih Khai dan Rosma selama hampir tujuh tahun dalam perniagaan, mereka berjaya membangunkan legasi KR Successful Sdn Bhd.
Rosma atau nama sebenarnya Rosmayati Sidik menerusi media sosial menzahirkan rasa syukur sempena Majlis Pelancaran Program Ihsan Kasih oleh Pertubuhan Kasih KhaiRosma.
“Syukur alhamdulillah. Selesai sudah Majlis Pelancaran Sumbangan Dana & Penyerahan Replika Kunci Kereta Proton Saga daripada Pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada Pertubuhan Kasih KhaiRosma sempena Program Ihsan Kasih KhaiRosma.”
Sementara itu, Khai dalam ucapannya turut teruja dapat mempergiat usaha membantu golongan kurang bernasib baik menerusi badan amal mereka.
“Saya dan isteri terlibat dengan aktiviti bantuan sejak 2015 lagi dan dikenali sebagai KR Charity dengan menjalankan secara persendirian saja, fokus yang sama bantuan untuk anak-anak kecil.
Setelah mendapat permintaan ramai dalam media sosial yang memerlukan bantuan seperti ini sama ada daripada keluarga sendiri mahupun kenalan, jadi tertubuhlah Pertubuhan Kasih KhaiRosma pada 24 Mei lepas.
Dengan ini membolehkan kami bergerak secara rasmi dengan menjalankan ‘Program Ihsan Kasih KhaiRosma’ bagi membantu anak-anak kecil menghidap penyakit kronik yang memerlukan sumbangan dan bantuan dari segi keperluan asas, perubatan, kos pengangkutan dan pembedahan.”
Dalam pada itu, MAIWP turut meluluskan peruntukan pembiayaan Program Ihsan Kasih KhaiRosma sebanyak RM300,000 termasuk kos perbelanjaan khas bulanan, kos perubatan, kos pembedahan dan pembelian kereta sedan dua buah bertujuan kegunaan ibu bapa mendapatakn rawatan anak di hospital.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai umat Islam melawat Tanah Suci menjadi cita-cita yang sentiasa membara di jiwa. Bagi yang belum pernah mengunjunginya sentiasa berdoa agar berpeluang ‘dijemput’ untuk ke sana. Dan bagi yang telah dikurniakan rezeki ke sana pasti mahu dan mahu lagi mengunjungi tanah suci dan makam Rasulullah SAW.
Sambutan Aidilfitri Lisa Surihani tahun ini sedikit berbeza apabila telah berangkat ke Tanah Suci usai menunaikan Solat Aidilfitri di ibu kota. Sesungguhnya Lisa bersama suaminya, Yusry Abd Halim (KRU) bertuah kerana menyambut kehadiran Syawal dengan menjadi tetamu di sana.
Lisa mengucapkan rasa syukurnya kerana diberi peluang oleh Yang Maha Esa untuk ke tanah suci melalui perkongsiannya di laman media sosial, “Assalamualaikum wbt, kami sekeluarga ingin mengucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Buat pertama kali, kami meraikan Aidilfitri dengan menziarahi makam Rasulullah SAW dan masjid-masjid di Madinah dan kemudian menziarah dan menjalankan umrah di Mekah, insyaallah Amin.
Semoga dipermudahkan perjalanan, urusan, dan dalam mengerjakan ibadah. Moga kami semua diberikan kesihatan untuk melaksanakan ibadah. Moga kami semua dikurniakan umrah yang mabrur.
Dengan rendah diri, saya sangat bersyukur, kali pertama saya ke sini adalah bersama suami, ibu dan juga anak-anak. Tiada kata-kata yang cukup utk menggambarkan perasaan ini. Saya doakan moga anda semua dijemput ke sini oleh-Nya. Amin,” kongsi Lisa.
Lisa juga tidak henti memanjatkan rasa syukur dan sudah berdoa agar diberi peluang untuk mengunjungi makam Rasulullah SAW lagi, “Hari Syawal ke-3, kenangan bersama Mummy dan Auntie Bedah (kakak kepada Mummy) setelah selesai melawat Makam Rasulullah SAW / Raudhah dan Perkuburan Baqi. Pengalaman teramat indah tak terkata. Syukur Alhamdulillah,” kongsi Lisa.
Tambah Lisa lagi, “Pada Hari Syawal ke-4, ini kenangan kami sekeluarga setelah selesai ziarah Wida’ di Masjid Nabawi. Moga berpeluang untuk ziarah makam Rasulullah SAW lagi. Kami mohon syafaat Nabi Muhammad SAW kepada Ya Allah SWT. Moga kami bertemu lagi Ya Rasulullah SAW,” kongsi Lisa.
Lisa bukan sahaja menyambut Aidilfitri di tanah suci namun berpeluang menyambut hari kelahiran suami tercinta di Mekah. Ucapan Lisa pasti mengundang sebak buat Yusry, “Happy Birthday Sayang, moga semua yang baik-baik yang you doakan dimakbulkan Allah SWT, Insyaallah Amin. I love you always,” ucap Lisa.
Yusry juga beruntung kerana Hari Bapa jatuh pada tarikh mereka masih di sana. Kasih Yusry terhadap anak-anaknya memang jelas kelihatan melalui foto-foto yang sering mereka kongsikan di laman media sosial.
Lisa juga turut menitipkan ucapan buat suaminya yang tercinta, “With Daddy its a lot of fun, pampering and love. Happy Father’s Day to my children’s Daddy,” kata Lisa.
Semoga Lisa Dan Yusry mendapatkan umrah yang mabrur dan diperkenankan segala doa yang dipanjatkan ketika menunaikan umrah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.