Episod duka yang pernah melanda keluarga Datin Patimah Ismail sebelum ini kembali pulih. Tumpang gembira tengok momen istimewa keluarga selebriti ini menikmati percutian di Eropah.

Bukan hanya melancong bersama suami tercinta, Datuk Yusof Haslam. Bahkan percutian kali ini lebih bermakna apabila anak mereka yang juga pengarah terkenal, Syamsul yang pernah terpalit dengan isu rumah tangga turut tidak melepaskan peluang meluangkan masa bercuti bersama ibu ayah tersayang.

Artikel https://www.nona.my/jatuhnya-air-mata-bapa-warga-maya-sebak-datuk-yusof-haslam-luah-tentang-syamsul-puteri-sarah/

Datin Patimah Bahagia Bercuti Di Switzerland

“Terima Kasih Doakan Kebahagiaan Kami,” Datin Patimah Ceria & Bahagia Nikmati Percutian Keluarga Di Switzerland! “Terima Kasih Doakan Kebahagiaan Kami,” Datin Patimah Ceria & Bahagia Nikmati Percutian Keluarga Di Switzerland!

Difahamkan Syamsul juga membawa dua permata hati kesayangan iaitu Syaikul Islam dan Sumayyah bercuti bersama di Switzerland. Ia sekaligus melupakan sengketa lama di antara ibu ayah dan anak berkenaan. Di samping mengeratkan kembali hubungan kekeluargaan.

Berkongsi detik indah itu, Datin Patimah memuat naik foto percutian seisi keluarga di media sosial. Namun paling menarik perhatian apabila ibu penyayang berkenaan menyertakan kapsyen yang nyata menyentuh emosi warga maya.

Ads

“Terima kasih kalian semua yang mendoakan kebahagiaan kami.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Patimah Ismail (@patimah8057)

Lebih mencuri tumpuan, percutian selama seminggu itu turut melibatkan 15 ahli keluarga terdekat termasuk adik Syamsul iaitu Syafiq, besan mereka yang merupakan ibu serta adik-adik pelakon Puteri Sarah Liyana.

Bagaimana pun, aktres jelita tersebut tidak dapat menyertai percutian itu atas urusan yang tidak dapat dielakkan.

Ads

Cucu Juga Anak Syamsul Ikut Percutian Datin Patimah & Datuk Yusof Haslam

Menerusi perkongsian Datin Patimah jelas terpancar reaksi ceria dan bahagianya dapat memanfaatkan masa berkualiti di samping anak-anak dan cucu. Satu impian yang diidamkan selama ini dan akhirnya dimakbulkan Allah SWT.

Khabarnya kali terakhir Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah bercuti bersama Syamsul ialah pada 2017 di London sewaktu Puteri Sarah Liyana masih menjadi isteri Syamsul Yusof.

“Terima Kasih Doakan Kebahagiaan Kami,” Datin Patimah Ceria & Bahagia Nikmati Percutian Keluarga Di Switzerland! “Terima Kasih Doakan Kebahagiaan Kami,” Datin Patimah Ceria & Bahagia Nikmati Percutian Keluarga Di Switzerland! “Terima Kasih Doakan Kebahagiaan Kami,” Datin Patimah Ceria & Bahagia Nikmati Percutian Keluarga Di Switzerland! “Terima Kasih Doakan Kebahagiaan Kami,” Datin Patimah Ceria & Bahagia Nikmati Percutian Keluarga Di Switzerland!

Memetik kenyataan Syafiq kepada Harian Metro sebelum ini, bapanya merancang percutian keluarga bersama Syamsul ke Eropah tahun ini demi melupakan sengketa dan mengeratkan ukhwah.

Ads

Terdahulu, Syamsul dikatakan tidak pulang ke rumah kedua-dua ibu bapanya selepas mendirikan rumah tangga dengan Ira Kazar.

Pada 5 September 2024, Syamsul menceraikan Ira dengan talak satu selepas 21 bulan berkahwin.

Syamsul dikatakan pulang ke rumah keluarga, kira-kira seminggu selepas bercerai.

Pengarah filem Mat Kilau berkenaan pernah berkahwin dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam dan Sumayyah. Namun mereka akhirnya bercerai pada 13 Jun 2023.

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI