ZALORA, Destinasi Fesyen Atas Talian Asia, dengan bangganya mengumumkan kembalinya pertandingan pencarian model serantau pertama yang dijalankan di atas jaringan media sosia, Make Me A ZALORA Model untuk musim yang kedua.
IKLAN
Model-model yang berminat dari Singapura, Malaysia, Hong Kong, Taiwan, Indonesia dan Filipina dijemput untuk mengikut serta dalam pertandingan menjadi model ZALORA dan memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan, termasuk kontrak dengan agensi peragaan Upfront di Singapura dan bekalan pakaian selama setahun dari ZALORA.
Peraduan ini telah pun dilancarkan pada 28 Ogos yang lalu dan akan berlangsung selama empat minggu. Ini bermakna kalau ada di kalangan pembaca Nona yang rasa diri anda layak mejadi model, boleh mencuba nasib. Mana tahu anda merupakan orang bertuah yang akan memenangi hadiah lumayan ini. Pertandingan ini dibuka untuk sesiapa sahaja tidak kira lelaki mahupun wanita.
IKLAN
Zamantha Dy, Pemenang MMZAM Musim Pertama
Untuk memasuki pertandingan itu, peserta yang berminat boleh memuat naik gambar selfie terbaik atau foto penuh ke Instagram menggunakan hashtag #MMAZMCycle2. Setiap minggu, peserta dari setiap negara dengan gambar terbaik akan dipilih oleh para hakim untuk maju ke separuh akhir dan layak untuk pusingan seterusnya.
IKLAN
Di akhir kitaran setiap minggu, hanya 12 peserta sahaja yang akan muncul sebagai finalis dan dibawa ke Kuala Lumpur untuk sesi Grand Finale di mana pemenang Make Me A ZALORA Model akan diumumkan. Maklumat lanjut dan T & C penuh di www.zalora.com.my/make-me-a-zalora-model
Supermodel Bella Hadid sentiasa menjadi trendsetter dalam dunia fesyen. Gaya pakaiannya serta kebolehannya untuk suai padan sering mencuri perhatian.
Baru-baru ini, adik kepada Gigi Hadid ini telah diundi sebagai “Power Dresser of the Year” atau wanita paling berpengaruh dalam berbusana oleh aplikasi fesyen antarabangsa, Lyst, pada 2022.
Dipetik dari Vogue, pakaian yang dipakainya sentiasa mencetuskan peningkatan pembelian.
Semua pakaian yang Bella Hadid pakai pastinya mempengaruhi orang lain untuk mencari pakaian tertentu di laman web Lyst itu.
Sebagai contoh, pembelian korset meningkat sebanyak 70 peratus selepas dipakai oleh Bella Hadid pada pelbagai majlis.
Lyst turut melaporkan, item fesyen itu habis dijual dengan peningkatan 152 peratus dalam carian dan telah habis dijual pada aplikasi itu.
Walau tidak berada di pentas peragaan dalam busana pereka ternama, gaya Bella Hadid masih mencuri tumpuan.
Ini kerana, dia bijak melakukan pelbagai eksperimen pakaian mix and match supaya fesyennya kekal authentic serta stylish.
Jadi tidak hairanlah Bella Hadid terpilih sebagai Power Dresser of The Year kerana gayanya yang hebat.
Kredit Foto: Instagram Bella Hadid
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Setiap wanita pasti mempunyai seluar jeans sebagai koleksi peribadai. Namun adakah anda tahu potongan atau jenis jeans paling tepat buat bentuk tubuh anda? Memilih seluar jeans yang sesuai dengan bentuk badan amat penting agar anda terlihat lebih menawan. Jom Nona kongsikan beberapa tip terbaik untuk memilih jeans paling sesuai dengan bentuk tubuh anda!
LOW-RISE JEANS
Jeans berpotongan rendah hanya sesuai untuk badan kurus sahaja. Pilihan kedudukan poket yang sedikit ke bawah daripada biasa memberi ilusi pemakai sedikit berisi. Tetapi, bagi anda berbadan berisi boleh menampakkan perut anda menggeleber seperti mufin. Jadi, anda harus pilih jeans yang terletak betul-betul pada paras pinggang.
ULTRA LOW-RISE JEANS
Berpotongan sangat rendah, hanya sesuai untuk wanita berbadan langsing sahaja. Pastikan pinggang jeans tidak berada lebih bawah daripada tulang pinggul anda. Bagi kamu yang bukan bersaiz badan seperti model pasti rekaan jeans ini menampakkan sebahagian punggung atau seluar dalam. Jika anda pilih jeans ini perlu berhati-hati, awasi cara duduk andaagar tidak kelihatan seluar dalam anda.
BOOT-CUT JEANS
Inilah jeans paling diminati sepanjang masa. Potongan klasik sesuai untuk wanita bertubuh berisi. Potongan kembang pada bahagian betis dapat mengalihkan tumpuan bahagian pinggang,pinggul dan paha, malah membuatkan bahagian paha kecil dan bahagian kaki kelihatan runcing. Ia juga memberi anda ilusi lebih tinggi.
STONEWASHED JEANS
Warna purda pada bahagian paha dan punggung dapat memberikan stail seksi pada anda. Penambahan sedikit kesan koyak (destroyed) lebih ranggi. Stail ini sangat sesuai bagi yang berjiwa muda dan inilah jenas yang sedang hangat diperkatakan.
DARK JEANS
Jeans ini sesuai untuk semua bentuk badan. Seperti yang kita tahu, warna gelap memberi kesan kecil dan kurus kepada pemakai. Warna jeans yang cerah pula akan memberi kesan lebih besar. Antara warna yang menjadi pilihan ialah biru gelap dan hitam, sesuai ke mana sahaja, siang atau malam.
STRAIGHT JEANS
Potongan lurus jeans ini sesuai untuk semua jenis bentuk badan. Boleh mengecilkan pinggul dan memberi keseimbangan kepada potongan kaki anda. Pastinya sangat menarik dengan padanan kasut bertumit rata! Bentuk AV seam pada bahagian belakang jeans juga memberi kesan kurus.
DISTRESSED JEANS
Jeans ini menarik dipakai semasa bersantai, sesuai sekali untuk semua bentuk badan. Kedutan pada bahagian seluar jeans juga memberi impak seksi dan cukup trendy untuk dicuba.
CROPPED JEANS
Pendek dan seksi. Jeans ini sesuai untuk semua bentuk badan. Tetapi bagi yang berkaki pendek, kamu dinasihat supaya lupakan sahaja hajat untuk mencubanya kerana anda akan kelihatan lebih pendek! Jangan sesekali memakai yang berpoket di belakang kerana nampak lebih besar dan kembang.
SKINNY JEANS
Pastinya sesuai untuk kamu yang berbadan kurus serta berkaki panjang. Anda pasti nampak lebih langsing. Potongan ini juga sesuai untuk anda yang rendah dan kecil molek. Paling senang untuk disesuaikan dengan semua jenis baju. Menarik untuk dicuba!
Melihat posting Instagram milik Anzalna Nasir yang kini sedang menikmati momen percutian bersama keluarga kecilnya ke Dubai, pasti akan tersenyum kagum melihat penampilan ibu kepada dua orang cahayamata ini.
Dubai menjadi lokasi percutian di kalangan selebriti tanahair antaranya termasuklah Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Mira Filzah, Noor Nabila dan beberapa lagi selebriti tanahair.
Mana tidaknya, Anzalan tampil cantik, gorgeous dan style ketika bercuti walaupun dengan kehadiran dua anak kecil! Anzalna Nasir sememangnya seorang wanita yang bukan saja memiliki raut wajah sempurna bahkan mempunyai cita rasa fesyen elegan dan sofistikated. Walaupun mengenakan hijab, apa saja yang tersarung di tubuhnya nampak cantik terletak!
Walaupun ketika menikmati percutian, nampaknya Anzalna bijak menentukan gaya agar tidak kelihatan keterlaluan. Pendek kata, from head to toe menarik. Apatah lagi pemilihan gaya disesuaikan dengan suami tersayang, Hanif Zaki dan dua orang putera kesayangannya, Eidrees dan Emirhan.
Mempunyai 3.3 juta followers di Instagram, perkongsian foto percutian Anzalna ke Dubai baru-baru ini meraih perhatian peminat. Ibu kepada dua orang cahaya mata ini mendapat pujian di kalangan netizen di posting instagram miliknya di mana para peminat memuji kecantikannya yang bijak bergaya walaupun mengenakan hijab.
Menurut Anzalna, percutain keluarga ini merupakan percutian sempena sambutan hari lahirnya ke 35 baru-baru ini di samping usia anak keduanya, Emirhan mencecah usia 8 bulan. Anzalna turut berkongsi mengenai dua anak lelakinya memberi ‘kerjasama’ yang terbaik sepanjang percutian keluarga tersebut.
“Happy 8 months old Emirhan! Senang betul jaga Emirhan tak meragam bawa dia pi holiday. Baik macam mommy dia waktu kecil. Nakkk jugaaaaaa angkat bakul! hahahahhahahahah”- Anzalna Nasir
Untuk rekod, Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir berkahwin dengan ahli perniagaan Hanif Zaki pada 2016 dan turut dikurniakan anak sulung, Mohamad Eidrees yang kini berusia dua tahun.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...