Pernahkah anda terfikir, mengapa nyamuk lebih tertarik menggigit diri anda berbanding orang-orang lain disekeliling? Sebenarnya anda kelihatan lebih lazat di mata nyamuk kerana beberapa faktor ini.
IKLAN
(a) Darah Jenis O
Nyamuk menggigit manusia untuk mendapatkan protein daripada darah. Menurut kajian, terdapat sejenis darah yang digemari serangga ini iaitu manusia berdarah O.
(b) Karbon dioksida
Nyamuk tertarik dengan hembusan karbon dioksida dan menggunakan organ yang disebut maxillary palp, ia mampu mengesan udara itu dari jarak 164 kaki. Orang yang banyak menghembuskan karbon dioksida lebih menarik perhatian nyamuk dan itulah sebabnya orang dewasa lebih kerap digigit berbanding kanak-kanak.
(c) Wanita Hamil
IKLAN
Wanita hamil dikatakan dua kali ganda lebih menarik bagi kebanyakan nyamuk. Ada dua faktor penyebabnya iaitu wanita hamil menghembuskan 21% karbon dioksida lebih banyak dan suhu tubuhnya lebih tinggi daripada biasa.
(d) Warna Baju
IKLAN
Nyamuk juga menggunakan penglihatannya untuk mengesan posisi manusia. Menurut ahli entomologi kedoktoran di Universiti Florida, Dr. James Day, baju warna hitam, biru gelap dan merah membuatkan nyamuk mudah mengesan diri anda.
(e) Metabolisme
Selain karbon dioksida, nyamuk sangat tertarik dengan bau peluh dan suhu tubuh yang tinggi. Sesetengah jenis bakteria yang hidup secara semula jadi pada kulit manusia juga boleh menarik selera nyamuk. Norzalina Mohd Alias
Murah rezeki Fazeera Nazri Azrai dan Fizo Omar! Mana tidaknya, jika kebanyakan suami isteri terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk timang cahaya mata sebaliknya pasangan ini dikurniakan rezeki mempunyai dua orang anak dalam jangka masa singkat. Alhamdulillah.
Tidak menyangka rezeki untuk timang anak kedua secepat ini, Fazeera atau mesra disapa Faz bagaimana pun memanjat kesyukuran atas anugerah terindah tersebut. Ketika dihubungi Nona, ibu muda berusia 27 tahun ini hamil lima bulan.
“Alhamdulillah sekarang ni seperti semua orang dah tahu, Faz pregnant anak kedua. Gap baby dalam perut dengan anak pertama, Khaleeda sekitar 11 months je. Dah buat check up dengan doktor, semua ok dan baby sihat.
Faz sekarang ni housewife dan kerja part time buat research untuk content leadership program. At the same time, Faz pun nak habis degree dan Faz dan Fizo sepakat nak sambung Master in Psychology by tengah tahun ini juga. Aamiin,” dedah Faz yang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan pendidikan di UNITAR.
Kredit Instagram @ffezyranesryKredit Instagram @ffezyranesryKredit Instagram @ffezyranesryKredit Instagram @ffezyranesry
Selamat melahirkan puteri sulung pada 25 Jun 2022 yang diberi nama Wan Khaleeda, berita kehamilan kedua Faz nyata mengundang pelbagai reaksi daripada peminat. Apatah lagi, Khaleeda waktu itu baru berusia sekitar dua bulan.
Menceritakan detik hamil anak kedua, dia dan Fizo turut terkejut apabila ujian kehamilan menunjukkan tanda positif. “Faz baru sedar hamil anak kedua ni bila Faz balik Sarawak dalam empat bulan lepas. Masa tu Faz dah pregnant almost 2 months.
Waktu tu dah dekat dua bulan lambat period. So bila pergi check, beli pregnancy test dan dua kali buat ujian, confirm Faz dah pregnant. Fizo pula masa tu dekat KL dan Faz di Sarawak. I texted him, hantar gambar pregnancy test and masing-masing terkejut.”
Tambahnya lagi, keluarga turut gembira bila dapat tahu berita tersebut. “Alhamdulillah theyare all excited and happy untuk menerima ahli keluarga baru dalam masa terdekat ni. Especially Maryam, dia sangat-sangat happy untuk dapat adik yang second ni.
I’m so blessed to have this kind of family yang sangat supportive and husband yang very helpful dalam membantu Faz menguruskan anak pertama Khaleeda sebab dia faham Faz penat.
Kehamilan anak kedua ni, kami tak rancang tapi alhamdulillah rezeki. Kami menerimanya sebagai rezeki dan percaya bahawa setiap anak ni mempunyai rezeki mereka tersendiri. Kalau diizinkan, kami rancang untuk ada empat orang anak.
Kredit Instagram @ffezyranesryKredit Instagram @ffezyranesryKredit Instagram @ffezyranesryKredit Instagram @ffezyranesry
Honestly, sebelum tahu pregnant tu memang tak prepare apa-apa sebab tak dirancang. Tapi seperti yang saya cakap, family dan husband serta adik-beradik very helpful and attentive. Banyak tolong dan support jaga baby. Sangat bersyukurlah dapat family yang sangat faham my situation.
Mereka banyak beri moral support dan Faz become mentally and physically prepared for this because of them.”
Ditanya perubahan terbesar dirinya selepas bergelar ibu, Faz sambil ketawa berkata dia bersyukur dapat menggalas tugas tersebut sebaiknya.
Kredit Instagram @fizoomarKredit Instagram @ffezyranesryKredit Instagram @ffezyranesry
“Sepanjang kelahiran Khaleeda, banyak benda Faz belajar. Belajar menguruskan masa, lebih berdisiplin dan well organized. Sebab sebelum ni kita utamakan dan hanya fokus diri sendiri sebelum keluar.
Tapi sekarang semuanya anak dulu. Fizo sejak ada anak kecil ni dia sangat attached to the baby. Baby pun very clingy dengan dia. Apa-apa kalau terlalu busy, dia try to avoid packed schedule sebab dia nak spend more time with family, especially dengan baby.”
Faz yang merupakan wanita kelahiran Kuching, Sarawak dan bekas pramugari mendirikan rumah tangga bersama Fizo Omar pada 21 Oktober 2021.
Hasil perkahwinan terdahulu Fizo, dia mempunyai seorang anak perempuan iaitu Wan Maryam.
Kedudukan songsang bayi di dalam rahim adalah perkara biasa ketika awal kehamilan. Proses perubahan kedudukan bayi berlaku secara semula jadi pada minggu ke 28 hingga minggu ke 32. Jika kedudukan bayi masih tidak berubah maka ibu hamil tersebut diklasifikasikan sebagai kandungan songsang. Namun terdapat juga sebilangan kecil kes bayi mengubah kedudukan selepas dari tempoh tersebut.
Tidak ada cara tertentu untuk merawat kandungan songsang. Namun ramai doktor boleh membantu untuk melakukan External Cephalic Version (ECV) bagi mengubah kedudukan bayi daripada songsang kepada cephalic agar lebih ramai wanita boleh bersalin secara normal.
Syarat-syarat sebelum prosedur ECV dilakukan; 1.Bayi hendaklah matang. 2.Kedudukan uri adalah normal. 3.Air mentuban dalam keadaan normal. 4.Dilakukan oleh doktor di hospital yang mempunyai kemudahan lengkap. 5.Pesakit perlu sedar dan sanggup mengambil risiko-risiko yang diterangkan oleh doktor beliau.
Risiko-risiko yang dikaitkan dengan ECV termasuklah; •Bayi akan bertukar menjadi songsang semula. •Bayi boleh mengalami masalah lemas (fetal distress) ketika atau selepas prosedur ECV tadi. •Ibu mengalami sakit atau sengal di bahagian otot abdomen selepas ECV. •Ibu mengalami pendarahan akibat abruptio placenta yang berlaku akibat ECV. •Ibu terpaksa tinggal di hospital selepas ECV untuk pemantauan ibu dan bayinya.
Semua pesakit yang ingin cuba melahirkan bayi songsang melalui faraj hendaklah bersetuju mengambil risiko-risiko di bawah; •Risiko bayi lemas. •Risiko tali pusat jatuh keluar dahulu sebelum bayi dilahirkan. •Risiko bayi meninggal dunia akibat kedua-dua masalah di atas.
Kadangkala dalam mencuba untuk bersalin secara normal, bayi yang songsang tidak juga turun dan keluar walaupun si ibu mengalami kontraksi dan kesakitan yang kuat. Kes begini akan melalui Emergency Caesarean Section.
Seri ibu mengandung! Tak dinafikan, sejak mengumumkan berita kehamilan anak sulung pada 18 Mac lepas, penampilan dan wajah Yang Teramat Mulia (YTM) Che Puan Mahkota Kelantan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra makin berseri-seri.
Berkenan berangkat ke majlis perkahwinan baru-baru ini, YTM Che Puan Sofie yang anggun berbusana tradisi biru lembut dan lengkap berselendang rona senada, ternyata penampilan isteri YTM Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ini menjadi tumpuan tetamu yang hadir.
Ceria dan romantik berpegangan tangan dengan suami tercinta, pasangan ini turut dilihat mesra dengan orang sekeliling.
Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_
Kongsinya, “We were delighted to attend this very beautiful wedding in Kuala Lumpur. Pengantin lelaki anakanda kepada Yang Bahagia Dato’ Sri Haji Mohd Ayub bin Hassan dan Yang Bahagia Datin Sri Yasmin Hanim binti Arbee. YB Dato’ Sri Haji Mohd Ayub bin Hassan merupakan Pengerusi Eksekutif YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd.”
Sempat meluangkan masa merakam momen indah di samping pasangan mempelai di atas pelamin, rata-rata followers YTM Che Puan Sofie teruja melihat ‘baby bump’ yang jelas kelihatan!
Malah, mereka turut memuji aura cantik dan pesona jelitawan ini yang sedang berbadan dua ini. Menerusi pengumuman terdahulu, beliau dijangka bersalin pada Julai depan.
Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_
19 April nanti, usia perkahwinan YTM Tengku Mahkota Kelantan dan YTM Che Puan Mahkota Kelantan genap empat tahun.
Mengimbas kembali detik bersejarah pasangan diraja ini, YTM Dr Tengku Muhammad Fa-iz dan YTM Che Puan Sofie melangsungkan majlis pernikahan pada 19 April 2019 dalam suasana ringkas tetapi meriah.
Istiadat pernikahan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat yang diadakan secara tertutup di Istana Balai Besar Kota Bahru, Kelantan.
Kredit Instagram @ljo_Foto Koleksi Majalah NonaKredit Instagram @ljo_
Berasal dari Sweden, ternyata beliau berjaya menambat hati khalayak dengan penampilan dirinya yang anggun dan sopan.
Biarpun bukan dilahirkan di Malaysia dan menjalani perbezaan budaya sebelum bergelar suri hati Tengku Mahkota Kelantan, namun beliau bijak menyesuaikan diri.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...