
Ketawa terbahak-bahak saat mendengar jenaka atau menonton cerita komedi, itu adalah sifat semula jadi kita untuk menghiburkan hati.
Tapi tidak semua orang mudah digeletek hatinya. Ada terlalu ramai manusia yang susah ketawa kerana memandang perkara-perkara lucu ini sebagai tidak serius untuk difikirkan.
Justeru bagi anda yang mudah terhibur, berbanggalah kerana hati anda cenderung lebih bahagia berbanding mereka yang jarang tertawa.
Kali ini, jom semak beberapa fakta pelik tentang ketawa.
(a) Jika anda ketawa satu jam tanpa henti, efeknya sangat bagus untuk otot perut.
(b) Kebanyakan kanak-kanak berusia 6 tahun ketawa sebanyak 200 kali sehari. Sementara orang dewasa hanya ketawa 20 kali sehari.
(c) Ketawa selama 17 minit dipercayai boleh memanjangkan hayat manusia selama 1 hari.
(d) Ketawa boleh mengurangkan beban fikiran.
(e) Seorang bayi tidak akan ketawa sehingga berusia 3 bulan.
(f) Orang yang selalu ketawa lebih berisiko rendah mengalami penyakit jantung.
(g) Perbuatan ketawa selama 10-15 minit dapat membakar kalori. Norzalina Mohd Alias
Bijak & Berwajah Kacak, Andika Rees Anak Lelaki Azhar Sulaiman Genggam Ijazah!

Tahniah Andika Rees yang berjaya menamatkan pengajian baru-baru ini. Meskipun diuji berita duka pemergian datuk tersayang, Datuk Pahamin A Rajab akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke London untuk menghadiri majlis konvokesyen Rees namun keluarga ini bangkit mendepani hari mendatang.
Individu paling bangga dan gembira dengan kejayaan tersebut pastinya ibu bapa Rees iaitu pelakon Azhar Sulaiman dan Chempaka Emalin.
Anak lelaki yang juga kembar kepada Kasih Iris Leona yang kini berusia 21 tahun berkenaan berjaya mengenggam Ijazah Sarjana Muda Maritime Business and Law, Solent University.



Ramai yang mengagumi kebijaksanaan Rees dan tidak kurang juga yang memuji wajah kacak anak selebriti popular tersebut.
Azhar menerusi media sosial berkongsi momen majlis graduasi anak tersayang beserta kapsyen, “Syukur alhamdulillah Andika Rees Pahamin bin Azhar. Job well don son. Next..”
Pelakon yang pernah popular menerusi filem Abang 92 itu sempat membalas komen peminat yang bertanyakan mengenai graduasi Leona. Dedah Azhar, anak gadisnya itu bakal tamat pengajian dalam tempoh tiga tahun lagi.
Sementara itu, kembar Rees yang lebih dikenali ramai sebagai Leona turut menitipkan ucapan istimewa. “ConGrads Reesy. Me love you. Of course it had to rain all day, perfect England weather.”





Turut kelihatan menghadiri hari bermakna Rees itu ialah ibunya, Chempaka Emalin dan nenek, Datin Zainab Mohamad serta beberapa ahli keluarga lain.
Rees dalam pada itu memuat naik gambar dirinya lengkap berjubah konvo di Instagram miliknya yang didedikasikan khas buat arwah datuk tersayang.
“This one’s for you Tok Pok.”




Azhar dan Chempaka dikurniakan tiga anak iaitu Kasih Leia Ixora, Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin.
Mewarisi gen bijak Azhar dan Chempaka, ketiga-tiga cahaya mata pasangan ini menjadi tumpuan masyarakat kerana meraih keputusan akademik cemerlang.
Anak sulung mereka, Kasih Leia Ixora berjaya tamat pengajian di University of Notthingham pada Julai 2021.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/tak-sempat-beri-pelukan-terakhir-kasih-iris-leona-hilang-datuk-tersayang-mahu-jadi-cucu-membanggakan/
Tinggal Sebumbung Dengan Mentua, 3 Tip Datin Niena Baharun Agar Selesa Hidup Bersama

Wajah cantik selebriti yang popular melalui drama Jangan Benci Cintaku ini sering mencuri perhatian peminat drama Melayu tempatan. Kebahagiaan jelas terpancar di wajah anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini sejak bergelar ibu kepada dua orang anak dan isteri kepada Dato’ Aliff Firdaus Abdul Hadim.

Sikap Datin Niena yang mengutamakan keluarga tercinta harus dipuji apabila memilih untuk berehat seketika dalam dunia seni untuk membesarkan anak-anak. Wanita yang mempunyai nama sebenar, Amaniena Kamarul Baharun ini juga tidak segan silu bercerita tinggal sebumbung dengan mentua. Malah rasa beruntung bila mentua melayannya umpama anak sendiri.

“Tidak dinafikan, mungkin ada segelintir orang tak ‘ngam’ dengan mentua bila tinggal sebumbung. Kadang-kadang topik ini selalu jadi perbualan bersama kawan-kawan saya. Kita kena pandai bawa diri bila masuk ke rumah orang.
Sebagai contoh, kita ahli baru dan jadi menantu keluarga tersebut. Jadi, kita kena tahu ambil hati mentua dan sesuaikan diri dalam rumah tersebut. Itulah yang saya buat selepas berkahwin. Saya juga tak pernah membezakan ibu mentua atau ibu kandung.
Penerimaan mentua terhadap saya juga amat baik. Mereka anggap saya seperti anak sendiri,” kata Datin Niena sewaktu ditemu bual untuk ruangan Tetamu VIP Majalah Nona.

Berbicara soal kecantikan pula, ibu kepada Adiel Mikael, 3 tahun dan Alyssa Marissa, 2 tahun ini seorang yang simple rupanya. “Sejujurnya bila sentuh soal kecantikan saya kadangkala tak tahu nak jawab apa. Saya tidak mempunyai rutin kecantikan yang rumit.

Apa yang boleh dikatakan, saya seorang yang sangat ringkas. Seperti biasa jika pakai mekap, saya akan cuci terlebih dahulu sebelum tidur. Itu saja. Saya tidak amalkan rutin yang memerlukan banyak step atau langkah. Begitu juga ketika saya mengandung. Cuma dari segi makanan, saya banyakkan minum susu,” kata wanita yang berusia 28 tahun ini.


Datin Niena telah berkahwin dengan suaminya, Dato’ Aliff Firdaus Abdul Hadim pada 1 Februari 2018 di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan.
Nikmati Momen BERPANTANG Dengan Tenang, Ini Perkara Penting Yang Perlu Anda Ambil Tahu Lepas Bersalin!

Berikan ruang dan masa rehat mencukupi buat para ibu untuk mengembalikan semula tenaga mereka usai proses bersalin. Dalam keadaan si ibu yang masih sakit, letih dan tidak selesa dengan perubahan tubuh, ada baiknya suami atau ahli keluarga membantu menguruskan keperluan bayi dan ibu untuk seketika. Tindakan sedemikian bukan sekadar mencipta suasana menyenangkan kepada ibu malah mengelak mereka mengalami ketidakstabilan mental dan emosi.
Sepanjang proses penyembuhan ini ada di antara ibu yang berdepan situasi cemas dalam masa beberapa hari atau minggu selepas bersalin. Tidak kira apa jua situasi yang bakal dialami, usah cemas dan segera mendapatkan rawatan di hospital terutamanya jika anda mengalami gejala berikut.
AMBIL TAHU!
- Pendarahan postpartum
Ia sering dikaitkan dengan kehilangan darah yang banyak secara tiba-tiba atau berterusan. Jika mendapati darah tidak henti mengalir dan tidak seperti biasa disertai darah beku, minta bantuan dari hospital dengan segera. Sesetengah gejala akibat pendarahan ini akan diikuti dengan simptom seperti denyutan jantung pantas, pening kepala, berpeluh dan pitam. Terdapat juga rembesan faraj yang berbau busuk kerana rahim telah dijangkiti bakteria.
- Demam panas
Lazimnya, ibu yang baru bersalin terdedah mengalami demam panas sekitar 38 darjah Celsius. Keadaan tubuh yang masih lesu dan kekurangan nutrien menjadikan mereka kurang daya tahan dan mudah dijangkiti penyakit. Antara bahagian yang sering terkena jangkitan ialah pada ruang antara vagina dan rektum, luka akibat pembedahan Caesarean, saluran kencing termasuk di kawasan uterus.
- Perubahan sikap abnormal
Simptom yang paling ditakuti apabila si ibu bertindak kurang siuman kesan kesihatan emosi dan mental tidak menentu. Kecelaruan minda, terlalu cepat gelisah dan delusi atau dikenali sebagai psikosis postpartum. Meskipun kemurungan adalah perkara yang tidak asing berlaku kepada ibu namun jika ia berlanjutan selama lima hari atau lebih menjadi petanda kepada sakit mental yang serius. Lebih memburukkan apabila anda kerap memikir tentang kematian atau membunuh diri.
- Sakit di anggota badan
Selain sakit kepala yang teruk atau berpanjangan yang mungkin kesan sampingan suntikan epidural, para ibu turut akan mengalami sakit di bahagian atas abdomen, sakit dada kerana ketegangan otot selepas meneran bersalin dan sakit pada saluran kencing akibat jahitan. Sindrom HELLP misalnya berlaku selepas 48 jam melahirkan anak dan dipercayai menjejaskan fungsi hati dan darah beku. Antara tanda kepada sindrom ini seperti rasa terlalu penat, loya dan muntah.
- Kesukaran membuang air besar & kecil
Jika didapati enam jam pertama selepas bersalin anda tidak membuang air kecil, ia mungkin menunjukkan anda mengalami masalah air kencing bertakung. Mandi air panas merupakan salah satu cara yang boleh membantu. Sementara dalam masa tiga hari tidak menunjukkan tanda untuk membuang air besar atau mengalami rasa sembelit, segera rujuk keadaan anda kepada doktor sebelum ia tidak menjadi lebih buruk.
PERSEDIAAN PENYUSUAN BADAN
Setiap orang mempunyai teknik penyusuan yang berbeza bergantung pada keselesaan bayi dan ibu. Memandangkan sesi penyusuan mengambil masa yang agak lama, sebaiknya pilih persekitaran yang selesa terutamanya bagi ibu-ibu yang baru pertama kali menyusukan bayi dan masih belum membiasakan diri. Jika anda tidak gemar berada dalam suasana bising, cari tempat yang senyap dan begitu juga sebaliknya sehingga menjumpai tempat yang sesuai untuk anda.
- Picit puting payu dara terlebih dahulu untuk merangsang pengeluaran susu. Jika masih tidak berjaya, minta bantuan bidan untuk urutan mengeluarkan susu.
- Dekatkan bayi ke dada anda. Sekiranya bayi sedang tidur, gosok perlahan pipi bayi dan biarkan mereka menyusu dengan lekapan yang betul.
- Pegang bayi dalam posisi selesa dan tidak membuatkan lengan serta belakang badan terasa sakit. Letakkan beberapa biji bantal di sekeliling untuk sokongan.
- Pastikan anda dan bayi berada dalam keadaan selesa sebelum menyusu.
- Perhatikan posisi badan dan payu dara anda mudah bagi bayi melekap padanya. Jika menyakitkan, lepaskan lekapan dengan memasukkan jari kelengkeng di antara gusi bayi dan puting payudara.
- Pastikan bayi menghisap penuh payu dara anda untuk mengelakkan puting melecet atau terluka.
- Cuba sekali lagi sehingga bayi dapat menyusu dengan baik.