Ads

“Andre Mikhail Akan Saya Keluarkan Dari Hospital,” Amyza Aznan Ikhtiar Berubat Alternatif Untuk Anak & Harap Keajaiban!

Amyza Adnan Mohon Kesembuhan Andre Mikhail
Amyza Adnan Mohon Kesembuhan Andre Mikhail

Perkongsian pelakon, Amyza Aznan di media sosial mengenai perkembangan terkini kesihatan anak sulungnya iaitu Andre Mikhail Khairil Izhar mendapat perhatian rakan-rakan artis dan masyarakat prihatin.

Terbaharu, Andre yang disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga turut didiagnosis mempunyai tumor di paru-parunya.

Dugaan buat Amyza pada Ramadan ini apabila anak lelaki kedua, Adrian Adam pula disahkan menghidap kanser tulang.

Artikel https://www.nona.my/nampak-susut-lepas-jalani-kimoterapi-amyza-aznan-kongsi-keadaan-anak-hidap-kanser-di-pagi-raya-cuit-emosi/

Ujian Amyza Aznan

“Andre Mikhail Akan Saya Keluarkan Dari Hospital,” Amyza Aznan Ikhtiar Berubat Alternatif Untuk Anak & Harap Keajaiban! “Andre Mikhail Akan Saya Keluarkan Dari Hospital,” Amyza Aznan Ikhtiar Berubat Alternatif Untuk Anak & Harap Keajaiban!

“Andre Mikhail Akan Saya Keluarkan Dari Hospital,” Amyza Aznan Ikhtiar Berubat Alternatif Untuk Anak & Harap Keajaiban!

Rata-rata peminat dan warga maya yang mengikuti perkembangan anak Amyza Aznan meluahkan rasa sayu dengan perkhabaran tersebut. Namun tidak mengalah ‘menghantar’ doa yang tidak putus-putus selain bantuan dari segi kewangan.

Ads

Difahamkan, rakan seangkatan Amyza iaitu Didie Alias membuat kempen kutipan sumbangan untuk kedua-dua anak pelakon Andai Tiada Dia berkenaan.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Amyza Aznan memaklumkan Andre Mikhail akan dibawa keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari ini, 23 Februari 2026.

“Anak saya Andre Mikhail akan saya keluarkan dari hospital hari ini. Hanya mengharap keajaiban.”

Terdahulu, Amyza meluahkan rasa resah dan berada di hospital semalaman di sisi putera kesayangannya itu.

Ads

“Assalamualaikum kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya ibu Andre Mikhail, sekarang berada di hospital. Tolong doakan anak saya. Kepada sesiapa yang pandai tolong ikhtiarkan dengan mungkin apa saja perubatan. Tolong!”

Antara rakan-rakan artis yang turut bantu memberi sumbangan termasuklah Didie Alias, Fattah Amin, Amira Othman, Anzalna Nasir dan Diana Rafar.

Ads

Amyza Aznan Doa Kesembuhan Andre Mikhail

“Andre Mikhail Akan Saya Keluarkan Dari Hospital,” Amyza Aznan Ikhtiar Berubat Alternatif Untuk Anak & Harap Keajaiban! “Andre Mikhail Akan Saya Keluarkan Dari Hospital,” Amyza Aznan Ikhtiar Berubat Alternatif Untuk Anak & Harap Keajaiban! “Andre Mikhail Akan Saya Keluarkan Dari Hospital,” Amyza Aznan Ikhtiar Berubat Alternatif Untuk Anak & Harap Keajaiban!

22 Februari lalu Andre Mikhail genap berusia 20 tahun. Bersempena ulang tahun kelahiran, Amyza Aznan menitipkan doa.

“Duhai anakku Andre Mikhail, anak yang sangat baik, tak pernah tinggi suara, never say no to mummy, akur dan taat. Terlalu banyak pengorbanan dan kebaikan kamu anak.

Sempena hari kelahiran cahaya mata pertama mummy, mummy dan semua mendoakan Andre Mikhail sembuh dengan cepat dan tidak berulang sakit lagi dan hanya takdir yang baik dan gembira sahaja selepas ini ya anak.”

Andre didiagnosis menghidap kanser paru-paru tahap tiga pada pertengahan Februari tahun lalu ketika menerima rawatan di Hospital Ampang.

Semoga kedua-dua anak kesayangan Amyza Aznan dikurniakan kesembuhan dan terus tabah menempuh ujian hidup.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Puasa Pesakit Kanser, Dilema Berat Antara Ibadah dan Ikhtiar Menjaga Nyawa

Puasa pesakit kanser ketika Ramadan memerlukan pertimbangan teliti antara tuntutan ibadah dan kesihatan. Ketahui panduan doktor, jenis rawatan serta faktor penting sebelum membuat keputusan.