
Melihat newsfeed Facebook baru-baru ini dipenuhi dengan foto dari sebuah perkahwinan gemilang yang boleh dikatakan menjadi talk of the town. Mana tidaknya, selain pasangan mempelai yang sama cantik dan sama padan, gabungan dekorasi majlis yang mewah melengkapkan lagi hari bahagia buat Dr Fazliana Dato’ Abd Rashid dan suami tersayang, Dr Farid Razali.
Pasangan doktor ini sememangnya mempunyai angan-angan yang tinggi untuk majlis perkahwinan impian mereka. Memandangkan Dr Fazliana dan Dr Farid mengimpikan tema perkahwinan dream wedding, mereka sepakat memilih Reka Teemor sebagai perancang majlis dan dekorasi majlis perkahwinan.

Malah, gaun pengantin yang indah hasil rekaan Rizman Ruzaini yang digayakan oleh Dr Fazliana pada majlis resepsi yang bertempat di Hotel St Regis juga mempunyai kisahnya yang tersendiri. Menurut Dr Fazliana, gaun pengantin rona midnight blue dilengkapi dengan Swarovski crystal-beaded bodice dan sepanjang 5 meter. Bagaikan sang puteri menanti ketibaan cinta hatinya, Dr Farid yang turut segak mengenakan sepasang tuxedo.
Pasangan yang sama cantik dan sama padan ini telah melangsungkan majlis akad nikah pada 9 September 2017 bertempat di Dewan Astor, Hotel St Regis Kuala Lumpur.Majlis akad nikah bertemakan ‘The Damiani’ mengambil inspirasi label berlian tersohor dari Itali. Lebih istimewa, majlis tersebut telah menampilkan latar belakang berlian dipancarkan oleh lampu led yang memukau melatari segenap perincian pelamin.
Ketika ditanya mengapa memilih tema tersebut, Dr Fazliana berkata berlian adalah simbol dirinya yang ingin menjadi berlian yang bersinar-sinar untuk keluarga dan untuk suami tersayang. Ternyata berlian sememangnya bukan sahaja menjadi teman baik wanita, malah ia melambangkan betapa sinar dalam diri wanita mencipta kebahagiaan dalam sesebuah keluarga!

Pasangan ini turut diraikan dalam sebuah majlis resepsi gilang gemilang di St Regis Kuala Lumpur. Kali ini, ia bertemakan ‘The Universe’ di mana ia telah diberi nafas ultra moden.
“Reka Teemor telah memberikan kejutan kepada kami dengan ilham segar 50 lampu chandeliar origami berwarna perak berkilauan digantung dengan susunan rapi di ballroom utama St Regis Kuala Lumpur. Ia seolah-olah meteor cinta saya dan Farid yang bersinar berputar di galaksi bima sakti,” ujar Dr Fazliana yang nyata terharu dan gembira impian perkahwinan direalisasikan sebaik mungkin.
Menyingkap detik perkenalan pasangan doktor sama cantik sama padan ini, menurut Dr Fazliana mereka bertemu di Royal College of Surgeons in Ireland pada tahun 2006.
“Ketika itu, kami berdua hanya setakat kawan baik sahaja, sentiasa berbual tentang muzik dan lagu terkini, pelbagai jenis model kereta, fesyen dan juga makanan! Rupa-rupanya, kami mempunyai citarasa yang sama. Setelah 3 tahun setengah, Farid kembali ke tanah air untuk meneruskan pengajian “twinning programme” di Pulau Pinang manakala saya pula menghabiskan pengajian selama 5 tahun di Dublin.

Dalam tempoh tersebut, kami hanya mampu menegur satu sama lain di alam siber melalui Facebook dan WhatsApp. Setelah tamat pengajian, alhamdulillah kami berdua mendapat gelaran ‘Doktor’. Saya mula bekerja di Singapura dan Farid pula pulang untuk berkhidmat di Kuching, Sarawak.
Hubungan kami bertambah erat apabila Farid datang ke Singapura dan kami berpeluang untuk catch up. Ia seperti kami tidak pernah hidup berasingan, semuanya seperti zaman universiti dulu. Perangai dan percakapan Farid seperti yang terukir dalam memori saya. Di situlah bermulanya kisah cinta kami. Hidup seharian kami dipenuhi dengan panggilan telefon, mesej WhatsApp and FaceTime.
Kadangkala, sampai overnight pun masih FaceTime. Kesibukan bekerja atau oncall di hospital tidak menjadi halangan kerana kami sentiasa cuba meluangkan masa untuk berbual walaupun seketika. Tambahan pula, kami berusaha untuk berjumpa sekurang-kurangnya 2 minggu sekali, sama ada di Kuala Lumpur, Kuching atau Singapura,” ujarnya lagi. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!




Pengalaman berniaga di pasar malam serta pernah memiliki gerai kecil di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur telah membina jati diri usahawan Bumiputera berusia 42 tahun ini. Berkat kesungguhan, Bawal Exclusive kini menjadi pemborong terbesar kristal Swarovski di dunia. Hebatnya!
Namun sebagai usahawan yang sudah banyak melalui pelbagai cabaran getir terutama ketika mula-mula berniaga, Haliza sentiasa tenang dan positif sepanjang berdepan dengan pandemik ini. Haliza turut berkongsi pesanan ‘padu’ di Instagram peribadinya khas buat para peniaga di Malaysia. Cukup menusuk ke jiwa!
Apabila terjadinya wabak COVID-19, ada antara mereka yang putus asa. Ada yang hubungi saya menangis sebab sedih dan cemas. Saya yang dipanggil Mak dalam perniagaan ini, aktifkan IG ini untuk memberi contoh kepada mereka dan usahawan lain di luar sana. Buka mata lihat apa yang saya buat, jadikan contoh, sedut aura positif, kerja kuat pantang menyerah selagi Allah bagi nafas.



KEKAL TENANG
“Allahuakbar panasnya pakaian begini. Macam mana dengan doktor dan nurse.. Ya Allah tolonglah mereka semua ya Allah. Berilah semangat dan kekuatan dalam jiwa mereka dalam jihad ini. Sembuhkan semua pesakit. Jagakanlah keluarga petugas dan keluarga pesakit. Selamatkan kami semua seluruh dunia ini.”











