Siapa yang tak mengenali pelakon, pengarah, dan bekas duta muhibah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang juga bekas isteri kepada pelakon Brad Pitt, Angelina Jolie bukan? Rasanya ramai mengetahui bagaimana kisah hidup pelarian seluruh dunia cukup dekat dengan hati pelakon filem Maleficent tersebut.

IKLAN

Dan baru-baru ini, Angelina mengumumkan sebuah jenama fesyen sendiri, iaitu Atelier Jolie di mana jenama fesyen ini akan memanfaatkan kebolehan dari komuniti pelarian yang berbakat, kurang dihargai serta berdasarkan kemahiran mereka.


Menerusi hantaran di Instagramnya, Jolie berkongsikan berita tersebut sambil menulis “Saya akan memulakan sesuatu yang baharu hari ini—sebuah koleksidi mana semua orang boleh mencipta. Atelier Jolie ialah tempat untuk orang kreatif bekerjasama dengan keluarga tukang jahit yang mahir dan pelbagai, pembuat corak dan pereka dari seluruh dunia.

Ia adalah penghargaan dan penghormatan saya pada semua tukang jahit dan pereka yang telah banyak kali saya bekerjasama selama bertahun-tahun, keinginan untuk menggunakan bahan vintaj berkualiti tinggi dan bahan deadstock yang sedia ada, dan juga untuk menjadi sebahagian daripada gerakan untuk memupuk lebih ekspresi diri.”

ANGELINA JOLIE Lancarkan Jenama Fesyen Sendiri, Atelier Jolie Meraikan Designer Dari Komuniti Pelarian

Sumber turut mendedahkan bahawa bintang berusia 47 itu “sedang dalam proses mewujudkan ruang di mana semua pihak boleh menjadi lebih kreatif dan asli, menumpukan pada ketukangan dan kualiti, yang membawa kepada pengurangan dalam pembaziran.

Ini merupakan satu usaha serta kesedaran yang penting untuk aktres itu di mana Angelina sememangnya dikenali sebagai seorang selebriti ternama Hollywood yang seringkali mengulang pakai pakainan yang sama dari pereka-perekanya di majlis serta permaidani merah.

IKLAN

ANGELINA JOLIE Lancarkan Jenama Fesyen Sendiri, Atelier Jolie Meraikan Designer Dari Komuniti Pelarian

Semoga usaha murni Angelina Jolie ini dapat melahirkan komuniti yang kreatif di samping membantu mengubah nasib pelarian di seluruh dunia.

IKLAN

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI