Siapa yang tidak mengenali penyanyi bersuara lunak, serta guru vokal terkenal Syafinaz Selamat. Baru baru ini, Datuk Syafinaz Selamat mencuri tumpuan ramai selepas tampil manis dan berhijab menerusi hantaran video di laman Instagram miliknya sebentar tadi.
Menerusi video tersebut, penyanyi berusia 50 tahun itu tampil sopan mempromosikan sebuah karnival sempena peristiwa Israk Mikraj yang akan diadakan berdekatan Masjid Negeri, Seremban pada 17 dan 18 Februari ini.
Apa yang menarik perhatian adalah penyanyi yang juga juri tetap rancangan GEGAR VAGANZA itu mengenakan hijab penuh dengan hanya mengenakan solekan ringkas dan natural sehingga hantaranya itu menerima pelbagai reaksi positif daripada pengikut dan peminatnya.
Ads
Rata-rata ramai memuji kecantikan Syafinaz yang berusia 50 tahun itu yang kelihatan cukup ayu dan manis apabila memakai hijab selain turut mendoakannya dirinya kekal istiqamah dan terbuka membawa imej tersebut suatu hari nanti.
Apatah lagi Syafinaz atau mesra disapa Tok Naz pernah beberapa kali tular apabila menjadi guru vokal buat qari dan qariah bagi memantapkan teknik taranum dan mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran di sebuah akademi di Negeri Sembilan.
Ads
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Blackpink yang terdiri daripada Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa sememangnya memiliki keistimewaan masing-masing termasuklah kecantikan yang berbeza sehingga sering membuatkan ramai yang terpegun.
Tentunya ramai yang tertanya-tanya tentang rahsia kecantikan mereka yang sentiasa kelihatan memukau. Bermula dari penjagaan kulit sehinggalah ke soal solekan. Berikut adalah rahsia kecantikan ahli Blackpink yang boleh anda jadikan inspirasi dalam menjaga kulit sehinggalah solekan!
JISOO
Menurut Jisoo dia memiliki kulit yang kering. Maka, penjagaan kulitnya tertumpu kepada pelembapan. Antara produk penjagaan kulit yang amat digemarinya ialah masker yang disapu pada wajah.
Masker tersebut adalah yang direka khusus untuk membersihkan pori-pori atau menenangkan kulit wajah. Jisoo mengamalkan pemakaian masker secara konsisten setiap hari.
JENNIE
Bukan sahaja menjaga kulit wajah, Jennie turut menitikberatkan penjagaan kulit badan. Jennie mengakui bahawa dia memiliki kulit yang sangats lembut kerana dia sentiasa menjaganya dengan baik. Selain itu, dia juga kerap menggunakan lulur badan. Setiap kali jika ada masa terluang, Jennie sangat mengambil berat tentang penjagaan badan.
Beralih kepada kesihatan bibir, Jennie smempunyai 3 siri pelembap bibir yang berbeza untuk memastikan bibirnya sentiasa kelihatan sihat, gebu dan lembap. Sebab itulah Jennie sering meletakkan lip balm di atas meja berhampiran katilnya bagi memudahkan dia menyapu lip balm pada waktu malam sebelum tidur.
ROSE
Ketika muncul dalam video Vogue Paris, Rose pernah mendedahkan rahsia penjagaan kulit. Pada mulanya, Rose tidak begitu menitikberatkan cara membersihkan wajah pada hari-hari dia tidak bersolek.
Namun, sebenarnya ia membuatkan kulit Rose terasa kasar sehinggalah akhirnya dia sentiasa membersihkan wajahnya dengan kerap sama ada selepas atau ketika tidak bersolek.
Menurut Rose, tidur yang cukup adalah senjata utamanya dalam rutin penjagaan kulit. Apabila dia mendapat tidur yang cukup, kulitnya akan kelihatan lebih glowing dan lembut, berbeza jika dia kurang tidur.
LISA
Beberapa kali Lisa dilihat berkongsi petua solekan yang biasa dilakukannya, malah turut menonton beberapa tutorial solekan di YouTube. Namun, Lisa sebemarnya lebih selesa mengenakan solekan yang tidak terlalu tebal namun masih kelihatan flawless!
Bermula dari melukis kening secara nipis dan menyapu pembayang mata dengan warna natural sehinggalah melukis eyeliner di hujung kelopak mata agar solekan matanya terlihat sempurna.
Selain itu, sama seperti Jisoo, Lisa juga memiliki jenis kulit kering. Maka, rutin penjagaan kulitnya lebih banyak tertumpu kepada pelembab.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terkejut tengok penampilan terkini Serina Datuk Redzuawan yang makin ‘mengecil’. Bahkan raut wajahnya juga kelihatan lebih berseri-seri. Tampil menawan menjelang Syawal, anak perempuan Datuk Chef Wan ini meluahkan rasa syukur dengan perubahan fizikalnya yang lebih sihat.
Tanpa berselindung, Serina mengakui dia menjalani prosedur bariatrik pada Mac lalu dengan Dr Mustafa atau lebih dikenali sebagai Dr Mus. Antara selebriti yang pernah mendapatkan khidmat Dr Mus bagi operasi bariatrik termasuk Dato’ Nora Ariffin, Dato’ Ziela Jalil, Jasmin Hamid dan ramai lagi.
Ujar Serina, dia membuat keputusan untuk menjalani rawatan bariatrik selepas usaha untuk menurunkan berat badan menemui jalan buntu.
“Why I perlu buat sebab dah terlalu obesiti. Also sejarah keluarga yang ada penyakit. Nak beribadah rasa badan lebih ringan kalau berat dah turun. Bariatric bukan sekadar nak kurus tapi nak hidup lebih sihat dan mengelak dari penyakit yang bakal datang.”
Berkongsi lebih lanjut mengenai perjalanannya menurunkan berat badan, ibu dua anak ini meluahkan kelegaan kerana dia kini lebih sihat.
“MashaAllah syukur alhamdulillah. Masa ni lepas 17 hari operation. Dah turun berat badan 13kg. Rasa macam mimpi, sebelum ni nak turun 2kg pun seksa. Ada je ramai wanita macam Serina aktif bersukan tapi liat nak kurus.
Syukur I buat keputusan yang tepat jumpa Dr Mus. Dia educate me about bariatric sangat bagus untuk orang yang obesiti. Paling best badan jadi ringan bertenaga, nak ibadah pun rasa mudah. Also happy sangat dapat puasa penuh. Thank you Dr Mus dan Kak Rafeah Ariffin bantu I ubah hidup New Me!”
Serina Datuk Redzuawan yang sebelum ini pernah menjadi pelakon kini aktif berniaga. Dari produk kecantikan, kesihatan hingga makanan, figura berkenaan rajin cari peluang berbisnes. Dia juga semakin bahagia menjadi isteri kepada pegawai polis iaitu Inspektor Meor Mohammad Aidid.
Menerusi perkongsian di media sosial, Serina turut memberitahu suami tercinta terpaksa berhijrah dari negeri Perlis ke selatan tanah air iaitu Johor atas tuntutan tugas.
Bercerita mengenai sambutan raya, bintang filem Mr Cinderella ini memberitahu dia sempat beraya dengan sahabat di Perlis selepas pulang berhari raya di keluarga mertua di Ipoh.
“Sempat singgah beraya di rumah Datin Rosita beramah mesra bersama Puan Nor juga. Semua terkejut nampak perubahan ketara Serina makin turun berat badan. Alhamdulillah syukur I buat keputusan buat bariatric dengan Dr Mus.
Dalam masa sebulan lebih je Serina dah turun 15kg. Rasa lebih fresh ringan new Me! More younger rasa bila badan dan kecil, nak bergerak pun pantas. Paling penting rasa bertenaga, also masih boleh enjoy food cuma tak boleh makan banyak perut dah kecil.”
Serina Datuk Redzuawan mendirikan rumah tangga dengan Meor Mohammad Aidid pada April 2021. Menerusi perkahwinan terdahulu, wanita ini turut mempunyai dua anak iaitu Tristan Tarreef dan Isabella Saffiya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mengorak langkah dan mula mengukir nama sebagai model muslimah, sebelum namanya menjadi tular dek kerana mempunya rupa paras persis pelakon jelita, Mira Filzah.
Nama pelakon yang masih hijau, Qasrina Karim semakin mendapat perhatian di dalam industri seni Malaysia, malah kian memuncak setelah membintangi drama bersiri terbaru, berjudul My Famous Ex-Boyfriend yang ditayangkan di slot Megadrama, Astro Ria.
Qasrina yang lebih mesra disapa sebagai Qas bukan sahaja menjadi perhatian orang sekeliling dengan wajah yang manis dan ayu. Ramai yang mengidolakan gadis ini kerana keterampilannya sebagai wanita hijabi yang sopan dan cantik.
Pasti ada dikalangan Nonarians yang ingin mengetahui rutin kecantikan Qasrina, yang sentiasa tampil elegan dan ‘on point’ meski pun sedang sibuk melunaskan tanggungjawab kerjaya. Apa agaknya rahsia Qas ya?
Ketika ditemubual team NONA, Qas menjelaskan bahawa dia tidak pernah culas melakukan rutin kecantikannya, walaupun sibuk. Katanya, itu merupakan satu investment jangka panjang bagi kekalkan kecantikan diri sebagai seorang selebriti dan juga Public Figure.
“Kecantikan ini satu investment jadi saya amat pentingkan penjagaan kulit wajah.
“Walau sibuk macam mana pun, skincare is a must kerana itu satu kepentingan dalam menjaga kecantikan diri.” ujarnya.
Apabila disoal mengenai tip atau bahan alami yang digunakan, Qasrina akui dia mengambil suplemen untuk membantu mengekalkan kemulusan kulit wajahnya seperti vitamin C selain untuk kekal bertenaga.
Malah, dia juga gemar mengambil buah-buahan sebagai bahan semula jadi untuk tubuh badannya.
“Suplemen yang saya ambil adalah Vitamin C, tak perlu tambahan yang lain kerana ia cukup berikan kecergasan buat badan sebab sering rasa penat bila shooting.
“Saya juga suka makan buah-buahan seperti Blueberi, Strawberi dan juga Salad. Ia menjadikan diet seimbang untuk tubuh badan dan kulit wajah!” katanya lagi.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!